Thursday, December 9, 2010

Ia Bukan Rekaan Mahupun Fitnah

Sepanjang hari ini, blog aku ni ditibai bagai tsunami. Kutukan2 melampau dan terlampau telah aku terima dan aku memilih untuk tak publish dulu untuk menjaga keharmonian blog.

MRH & PK telah meraikan "kejayaan" mereka di mahkamah magistret ampang setelah Yang Arif Hakim membebaskan dan melepaskan MRH daripada kes cabul terhadap mangsa.

Kemungkinan besar kes ini ditolak atas sebab teknikal di pihak pendakwa. Ada terdapat kecacatan di sana. Itu sebab prima facie tidak dapat ditimbulkan.

Adakah dengan keputusan ini, kebenaran tertegak?

Aku boleh terima keputusan Hakim menolak kes ini atas sebab2 teknikal tetapi kejadian itu memang berlaku dan pengakuan MRH pun mengesahkan perkara itu.

Diberitahu pihak pendakwa raya telah memutuskan untuk merayu kes ini di mahkamah tinggi. Jadi pada pandangan aku, kita perlu tunggu sama ada langkah ini diambil atau tidak oleh pihak pendakwa raya. Kes ini belum selesai lagi.

Satu episod telah berlalu. Dan bermulalah satu episod yang baru.

Sepertimana yang aku pernah hujah dahulu,kejadian itu memang berlaku. Ia bukan satu khayalan atau fitnah yang diada2kan.

Banyak kesalahan2 yg telah dilakukan oleh MRH dan dia tidak menafikan nya.

1. MRH mengaku dia pergi ke rumah mangsa.
2. MRH telah menelefon mangsa terlebih dahulu sebelum pergi ke rumah mangsa untuk memastikan ibu bapa mangsa dan orang lain tidak ada di dalam rumah pada ketika itu.
3. MRH telah pergi ke rumah mangsa pada jam 3.00 petang, hari Jumaat, 10 Mac 2006.
4. MRH telah masuk ke dalam rumah mangsa tanpa izin tuan rumah iaitu ibu bapa mangsa. Walaupun mangsa telah membenarkan MRH masuk, ia tetap satu kesalahan dari segi adap dan ajaran ugama.
5. MRH dan mangsa telah mengaku berlakunya sentuhan di antara beliau dan mangsa. Ada perbuatan memicit2 dan ada sentuhan di tempat terlarang.
6. Mangsa adalah seorang anak gadis dibawah umur pada masa kejadian. Ada undang-undang khusus berkaitan dengan perkara ini.
7. Di atas sebab untuk menjaga nama baik PSSCUHM, kes ini dan 16 kes yang lain telah dilaporkan kepada MMK 2006-2009.
8. MMK 2006-2009 telah mengadakan siasatan dalaman dan mendapati MRH bersalah. MRH digantung dan kemudiannya dipecat. Ini berkaitan jawatan presiden dan keahlian MRH dalam PSSCUHM.
9. Untuk jawatan guru utama, MMT telah mengekalkan MRH sebagai guru utama pada bulan september 2006.
10. Pada ketika inilah keluarga mangsa membuat keputusan untuk melaporkan kejadian itu kepada pihak polis yakni selepas 6 bulan kejadian berlaku. Urusan diperingkat persatuan telah selesai. Ia menjadi satu kes individu.

10. Namun apabila MRH ditangkap dan ditahan, MMT telah memecat MRH sebagai guru utama pada bulan Mac 2007.

Apakah dengan keputusan kes jenayah ini akan terkesan terhadap kes-kes PSSCUHM di mahkamah?

Jawapan nya tentu tidak sebab ia kes peribadi antara keluarga mangsa dan MRH. Kes-kes PSSCUHM adalah kes-kes sivil dan telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kesemua kes ini MRH kalah. Bagi kes Omar lwn PSSCUHM, kes ini tidak boleh dirayu lagi. Maka MMK 2006-2009 adalah sah dan setiap tindakannya adalah sah. Kes MRH lwn PSSCUHM (dwihala)juga pihak MRH kalah. Kes ini boleh dirayu. Dan kes terbaru adalah PSSCUHM telah berjaya mendapatkan injunksi terhadap MRH dengan kos mahkamah RM 5,000. Dan kes ini juga boleh dirayu.

Kesemua kes-kes sivil ini melalui full trial dimana kedua2 pihak telah mengemukakan hujah2. Dan Hakim telah pun membuat keputusannya.

