Friday, May 1, 2009

Pernyataan Setiausaha Agung PSSCUHM - 24 April 2009

Aku telah ambil pernyataan SUA PSSCUHM daripada

http://www.cekakhanafi.com/ seperti berikut:



Perkeliling MMK
24 April 2009
Kepada semua ahli,
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia
Saudara/i,
Assalamu Alaikum wbt.
MAKLUMAN TENTANG KEDUDUKAN SEMASA PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA
Perkara di atas dengan sukacitanya dirujuk.
•Saya dimaklumkan kononnya satu Mesyuarat Agung Luarbiasa telah diadakan pada 28 Mac 2009 dimana diberitakan juga satu pemilihan ahli Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK) yang baru bagi sesi 2009/2012 diadakan.
3. Kesahihan Mesyuarat Agong Luarbiasa dan perlantikan MMK yang baru ini sesungguhnya tidak sah dan tidak terkesan berdasarkan penyataan berikut:
•Peraturan 7 Ceraian 25 Perlembagan Persatuan menyatakan bahawa notis Mesyuarat Agong Luarbiasa hendaklah dihantar oleh Setiausaha Agong yang menjalankan tugas atas persetujuan Majlis Mesyuarat Kebangsaan. Walaubagaimanapun, dalam kes mesyuarat yang di adakan pada 28 Mac 2009 itu, saya sebagai Setiausaha Agong yang sah tidak pernah mengeluarkan notis memanggil Mesyuarat Agong Luarbiasa tersebut. Majlis Mesyuarat Kebangsaan juga tidak pernah bersetuju untuk mengadakan atau menerima apa-apa notis mengadakan Mesyuarat Agong Luarbiasa. Oleh itu Mesyuarat Agong Luarbiasa yang dikatakan diadakan pada 28 Mac 2009 itu tidak membawa apa-apa implikasi kepada persatuan kerana dilakukan tidak mengikut prosedur dan peruntukan Perlembagaan Persatuan.
•Pemilihan ahli Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK) hanya boleh dilakukan pada Mesyuarat Agong Perwakilan seperti yang diperuntukan pada Peraturan 7 Ceraian 18(c) Perlembagaan Persatuan. TIDAK ADA peruntukan di dalam Perlembagaan Persatuan yang menyatakan bahawa pemilihan ahli Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK) boleh dilakukan pada Mesyuarat Agong Luarbiasa . Oleh itu, tindakan memilihan MMK baru yang dilakukan pada 28 Mac 2009 adalah tidak terpakai dan terbatal dengan sendirinya.
•En Md Radzi Hj Hanafi atau sesiapapun wakil beliau tidak berkuasa untuk memanggil Mesyuarat Agong Luarbiasa kerana beliau bukan lagi menjawat jawatan Presiden. Malah keahlian beliau juga telah digugurkan sejak 25 Mac 2007 . Jika pun Encik Md Radzi Hj Hanafi masih mengaku beliau sebagai Presiden berdasarkan semakan beliau di Pejabat Pendaftar Pertubuhan yang masih mencatitkan beliau sebagai Presiden, tetapi siasatan lanjut mendapati bahawa rekod di Pejabat Pendaftar Pertubuhan telah tidak dikemaskini apabila tidak memasukan rekod baru berdasarkan surat persatuan kepada Pendaftar Pertubuhan bertarikh 18 September 2008. Surat tersebut telah memaklumkan tentang pemecatan keahlian En. Md Radzi Hj Hanafi dan Jawatan Presiden telah dipangku oleh Naib Presiden iaitu Tn Hj Md Nasir Md Arshad.
4. Satu laporan polis telah dibuat terhadap En Mohamad Amin Zainul Abidin kerana melakukan tindakan menipu dan mengelirukan ahli persatuan serta orang ramai. Ini kerana beliau dengan secara terang-terangan mengaku sebagai Setiausaha Agong di dalam surat yang dihantar kepada beberapa individu tertentu menggunakan kepala surat persatuan walaupun diketahui bahawa beliau bukanlah Setiausaha Agong persatuan yang sah dan tidak ada kuasa untuk berbuat demikian. Selanjutnya juga dimaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kebangsaan telah memecat keahlian En Mohd Amin Zainul Abidin berkuatkuasa 22 Januari 2009 . Oleh itu, bermula dari tarikh tersebut, beliau sudah tidak ada kena-mengena dengan persatuan ini.
5. Adalah dimaklumkan juga, berkuatkuasa 24 April 2009 , MMK telah membubarkan 10 cawangan negeri kerana mengingkari arahan MMK. Pembubaran ini dibuat berdasarkan peruntukan Peraturan 14 Ceraian 2(b) Perlembagaan Persatuan. Cawangan-cawangan yang dibubarkan itu adalah seperti senarai berikut:
-Cawangan Perlis
-Cawangan Kedah
-Cawangan Pulau Pinang
-Cawangan Negeri Sembilan
-Cawangan Melaka
-Cawangan Johor
-Cawangan Pahang
-Cawangan Kelantan
-Cawangan Sabah
-Cawangan Sarawak
6. Suka saya tegaskan di sini bahawa persatuan ini dan kedudukan MMK adalah tidak terkesan oleh percubaan untuk menggugat keharmonian dan keutuhan persatuan. Semua aktiviti persatuan tidak terganggu dan tetap berjalan seperti biasa. Ahli-ahli juga dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pejabat pengurusan jika memerlukan perjelasan lanjut.

