Thursday, January 20, 2011

Ahli Silat vs Ahli PSSCUHM

Dalam posting yang terdahulu telah diberitahu tentang siapakah ahli PSSCUHM yang sebenar. Ramai yang kununnya mengaku jadi ahli PSSCUHM tetapi hakikatnya ramai yang tidak. Nama pun tidak ada dalam senarai keahlian yang sah mengikut perlembagaan PSSCUHM.

Mana boleh ahli silat di sekolah-sekolah jadi ahli PSSCUHM?

Mana boleh ahli silat di IPT-IPT boleh jadi ahli penuh PSSCUHM?

Tidak dinafikan mereka ahli silat tetapi bukan ahli PSSCUHM. Ini yang ramai tidak mengetahui.

Sebagai ahli PSSCUHM pula, seseorang itu juga perlu tahu tentang perlembagaan PSSCUHM. Setiap pertubuhan yang sah mengikut Akta Pertubuhan 1966 mesti ada perlembagaannya. Ternyata ramai yang tidak tahu dan tidak ambil tahu. Bila berlaku krisis barulah nak ambil tahu.

Sebagai ahli juga mesti patuh kepada perlembagaan PSSCUHM. Siapa yang jadi ahli memang ada haknya. Semuanya ditulis dalam perlembagaan itu. Tetapi sayang, ramai yang tidak ambil tahu.

Bila tidak mahu ikut persatuan, bersedialah untuk digugur dan dipecat.

Inilah uniknya persatuan silat. Ada persatuan nya. Ada silatnya.

Jadi seorang ahli silat kena tahu haknya sebagai ahli silat dan ahli PSSCUHM.

Ada yang tidak kisah tentang hal ini. Ambil silat buang persatuan.

Tidak kurang juga yang ambil persatuan tapi buang silat.

Yang elok ambil kedua-duanya sekali, baru seimbang.

Bila berlaku sesuatu tentang persatuan, semua pihak yang berwajib akan merujuk kepada perlembagaan persatuan. Baik ROS mahupun Yang Arif Hakim.

Itulah yang berlaku dalam krisis PSSCUHM.

No comments:

Post a Comment