Friday, May 8, 2009

Tiada Natural Justice?

Hai, nasib diriku.

Sudah seminggu Aku menunggu jawapan kepada 21 persoalan itu tetapi masih lagi tiada jawapan daripada kedua-dua belah pihak.

Bak kata orang putih; life has to go on.

Aku masih lagi teringat di awal-awal krisis ini, guru Aku ada mengatakan beliau tidak diberikan keadilan oleh MMK semasa siasatan dilakukan.

Betulkah guru Aku tidak diberikan keadilan - natural justice?

Betulkah?

Jika diteliti tindakan-tindakan yang diambil oleh MMK ketika itu, dimanakah terletak ketidakadilan yang dimaksudkan itu?

Hasil siasatan Aku, aku dapati tindakan-tindakan yang dilakukan tidak menafikan hak guru Aku untuk mempertahankan diri terhadap tuduhan yang berat itu.

1. Guru Aku dengan rela hati telah mengosongkan jawatan sebagai Presiden. Ia bertujuan untuk tidak mempengaruhi siasatan yang akan dijalankan oleh MMK. Lagipun beliau menyetujui pembentukan kedua-dua jawatankuasa iaitu jawatankuasa siasatan dan jawatankuasa penghakiman oleh MMK.
2. Guru Aku adalah individu yang terakhir dipanggil oleh jawatankuasa siasatan MMK. Ini bermakna beliau berpeluang untuk mengetahui butir-butir yang dibincangkan terhadap kes ini oleh individu-individu terdahulu yang dipanggil oleh jawatankuasa siasatan ini. Salah satu ahli jawatankuasa siasatan ini adalah abang kandungnya sendiri.
3. Siasatan terhadap beliau dirakamvideokan. Butir-butirnya semua direkodkan. Beliau telah memberikan keterangan dan penjelasan terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh jawatankuasa siasatan.
4. Guru Aku juga telah diberikan peluang semasa mesyuarat Majlis Muafakat Tertinggi Silat Cekak Hanafi pada bulan September 2006. Apakah keputusan MMT ketika itu? Bukankah keputusan MMT ketika itu adalah mengekalkan beliau sebagai guru utama?
5. Selepas beliau ditangkap, MMT telah bersidang semula dan Puak Keluarga telah memulaukan mesyuarat MMT ini. Di mesyuarat inilah MMT mengambil keputusan untuk melantik En Marwi bin Latif sebagai Guru Utama.

Kesimpulannya, tuduhan yang mengatakan tiada natural justice kepada guru Aku itu adalah satu tuduhan yang liar.

Sememangnya natural justice ini akan tercapai akhirnya bilamana mahkamah meneruskan kes cabulnya itu.

No comments:

Post a Comment