Thursday, May 21, 2009

Adakah MMT lagi?

11. Apakah wujud lagi Majlis Muafakat Tertinggi Silat Cekak Hanafi?

Aku telah buka buku perlembagaan PSSCUHM dan di sana ada satu peraturan mengenai Majlis Muafakat Tertinggi (MMT).

Dari senarai nama-nama itu bolehlah disimpulkan terdapat dua gulungan. Yang pertama adalah gulungan para pendukung Silat Cekak dan kedua ahli keluarga Al Marhum Ustaz Hanafi.

Satu ketika dulu bila Aku tanya kepada senior Aku tentang majlis ini, beliau sendiri pun tidak dapat memberikan jawapan. Bayangkan tenaga pengajar tidak tahu tentang perkara ini. Inilah salah satu kelemahan dalam SCH. Bila tenaga pengajar tidak tahu, ahli-ahli lagi tidak tahu.

Seorang ahli lama menerangkan majlis ini ditubuhkan setelah Al-Marhum Ustaz Hanafi kembali ke rahmatullah.

Tujuan diadakan majlis ini adalah untuk menjaga balu Al-Marhum Maimunah aka Mak Teh. Mak Teh ini kira pangkat nenek Akulah.

Salah satu tujuan adalah untuk menetapkan Guru Utama Silat Cekak.

Kata orang lama itu lagi, selepas Al-Marhum Ustaz Hanafi meninggal dunia, para pendukung Silat Cekak yakni orang-orang lama Silat Cekak telah menunggu 40 hari. Selepas itu, majlis ini menetapkan Tok Ishak bin Itam untuk jadi Guru Utama.

Siapa Tok Ishak bin Itam ini? Adakah beliau masih hidup lagi? Jawapannya adalah beliau masih hidup lagi dan sedang memimpin Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.

Lalu berlakulah krisis dalaman dalam Silat Cekak pada awal tahun 90an. Berpecahlah Silat Cekak menjadi dua puak. Satu puak di sebelah Tok Ishak dan satu lagi sebelah para pendukung dan keluarga Al Marhum Ustaz Hanafi.

Dari sinilah wujudnya Silat Cekak Hanafi.

Aku bertanya kepada orang lama itu, siapakah yang bertanggungjawab dalam menubuhkan PSSCUHM ini. Apakah ahli keluarga Al-Marhum Ustaz Hanafi atau para pendukung?

Jawapannya ada dalam senarai ahli MMT di dalam buku perlembagaan PSSCUHM.

Jadi Puak Keluarga boleh tanya keluarga dan Puak Pendukung boleh tanya para pendukung.

Bila Aku teliti info mengenai krisis dalaman PSSCUHM ini, aku melihat MMT ini masih lagi ada pada tahun 2006.

Dari info itu, Aku dapati selepas MMK 2006-2009 melucutkan jawatan guru Aku sebagai Presiden PSSCUHM pada tahun 2006, MMK ini telah merujuk kepada MMT mengenai kedudukan guru Aku sebagai Guru Utama.

Mengapa begini? Sebab tugas menetapkan Guru Utama adalah tugas MMT bukan MMK. Jadi tidak timbullah soal Guru Utama persatuan. Ada Aku baca satu blog yang mengatakan En Marwi Latif adalah Guru Utama Persatuan. Ternyata dakwaan ini tidak benar.

Berbalik kepada tahun 2006, apabila MMK 2006-2009 merujuk kepada MMT berkaitan jawatan guru Aku sebagai Guru Utama, keputusan MMT sangat memeranjatkan kerana MMT telah memutuskan guru Aku sebagai Guru Utama.

Selanjutnya pada tahun 2007, MMT telah bersidang lagi apabila guru Aku ditangkap polis. Di mesyuarat inilah MMT telah menetapkan En Marwi Latif sebagai Guru Utama.

Mengikut info itu, sudah dua tahun perkara ini berlaku.

