Friday, December 10, 2010

Sempena Hari Hak Asasi Manusia

Aku tidak terkejut dengan kata-kata nista yang dilemparkan kepada aku. PK & para penyokong mereka telah mengambil kesempatan untuk mengeluarkan kata-kata kesat di dalam komen-komen mereka sehingga aku tidak tergamak untuk mempublishnya. Begitu buruk sekali perkataan-perkataan yang digunakan.

Mungkin itu yang mereka dapat daripada guru mereka.

Hari ini adalah hari hak asasi manusia. Antara hak-hak yang diuar-uarkan adalah hak untuk bercakap atau memberikan pandangan. Juga ada hak untuk memilih.

Dalam hal ini, PK ada hak untuk memilih dan ada hak untuk memberikan pandangan.

Siapa yang ingin mendengar pandangan-pandangan PK, bolehlah pergi ke blog itu. Usah ke mari. Tiada faedah pun datang ke mari jika tujuannya hanya untuk menghentam dan menggodam. Lebih-lebih lagi bila telah ada "kejayaan", meriah lagi lah keraiannya.

Begitu juga dengan hak aku. Aku juga ada hak untuk memilih. Aku juga ada hak untuk memberikan pandangan aku.

Mungkin cara aku selama ini tidak betul. Jadi aku mesti betulkan cara aku.

Aku harus berhijrah kepada yang lebih baik.

Aku perlu tukar cara aku berblog.

Apa yang menarik daripada puluhah-puluhan komen yang aku terima aku dapati komen-komen yang diberikan tidak melambangkan kematangan. Mungkin yang menulis itu masih budak-budak hingusan. Mungkin mereka baru belajar. Biarkan mereka. Tapi kalau tok guru melihat penulisan-penulisan anak-anak muridnya itu tentu dia akan terkejut. Macam mana si guru mendidik anak-anak murid nya hingga jadi begitu?

Bila ada perbalahan antara dua pihak tentu ada timbal balik. Ini yang berlaku dalam blog aku selama ini. Jadilah blog ini satu medan pertelingkahan yang memalukan bangsa dan ugama.

Aku bukan tidak boleh ditegur tetapi apabila orang menyerang aku, aku ada dua pilihan samada menepis atau menepis dan makan. Kalau boleh memotong, bolehlah 6-6. Baguslah.

Jadi apabila mereka mengatakan aku memfitnah MRH, itu tidak betul. Sama sekali tidak betul.

Aku mengatakan bahawa peristiwa itu berlaku. Ia bukan dongeng. Ia bukan wayang. Ia bukan cerekarama. Ia berlaku. MRH mengaku dia yang pergi ke rumah mangsa itu. Jadi mana ada fitnah?

Begitu juga dengan tuduhan cabul. Bukan aku yang kata tapi pendawaraya yang kata. Bukan aku yang kata tapi jawatankuasa dalaman dan MMK yang kata.

Jika telah berlaku kejadian pergi ke rumah mangsa dan masuk ke dalam rumah mangsa. Dan berlaku sentuhan antara keduanya, jadilah ia satu perbuatan sumbang.

Bolehkah kita terima perbuatan atau perlakuan seorang guru yang sebegini?

Yang ia menjadi tuduhan cabul adalah apabila si mangsa mengatakan bahawa dia di cabul kehormatan apabila tempat terlarangnya disentuh-sentuh.

Pada aku, tuduhan cabul itu sendiri tidak salah. Polis yang menyiasat kes ini atas dasar kes cabul. Seksyen kanun keseksaan yang digunakan pun seksyen kes cabul. Begitu juga pendakwaraya dan Yang Arif Hakim.

Jadi apabila Yang Arif Hakim menolak kes ini, tuduhan itu tidak lekat. Mangsa dan pihak pendakwaraya akan merayu. Itu hak mereka. Usah diketepikan hak mereka. Kes ini masih boleh lagi dirayu di Mahkamah Tinggi. Kes ini masih lagi belum selesai.

Jadi bila sudah ada pengakuan daripada MRH yang dia pergi ke rumah mangsa dan masuk ke rumah mangsa, adakah ini satu fitnah? Tentu tidak. Jika MRH sendiri mengaku yang dia memicit dan menyentuh tubuh mangsa, adakah ini satu fitnah? Tentu tidak.

Jadi kes ini bukan satu kes cabul seperti yang diputuskan Hakim magistret?

