Tuesday, May 26, 2009

MMT Berwajah Baru?

13. Apa pandangan MMT terhadap perkembangan semasa sekarang?

Satu persoalan yang menarik. Aku sendiri sukar nak jawab sebab Aku bukan ahli MMT. Aku juga tunggulah kut-kut ada hamba allah yg beri bahan pada Aku tentang hal ini.

Aku sendiri tertanya-tanya, apa kriteria untuk jadi ahli MMT ini. Seperti yang Aku tahu, MMT terbahagi kepada dua puak - pendukung dan ahli keluarga Al Marhum Ustaz Hanafi.

Berdasarkan kepada info yang Aku ada, mesyuarat MMT telah diadakan pada bulan April/Mei tahun 2007 untuk lantik En Marwi Latif sebagai guru utama. Mesyuarat ini diboikot oleh puak keluarga kerana dikatakan mereka telah "meletakkan jawatan masing-masing pada mesyuarat MMT pada bulan September 2006". Ada ke sesiapa yang ada surat ini. Kalau ada berilah pada Aku.

Ikut info Aku, tugas MMT juga mencadangkan nama-nama untuk isi jawatan utama MMK dan YDP cawangan. Kalau info ini betul, mungkin adalah mesyuarat MMT baru-baru ini. Sama-samalah kita tunggu bila akan diadakan mesyuarat agung perwakilan PSSCUHM yang perlu diadakan pada bulan Jun (30 Jun selewat-lewatnya).

Kesimpulannya, anggota MMT ini akan berubah sebab puak keluarga telah "letak jawatan" mereka dalam majlis ini.

Sama-sama berpesan dengan kebenaran.

2 comments:

  1. minta maaf saya nk menegur...

    kenapa sdr bahasakan diri sebagai 'Aku'? setahu saya la kan, kata ganti diri 'aku' yg menggunakan huruf besar 'A' ni, hanya digunapakai ketika kita mengungkap/menyebut semula firman-firman Allah...

    kata ganti diri lain juga menggunakan huruf besar apabila kita merujuk kpd Allah: "Ya Allah, Engkau perkenankanlah aku..", "Mintalah pada Allah Yg Esa, sesungguhnya Dia Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang...", dll..

    jd bila sdr gunakan spt itu juga, seolah-olah sdr membahasakan diri sdr sebagai tuhan pulak...jadi saya rasa elok la sdr tukar style sdr tu ye!

    ReplyDelete
  2. Syukran

    Satu teguran yang amat berguna untuk diri aku. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku.

    ReplyDelete