Thursday, April 30, 2009

Mesyuarat Agung Perwakilan Luarbiasa PSSCUHM Pada 28 Mac 2009 Adalah Tidak Sah.

Sementara Aku menunggu jawapan daripada kedua-dua belah pihak terhadap 21 persoalan yang Aku kemukakan, elok juga dihuraikan tentang keadaan semasa.

Puak Keluarga (PK) mengatakan mereka telah mempunyai kuasa terhadap PSSCUHM sekarang. Benarkah perkara ini?

Aku mendapatkan maklumat ini daripada laman web http://www.silatcekakhanafi.org/.

Mesyuarat Agung Perwakilan Luarbiasa 2009/2012 Menempa Sejarah

Selasa, 21 April 2009 08:01
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (PSSCUHM) telah mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Luarbiasa pada 28 Mac 2009 (Sabtu) pada jam 10.00 pagi,bertempat di Dewan Tertutup, Kompleks Rakan Muda, Sementa, Kelang, Selangor Darul Ehsan dengan dihadiri seramai 318 orang Perwakilan dari seluruh Malaysia iaitu sekitar 77.6 % kehadiran daripada jumlah maksima Perwakilan sebanyak 410 orang.

Berikut adalah senarai barisan ahli Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK) yang dipilih bagi sesi 2009/2012.
Presiden:
YM Tn Hj Md Radzi Bin Hj Hanafi
Naib Presiden:
Tn Hj Yusaini Bin Hj Sidek

Mohd Azhar Bin Hj Mohd Ali
Ahli Majlis:
Zamri Bin Hasan

Azhan Bin Ramiz

Razlan Bin Abdul Razak

Karem Bin Husin

Yushaimi Bin Yahaya.

====================================================================

Maklumat ini menyatakan satu Mesyuarat Agung Perwakilan Luarbiasa PPSCUHM telah diadakan pada 28 Mac 2009 yang dihadiri 318 wakil daripada 410 wakil penuh.

Sekali lalu, ia memberikan maklumat bahawa PK mempunyai suara majoriti.

Sekali pandang ia nampak gah. Sekali pandang, kuasa telah berpindah.

Sebagai ahli, Aku ada hak untuk menilai mana satu pihak yang berbohong dan mana satu pihak yang benar. Aku sebagai seorang Islam yang menjunjung ajaran Al-Quran dan hadis, Aku harus menyiasat.

Dalam situasi ini, Aku sebagai ahli SCH, Aku perlu tahu samada tindakan yang diambil oleh Puak Keluarga (PK) ini adalah betul atau salah.

Persoalannya, apakah hak PK untuk mengadakan mesyuarat agung perwakilan luar biasa PSSCUHM ini?

Mengikut pandangan mereka, sepuluh cawangan telah meminta Presiden persatuan yakni guru Aku,untuk mengadakan mesyuarat agung ini.

Persoalannya adakah guru Aku ini sah sebagai Presiden? Jika ia tidak sah, maka dia tiada kuasa untuk memanggil mesyuarat agung perwakilan luarbiasa tersebut.

Aku telah siasat perkara ini.

Selepas kes cabul berlaku, perpecahan telah berlaku antara PK dan Puak Pendukung (PP). Apabila kes ini dirujuk kepada MMK persatuan (sesi 2006-2009), suka tidak suka MMK mesti ambil tindakan dan tindakannya adalah menyiasat dan mengambil tindakan terhadap guru Aku.

Keputusannya, guru Aku didapati bersalah dan dipecat sebagai Presiden.

Ini bermakna guru Aku ini tidak lagi Presiden. Maka mana boleh beliau memanggil mesyuarat agung perwakilan luarbiasa itu walaupun diminta oleh sepuluh cawangan tersebut.

Seterusnya, PK telah juga mencabar kedudukan MMK 2006-2009 ini sejak kes cabul ini berlaku iaitu kes yang melibatkan Omar daripada Melaka sehingga PSSCUHM diheret ke mahkamah.

Apa keputusannya?

Keputusannya adalah mahkamah telah menolak permintaan Omar dengan kos.

Ini bermakna, kedudukan MMK 2006-2009 adalah sah dan mempunyai kuasa.

Ini bermakna keputusan MMK yang memecat guru Aku adalah sah dan terpakai.

Atas alasan dan hujahan inilah maka tindakan guru Aku mengadakan mesyuarat agung perwakilan luarbiasa pada 28 Mac 2009 adalah tidak sah.

Dengan itu, MMK yang dilantik pada mesyuarat agung perwakilan luarbiasa itu adalah tidak sah.
Kuasa terhadap persatuan masih lagi dipegang oleh MMK yang ada sekarang.

Sebagai seorang Islam, kita diwajibkan menegakkan yang benar.

Sebagai seorang Islam yang menjunjung Al Quran dan hadis, kita diwajibkan menyokong puak yang benar.

