Wednesday, May 6, 2009

Kes Cabul Punca Utama Masalah Silat Cekak Hanafi

Sejak Aku menyepikan diri selama tiga tahun ini dan melihat dari jauh, Aku dapat saksikan bagaimana gelagat puak-puak yang terlibat dalam Silat Cekak Hanafi menghadapi krisis yang berlaku.

Puncanya adalah kes cabul guru Aku. Kes ini telah mengakibatkan Silat Cekak Hanafi berpecah dua.

Kes guru Aku ini belum selesai lagi di mahkamah. Yang Aku tidak faham mengapa para pengikut guru Aku ini boleh tertipu. Cuba lihat gelagat mereka di www.silatcekakhanafi.org. Ada majlis sana dan sini.

Apakah mereka tidak mahu berfikir? Apakah mereka tidak mendapatkan info yang sebenarnya? Apakah mereka ikut membuta tuli? Atau mereka menjadi puak yang taksub?

Aku melihat bila kes ini berlaku ada dua pendekatan yang diambil oleh puak-puak yang bertelagah.

Puak Keluarga (PK) terutamanya guru Aku mengambil tindakan berjumpa dengan ahli-ahli untuk menerangkan bahawa kes cabul ini tidak berlaku. Ia satu rekaan semata-mata. Ia bertujuan untuk merampas jawatan guru utama. PK kata silat ini silat keluarga. Silat ini milik pusaka keluarga.

Pada Aku, perkara ini adalah satu fitnah belaka. Aku berkata demikian kerana punca segala masalah adalah kes cabul itu.

Ia berlaku. Kalau ia tidak berlaku, mengapa polis menangkap guru Aku? Jika tidak ada kes, mengapa pihak berkuasa mendakwanya di mahkamah?

Satu pendekatan lagi adalah di puak pendukung. Mereka mengikut saluran pentadbiran dan undang-undang.

Bila krisis berlaku, kita mesti ikut peraturan-peraturan yang ada dalam perlembagaan PSSCUHM. Sebagai ahli, kita mesti patuh.

Memang benar perlembagaan PSSCUHM adalah buatan manusia. Ia bukan Quran atau hadis. Namun selagi pentadbiran negara kita berlandaskan demokrasi maka kita harus akur kepada undang-undang. PSSCUHM adalah sebahagian dari undang-undang.

Aku melihat persatuan silat memang unik sebab ia ada silat dan ia ada persatuan.

Punca masalah boleh datang daripada kedua-dua perkara ini.

Jika tidak berhati-hati, akan berlakulah krisis demi krisis sehingga ke akhir zaman.

Itulah yang berlaku dalam Silat Cekak Hanafi apabila guru yang juga presiden mencabul
gadis bawah umur.

Memang benar dia guru Aku tetapi Aku tidak mahu bersamanya dalam perbuatan mungkar.

Lebih malang lagi, dia adalah anak Al-Marhum Ustaz Hanafi.

Semoga Allah akan memberikan petunjuk dan hidayah kepada kedua-dua puak ini agar kembali ke jalan yang diredhai.

10 comments:

  1. Apapun fikir fikirkanlah : Dalam perkara ini hanya ada satu pihak yang betul dan satu pihak yang salah... Satu pihak yang bertindak atas dasar emosi dan sentimen manakala satu pihak lagi bertindak atas bijaksana.. Mahukah kita berguru dengan guru yang sebegini.. Fikir fikirkanlah
    Dari : Anti Keliru 2009

    ReplyDelete
  2. Syukran

    Aku gemar perkataan "fikir fikirkanlah". Seperti yang Aku kata, guru Aku itu adalah guru silat Aku. Aku ucap terima kaseh bebanyak-banyak.

    Tapi bila guru Aku buat hal macam ini, maaf Aku tidak boleh ikut lagi.

    Bukan guru Aku ini saja yang berperangai begitu. Ramai guru-guru silat yang buat perangai. Cerita cabul, ada. Cerita rogol, ada. Cerita samseng, ada. Cerita penipu, ada dan macam-macam lagi.