Jadi peristiwa yang berlaku ini kes apa pula kalau bukan kes cabul? Peristiwa sudah berlaku. MRH sudah mengaku. Jadi kes ini jadi kes apa?

Kes khalwat?

Bolehkah kes ini dilaporkan ke Mahkamah Syariah sebagai satu kes khalwat? Tentu boleh.

Jadilah kes ini satu kes khalwat yang dilakukan oleh MRH. Ini bukan satu fitnah.

Bukti dan keterangan tetap ada.

Waulahualam

13 comments:

  1. Hak Asasi.Lupa pasal hijrah ke.

    Hanafi

    ReplyDelete
  2. ya Allah gugat...hakim dh putuskan YM Abg Mad xbesalah dan dilepaskan tp ko still ckp yg dibuat...terima la keputusan tu gugat...kalo ko xnk ngaku ko wt fitnah xpe...aku hormat cr ko...terpulang pd ko la...tu hak ko...tp ko kne la trime kes cabul tu dh hbs n beliau dilepaskan n xbersalah...jgn plak ko nk ckp ni kes khalwat plak...xkn xckup lg ko hina beliau? Xpuas lg ke gugat? Cukup2 la ye...:-)

    hilmi-shah alam-
    0139152355

    ReplyDelete
  3. woi gugat Munafik.... udah2 la tu... cari kebenaran, tapi dengar cerita sebelah pihak. lepas tu sebar fitnah serata dunia.... istighfar banyak2 Bukannya fitnah banyak2...

    ReplyDelete
  4. "PK & para penyokong mereka telah mengambil kesempatan untuk mengeluarkan kata-kata kesat di dalam komen-komen mereka sehingga aku tidak tergamak untuk mempublishnya"

    saya ada komen supaya kita berdamai di bawah guru yg BENAR dan tutup kisah porak peranda persatuan ni memandangkan kes utama pun dah selesai membuktikan MD Radzi xbersalah... tp xpublish juga.. kesat juga ke...

    ReplyDelete
  5. nak 6-6 konon...wei..kalau buah yg dihasilkan dr pohon yg tak sihat makanya buah tu xelok...ckp mcm bagus sgt...pantang larang silat pn dh langgar pe cer??

    ReplyDelete
  6. #Muslimah

    Apa maksud puan yang saya langgar pantang larang silat? Saya tidak boleh terima perbuatan sumbang seorang guru.

    Puan kata "buah yang dihasilkan dr pohon yang tak sihat makanya buah tu xelok.". Saya terima pendapat puan ini. Contohnya anak MRH iaitu Firdaus yang mempunyai akhlak yang buruk.

    ReplyDelete
  7. #Hanafi

    Aku tidak lupa tentang hijrah. Baca dan fahamkan isi kandungan hujah-hujah yang aku telah berikan.

    ReplyDelete
  8. Komen aku dalam [ ]

    Anonymous said...
    "PK & para penyokong mereka telah mengambil kesempatan untuk mengeluarkan kata-kata kesat di dalam komen-komen mereka sehingga aku tidak tergamak untuk mempublishnya"

    saya ada komen supaya kita berdamai di bawah guru yg BENAR dan tutup kisah porak peranda persatuan ni memandangkan kes utama pun dah selesai membuktikan MD Radzi xbersalah... tp xpublish juga.. kesat juga ke...

    December 11, 2010 6:37 AM

    [Seperti yang aku hujahkan, kes ini belum tutup lagi sebab akan dirayu oleh pihak pendakwa. Lagi pun MMK telah pecat MRH sebagai ahli dan presiden. MMT pula telah pecat MRH sebagai guru utama. Malah PSSCUHM telah dapat perintah injunksi daripada Hakim Mahkamah KL untuk MRH tidak mereprentasikan dirinya sebagai presiden dan guru utama.]

    ReplyDelete
  9. Komen aku dalam [ ]


    Anonymous said...
    woi gugat Munafik.... udah2 la tu... cari kebenaran, tapi dengar cerita sebelah pihak.
    [Oleh sebab aku sudah berhujah bahawa aku bukan timbulkan fitnah maka perkataan munafik itu tidak sesuai untuk digunakan kepada aku. MRH dipecat bukan disebabkan kes itu sahaja tetapi atas kes-kes dan pertimbangan-pertimbangan yang lain. Seorang presiden dan guru tidak boleh melakukan perbuatan sumbang dan tidak amanah kepada persatuan serta menganiayai anak-anak muridnya.]


    lepas tu sebar fitnah serata dunia.... istighfar banyak2 Bukannya fitnah banyak2...

