Friday, May 1, 2009

Pernyataan Mohamad Amin Zainal Abidin (MAZA) - 27 April 2009

Berikut adalah pernyataan daripada En Mohamad Amin bin Zainul Abidin (MAZA) yang dikeluarkan di laman web

http://www.silatcekakhanafi.org/

Pekeliling MMK

Perutusan Persatuan - Dari Meja Setiausaha Agung
Isnin, 27 April 2009 03:02

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pekeliling MMK 09/12
27 April 2009

Semua Ahli,
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia.

Tuan / Puan,
MAKLUMAN SITUASI SEMASA PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA
Sukacitanya perkara diatas adalah dirujuk.
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (PSSCUHM) telah mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa berdasarkan Perlembagaan Persatuan, Peraturan 7, Ceraian 23 (b), pada 28 Mac 2009 (Sabtu), pada jam 10.00 pagi, bertempat di Dewan Tertutup, Kompleks Rakan Muda, Sementa, Kelang, Selangor Darul Ehsan dengan dihadiri seramai 318 orang Perwakilan diseluruh Malaysia iaitu sekitar 77.6% peratus kehadiran daripada jumlah maksima Perwakilan sebanyak 410 orang.
Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa ini di adakan atas desakan 10 buah Cawangan Negeri di Malaysia yang menuntut Presiden memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa tersebut kerana hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap Majlis Mesyuarat Kebangsaan Bagi Sessi 2006/2009 yang telah gagal melaksanakan amanahnya berdasarkan Perlembagaan Persatuan dan ketetapan Mesyuarat Agung Perwakilan serta enggan memanggil Mesyuarat Agung Tahunan Bagi Tahun 2006, 2007 dan 2008 dan Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kebangsaan Bagi Sessi 2009/2012 telah difailkan dengan sempurna di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 31 Mac 2009.
Satu laporan polis telah dibuat terhadap En.Ramlee Bin Abd.Rahman (Mantan Setiausaha Agung), En.Amrahi Bin Buang (Mantan Bendahari Agung), En.Abd Azman Bin Johan dan En.Kamarul Baharaini Bin Abd.Latiff (Mantan Juruaudit Dalaman) kerana telah enggan dan engkar untuk menyerahkan Penyata Aktiviti dan Kewangan PSSCUHM pada 26hb April 2009.
Adalah dimaklumkan juga bahawa pembubaran 10 Buah Cawangan Negeri oleh MMK 2006/2009 adalah tidak sah kerana Mesyuarat Agung Luar Biasa Cawangan Negeri yang hilang kepercayaan dan keyakinan kepada En.Ramlee Bin Abd.Rahman (mantan Setiausaha Agung) telah diadakan pada bulan Februari 2009 dan MMK 2006/2009 telah tamat tempohnya selama 3 tahun pada 11hb Mac 2009.
Turut dimaklumkan bahawa pengguguran keahlian beberapa orang ahli Seumur Hidup persatuan ini adalah tidak sah kerana pemakluman tersebut hanya diterima selepas tarikh 21hb April 2009, iaitu selepas Majlis Mesyuarat Kebangsaan 2009/2012 terbentuk pada 28hb Mac 2009.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan kepada pihak-pihak tertentu yang mempertikaikan kesahihan Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa mahupun Majlis Mesyuarat Kebangsaan Bagi Sessi 2009/2012 tersebut, bolehlah mencabarnya dimana-mana mahkamah di Malaysia yang merupakan badan yang berwibawa untuk menentukan samada sesuatu Mesyuarat Agung tersebut sah ataupun tidak.
Suka saya tegaskan disini bahawa berkuatkuasa selama 3 tahun, bermula daripada 28hb Mac 2009, Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia ditadbir oleh Majlis Mesyuarat Kebangsaan 2009/2012 (rujuk laman web rasmi persatuan www.silatcekakhanafi.org) yang telah dipilih pada Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa yang telah diadakan pada 28hb Mac 2009 dan akan berakhir tempohnya pada 27hb Mac 2012. Ahli-ahli juga dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pejabat pengurusan jika memerlukan penjelasan dan keterangan terperinci.

Sekian, wassalam.


MOHAMAD AMIN BIN ZAINUL ABIDIN
Setiausaha Agung


=====================================================================


Setelah Aku meneliti maklumat ini dan mencerakinnya bersama-sama dengan maklumat yang dikeluarkan oleh SUA PSSCUHM maka Aku dapati bahawa tindakan-tindakan yang dilakukan oleh MAZA adalah tersasar dengan fakta dan keadaan sebenar.


Aku melihat "pekeliling" ini dikeluarkan hanya untuk menjawab pekeliling SUA yang bertarikh 24 April 2009.


