Wednesday, May 20, 2009

PSSCUHM Jadi Bermasalah Angkara Ahli-ahli Yang Tidak Tahu Tatacara Berpersatuan

10. Apakah status sebenar kedudukan persatuan di peringkat Pendaftar Pertubuhan Malaysia?

Aku tidaklah mengaku Aku ini pandai tentang hal ehwal pentadbiran persatuan. Adalah sedikit pengalaman aktif dalam NGO yang lain.

Setahu Aku, mengikut Akta Pertubuhan 1966, semua persatuan perlu didaftarkan di Malaysia. Bila ia didaftarkan ia tertakluk kepada Akta tersebut.

Setiap persatuan ada perlembagaan masing-masing dan bila seseorang menjadi ahli kepada persatuan itu, ia hendaklah patuh kepada perlembagaan tersebut. Perlembagaan inilah yang menentukan kuasa dan hak kepada ahli dan pentadbirnya.

Pertubuhan silat pula mempunyai struktur yang unik kerana dalam silat ada guru.

Bukan mudah untuk mentadbir sebuah persatuan silat. Dan orang-orang silat berbagai-bagai perangainya.

Dalam posting-posting terdahulu, Aku ada mengatakan majoriti ahli-ahli PSSCUHM tidak tahu tentang perlembagaan PSSCUHM.

Majoriti mereka belajar silat tetapi tidak ambil peduli tentang PSSCUHM.

Ramai penyelia kelas yang tidak menghantar nama ahli-ahli kepada SUA.

Ramai ahli-ahli telah hilang keahlian PSSCUHM kerana tidak membayar yuran tahunan.

Banyak cawangan-cawangan yang tidak menghantar senarai keahlian kepada SUA.

Senarai keahlian yang sah berada pada SUA.

Ramai ahli-ahli yang belajar di sekolah dan IPT yang tidak menjadi ahli PSSCUHM sebab para penyelia kelas tidak memberikannya kepada SUA.

Mengikut info yang Aku ada, PSSCUHM disenaraikan sebagai persatuan yang bermasalah. Ini kerana Omar ahli dari Melaka telah mengheret PSSCUHM ke mahkamah. Dan MMK 2006-2009 tidak boleh mengadakan mesyuarat agung perwakilan pada tahun 2007 dan tahun 2008 kerana keputusan mahkamah hanya diputuskan pada bulan Disember 2008.

Mengikut info tersebut, semua maklumat terkini tentang PSSCUHM telah sampai ke pengetahuan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Itu sebab mereka akan menentukan MMK mana yang sah dari segi perlembagaan PSSCUHM.

Kesimpulannya, PSSCUHM telah menjadi sebuah persatuan yang bermasalah akibat krisis dalaman yang dicetuskan oleh Puak Keluarga. Tindakan "rampasan kuasa" itu salah dari segi perlembagaan PSSCUHM.

Aku dapat rasakan betapa sukarnya SUA menjalankan tugasnya kerana setiap tindakan beliau akan dianggap sebagai "diktator" sedangkan SUA semestinya mentadbir PSSCUHM mengikut peraturan-peraturan yang termaktub dalam PSSCUHM.

No comments:

Post a Comment