Wednesday, April 29, 2009

21 persoalan

Sebentar tadi Aku ada kemukakan 21 persoalan ini kepada kedua-dua belah pihak. Aku menunggu jawapan mereka.


Assalamu alaikum,

Saya bermohon agar persoalan-persoalan ini dijawab dengan benar, jujur dan ikhlas demi kepentingan ahli-ahli Silat Cekak Hanafi yang ramai kerana pembohongan akan berakhir dengan menjadi penghuni di neraka jahanam. Nauzubillahminzallik.

1. Apakah telah putus perhubungan di antara keluarga Al-Marhum Ustaz Hanafi dengan para pendukung Silat Cekak Hanafi?
2. Apakah benar masing-masing telah menubuhkan persatuan sendiri?
3. Apakah yang terkini tentang kes mahkamah yang melibatkan En Omar vs persatuan?
4. Apakah yang terkini tentang kes injunksi En Md Radzi terhadap persatuan?
5. Apakah yang terkini tentang kes injunksi persatuan terhadap En Md Radzi?
6. Apakah yang terkini tentang kes cabul kehormatan anak gadis oleh En Md Radzi?
7. Apakah yang sebenarnya berlaku di sebalik mesyuarat agung perwakilan luar biasa yang diadakan pada 28 Mac 2009?
8. Bilakah tarikh terakhir satu mesyuarat agung perwakilan tahunan perlu diadakan pada setiap tahun?
9. Mengapakah mesyuarat agung perwakilan tahunan tidak diadakan pada tahun 2007, 2008 dan 2009?
10. Apakah status sebenar kedudukan persatuan di peringkat Pendaftar Pertubuhan Malaysia?
11. Apakah wujud lagi Majlis Muafakat Tertinggi Silat Cekak Hanafi?
12. Apakah benar pihak keluarga telah menarik diri daripada MMT ini?
13. Apa pandangan MMT terhadap perkembangan semasa sekarang?
14. Apakah MMT ada bersidang lagi selepas mesyuarat yang menetapkan En Marwi sebagai Guru Utama pada tahun 2007?
15. Mengapa MMK tidak mengadakan mesyuarat dengan wakil-wakil cawangan selepas satu mesyuarat khas di Hotel Flamingo pada tahun 2006?
16. Adakah MMK memberikan penerangan kepada cawangan-cawangan selepas mesyuarat di Hotel Flamingo itu?
17. Apakah MMK masih lagi memberi sumbangan kepada balu Allahyarham Puan Maimunah (Mak Teh)?
18. Jika tidak, apakah alasan dan sebabnya?
19. Apakah tiada peluang untuk berdamai selaras dengan semangat Silat Cekak Hanafi?
20. Apakah Silat Cekak Hanafi satu silat pusaka Al-Marhum Ustaz Hanafi?
21. Apakah pertelingkahan ini akan berakhir sebagai satu perpecahan hingga ke generasi kedua dan ketiga?

Sekian dan terima kaseh
goo-gut84
http://gugat-gugat.blogspot.com/

Keliru Sakan

Sejak krisis yang melanda Silat Cekak Hanafi pada tahun 2006, aku telah memencilkan diri untuk mencari ketenangan diri.

Walaupun aku berusia muda tetapi aku ada akal fikiran yang waras. Tidak mudah orang memanipulasikan diri aku.

Walaupun aku masih muda namun aku dapat memahami hasrat dan iltizam Al-Marhum Ustaz Hanafi, pengasas dan pemimpin agung Silat Cekak Hanafi. Sayang aku tidak dapat berguru secara langsung dengan beliau.

Ketika aku menyertai perayaan tahun 2005, aku dapat melihat keagungan Silat Cekak Hanafi. Bukan mudah untuk mengumpulkan lebih daripada lima ribu orang ahli di Taman Tasik Titiwangsa ketika itu.

Hebat sekali.

Namun apa yang berlaku di tahun 2006 sangat mengaibkan Silat Cekak Hanafi.

Malunya aku. Mana aku nak letak muka aku? Guru aku terlibat dengan kes cabul.

Benarkah?
Benarkah?
Benarkah?

Aku ambil keputusan untuk tidak aktif tetapi aku baca blog-blog Silat Cekak Hanafi.

Tahun ini tahun 2009. Alhamdullillah aku masih lagi hidup. Aku masih lagi sihat. Aku masih lagi berfikiran waras.

Tiba-tiba minggu lalu aku keliru. Keliru sakan.

Mana mungkin ada dua persatuan? Mana mungkin ada dua MMK? Mana mungkin ada dua pejabat urusan.

Antara kedua pihak ini tentunya ada yang menipu. Ada yang berbohong.

Pihak mana yang benar?

Ya Allah, Engkau berikanlah pertunjukmu.

Berikan kemenangan kepada puak yang benar.