Aku meneliti secara halus dan mendapati bahawa:


1. MAZA masih lagi mengaku sebagai setiausaha agung sedangkan ia adalah tidak betul, mengapa?


Mengikut pernyataan MAZA


Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (PSSCUHM) telah mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa berdasarkan Perlembagaan Persatuan, Peraturan 7, Ceraian 23 (b), pada 28 Mac 2009 (Sabtu), pada jam 10.00 pagi, bertempat di Dewan Tertutup, Kompleks Rakan Muda, Sementa, Kelang, Selangor Darul Ehsan dengan dihadiri seramai 318 orang Perwakilan diseluruh Malaysia iaitu sekitar 77.6% peratus kehadiran daripada jumlah maksima Perwakilan sebanyak 410 orang.


Mesyuarat ini tidak sah kerana ia dilakukan tidak melalui SUA yang sah iaitu En Ramli Abdul Rahman. Sila lihat posting terdahulu. Bila mesyuarat ini tidak sah, semua keputusannya tidak sah termasuk pemilihan MMK 2009-2012.


Mengikut pernyataan MAZA lagi:

Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa ini di adakan atas desakan 10 buah Cawangan Negeri di Malaysia yang menuntut Presiden memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa tersebut kerana hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap Majlis Mesyuarat Kebangsaan Bagi Sessi 2006/2009 yang telah gagal melaksanakan amanahnya berdasarkan Perlembagaan Persatuan dan ketetapan Mesyuarat Agung Perwakilan serta enggan memanggil Mesyuarat Agung Tahunan Bagi Tahun 2006, 2007 dan 2008


Seperti yang telah disebutkan dalam posting yang terdahulu, desakan ini dibuat setelah Puak Keluarga (PK) mendapat surat pembubaran sepuluh cawangan yang enggan mengikut arahan MMK 2006-2009 yang sah.


Ini adalah satu tindakan "knee jerk" atau melatah atau sesak.


Namun persoalannya mengapa MMK 2006-20009 tidak dapat mengadakan mesyuarat agung perwakilan pada tahun 2007 dan 2008? Jawapannya adalah bagaimana MMK dapat melaksanakan mesyuarat agung perwakilan kerana kes di mahkamah masih berjalan. Aku masih ingat lagi bahawa Omar ahli dari Melaka telah mengheret PSSCUHM ke mahkamah kerana mempertikaikan perjalanan mesyuarat agung perwakilan PSSCUHM bagi tahun 2006.

Dan seperti yang Aku sebut di dalam posting terdahulu, hanya pada Disember 2008 sahaja mahkamah telah membuat keputusan terhadap kes ini dan menolak permintaan Omar ahli dari Melaka ini dengan kos.


Sila lihat dan baca dokumen ini:


http://www.cekakhanafi.com/doc/HUJAH_PENGHAKIMAN.pdf


Oleh itu, tidak timbul persoalan kengganan MMK 2006-2009 untuk mengadakan mesyuarat agung perwakilan bagi tahun 2007 dan 2008. Jika MMK mengadakan mesyuarat agung perwakilan maka ia dianggap sebagai satu tindakan menghina mahkamah.


Jadi PK bolehlah menyalahkan Omar ahli dari Melaka dalam hal ini.


Seterusnya MAZA mendakwa:


dan Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kebangsaan Bagi Sessi 2009/2012 telah difailkan dengan sempurna di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 31 Mac 2009.


Tindakan yang diambil oleh PK ini tidak terpakai dan sia-sia kerana pemanggilan mesyuarat agung perwakilan luarbiasa yang diadakan pada 28 Mac 2009 itu adalah tidak sah.


Mengikut surat SUA PSSCUHM bertarikh 24 April 2009 laporan terperinci telah diberikan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan. Mengikut Akta Pertubuhan 1966, Jabatan Pendaftar Pertubuhan boleh memutuskan kedudukan PSSCUHM sekarang.


Mengikut pernyataan MAZA lagi:

Satu laporan polis telah dibuat terhadap En.Ramlee Bin Abd.Rahman (Mantan Setiausaha Agung), En.Amrahi Bin Buang (Mantan Bendahari Agung), En.Abd Azman Bin Johan dan En.Kamarul Baharaini Bin Abd.Latiff (Mantan Juruaudit Dalaman) kerana telah enggan dan engkar untuk menyerahkan Penyata Aktiviti dan Kewangan PSSCUHM pada 26hb April 2009.


Pada Aku, tindakan MAZA ini juga satu tindakan "knee jerk" atau melatah atau sesak kerana pihak SUA PSSCUHM telahpun membuat laporan polis terhadap beliau pada 21 April 2009.


Pada Aku, jika MMK 2009-2012 itu tidak sah, Aku sendiri pun tidak akan patuh kepada arahan MMK yang tidak sah ini.