Kesimpulannya, MMT ini masih lagi wujud sehingga sekarang ini. Akibat krisis dalaman, tidak dapat dipastikan samada Puak Keluarga masih lagi menduduki MMT ini atau tidak.

Entah betul atau tidak, diberitahu sebenarnya Puak Keluarga telah meletakkan jawatan dalam MMT ini semasa mesyuarat MMT pada tahun 2006.

Entahlah. Kalau sesiapa ada info ini berikan kepada Aku.

14 comments:

  1. 1. " Dari info itu, Aku dapati selepas MMK 2006-2009 melucutkan jawatan guru Aku sebagai Presiden PSSCUHM pada tahun 2006, MMK ini telah merujuk kepada MMT mengenai kedudukan guru Aku sebagai Guru Utama."

    2. "Mengapa begini? SEBAB TUGAS MENETAPKAN GURU UTAMA ADALAH TUGAS MMT BUKAN MMK. Jadi tidak timbullah soal Guru Utama persatuan. Ada Aku baca satu blog yang mengatakan En Marwi Latif adalah Guru Utama Persatuan. TERNYATA DAKWAAN INI TIDAK BENAR."

    3. "Selanjutnya pada tahun 2007, MMT telah bersidang lagi apabila guru Aku ditangkap polis. DI MESYUARAT INILAH MMT TELAH MENETAPKAN EN MARWI LATIF SEBAGAI GURU UTAMA."

    Salam

    Saya berasa keliru dengan ape yg sedara tuliskn ini. Mengikut ape yg saya faham, sedara mengakui MMT mempunyai kuasa melantik GU tetapi menyangkal dakwaan blog yg menyatkn bahwa Marwi Latif adalah GU persatuan, sedangkan MMT telah melantik beliau sebagai GU pada mesyuarat 2007.

    Jadi yg mane satu yg betul? Di manakah pendrian sedara yg sebenarnya? Dan ape pendapat sedara bahawa persatuan telah kembali kepada pk?

    -rima

    ReplyDelete
  2. Salam kembali.

    1. Maaf kerana mungkin mengelirukan. Apa yang dimaksudkan adalah status MMT lebih tinggi daripada PSSCUHM. Maksud guru persatuan dalam blog itu adalah guru lantikan MMK PSSCUHM. PSSCUHM tidak melantik Guru Utama tetapi MMT.

    2. PSSCUHM tidak kembali kepada PK jika dirujuk kepada perlembagaan PSSCUHM. Mesyuarat agung perwakilan luar biasa yang dilakukan oleh PK pada 28 Mac 2009 adalah tidak sah.

    Selepas diadakan mesyuarat agung perwakilan PSSCUHM selewat-lewatnya pada 30 Jun 2009, senarai MMK 2009-2012 akan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Ikut Akta Pertubuhan 1966, Pendaftar Pertubuhan Malaysia ada kuasa untuk menentukan MMK yang sah.

    ReplyDelete
  3. ada beberapa persoalan yg sy xpaham dan nak jawapannya:

    1. kenapa keputusan pada thn 2006 mengesahkan Guru Utama Tetapi pada thn 2007 memecatnya? sedangkan kes berlaku pada thn 2006 kenapa selepas setahun baru dipecat? adakah sebab beliau ditahan polis? seperti kata en.Gugat, prosiding mahkamah masih berjalan so, atas dasar apa dipecat? pada pandangan saya, belum boleh ditentukan bersalah @ tidak.

    2. En.Gugat dah baca perlembagaan persatuan kan? kt peraturan berapa yang menyatakan Guru Utama boleh dilantik? ada baca tak PERATURAN 21(a)?

    3. dalam mesyuarat agung yg mana pulak yang bersetuju Tn.hj.nasir sbg pemangku presiden? sbb bg sy tn.hj.amrudin lebih layak sebab beliau yg memegang akademi n lebih banyak jasanya dlm persatuan...

