Sunday, May 31, 2009

MMK Tiada Peluang Beri Penerangan

16. Adakah MMK memberikan penerangan kepada cawangan-cawangan selepas mesyuarat di Hotel Flamingo itu?

Sebelum aku jawab persoalan ini, ingin aku beritau aku ini adalah seorang bekas pelajar IPT. Masih muda. Masih menganggur.

Sebenarnya dalam posting aku yang kedua, aku telah emelkan 21 persoalan itu kepada pej_urusan@cekakhanafi.com dan info@silatcekakhanafi.org

Tapi tiada jawapan hingga kini.

Ya aku ahli kerdil. Ya aku dulu ahli muda tapi tidak ada pengesahan samada aku diterima menjadi ahli. Sekarang aku begini ler.

Aku berkelana tiga tahun mencari persoalan dan jawapan. Sana dan sini. Aku dipandang sinis oleh kedua-dua belah pihak.

Sedih.

Aku belajar silat aje. Jurulatih aku pun bukan ada ajar yang lain. Aku jumpa guru aku pun tiga kali saja. Ada gak persoalan pada ketika itu tapi aku pendamkan. Dia semacam aje.

Jadi jangan salahkan aku jika aku tempang. Jika aku tidak faham apa itu SCH selain silat?

Soalan cepu mas bila bertanya di kelas adalah jangan tanya. Bila tamat nanti boleh tanya. Tapi dah tamat macam ini pun, masih tiada jawapan.

Aku mencari dan mencari persoalan dan jawapan.

Kalau aku salah, ia salah aku sendiri.

Berbalik pada soalan diatas, sebahagian jawapan telah diterangkan dalam posting terdahulu . No.15.

Setahu aku, MMK 2006-2009 tidak dapat memberikan penerangan di cawangan-cawangan atas dua sebab utama. Yang pertama adalah kesan roadshow yang dilakukan oleh guru aku dengan strategi 2 dalam 1 itu. Sebahagian besar YDP/MMN dan penyelia kelas telah termakan strategi guru aku. Lebih malang lagi mereka sendiri telah berpihak dan menentang MMK 2006-2009 sejak dari awal lagi.

Sebagai contoh, kes Omar ahli dari melaka. Dia adalah setiausaha MMN Melaka. Dan dia menyaman MMK. Cuba lihat dokumen mahkamah itu. Adakah tidak benar dia (sebagai plaintif)menyaman MMK 2006-2009 (sebagai defendan) yang mana guru aku sebagai presiden dan juga ada ahli MMK yang berpihak dengannya.

Aku ingin bertanya, bukankah ini satu kerja yang tidak bertanggung jawab? Omar menyaman guru aku! Dan guru aku diam saja. Malah dia yang suruh. Bukankah ini satu pakatan jahat terhadap MMK?

Mereka berniat jahat.

Maaf bukan aku cakap tapi hakim yang tulis gitu. Sila baca dokumen keputusan mahkamah itu.

Rumusannya adalah tidak mungkin MMK 2006-2009 dapat memberikan penerangan kepada YDP/MMN dan penyelia kelas kerana mereka telah berpakat menyorokkan info sebenar.

Ahli-ahli SCH dibawah mereka terus tertipu.

Dengan keadaan begini, apakah salah sepuluh cawangan itu dibubarkan?

*sama-sama berpesan dengan kebenaran.

2 comments:

  1. Amanah, dan sampaikanlah dariku walaupun satu ayat. Mana mungkin boleh menyampaikan bila mana belum sampai yakinnya.

    ReplyDelete
  2. Syukran

    Satu peringatan yang sangat baik untuk aku. Aku sedar betapa kerdilnya aku. Aku mohon perlindungan daripada Allah. Ada satu komentar ari tu citer pasal as siddiq.

    Kedua-dua sifat yakni as-siddiq dan amanah adalah sifat-sifat Muhammad SAW yang perlu diamalkan.

    *sama-sama berpesan dengan kebenaran.

    ReplyDelete