Tapi dalam kes jenayah ini, ia tersangkut diperingkat untuk menimbulkan prima facie. Tidak ada full trial dijalankan. Oleh itu, tiada hujah2, bukti dan keterangan lanjut dapat diberikan. Disebelah MRH, jawapan2 diberikan melalui afidavit sahaja. Tp disebelah mangsa (pendakwaan) mereka terpaksa berdepan dengan Hakim dan peguam MRH. Saksi2 mangsa dipanggil untuk beri keterangan. Hakim MRH boleh menyoal saksi2. Tetapi disebelah MRH tidak berlaku sebab ia bukan full trial.

Apapun Hakim telah memberikan hukuman dan kes ini akan dirayu.

Aku tabik spring kepada mangsa dan keluarganya kerana mereka berani kehadapan. Mereka berani membawa kes ini ke mahkamah walaupun menghadapi dengan tekanan2 yg besar di luar dan dalam mahkamah. Mereka terpaksa turun naik mahkamah untuk mempertahankan maruah keluarga. Ini satu perbuatan yang terpuji. Mereka ada hak untuk berbuat demikian.

Aku berharap agar keluarga mangsa akan membuat rayuan ke mahkamah tinggi. Perjalanan perlu diteruskan. Itu jalan yang telah dipilih mereka.

Percayalah sekiranya kebenaran tidak tertegak di muka bumi ini, pasti ia dapat ditegakkan dihadapan Allah satu masa nanti. Tidak perlu bimbang dan gusar kerana disebalik apa yang berlaku tentu ada hikmah yang Allah sahaja yang tahu.

Seperti yang tersebut diatas perkara-perkara itu adalah peristiwa-peristiwa yang telah berlaku. Ia bukan rekaan mahupun fitnah.

Waulahualam.

9 comments:

  1. kalau dah buta hati, memang buta...tak boleh nak kata ape dog..

    bukalah mata hati anda, terima hakikat yg anda kena jilat balik ludah anda..

    snz

    ReplyDelete
  2. mcm mana diorg blh menang??

    ReplyDelete
  3. kenape x leh komen en gugat

    ReplyDelete
  4. KO TAK DATANG MAHKAMAH JANGAN BANYAK BUNYI PLAK.... SEMUA PERKARA DI ATAS, HAKIM DAH TAHU... dan ternyata PHD yang hang ada menunjukkan hang ni memang golongan MUNAFIK DAN FASIK....

    ReplyDelete
  5. bro..

    ko dtg ke hari keputusan di keluarkn? boleh pulak ko kata ada masalah teknikal..

    ko ni pepandai je ada masalah teknikal..

    ko tunggu amin kuarkn fakta dulu.. hakim menolak hujah semua hujah2x..

    jgn geng dgn org yg buat fitnah broo.. tak baikk

    ReplyDelete
  6. #PAMM

    Aku akui memang aku tak datang. Aku kata besar kemungkinan berlakunya masalah teknikal dalam aspek pendakwaan. Aku akan buka topik ini untuk menjelaskannya.

    Apa hujah-hujah hakim semasa memberikan keputusannya?

    ReplyDelete
  7. Komen aku dalam [ ]

    KO TAK DATANG MAHKAMAH JANGAN BANYAK BUNYI PLAK.... SEMUA PERKARA DI ATAS, HAKIM DAH TAHU... dan ternyata PHD yang hang ada menunjukkan hang ni memang golongan MUNAFIK DAN FASIK....

    December 10, 2010 11:20 PM

    [Ak sudah pun jelaskan perkara ini. Ia bukan satu fitnah. Jadi gelaran munafik dan fasik itu tidak tepat. Aku masih lagi menunggu respon tentang hujah Hakim magistret jika ada dibuat.]

    ReplyDelete
  8. Komen aku dalam [ ]


    Anonymous said...
    mcm mana diorg blh menang??
    [Sememangnya MRH menang kes ini di peringkat mahkamah magistret tetapi kes ini akan dirayu oleh pihak pendakwa.]




    December 10, 2010 10:10 PM
    Anonymous said...
    kenape x leh komen en gugat

    December 10, 2010 10:55 PM

    [Sekarang boleh komen tetapi atas apa-apa id. Ini adalah untuk memudahkan komunikasi.]

    ReplyDelete
  9. Komen aku dalam [ ]

    Anonymous said...
    kalau dah buta hati, memang buta...tak boleh nak kata ape dog..

    bukalah mata hati anda, terima hakikat yg anda kena jilat balik ludah anda..

    snz

    December 10, 2010 4:19 AM

    [Aku sudah berubah tetapi adakah kamu akan berubah. Elak daripada menggunakan perkataan yang memalukan diri, emak ayah dan guru kamu. Aku harap kamu baca hujah-hujah aku dan komen balik dengan menggunakan id sendiri. Kamu perlu ambil tanggung jawab.]

    ReplyDelete