    4. knape ROS kata presiden adalah En.mad? pihak persatuan telah lupa nak update ke? @ ROS ni Terlupa nak update kt sistem dia sebab SURAT tersebut dh hilang n lupa letak kt mana? @ ROS memang malas buat kerja? @ ROS tak terima apa2 surat?

    5. Knape lepas 3 tahun baru pihak persatuan kelam-kabut nak gi jelaskan kt ROS?

    6. knapa 10 cawangan dan ahli2 percaya dengan En.Mad, berbanding keputusan majoriti MMK pd thn 2006 tersebut hingga sekarang?

    7. knapa pihak MMK pada thn 2006 yg lalu tak panggil semua YDP cawangan bersidang dan memberitahu apa yg telah terjadi sebenarnya pada thn 2006 tersebut dan menunjukkan video tersebut? supaya semua cawangan bleh bersama2 dgn persatuan dan tidak berlaku perpecahan?

    ReplyDelete
  4. Syukur.

    Jawapan Aku dalam []

    1. kenapa keputusan pada thn 2006 mengesahkan Guru Utama Tetapi pada thn 2007 memecatnya? sedangkan kes berlaku pada thn 2006 kenapa selepas setahun baru dipecat? adakah sebab beliau ditahan polis? seperti kata en.Gugat, prosiding mahkamah masih berjalan so, atas dasar apa dipecat? pada pandangan saya, belum boleh ditentukan bersalah @ tidak.

    [Persatuan kita persatuan silat. Ada persatuan. Ada persilatan. Ada Presiden. Ada guru utama.
    Selepas disiasat dan dihukum, MMK telah menggantung keahlian guru Aku. Bila gantung keahlian makna gantung jawatan presidennya.

    Yang ke MMT adalah jawatan guru utama. Harap dapat bezakan antara keduanya.

    Tentang kes mahkamah itu adalah kes individu yakni antara mangsa dan guru Aku. Tidak ada kena mengena dengan persatuan.

    Mengikut info Aku, semasa ahli mengadu kepada MMK, keluarga mangsa mahu persatuan settlekan secara dalaman dan mereka tidak buat laporan polis. Laporan polis dibuat oleh keluarga mangsa selepas mesyuarat MMT pada September 2006 yang mengekalkan guru Aku sebagai guru utama. Kes inilah yang sedang berlaku di mahkamah Ampang. Ia kes individu antara keluarga mangsa dengan guru Aku.]

    2. En.Gugat dah baca perlembagaan persatuan kan? kt peraturan berapa yang menyatakan Guru Utama boleh dilantik? ada baca tak PERATURAN 21(a)?

    [Ada. Ya benar persatuan tidak melantik guru utama. Yang menetapkan adalah MMT seperti dalam peraturan 21 (a).]

    3. dalam mesyuarat agung yg mana pulak yang bersetuju Tn.hj.nasir sbg pemangku presiden? sbb bg sy tn.hj.amrudin lebih layak sebab beliau yg memegang akademi n lebih banyak jasanya dlm persatuan...

    [Ikut info Aku, bila guru Aku pohon berhenti sebagai presiden kerana siasatan kes cabul itu, MMK yang memutuskan Pak Cik Nasir jadi pemangku presiden. Jadi jawapannya ada disitu.]


    4. knape ROS kata presiden adalah En.mad? pihak persatuan telah lupa nak update ke? @ ROS ni Terlupa nak update kt sistem dia sebab SURAT tersebut dh hilang n lupa letak kt mana? @ ROS memang malas buat kerja? @ ROS tak terima apa2 surat?

    [Jawapan ini ada pada pekeliling SUA pada 24 April 2009.]

    5. Knape lepas 3 tahun baru pihak persatuan kelam-kabut nak gi jelaskan kt ROS?

    [Mengikut info Aku, MMK 2006-2009 ada menulis surat rasmi kepada Pendaftar Pertubuhan untuk memaklumkan tentang kes mahkamah Omar vs persatuan yang telah berjalan selama dua tahun. Jadi Omar juga perlu dipertanggungjawabkan.]

