Thursday, December 30, 2010

Bila euphoria berakhir.

Sebagaimana yang kita tahu sebanyak lima keputusan telah diputuskan oleh mahkamah berkaitan krisis yang melanda SCH.

Ada empat keputusan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap empat kes sivil yang melibatkan PSSCUHM dan satu keputusan oleh Mahkamah Magistret Ampang terhadap satu kes jenayah yang melibatkan MRH dan mangsa.

Selepas keputusan-keputusan ini dibuat, segala bentuk euphoria terhadapnya telah hilang sekarang.

Apakah terdapat exodus daripada puak yang menyokong PSSCUHM kembali menyokong MRH?

Apakah terdapat exodus daripada para penyokong MRH untuk kembali ke PSSCUHM?

Jawapannya adalah tiada exodus yang berlaku bagi kedua-dua belah pihak.

Mengapa?

Sebab masing-masing puak telah membuat keputusan sejak krisis ini mula-mula berlaku pada tahun 2006. Yang sepatutnya diutamakan tidak diutamakan. Kepentingan PSSCUHM dan masyarakat diketepikan. Yang dipentingkan adalah kepentingan peribadi masing-masing. Satu ke kiri dan satu ke kanan. Tidak akan bertemu sebab halanya berlainan.

SCH telah berpecah lebih daripada empat tahun yang lalu. Begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita.

Pada aku, satu faktor utama yang menyumbang kepada perkara ini adalah sejak Almarhum meninggal dunia, perjuangannya tidak atau kurang ditekankan.

Ahli-ahli yang bergurukan Tok Ak dan kemudiannya MRH tidak diberikan pengajaran dan pendidikan sepertimana yang dilakukan oleh Almarhum dalam zamannya.

Jika benar mereka membawa perjuangan Almarhum, mengapa boleh berlaku perpecahan dalaman ini?

Pembawaan Tok Ak dan MRH tidak seperti Almarhum walaupun masing-masing mendakwa membawa perjuangan Almarhum.

Begitu juga dengan Datuk Maideen, beliau juga mendakwa membawa perjuangan Almarhum.

Begitu juga di pihak PSSCUHM sekarang, guru utama En Marwi juga mendakwa membawa perjuangan Almarhum.

Kepada ahli-ahli silat cekak, bukalah mata untuk melihat dan pasangkan telinga untuk mendengar agar meneliti setiap gelagat dan tindakan empat guru ini. Yang mana satu sebenar-benarnya mengikut perjuangan Almarhum. Gunakanlah dan telitilah garis panduan yang diberikan oleh pihak Jakim itu.

Mungkin kamu sendiri yang menyumbang kepada krisis ini disebabkan tidak mengikuti garis panduan itu sebagai seorang ahli silat. Usahlah menuding jari kepada orang atau puak lain sedangkan diri yang mengotori perjuangan Almarhum.

4 comments:

  1. Salam..

    Abang Amin ada lontarkan cabaran debat kepada pihak saudara.

    cabaran yang nampak adil bagi saya.

    boleh rujuk kepada blog beliau.

    http://aminzainul.blogspot.com/2011/01/cabaran-pertama.html

    sahutlah cabaran ini.. ia, tak nafikan, mungkin tidak akan mengubah pendirian sesiapa.. tapi sekurang kurangnya, kedua dua pihak boleh berbahas secara terbuka di khalayak ramai dan mengemukakan bukti masing masing.

    tidak perlu untuk berselindung di blog lagi..

    biarlah ahli yang mendengar cabaran ini, membuat keputusan selepas mendengar hujahan kedua belah pihak..

    ReplyDelete
  2. Tidak perlulah kamu jadi batu api. Kamu pun sudah berikan jawapannya. Usah buat kerja yang sia-sia. Hujah-hujah puak MRH telah pun dipersembahkan di hadapan Yang Arif Hakim di Mahkamah Tinggi.

    Dan kita semua telah tahu keputusan-keputusannya.

    ReplyDelete
  3. jauh sekali niat saya nak jadi batu api.. jauh sekali..

    tapi bagi saya, ia cabarannya yg nampak adil.. saudara boleh bagi pendapat saudara, dan pihak abang amin boleh beri pendapat mereka.. dan biarlah khalayak ramai menentukannya..

    tak susah rasanya..

    saudara berkata. "Dan kita semua telah tahu keputusan-keputusannya. "

    dan kalau saudara berkata sebegitu, ini bermakna saudara mengaku bahawasanya En Md Radzi bin Hanafi sebenarnya tidak bersalah dan sudah pun dibebaskan.. dan saudara sendiri macam sudah mengaku bahawasanya tindakan MMK tidak lebih kerana ingin menjatuhkan En Md Radzi atas keputusan keputusan beliau yang berprinsip.

    sahutlah cabaran.. ia bagi memenuhi ahli bawah yg ingin mendgar hujah kedua belah pihak..

    tidak apa yg perlu ditakutkan.. :)

    ReplyDelete
  4. Sekali lagi aku nyatakan kamu usahlah menjadi batu api.

    Tidak ada apa yang aku perlu takutkan.

    Sila baca komen aku itu baik-baik.

    ReplyDelete