Monday, May 25, 2009

PK Putuskan Hubungan

12. Apakah benar pihak keluarga telah menarik diri daripada MMT ini?

Aku rasa syukur kerana ada seorang hamba allah "rima" sudi berkomunikasi dengan Aku. Sakit hati Aku bila 21 persoalan tidak mendapat jawapan daripada kedua-dua belah pihak. Apa? Aku ini bukan ahli ke? Sekurang-kurangnya Aku cari maklumat sedaya yang Aku dapat.

Terima kaseh ''rima".

Persoalan di atas perlukan jawapan.

Melihat kepada info yang Aku ada, mengikut kronologi krisis ini, Aku dapati tindakan-tindakan yang diambil oleh guru Aku itu ada semata-mata untuk menutup perbuatan mungkar yang telah dilakukannya.

Seperti dalam posting terdahulu, guru Aku memang seorang pakar strategi dalam perbuatan mungkar.

Selepas mesyuarat agung perwakilan 2006 iaitu 11 Mac berlangsung, sehari selepas peristiwa cabul itu berlaku, kedudukan PSSCUHM khususnya MMK 2006-2009 adalah goyah. Surat aduan ahli mengenai kes salah laku guru Aku telah diterima. Tindakan perlu diambil. Kes ini sangat memalukan SCH. Sangat memalukan semua orang.

Tindakan guru Aku dan para pendukung setianya adalah pergi ke setiap kelas silat di seluruh negara. Ada sesetengah tempat Nek Teh pun turut sama. Lain-lain tempat melibatkan adik-beradik guru Aku.

Strategi PK adalah menafikan perbuatan cabul itu dan kedua memburuk-burukkan para pendukung. Dan para pendukung itu berada dalam MMT. Strategi 2 dalam 1 inilah yang telah memecahbelah SCH. Timbullah dua kemungkaran. Pertama, perbuatan cabul yang dilakukan oleh guru Aku. Kedua, menabur fitnah kononnya para pendukung ingin menjatuhkan kedudukan guru Aku sebagai Guru Utama.

Kedua-dua ini adalah dosa.

Mengikut kronologi itu lagi setelah MMK 2006-2009 menggantung guru Aku sebagai ahli dan Presiden, jawatan Guru Utama dirujuk kepada MMT.

Dalam posting yang terdahulu ada Aku nyatakan keputusan MMT pada bulan September 2006 yang mengekalkan guru Aku sebagai Guru Utama. Seterusnya, mesyuarat MMT pada bulan April 2007 telah menetapkan En Marwi Latif sebagai Guru Utama.

Diberitakan seluruh keluarga telah meletakkan jawatan di dalam mesyuarat MMT pada bulan September. Mungkin ia mungkin tidak. Kita tanyakan kepada PK.

Satu berita yang sangat menggemparkan adalah keputusan keluarga memutuskan ikatan silatulrahim dengan para pendukung.

Fikir-fikirkanlah.

Kesimpulannya, keluarga telah memutuskan hubungan silatulrahim dengan para pendukung.

8 comments:

  1. salam sejahtera,
    nak tanya satu perkara,adakah saudara mendapat maklumat dari kedua dua belah pihak ?

    ReplyDelete
  2. Syukran.

    Ya. Aku telah tiga tahun menghilangkan diri untuk mencari info daripada kedua-dua belah pihak. Aku tidak sebelah mana-mana. Jalan ceritanya mudah.

    Guru Aku pergi dan masuk rumah mangsa. Ada sentuh-sentuh dan raba. Adakah ini cabul? Adakah ini khalwat?

    Mangsa kata cabul. Begitulah kata jawatankuasa siasatan dan penghakiman.

    Pada Aku, jika tidak cabul, ia jadi khalwat. Guru Aku tetap salah.

    *Kita harus berpesan-pesan dengan kebenaran.

    ReplyDelete
  3. Salam

    Memandangkan 21 persoalan yg sedara ajukan kepada kedua2 belah pihak tidak terjawab, saya rasa tidak ada gunanya saya meminta video siasatan secara terus dari cekakhanafi.com seperti yang sedara cadangkan.

    Dan dengan membaca tulisan2 sedara yg sebelum ini, dan sedara dengan yakinnya mengatakan bahawa GU saya bersalah, saya rasa sedara sendiri telah menyaksikan video siasatan tersebut. Saya rasa sedara memang mempunyai video siasatan tersebut kerana bukan calang2 orang dapat melihatnya, jadi saya menyarankan agar sedara sendiri yg menghantarkan video siasatan tersebut terus kepada saya melalui email, atau dengan cara online yg lain.

    Jasa sedara untuk menyebarkan kebenaran amat dihargai, jadi tiada salahnya bukti tersebut diberikan kepada orang yang mahukan kebenaran, kan?

    -rima

    ReplyDelete
  4. Syukran

    Ya. Saya ada tengok video itu sebab saya sangat-sangat nak tengok. Jumpa dengan very senior people. Saya sendiri tidak ada video itu.

    Latarbelakang saya adalah saya belajar SCH di sebuah IPT. Saya tidak rapat dengan guru Aku tu. Penyelia Aku macam-macam cerita tentang kehebatan guru Aku. Sebab Aku ada asas ugama dan mendapat didikan yang baik daripada kedua ibu bapa Aku maka aku anggap guru Aku itu guru silat Aku. Itu saja.