    6. knapa 10 cawangan dan ahli2 percaya dengan En.Mad, berbanding keputusan majoriti MMK pd thn 2006 tersebut hingga sekarang?

    [Dalam posting Aku, Aku telah jelaskan strategi 2 dalam 1 yang digunakan oleh guru Aku. Itulah hasilnya.]

    7. knapa pihak MMK pada thn 2006 yg lalu tak panggil semua YDP cawangan bersidang dan memberitahu apa yg telah terjadi sebenarnya pada thn 2006 tersebut dan menunjukkan video tersebut? supaya semua cawangan bleh bersama2 dgn persatuan dan tidak berlaku perpecahan?

    [Aku melihat MMK 2006-2009 gunakan strategi berbeza. Ikut info Aku, kes cabul ini satu kes aib yang memalukan. Bila begitu, biarlah jawatankuasa siasatan dan penghakiman menjalankan tugas masing-masing. Inilah yang diberitahu kepada YDP/MMN di Hotel Flamingo. Dikatakan MMK akan berjumpa kembali dengan mereka selepas perkara ini diselesaikan di peringkat persatuan. Tetapi malangnya guru Aku yang mengheboh ke seluruh cawangan. Dia buka aibnya sendiri. Jadi keadaan sudah berubah dan keadaan menjadi kelam kabut sehinggalah ke mesyuarat MMK dan MMT. Inilah takdir.

    Perkara penting di sini adalah MMK tidak pergi ke pelusuk negara menceritakan perkara aib ini tetapi guru Aku. Inilah punca perpecahan.]

    *Sama-sama kita berpegang kepada kebenaran.

    ReplyDelete
  5. pandai2 je ko buat fitnah GURU UTAMA pergi seluruh pelusuk tanahair bukak aib sendiri... Aib Guru Utama tersebar luas bukan sebab dia pergi canang seluruh negara Tapi disebabkan satu surat rasmi keluar di website cekakhanafi.com menyatakan perkara tersebut...korg ni auta je lebih. aku pun tahu melalui website tu jgk pada september 2006. sedangkan kes berlaku Mac 2006.

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas jawapan tersebut. tetapi terdapat beberapa persoalan tak terjawab dan terdapat keraguan.

    1. knape tak tunjukkan video tersebut kt ydp cawangan? kalo sebab aib, baik tak payah jd bhn bukti. kat YDP xbleh tunjuk tapi knape MMK boleh? sedangkan sama2 pendokong. kalo betul kebenaran ada kat video tersebut, knape sampai sekarang tak tunjuk? sekarang ni dah tak boleh kira aib lg, sebab semua org dah tahu.

    2. Guru Utama dah sampai sumpah guna Al-Quran apa yg menyebabkan pihak MMK masih ragu2? bila mcm ni, nampak sangat ada pakatan nak jatuhkan Guru Utama.

    3. knape pihak MMK merelakan strategi 2 dlm 1 Guru Utama tersebut, sedangkan MMK mempunyai video untuk ditunjukkan kebenaran? knape merelakan kesemua cawangan percaya ckp Guru Utama yg hanya bermodalkan air liur sedangkan pihak persatuan mendakwa mmpunyai bukti yg kukuh termasuk video? kan ini pun menunjukkan ada pakatan dan keraguan.

    4. bg saya marwi latif tak layak jadi Guru... sebab kalo kriteria yg dipilih oleh MMT untuk jadi Guru adalah jasa org tersebut, saya rasa tn.hj.amrudin lebih layak. kalo pengalaman jd ukuran pn, tn.hj.amruddin lg layak, kalo dr segi ilmu jd ukuran tetap dia lg layak... knape marwi yg xde kene mengena dgn AJK PUSAT sblm ni?