    December 10, 2010 11:27 PM

    [Komen ini tidak tepat sebab hujah-hujah aku bukan fitnah. MRH tidak menafikan perbuatan pergi ke rumah mangsa, masuk ke rumah mangsa dan memegang badan dan anggota terlarang mangsa. Jadi ia bukan satu fitnah tetapi satu perkara yang benar berlaku.]

    ReplyDelete
  10. Komen aku dalam [ ]

    Anonymous said...
    ya Allah gugat...hakim dh putuskan YM Abg Mad xbesalah dan dilepaskan tp ko still ckp yg dibuat...terima la keputusan tu gugat...kalo ko xnk ngaku ko wt fitnah xpe...aku hormat cr ko...terpulang pd ko la...tu hak ko...tp ko kne la trime kes cabul tu dh hbs n beliau dilepaskan n xbersalah...jgn plak ko nk ckp ni kes khalwat plak...xkn xckup lg ko hina beliau? Xpuas lg ke gugat? Cukup2 la ye...:-)

    hilmi-shah alam-
    0139152355

    December 10, 2010 9:59 PM

    [Aku setuju itu adalah episod yang telah ditakdirkan oleh Allah. Aku juga terima keputusan Yang Arif Hakim cuma ia tidak menjawab tindakan-tindakan yang diambil oleh MRH terhadap mangsa. Kalau kamu tidak setuju dengan perkara khalwat, apa fikiran kamu tentang hujah-hujah yang telah aku berikan itu? Perbuatan-perbuatan itu masih lagi sumbang dan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang guru.]

    ReplyDelete
  11. tahu tak hukum unuk menuduh seseorang itu melakukan perbuatan sumabng ape??dh abis ke x ni belaja rmengenai hukum hakam agama??

    siapa yg xelok perangai??kami ke korg yg merampas kepimpinan cekak hanafi??jadila mcm abg mad sikit..kalau xske buka le baru...abg mad xleh terima dgn cekak malaysia dulu sbb 2 dia buka cekak hanafi...korg dh xske dgn CH g le buka cekak lain...sibuk sgt nk persatuan ktorg watpe??

    ReplyDelete
  12. #Muslimah

    Komen aku dalam [ ]

    tahu tak hukum unuk menuduh seseorang itu melakukan perbuatan sumabng ape??
    [Aku rasa aku dan juga kamu pun tahu. Dosanya besar. Aku bukan tuduh tapi MRH yang mengaku. Mangsa juga mengaku. Jadi bukanlah tuduhan namanya.]

    dh abis ke x ni belaja rmengenai hukum hakam agama??
    [Kita perlu belajar hingga ke liang lahat. Kamu pun tahu apa hukumnya perbuatan MRH yang sumbang itu.]

    siapa yg xelok perangai??kami ke korg yg merampas kepimpinan cekak hanafi??
    [Aku dan kamu tidak berada di barisan hadapan tetapi jika ikut prosiding di Mahkamah Kuala Lumpur, kedua-dua belah pihak telah diberi peluang untuk berhujah. Dan PK kalah. Dan kamu kena terima keputusan-keputusan ini.]

    jadila mcm abg mad sikit..kalau xske buka le baru...abg mad xleh terima dgn cekak malaysia dulu sbb 2 dia buka cekak hanafi...korg dh xske dgn CH g le buka cekak lain...sibuk sgt nk persatuan ktorg watpe??

    December 12, 2010 9:26 PM
    [Aku harap kamu mendalami butir-butir perpecahan yang berlaku semasa zaman Tok Ak itu. Tidak betul perkara-perkara yang kamu sebutkan itu. Yang bersusah payah tubuhkan PSSCUHM bukanlah MRH tetapi PP.]

    ReplyDelete
  13. tahu tak hukum unuk menuduh seseorang itu melakukan perbuatan sumabng ape??dh abis ke x ni belaja rmengenai hukum hakam agama??

    siapa yg xelok perangai??kami ke korg yg merampas kepimpinan cekak hanafi??jadila mcm abg mad sikit..kalau xske buka le baru...abg mad xleh terima dgn cekak malaysia dulu sbb 2 dia buka cekak hanafi...korg dh xske dgn CH g le buka cekak lain...sibuk sgt nk persatuan ktorg watpe??

    [sampai bila2 pon xkan habes macamni...ya terusknlah komen wahai muslimah..lepas sorg2..]

    ReplyDelete