Thursday, December 23, 2010

Berita Terkini

Terkini diberitahu ada dua keputusan berkaitan krisis yang melanda PSSCUHM sekarang. Pertama adalah keputusan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mana PSSCUHM telah menang dalam kes injunksinya terhadap MRH. Dengan kata lain MRH tidak boleh merepresentasikan dirinya sebagai Guru Utama dan Presiden PSSCUHM mulai tarikh keputusan Yang Arif Hakim.

Dengan kata lain MRH tidak boleh menggunakan apa juga pengenalan yang bersabit dengan PSSCUHM. Gelaran Guru Utama SCH tidak boleh digunakan. Gelaran Presiden PSSCUHM pun tidak boleh digunakan. Nama PSSCUHM tidak boleh digunakan. Nama Silat Cekak Ustaz Hanafi juga tidak boleh digunakan. Logo persatuan PSSCUHM tidak boleh digunakan. Logo persilatan pun tidak boleh digunakan. Unifom tidak boleh digunakan. Semua yang bersabit dengan PSSCUHM semuanya tidak boleh digunakan.

Dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ini, Yang Arif Hakim telah mendengar hujah-hujah bagi kedua-dua belah pihak. Masing-masing peguam boleh melakukan sesi soalbalas. Ini termasuk keterangan daripada MRH sendiri. Tentu MRH telah menggunakan segala ilmu yang ada miliknya untuk mempertahankan diri beliau. Peluang telah diberikan. Natural justice juga telah diberikan. Akhirnya MRH tetap kalah juga.

Jadi semua kes mahkamah yang melibatkan PSSCUHM, semuanya PSSCUHM menang. Dalam semua kes sivil ini, hujah-hujah kedua-dua belah pihak didengari. Ini adalah Mahkamah Tinggi bukan Mahkamah Seksyen atau Mahkamah Magistret. Lagi tinggi kuasanya. Lagi tinggi wibawanya.

Jadi mengapa PSSCUHM boleh menang semua kes sivil ini?

Dari segi bilangan cawangan-cawangan, majoriti memang menyokong MRH tetapi mengapa tetap kalah juga?

PSSCUHM menang sebab mereka ikut undang-undang negara khususnya Akta Pertubuhan 1966 dan juga perlembagaan PSSCUHM. Puak MRH kalah sebab tidak ikut undang-undang. Itu sahaja.

Nasib malang terus melanda cawangan-cawangan ini yang tidak mengikut keputusan-keputusan PSSCUHM. 10 cawangan telah dibubarkan. Ini disahkan oleh ROS. Ini berita yang sampai kepada aku.

Apa yang akan dilakukan oleh MRH dan puaknya, sama-samalah kita nantikan bersama.

Atas ketentuanNya dan atas kehendakNya, ini semua berlaku.

Waulahu'alam.

No comments:

Post a Comment