    ReplyDelete
  7. Sukhran

    Jawapan Aku dalam [ ]

    pandai2 je ko buat fitnah GURU UTAMA pergi seluruh pelusuk tanahair bukak aib sendiri...

    [Kamu tuduh Aku fitnah guru Aku? Minta maaf sikit. Memang dia pergi sana dan sini menceritakan kepada YDP/MMN/tenaga pengajar kononnya ada konspirasi untuk menjatuhkan dia sebagai guru utama. Yang ini Aku dapat daripada kawan-kawan Aku sendiri. Bila guru Aku mula buat? Selepas tertubuhnya jawatankuasa siasatan dan penghakiman pada bulan April 2006.]

    Aib Guru Utama tersebar luas bukan sebab dia pergi canang seluruh negara Tapi disebabkan satu surat rasmi keluar di website cekakhanafi.com menyatakan perkara tersebut...korg ni auta je lebih. aku pun tahu melalui website tu jgk pada september 2006. sedangkan kes berlaku Mac 2006.

    [Memang benar apa yang kamu katakan ini. Maklumat di laman web hanya timbul pada bulan September 2006 yakni selepas mesyuarat MMT.

    Ya benar, MMK hanya mengeluarkan kenyataan selepas mesyuarat MMT berlangsung pada bulan September 2006.

    Seperti yang Aku nyatakan dalam posting terdahulu, pendekatan MMK lain. Maklumat kepada ahli-ahli melalui laman web hanya dibuat selepas proses-proses di peringkat persatuan berakhir. Pada ketika ini, siasatan sudah. Penghakiman sudah. Keputusan MMT pun sudah. Kenyataan MMK pada bulan September 2006 itu menerangkan butir-butirnya kepada ahli-ahli semua.

    Bukankah ini yang dimahukan oleh ahli-ahli sejak kes ini bermula pada bulan Mac 2006?

    Malangnya ketika itu (September 2006), YDP/MMN/tenaga pengajar di cawangan-cawangan telah diracuni oleh guru Aku dengan strategi 2 dalam 1nya.]

    Sama-sama berpesan dengan kebenaran.

    ReplyDelete
  8. Shukran.

    Jawapan Aku dalam [ ]

    Anonymous said...
    terima kasih atas jawapan tersebut. tetapi terdapat beberapa persoalan tak terjawab dan terdapat keraguan.

    1. knape tak tunjukkan video tersebut kt ydp cawangan? kalo sebab aib, baik tak payah jd bhn bukti. kat YDP xbleh tunjuk tapi knape MMK boleh? sedangkan sama2 pendokong. kalo betul kebenaran ada kat video tersebut, knape sampai sekarang tak tunjuk? sekarang ni dah tak boleh kira aib lg, sebab semua org dah tahu.

    [Aku sudah jawab. Ya Aku ada tengok video itu. Bukan urusan Aku untuk menghebahkan video ini. Tanya SUA. Siapalah Aku?].

    2. Guru Utama dah sampai sumpah guna Al-Quran apa yg menyebabkan pihak MMK masih ragu2? bila mcm ni, nampak sangat ada pakatan nak jatuhkan Guru Utama.

    [Pandangan Aku, bila proses siasatan dan penghakiman dijalankan (dengan persetujuan guru Aku) kita usahlah pertikaikan. MMK sudah beri mandat. Yang siasat,siasat. Yang hukum, hukum. Itulah keputusannya. Tidak timbul lagi majlis sumpah. Aku sudah terangkan cara bersumpah Al Quran tidak ada dalam Islam. Pada Aku, tindakan MMK adalah betul.]

    3. knape pihak MMK merelakan strategi 2 dlm 1 Guru Utama tersebut, sedangkan MMK mempunyai video untuk ditunjukkan kebenaran? knape merelakan kesemua cawangan percaya ckp Guru Utama yg hanya bermodalkan air liur sedangkan pihak persatuan mendakwa mmpunyai bukti yg kukuh termasuk video? kan ini pun menunjukkan ada pakatan dan keraguan.