Seterusnya MAZA mendakwa:


Adalah dimaklumkan juga bahawa pembubaran 10 Buah Cawangan Negeri oleh MMK 2006/2009 adalah tidak sah kerana Mesyuarat Agung Luar Biasa Cawangan Negeri yang hilang kepercayaan dan keyakinan kepada En.Ramlee Bin Abd.Rahman (mantan Setiausaha Agung) telah diadakan pada bulan Februari 2009 dan MMK 2006/2009 telah tamat tempohnya selama 3 tahun pada 11hb Mac 2009.


Aku telah meneliti perlembagaan PSSCUHM mengenai perkara ini iaitu peraturan 15 para 4 dan aku dapati bahawa apa jua tindakan yang diambil oleh cawangan tanpa pengetahuan MMK 2006-2009 adalah tidak betul. Jika pun mesyuarat itu mengusulkan ketidakpercayaan kepada MMK sedia ada, notis dan pemakluman perlu diberikan kepada MMK yang sah sepertimana yang diputuskan oleh mahkamah dalam kes Omar ahli dari Melaka.


Aku telah siasat perkara ini dan diberitahu bahawa notis kepada MMK tidak dilakukan.


Oleh itu, jika benar, tindakan cawangan-cawangan telah mengadakan mesyuarat agung luar biasa untuk tujuan itu, ia adalah tidah sah dan tidak terpakai.


Bagi Aku, ini menjadi satu lagi sebab yang membolehkan MMK 2006-2009 membubarkan sepuluh cawangan tersebut mengikut peraturan 14 para 2(b) dan peraturan 14 para 3.


Pernyataan MAZA yang mengatakan " dan MMK 2006-2009 telah tamat tempohnya pada selama 3 tahun pada 11 Mac 2009" adalah tidak betul kerana mengikut perlembagaan PSSCUHM peraturan 7 para 18, mesyuarat agung perwakilan tahunan boleh diadakan selewat-lewatnya pada bulan Jun (yang bermaksud 30 Jun) setiap tahun.


Mengikut pernyataan MAZA seterusnya:


Turut dimaklumkan bahawa pengguguran keahlian beberapa orang ahli Seumur Hidup persatuan ini adalah tidak sah kerana pemakluman tersebut hanya diterima selepas tarikh 21hb April 2009, iaitu selepas Majlis Mesyuarat Kebangsaan 2009/2012 terbentuk pada 28hb Mac 2009.


Mengikut maklumat yang Aku ada, MMK telah membuat keputusan membubar cawangan-cawangan serta ahli-ahli seumur hidup yang mengingkari arahan MMK pada bulan Januari 2009 yakni selepas keputusan mahkamah pada bulan Disember 2008. Soal tarikh pemakluman tidak penting kerana setahu Aku keputusan yang dibuat MMK pada bulan Januari 2009 perlu disahkan pada mesyuarat berikutnya. Isu pemakluman keputusan MMK adalah satu isu teknikal sahaja.


Mengikut pernyataan MAZA lagi:


Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan kepada pihak-pihak tertentu yang mempertikaikan kesahihan Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa mahupun Majlis Mesyuarat Kebangsaan Bagi Sessi 2009/2012 tersebut, bolehlah mencabarnya dimana-mana mahkamah di Malaysia yang merupakan badan yang berwibawa untuk menentukan samada sesuatu Mesyuarat Agung tersebut sah ataupun tidak.
Suka saya tegaskan disini bahawa berkuatkuasa selama 3 tahun, bermula daripada 28hb Mac 2009, Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia ditadbir oleh Majlis Mesyuarat Kebangsaan 2009/2012 (rujuk laman web rasmi persatuan www.silatcekakhanafi.org) yang telah dipilih pada Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa yang telah diadakan pada 28hb Mac 2009 dan akan berakhir tempohnya pada 27hb Mac 2012. Ahli-ahli juga dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pejabat pengurusan jika memerlukan penjelasan dan keterangan terperinci.

Sekian, wassalam.


MOHAMAD AMIN BIN ZAINUL ABIDIN
Setiausaha Agung



Aku melihat perbuatan MAZA ini sebagai satu tindakan yang sombong dan angkuh kerana setiap tindakan yang telah diambil beliau dalam kes sekarang ini jelas bertentangan dengan perlembagaan PSSCUHM.


MAZA boleh menipu para pengikutnya tetapi tidak Aku.


Mengapa PK tidak mahu belajar daripada keputusan mahkamah mengenai kes Omar ahli dari Melaka adalah satu persoalan yang besar.


Pada Aku, semua ini hanya tindakan-tindakan untuk menegakkan benang yang basah.

No comments:

Post a Comment