Friday, December 24, 2010

Amannya Sekarang

Aku bersyukur kerana blog aku ini sudah aman. Tiada lagi kutukan dan kata nesta.

Sungguh rasa aman dan tenang.

Kepada seorang hamba Allah yang mempersoalkan gaya blog aku dahulu, dengan rasa ikhlas, aku ucapkan terima kasih kepada insan tersebut.

Alhamdullillah, aku sudah kuatkan azam aku untuk berubah. Aku bertindak untuk berubah. Dan aku sudah berubah.

Kepada setiap individu yang hatinya terguris di blog ini, aku minta maaf. Bukan itu niat aku. Bukan itu tujuan aku.

Pada aku, masing-masing ada hak untuk mempertahankan pandangan dan pilihan masing-masing. Jika ada perbezaan, ia cuma disebabkan terkeliru, kurang maklumat dan salah faham.

Kebenaran adalah milikNya sahaja.

Pada masa sekarang ini, Silat Cekak telah berpecah kepada empat kumpulan dengan guru masing-masing. Semuanya bergurukan Almarhum dahulu.

Jadi kepada para pemimpin keempat-empat gulungan ini, bawalah anak murid masing-masing ke jalan Allah kerana ia adalah tanggungjawab yang telah dipikul. Ia berat.

Sayang seribu kali sayang, benda baik yang Almarhum tinggalkan tidak dijaga dengan baik. Yang bathil kini bersuara kembali.

Satu pengajaran yang patut dipelajari daripada zaman Almarhum ialah yang dipentingkan adalah mutu bukan bilangan ahli yang ramai.

Tidakkah ini disedari?

No comments:

Post a Comment