Saturday, December 11, 2010

Mengapa 6 bulan?

Nampaknya tohmahan-tohmahan yang melanda blog ini telah pun berkurangan. Aku rasa gembira sebab dapat mengawal keharmonian blog aku ini. Inilah azam aku sekarang.

Juga mulai sekarang, komen-komen yang anonymous tidak lagi dibenarkan. Mesti ada id.

Banyak persoalan telah ditimbulkan. Antaranya adalah mengapa hanya selepas 6 bulan kes itu berlaku, baru keluarga mangsa membuat laporan polis. Dan ada tuduhan konon nya persatuan lepas tangan sekarang.

Bila kejadian sumbang ini berlaku pada 10 Mac 2006, seorang ahli keluarga mangsa dan ahli serta tenaga pengajar telah mengadu kepada MMK 2006-2009 PSSCUHM. Persatuan terpaksa mengambil tindakan atas aduan-aduan ini.

PSSCUHM telah mengambil tindakan ke atas aduan-aduan tersebut dengan mengadakan satu siasatan dalaman dan akhirnya MMK itu telah menggantung keahlian dan jawatan MRH sebagai Presiden.

Selepas itu, persatuan telah menyerahkan kedudukan guru utama kepada MMT. Ini berlaku pada bulan Ogos 2006. Dan pada bulan September 2006,MMT telah membuat keputusan mengekalkan MRH sebagai guru utama.

Disituasi inilah dilihat usaha persatuan untuk menyelesaikan kes ini berdepan dengan jalan buntu. Tiada apa lagi yang boleh dibuat oleh persatuan.

Oleh kerana ada hasrat untuk menyaman keluarga mangsa oleh MRH, mereka terpaksa membuat laporan kepada polis dan MRH ditangkap dan ditahan. Dan MRH dipecat oleh persatuan.

Keluarga mangsa tahu kes yang akan dibawa adalah lemah tapi mereka terpaksa lakukan juga.

Jadi semua ini adalah pilihan keluarga. Risiko diambil dan keputusannya adalah 50:50

Akhirnya pihak polis dan pihak pendakwa raya telah mendakwa MRH dimahkamah atas kes jenayah cabul.

Itu sebab dikatakan kes ini bukan kes antara persatuan dengan MRH tetapi diantara keluarga mangsa dengan MRH. Keputusan kes ini tidak terkesan kepada persatuan.

Juga tidak timbul persoalan persatuan mengabaikan keluarga mangsa sekarang. Keluarga mangsa terpaksa menerima keputusan ini dan pihak pendakwa mungkin akan merayu.

Waulahulam

No comments:

Post a Comment