    Itu sebab kita guna akal fikiran kita.

    Tidak perlu takut dengan hal pantang larang SCH itu. Boleh durhaka kepada guru yang mungkar kepada Allah. Bukan begitu?

    *sama-sama berpesan dengan kebenaran.

    ReplyDelete
  3. Anonymous... kereta mercedez guru ko dulu mane?? dah repair?? Ke dia dah bagi balik kat OrG bRUnEI?? hehehe...

    ReplyDelete
  4. Syukran

    Ada penyelia kelas aku beritahu tentang kes kereta mercedes ini. Yang paling malang ada ahli kita (peringkat abang aku ler) yang jadi mangsa. Puncanya percaya sangat pada guru aku. Tak tahu apa jadi dengan dia sekarang.

    *sama-sama berpesan dengan kebenaran.

    ReplyDelete
  5. Jangan mata hati kita ditutup dan dilindungi oleh perkaran sebenar.. Jangan cuba divert attention to others matter... Jangan cuba divert kes cabul ke masalah lain yang sebenarnya tak timbul.. Saya seru ahli ahli SCH yang masih berfikiran yang waras dan bijaksana terutama di cawangan seluruh malaysia.. Fikirlah dengan bijaksana.. Mahukah anda berguru dengan orang sebegini.. Buangkanlah ego dan sentimen semua.. Saya berharap anda semua dikurniakan hidayah untuk berfikir dengan waras membuat keputusan.. Apapun semua dariNYA... Fikir fikirkanlah...
    Dari : Anti Keliru 2009

    ReplyDelete
  6. Syukran

    Aku setuju. Mana-mana SCH tinggalkan guru aku yang mungkar.

    Ikut yang benar.

    *sama-sama berpesan dengan kebenaran.

    ReplyDelete
  7. salam..baguslah kalau anda2 semua sudah tahu menilai siapa yang benar dan siapa yang salah..tetapi alangkah malangnya sebab baru sekarang anda semua melihat bahawa guru utama anda itu mempunyai perangai yang tidak baik..bukankah dari dulu lagi hakikat ini sudah terbukti apabila guru utama anda itu mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai guru utama sedangkan dia sudah kalah di dalam mesyuarat agung??memecahbelahkan persatuan yang asalnya 'satu' menjadi 2 dan kini 3..sungguh pelik..anda semua mempunyai pemikiran yang rasional..tetapi masih berguru dengan orang yang tidak sepatutnya menjadi guru tetapi hanya menginginkan jawatan untuk kepentingan diri semata-mata...renung-renungkan...

    ReplyDelete
  8. sedarlah bahawa kebenaran akan terserlah jua..dari satu dipecah2 kan jadi 2, pastu di ja3 pulak..Allah Maha Mengetahui. Insaflah dan bersatulah wahai warga silat cekak dibawah Guru yang Mursyid Lagi Siddiq..amin~

    ReplyDelete
  9. aku rase la kan... dek kerana budak2 silat cokak ni majoriti suka menjatuhkan kekredibilitian silat lain (semasa dalam CEKAK MALAYSIA lagi. Oleh kerana kerajaan LANGIT mendapati sudah cukup HAD kekarutan ini maka di pecahkan la cokak ini menjadi 2..3.. dan sebagainya...

    itu pendapat aku je la...

    ReplyDelete
  10. Pada pandangan saya dari cekak malaysia, cekak hanafi dan cekak.... jagalah hubungan sesama anak adam dan hubungan dengan allah... Saya tak setuju lambang Ahmad Muhammad dipersendakan dengan demo2 sepakkan kaki ke dada. Amalan nie masih dilakukan.. saya pernah membantah hal ini melalui salurannya.. namun tohmahan saya dapat... (maaf tomahan bukan dari semua ahli2.. ingat tu!... Saya nak tengok aje nanti....tunggullah nanti...kalau tak nak berubah.....kita mempersendakan hak Allah dan Rasulnya... nanti allah mempersendakan kita pula...fikir2 kanlah.

    ReplyDelete