Thursday, May 28, 2009

MMT Kuasai Akademi Silat Cekak Hanafi

14. Apakah MMT ada bersidang lagi selepas mesyuarat yang menetapkan En Marwi sebagai Guru Utama pada tahun 2007?

Satu lagi persoalan yang sukar Aku jawab. Aku tidaklah tahu sangat tentang MMT ini. Yang Aku tahu adalah apa yang ada dalam buku perlembagaan PSSCUHM. Mereka ini kira pangkat bapak-bapak Aku ler. Aku pun tak tahu apa depa buat sekarang.

Aku cuma dapat trace satu info seperti link dibawah ini.

http://www.cekakhanafi.com/akademi/index.htm

Sinopsis

Penubuhan akademi telah diluluskan oleh Majlis Muafakat Tertinggi (MMT) Silat Cekak Hanafi pada 22 Mei 2008.MMT juga telah bersetuju kepada perkara-perkara berikut:
Menubuhkan satu akademi persilatan yang dinamakan Akademi Silat Cekak Hanafi (ASCH).
Melantik enam (6) orang sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat.
Melantik 11 orang ahli LPT sedia ada sebagai Ahli Lembaga Akademi ASCH.
Akademi Silat Cekak Hanafi juga diberi kuasa untuk mengembangkan ilmu Silat Cekak Hanafi berdasarkan peraturan-peraturan yang dipersetujui.
Melantik Tn Hj Amruddin Hj Buang sebagai Ketua Eksekutif ASCH dan beliau akan membuat cadangan perlantikan ke atas jawatan-jawatan lain dalam struktur organisasi ASCH.

Tidaklah Aku perlu jelaskan lebih lanjut kerana ia sudah terang dan nyata.

Apa yang menarik Akademi SCH adalah dibawah kuasa MMT. Jadi tidak timbul ia akan dikomersilkan. Lagupun ahli-ahli LPT dan ahli-ahli Lembaga Akademi SCH adalah orang yang sama.

Aku ada terdengar tohmahan yang kata Akademi SCH ini adalah cubaan untuk komersilkan SCH.

Yang Aku nampak, Akademi SCH ini adalah untuk memartabatkan SCH. Yang Aku nampak di bawah kuasa MMT ini ada PSSCUHM, ASCH dan persatuan SCH di IPT dan sekolah.

Mana yang baik Aku sokong.

*sama-sama berpesan dengan kebenaran


2 comments:

  1. kalau dah sokong, mengapa perlu ada 21 persoalan?

    ReplyDelete
  2. Syukran

    Sudah tiga tahun Aku berkelana mencari info. Banyak halangan yang Aku lalui. Aku berada di sana dan di sini. Antara dua puak yang asalnya satu.

    Tiga tahun satu jangkamasa yang panjang. Terngiang-ngiang Aku teringat suasana di Taman Tasik Titiwangsa 2005. Ingat Gemilang 40 Tahun SCH.

    Ya banyak persoalan yang timbul. 21 persoalan itu adalah sebahagian daripada puluhan mungkin ratusan persoalan di minda Aku.

    Aku pohon perlindungan Allah agar Aku tidak tersesat jalan.

    Waulahualam

    * sama-sama berpesan dengan kebenaran.

    ReplyDelete