    Aku tidak terasa dimakan sumpah kerana melanggar pantang larang SCH. Aku tidak durhaka kepada guru Aku.

    Jika kita cari kebenaran kita akan jumpa kebenaran. Jika kita ikut kemungkaran. Kita rugi dunia akhirat. Tidak begitu?

    Sama-sama berpesan dengan kebenaran.

    ReplyDelete
  5. Salam

    "Ya. Saya ada tengok video itu sebab saya sangat-sangat nak tengok. Jumpa dengan very senior people. Saya sendiri tidak ada video itu."

    Very senior people, dalam kata lain org lama. Walaupun sedara mengatakan bahawa sedara hanyalah org kerdil dalam persatuan, tidak berjawatan, tetapi saya rasa sedara mempunyai network yg luas dalam persatuan. Kenape saya kate bergini? Kerana sedare dpt melihat video siasatan tersebut, sedangkan ydp2 cawangan tidak dapat melihatnya. Saya yakin org lama ini ada bersangkut paut dengan MMK. Saya berada di pihak yg berlawanan, jadi mustahil bagi saya untuk memperolehi video tersebut, lebih2 lagi saya org baru. Siapalah saya ni.

    Saya rasa tidak menjadi keberatan kepada sedara untuk berhubung sekali lagi dan meminta salinan video daripada org lama tersebut. Saya yakin dengan semangat sedare yg ingin menegakkan kebenaran, salinan video tersebut boleh diperolehi dengan mudah, insyaAllah. Jika dia menolak, tanyalah dia, kenapa? Tidak mahukah dia menyebarkn kebenaran? Ataupun video tersebut tidak boleh dilihat oleh pihak kami? Saya berharap janganlah jawapannya nanti "video sudah jadi bukti makhamah, tidak boleh disebarkan" atau apa2 lg yg kurang munasabah. Saya sanggup menunggu seberapa lama pun masa yg sedara perlukan untuk mendapatkn salinan video tersebut asalkn bukti yg menyatakn kebenaran seperti yg sedara katakn dpat diperolehi. Saya tidak dapat menyokong pendapat sedara jika saya tidak dapat melihat video tersebut. Buat masa ini GU saya masih En Md Radzi.

    "Aku tidak terasa dimakan sumpah kerana melanggar pantang larang SCH. Aku tidak durhaka kepada guru Aku.

    Jika kita cari kebenaran kita akan jumpa kebenaran. Jika kita ikut kemungkaran. Kita rugi dunia akhirat. Tidak begitu?"

    Saya tidak menuduh sedara menderhaka. Jika seseorang itu bersalah, maka dia tetap bersalah. Jika pandangan sedara bahawa GU saya bersalah, maka itu pandangan sedare, tetapi pandangan saya berlainan.

    -rima

    p/s
    sedikit teguran tentang penulisan sedara,
    apa kata sedara gantikan "Aku" yg digunakn dalam kebanyakn posting sedara dengan "aku", "saya" atau yg lain. Bagi saya penggunaan "Aku" kurang sesuai bagi diri sedara. Kenapa? Saya rasa sedare mengetahuinya, sama seperti penggunaan "Kami" juga. Saya tidak menuduh apa2, sekadar cadangan. Wallahualam.

    ReplyDelete
  6. Syukran

    Bukan mudah bagi Aku untuk dapat peluang melihat video itu. Tidak berani Aku untuk dapatkan salinan video itu.

    Ya. Baru Aku teringat. Dalam video itu ada nampak abang kepada guru Aku. Mungkin kamu boleh tanya dia.

    Aku lihat video ajer. Dia memang ada disitu. Tanya-tanyalah dia. Dia pun ada dengar apa guru Aku cakap.

    Aku tidak mengharap sesiapa sokong Aku.

    Macam kamu, dia guru Aku. Guru silat Aku.

    Apa asas yang mengatakan guru Aku tidak bersalah? Aku telah beri sebab, kamu pula bagaimana?

    Teguran itu Aku terima. Aku selesa dengan perkataan Aku. Ada sebabnya.

    * sama-sama berpesan dengan kebenaran.

    ReplyDelete
  7. Salams... nak tanyer sikit.... soalan cepu emas ah... saper yang suruh tubuhkan majlis siasatan tu eh semasa kes cabul ni?? sy amat nak dgr kupasan bagi pihak anonymous.

    ReplyDelete
  8. Syukran

    Anonymous tu banyak. Dalam bahasa kita, tidak bernama.

    Ikut siasatan aku, penubuhan jawatankuasa siasatan dan penghakiman itu direstui oleh guru aku. Kedua-duanya ada abang pada guru aku. Juga ada penyokongnya gak.

    Ini menjawab persoalan kononnya jawatankuasa-jawatankuasa ini tidak wibawa untuk lakukan siasatan dan penghakiman. Kedua-duanya dipengerusikan oleh ahli MMT.

    Kedua-dua jawatankuasa ini dilantik oleh MMK 2006-2009. Ia sah dari segi perlembagaan PSSCUHM.

    *sama-sama berpesan dengan kebenaran.

    ReplyDelete