Monday, January 3, 2011

Cabaran Debat Satu Gimik Murahan Sahaja

Ada pihak tertentu menyarankan aku supaya menyahut cabaran debat oleh puak MRH.

Siapa aku untuk menyahut cabaran itu? Aku bukan ada jawatan dalam PSSCUHM. PSSCUHM juga tidak melantik aku menjadi wakilnya. Aku tidak mahulah menjadi seperti hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Buat malu emak bapak aku saja. Aku memang tidak layak pun. Kalau diberikan peluang pun aku akan tolak sebab ramai lagi yang berwibawa ada dalam PSSCUHM. Aku tetap berpijak di bumi yang nyata.

Begitu juga dengan individu itu. Siapa dia untuk diajak berdebat? Dia telah buka blog dan berikan pandangan-pandangan dia. Dan aku juga telah berikan pandangan-pandangan aku dalam blog ini. Jadi ahli-ahli dan pengunjung-pengunjung lain boleh baca hujah-hujah kedua-belah pihak. Apa ada masalah? Blog aku pun sudah hampir masuk dua tahun. Blog dia hanya wujud beberapa bulan yang lalu sahaja.

Pada aku, cabaran ini adalah satu gimik murahan sahaja untuk mengelak realiti-realiti yang sebenar.

Apakah realiti-realiti sebenar?

a. Individu itu termasuk semua puak MRH telah dipecat daripada PSSCUHM.
b. Cawangan-cawangan yang mengikut puak MRH semuanya telah dibubarkan oleh MMK, PSSCUHM.
c. Keputusan-keputusan oleh Yang Arif Hakim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersabit kes-kes sivil yang melibatkan PSSCUHM semuanya memenangkan PSSCUHM.
d. Omar dan MRH telah berhutang kepada PSSCUHM kerana telah kalah dalam kes-kes sivil tersebut.

Bila aku melihat kembali isu-isu dan hujah-hujah yang aku berikan didalam blog ini ternyata tiada penyelesaian sebab para penyokong MRH tetap akan menyokong beliau dalam apa keadaan sekali pun hingga sanggup menipu di dalam dan luar mahkamah.

Jadi apa gunanya untuk berdebat?

MRH telah ada para pengikut setianya jadi buatlah apa yang difikirkan baik bagi mereka. Tiada siapa pun yang akan mengganggu.

Perpecahan telah pun berlaku sejak krisis ini bermula pada bulan Mac 2006. Puncanya adalah disebabkan perbuatan yang dilakukan oleh MRH. Jika perbuatan itu tidak dilakukan tidaklah berlaku perpecahan ini.

Bagi ahli-ahli silat, bacalah, telitilah dan hayatilah garis panduan silat yang disediakan oleh Jakim itu.

Jika kamu yakin dengan apa yang kamu pilih, teruskanlah sebab masing-masing nanti ada kubur untuk dijaga.

Apa jua yang telah berlaku dalam SCH ini adalah kehendakNya.

No comments:

Post a Comment