Tuesday, May 19, 2009

Pendaftar Pertubuhan Akan Tentukan Kesahihan MMK

9. Mengapakah mesyuarat agung perwakilan tahunan tidak diadakan pada tahun 2007, 2008 dan 2009?

Hati Aku gusar sekali kerana 21 persoalan yang Aku kemukakan kepada kedua-dua belah pihak masih lagi tidak mendapat maklumbalas. Ya. Aku sedari Aku hanya ahli biasa. Tiada jawatan dan kedudukan dalam PSSCUHM.

Tapi persoalan mesti ada jawapan.

Dalam posting yang terdahulu, Aku tahu sebab-sebab mengapa mesyuarat agung perwakilan tidak diadakan pada tahun 2007 dan 2008.

Dipihak Puak Keluarga, mereka menuduh MMK 2006-2009 sengaja melengah-lengah perkara ini. Dan jawapan yang diberikan oleh MMK 2006-2009 adalah kerana bila mana PSSCUHM diheret ke mahkamah dengan itu ia tidak dapat dilakukan kerana ia dianggap sebagai menghina mahkamah yang sedang bersidang ketika itu.

Keputusan mahkamah pula hanya dibuat pada bulan Disember 2008. Jadi jawapan kepada persoalan mengapa mesyuarat agung perwakilan tidak diadakan pada tahun 2007 dan 2008 dengan sendirinya terjawab.

Selepas keputusan ini dibuat oleh mahkamah, kedua-dua puak telah mengambil tindakan masing-masing.

Puak Keluarga yang kalah dalam keputusan mahkamah ini mengambil tindakan-tindakan untuk mengawal sokongan di kalangan ahli-ahli mereka. Dan MMK 2006-2009 juga mengambil tindakan untuk membubarkan cawangan-cawangan dan memecat ahli-ahli yang ingkar terhadap keputusan-keputusan MMK 2006-2009 khususnya berkaitan perlantikan En Marwi b Latif sebagai Guru Utama.

Berlakulah mesyuarat agung "rampasan kuasa" oleh Puak Keluarga pada 28 Mac 2009 yang lalu. Dengan jelas mereka tidak mengikut peraturan-peraturan dan Perlembagaan PSSCUHM dikesampingkan.

Di pihak MMK 2006-2009, mereka ada sehingga 30 Jun 2009 untuk mengadakan mesyuarat agung perwakilan pada tahun ini.

Kesimpulannya, setelah berlaku mesyuarat agung "rampasan kuasa" dan mesyuarat agung perwakilan tahun 2009 yang akan diadakan selewat-lewatnya pada 30 Jun 2009, terpulanglah kepada Pendaftar Pertubuhan untuk menentukan kesahihan masing-masing.

1 comment:

  1. Hahaha... mana mungkin "Rampasan Kuasa" dilakukan "senyap-senyap" oleh ratusan dan ribuan ahli. ini bukan kes satu dua perwakilan. Sampai bila mantan MMK mahu menindas dengan cuba memecat ribuan ahli demi segelintir yang masih mahu membolot kuasa? Dahlah cubaan "pemecatan" dan "pembubaran" dilakukan ala diktator dan bercanggah dengan perlembagaan persatuan.

    Persatuan adalah milik ahli. Bukan segelintir yang hanya mahu mendabik dada dengan "kuasa" kononnya. Persatuan milik ahli! Perjuangkan hak ahli! Perjuangkan hak majoriti! Takbir!!!

    ReplyDelete