    [Ini satu lagi komen yang kontradiktori. Bila MMK keluarkan maklumat di laman web pada bulan September 2006, mereka dipersoalkan. Dalam komen ini pulak kata mengapa tidak beritahu ahli.

    Pada Aku, MMK hormati proses siasatan dan penghakiman itu. Keputusan dibuat berpandukan laporan dan video. Mungkin ia akan muncul dalam mahkamah, mana taukan?

    4. bg saya marwi latif tak layak jadi Guru... sebab kalo kriteria yg dipilih oleh MMT untuk jadi Guru adalah jasa org tersebut, saya rasa tn.hj.amrudin lebih layak. kalo pengalaman jd ukuran pn, tn.hj.amruddin lg layak, kalo dr segi ilmu jd ukuran tetap dia lg layak... knape marwi yg xde kene mengena dgn AJK PUSAT sblm ni?

    [Aku tidak tahu sebab itu bukan tugas Aku. Itu tugas MMT. Siapalah Aku? 21 persoalan Aku pun kedua-dua pihak tidak jawab.]

    May 27, 2009 11:34 PM

    ReplyDelete
  9. ok.thanx 4 da info. rupanya banyak lagi persoalan yg masih tak terjawab n boleh diragui sebab kita sama2 tak tahu... kalo ada peluang nak gak jumpa dgn SUA tu... chow

    ReplyDelete
  10. Syukran

    Ya benar. Banyak persoalan. Kurang jawapan. Tidak sukar cari SUA. Dia di KL. Kat Akademi kut. Aku luar KL.

    *sama-sama berpesan dengan kebenaran.

    ReplyDelete
  11. Salams.... mengikut bacaan aku... gugat dapat menangkis segala persoalan dengan tepat dan betul.... dan disertakan bukti... Bagus dan Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  12. Syukran

    Sesamalah kita kejutkan ahli-ahli SCH yang terlalai dan mudah tertipu itu.

    Bayangkan dalam satu laporan yang saya terbaca, jumlah ahli SCH (ahli silat ajer) berjumlah lebih lima puluh ribu.

    Kalaulah mereka sumbang seringgit setahun. Kukuh kewangan persatuan kita. Tidak gitu?

    *sama-sama berpesan dengan kebenaran

    ReplyDelete
  13. Aku nak jawab komen nie:-

    2. Guru Utama dah sampai sumpah guna Al-Quran apa yg menyebabkan pihak MMK masih ragu2? bila mcm ni, nampak sangat ada pakatan nak jatuhkan Guru Utama.

    Kalau mcm tu senang la, buat salah sumpah pakai al quran, baik x yah ada mahkamah kat malaysia nie, sesiapa yang dituduh salah, terus sumpah pakai al quran.. Bukan yang mcm tu islam nak...

    Sekarang nie, kalau dah x percaya sangat dgn siasatan dalaman, kita tunggu mahkamah buat keputusan, time tu, kalau didapati bersalah dan juak2 masih mengikut, aku x tahu nak cakap apa ler.. memang taksub, kalau darah pun dah tulis nama mantan, tak leh nak kata aper...

    Dari : Anti Keliru 2009

    ReplyDelete
  14. Syukran

    Yang sebenar-benarnya mmg tak ada pakatan utk jatuhkan guru aku oleh PP.

    Apa sebab?

    Kalau betul ada, tentunya ia telah dilakukan pada mesyuarat agung perwakilan 2006 yang berlangsung pada 11 Mac 2006 yakni sehari selepas peristiwa malang itu.

    Kalau peristiwa malang (10.3.06)itu dirancang oleh PP, sudah tentu ada follow-up pada (11.3.06)

    Betul???

    *sama-sama berpesan dengan kebenaran.

    ReplyDelete