Sekian, wassalam.

RAMLEE ABDUL RAHMAN
Setiausaha Agong



====================================================================



Aku tidak berhajat untuk menghuraikan pernyataan ini kerana ia adalah jelas.


SUA telah menyatakan para-para di dalam perlembagaan PSSCUHM.


Sebagai ahli, Aku telah menyemak pernyataan ini dan menyemak para-para yang dimaksudkan itu dan didapati adalah bertepatan dengan maksud dan tujuannya.


Aku tahu apabila berlaku satu konflik dalam sesuatu pertubuhan maka semua pihak khususnya MMK, MMN dan ahli-ahli mesti merujuk kepada perlembagaan PSSCUHM.


Persoalannya, berapa ramai yang ada buku perlembagaan? Mengapa buku perlembagaan ini tidak diberikan kepada ahli-ahli selepas keahlian diterima oleh MMK dan SUA. Ini satu kelemahan yang sepatutnya diperbaiki.


Alhamdulillah Aku ada buku perlembagaan PSSCUHM ini. Oleh kerana PSSCUHM sedang dilanda masalah maka rekod yang sahih yang akan dirujuk oleh semua pihak adalah rekod di pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia.


Berdasarkan maklumat yang Aku dapat, rupa-rupanya Puak Keluarga (PK) bergesa-gesa bertindak mengadakan mesyuarat agung perwakilan luarbiasa disebabkan tindakan SUA yang memaklumkan tindakan pembubaran sepuluh cawangan yang terbabit. Surat pembubaran ini bertarikh 23 Mac 2009 telah melibatkan sepuluh cawangan itu diberikan tempoh sebulan untuk merayu. Dan tarikh pembubaran tersebut berkuatkuasa pada 24 April 2009. Tindakan pembubaran ini terpaksa dibuat kerana sepuluh cawangan ini enggan menerima keputusan MMK dalam hal Guru Utama sepertimana yang telah dibuat oleh Majlis Muafakat Tertinggi - MMT.


Lebih parah lagi ada MMN cawangan-cawangan telah menubuhkan persatuan lain iaitu persatuan silat cekak pusaka hanafi di peringkat negeri-negeri seperti di Kedah dll.


Mengikut perlembagaan, tindakan SUA ini bagi pihak MMK adalah sah dan terpakai.


Juga diperhatikan tindakan PK mengadakan mesyuarat agung perwakilan luarbiasa itu pada 28 Mac 2008 cuma melibatkan tempoh lima hari sahaja selepas surat pembubaran cawangan oleh SUA bertarikh 23 Mac 2009.


Tentunya tindakan yang diambil ini adalah tidak betul kerana bukan sahaja guru Aku itu telah dilucutkan keahliannya dan jawatannya sebagai Presiden tetapi juga pemanggilan mesyuarat itu tidak mengikut perlembagaan PSSCUHM iaitu ia mesti dilakukan melalui SUA yang sah. Juga mesyuarat itu tidak mematuhi jumlah hari notis pemanggilan sebagaimana yang ditetapkan dalam perlembagaan.


