Bila seseorang itu belajar silat maka jadilah ia seorang ahli silat. Tidak kiralah umurnya, tetap ia ahli silat. Ia juga menjadi ahli silat apabila seorang guru silat menerimanya menjadi anak muridnya. Jadi adalah guru dan adalah murid.
Si murid pula bila ingin belajar silat, dia ada niat yang tersendiri. Mungkin niatnya adalah untuk membalas dendam terhadap seseorang. Mungkin niatnya adalah untuk menjadi seorang pencuri, samseng, perompak atau penyamun. Mungkin juga niatnya adalah untuk menjadi baik iaitu untuk mempelajari satu ilmu untuk membela dirinya.
Tidak kurang juga yang belajar silat untuk belajar ugama kerana dikatakan seorang guru silat boleh mengajar ugama kerana secara kebetulan guru silat itu juga adalah seorang guru ugama.
Ada juga yang belajar silat kerana ilmu bathin atau magik. Mereka melihat gurunya hebat. Malah paling hebat dengan adanya ilmu itu. Dia pun bercita-cita untuk menjadi seperti gurunya jua.
Jadi niatnya itu bermacam-macam.
Silat pula sebagai salah satu cabang ilmu juga boleh disalahgunakan. Silat boleh diibaratkan seperti pisau yang boleh memotong bahan-bahan untuk masakan dan pisau itu juga boleh digunakan untuk tujuan membunuh.
Jadi di dalam alam silat, ahli ini membawa macam-macam gelagat dan perangai.
Dalam silat cekak hanafi, perkara ini juga berlaku.
Siapa yang mampu mendidik ahli-ahli?
Guru utama hanya jumpa beberapa kali sahaja semasa kelas berjalan.
Jadi beban untuk mendidik ahli telah jatuh ke bahu jurulatih. Mampukah dia mendidik sedangkan dirinya sendiri tidak terdidik?
Mana mungkin jurulatih yang berwatak samseng mampu mendidik ahli-ahli silat dibawah jagaannya. Ahli-ahli itu akan lebih samsenglah.
Yang menjadi mangsa adalah nama baik silat, guru dan pertubuhan.
Dalam kekecohan yang melibatkan silat cekak hanafi, ahli-ahli termasuk jurulatih yang sebeginilah yang menjatuhkan maruah silat.
Di sebelah mana mereka sekarang?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment