Monday, December 20, 2010

Isu Sumpah

Tempoh hari ada disebut dan diungkit tentang isu MRH bersumpah. Isu ini adalah salah satu isu yang mencengkam pegangan dan pendirian ahli-ahli silat.

Setahu aku, MRH telah bersumpah lebih daripada sekali. Dalam mesyuarat MMT pada bulan September 2006, MRH telah bersumpah sebanyak dua kali. Dikatakan beliau juga telah bersumpah beberapa kali semasa roadshownya di dalam dan luar kawasan Lembah Kelang pada bulan April hingga September tahun 2006.

Tujuan utama MRH bersumpah adalah satu usaha untuk membersihkan namanya di kalangan para penyokong beliau. Namun apa yang berlaku ia telah menghasilkan suasana yang lebih kelam kabut di kalangan ahli-ahli dan masyarakat.

Ada persoalan timbul mengapa krisis ini tidak diselesaikan secara Islam?

Apakah perkara ini telah diusahakan atau tidak oleh pihak-pihak yang tertentu dalam persatuan?

Seperti yang termaklum, maklumat yang sampai ke akar umbi adalah maklumat sekerat-sekerat mengikut selera si penyampai. Si penyampai ada agendanya tersendiri.

Setahu aku, usaha untuk menyelesaikan isu ini secara adik beradik telah pun dilakukan. Bila ia dilakukan? Ia dilakukan pada peringkat awal krisis ini. Pada waktu itu, tiada ramai orang yang tahu. Cuma dua tiga orang sahaja yang tahu.

Seperti yang telah aku sebutkan, keluarga mangsa ada beberapa pilihan. Mereka boleh memilih untuk membuat laporan polis sebaik sahaja kejadian itu berlaku. Kedua, mereka boleh mengadu kepada persatuan dan ketiga berdiam diri. Jalan yang dipilih pada ketika itu adalah untuk mengadu kepada persatuan untuk tindakan. Namun setahu aku, usaha-usaha untuk menyelesaikan isu ini secara Islam telah pun diusahakan sebelum aduan dibuat kepada persatuan.

Siapakah individu-individu yang terbabit? Individu-individu yang terbabit adalah nama-nama yang disebut sendiri oleh Nek Teh. Mengikut Nek Teh, selepas kes ini berlaku, beliau telah bermimpikan Almarhum. Dalam mimpi itu, Almarhum telah menyatakan persatuan ada masalah dan meminta Nek Teh menghubungi dua individu tersebut untuk menyelesaikannya.

Kedua-dua individu tersebut telah dihubungi. Mereka telah diminta untuk menyelesaikan isu ini. Mereka juga telah mengadakan pertemuan-pertemuan untuk menyelesaikan isu ini secara dalaman agar nama baik persatuan terperlihara.

Antara yang disyorkan adalah kedua-dua pihak bersumpah atas nama Allah - "Wallahi, Wabillahi, Wata'alahi" dalam satu majlis tertutup yang disaksikan anggota kedua keluarga berkenaan. Namun perkara ini tidak terjadi kerana MRH tidak bersetuju berbanding keluarga mangsa yang bersetuju.

Maka tamatlah usaha ini.

Usaha ini dilakukan sebelum kes ini diadukan kepada persatuan. Selepas kes ini dirujuk kepada persatuan, kaedah sumpah cara Islam ini tidak boleh dilakukan.

Mungkin jika ini diadakan tidaklah berlaku haru biru dalam persatuan tetapi itu bukan kehendakNya dan bukan ketentuanNya.

Pada aku, sumpah-sumpah yang dilakukan oleh MRH selepas kes ini dirujuk kepada persatuan adalah tidak bertepatan kerana kes sedang disiasat pada ketika itu. Roadshow-roadshow yang diadakan pada ketika itu telah banyak menganggu tugas-tugas persatuan dalam menyelesaikan isu tersebut. Malah ia telah mengharu-birukan persatuan hingga tidak terkawal dan PSSCUHM berpecah.

Waulahu’alam.

No comments:

Post a Comment