Kesimpulannya, tindakan SUA iaitu E. Ramlee bin Abdul Rahman adalah sah dan benar.

2 comments:

  1. Saya seronok mengikuti perkembangan terkini Silat Cekak......iaitu Cekak Malaysia,Cekak Hanafi dan juga Pusaka Cekak Hanafi....

    Tapi biarlah saya fokuskan kepada 2 sahaja.....Cekak Hanafi dan Pusaka Cekak Hanafi....

    28 Mac 2009...Mesyuarat Agung Luarbiasa....

    24 April 2009...Pekeliling MMK...daripada SUA Ramlee Abdul Rahman...maknanya bagi pihak PSSCUHM

    Terkejut ?....kalau ye pun terkejut takkan la sampai bubar 10 cawangan.

    Tak rugged la brader....kata demokrasi...hak ahli lain macamana....

    Saya boleh terima Mesyuarat Agong Luarbiasa itu sebab dah lama beno tak diadakan Mesyuarat Agung.....

    Kena bezakan antara Mesyuarat Agung Tahunan dengan pemilihan....

    Kenapa takut sangat nak adakan mesyuarat agung tahunan pada tahun-tahun terdahulu....sedangkan ia mesti diadakan....mungkin ada alasan kot.....sebab kes mahkamah tak selesai lagi.....

    Nah sekarang kes dah selesai....tambah pulak ada pemilihan lagi...

    Mesyuarat Agung Luarbiasa tu cuma nak test power aje.....berapa banyak kekuatan boleh kumpul.....

    Aleh-aleh 10 cawangan bubar pulak.....ini kes naya nie...

    Cawangan ada hak untuk aktif bergerak...kenapa dibubarkan....jika kita ambil kes sedara kita kat Melaka tu....kepentingan umum melebihi kepentingan sekelumit manusia....maka jika 10 cawangan lawan kat mahkamah....kalah engko nie...

    Rayuan mesti dibuat oleh 10 cawangan ni...ini pun test power aje....modalnya seperti yang terdahulu...kepentingan umum...

    10 cawangan boleh bergerak dengan sendiri...tanpa perlu bercantum dengan PSSCUHM....jadinya PSSCUH(?) tanda ? maknanya atas nama negeri masing-masing...

    Yang jadi haru ialah kat sebelah SUA nanti...

    Ape sebab jangan tanya.....

    Lu pikirlah sendiri....

    Selamat sore pak...!!!

    ReplyDelete
  2. Syukran

    Dari komentar ini, dia adalah ahli SCH. Betulkah dia ahli SCH? Betul sebab dia ahli silat.

    Apakah dia ahli PSSCUHM? Ini Aku telah jelaskan dalam posting terdahulu. Ahli SCH tidak semestinya ahli PSSCUHM. Bacalah posting Aku.

    Ya Aku akui ada "power struggle" antara kedua belah pihak. Jadi jawapannya ada dalam perlembagaan PSSCUHM.

    Ya Aku akui Pendaftar Pertubuhan akan siasat.

    Ya Aku akui ia mungkin jadi kes mahkamah.

    Dalam kes Omar vs persatuan, tidakkah kita membaca huraian hakim?

    Kalau dah baca dan tidak mahu faham, nothing much can be done.

    Aku tak tahu samada Omar mampu bayar kos mahkamah tu. Mungkin pihak umum boleh bantu dia kut.

    Bagi Aku setelah tiga tahun mencari info, Aku yakin bahawa punca masalah krisis adalah disebabkan perbuatan guru Aku itu - cabul atau khalwat. Dua-dua salah.

    Bila dah salah tidak mahu mengaku salah. Cari pengaruh dan pengikut. Cari sokongan dari kalangan orang sekeliling. Dari keluarga. Dari kawan-kawan. YDP/MMN juga salah kerana terlibat sama dengan perbuatan guru Aku itu. Mereka ingkar dengan MMK 2006-2009. Jadi layak dibubarkan dan dipecat.

    Siapa yang nak ikut guru Aku itu, silalah.

    Lu pikirlah sendiri.

    *Sama-sama berpesan dengan kebenaran.

    ReplyDelete