Thursday, December 30, 2010

Bila euphoria berakhir.

Sebagaimana yang kita tahu sebanyak lima keputusan telah diputuskan oleh mahkamah berkaitan krisis yang melanda SCH.

Ada empat keputusan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap empat kes sivil yang melibatkan PSSCUHM dan satu keputusan oleh Mahkamah Magistret Ampang terhadap satu kes jenayah yang melibatkan MRH dan mangsa.

Selepas keputusan-keputusan ini dibuat, segala bentuk euphoria terhadapnya telah hilang sekarang.

Apakah terdapat exodus daripada puak yang menyokong PSSCUHM kembali menyokong MRH?

Apakah terdapat exodus daripada para penyokong MRH untuk kembali ke PSSCUHM?

Jawapannya adalah tiada exodus yang berlaku bagi kedua-dua belah pihak.

Mengapa?

Sebab masing-masing puak telah membuat keputusan sejak krisis ini mula-mula berlaku pada tahun 2006. Yang sepatutnya diutamakan tidak diutamakan. Kepentingan PSSCUHM dan masyarakat diketepikan. Yang dipentingkan adalah kepentingan peribadi masing-masing. Satu ke kiri dan satu ke kanan. Tidak akan bertemu sebab halanya berlainan.

SCH telah berpecah lebih daripada empat tahun yang lalu. Begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita.

Pada aku, satu faktor utama yang menyumbang kepada perkara ini adalah sejak Almarhum meninggal dunia, perjuangannya tidak atau kurang ditekankan.

Ahli-ahli yang bergurukan Tok Ak dan kemudiannya MRH tidak diberikan pengajaran dan pendidikan sepertimana yang dilakukan oleh Almarhum dalam zamannya.

Jika benar mereka membawa perjuangan Almarhum, mengapa boleh berlaku perpecahan dalaman ini?

Pembawaan Tok Ak dan MRH tidak seperti Almarhum walaupun masing-masing mendakwa membawa perjuangan Almarhum.

Begitu juga dengan Datuk Maideen, beliau juga mendakwa membawa perjuangan Almarhum.

Begitu juga di pihak PSSCUHM sekarang, guru utama En Marwi juga mendakwa membawa perjuangan Almarhum.

Kepada ahli-ahli silat cekak, bukalah mata untuk melihat dan pasangkan telinga untuk mendengar agar meneliti setiap gelagat dan tindakan empat guru ini. Yang mana satu sebenar-benarnya mengikut perjuangan Almarhum. Gunakanlah dan telitilah garis panduan yang diberikan oleh pihak Jakim itu.

Mungkin kamu sendiri yang menyumbang kepada krisis ini disebabkan tidak mengikuti garis panduan itu sebagai seorang ahli silat. Usahlah menuding jari kepada orang atau puak lain sedangkan diri yang mengotori perjuangan Almarhum.

Tuesday, December 28, 2010

Garis Panduan Silat

GARIS PANDUAN SILAT MENURUT ISLAM

1. TUJUAN

1.1. Garis panduan ini disediakan untuk dijadikan panduan kepada umat Islam khususnya mereka yang terlibat dengan amalan seni mempertahankan diri tradisional (silat) supaya terhindar dari amalan yang bertentangan dengan akidah dan syariat Islam yang sebenar.

2. PENDAHULUAN

2.1. Islam amat menitikberatkan soal-soal akidah dan syariah. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber asal Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias adalah ditolak. Kepercayaan-kepercayaan dan amalan-amalan tertentu dalam masyarakat Islam di Malaysia sedikit sebanyak ada hubungkaitnya dengan pengaruh fahaman Anamisme, Dinamisme, Hindu, Buddha dan Syiah (Ghulu) yang sebahagiannya telah menjadi darah daging kepada pengamal suci mempertahankan diri tradisional (silat). Oleh itu gari panduan ini perlu dijadikan asas dan panduan supaya dapat mengelakkan diri dari terjerumus ke dalam penyelewengan akidah dan syariat Islam. Allah berfirman dalam surah Yunus, ayat 106:

ولا تدع من دون الله ما لا ينفعك ولا يضرك فان فعلت فانك اذا من الظالمين
(سورة يونس : 106)

Bermaksud:

“Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfaat dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat (yang demikian) itu, maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang zalim”.

2.2. Dalam sejarah Islam memang wujud pahlawan-pahlawan yang terkemuka di kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w. Mereka telah berjuang menentang Musyrikin Quraisy dan penentang-penentang ajaran Islam dari kalangan Munafikin. Antara sahabat berkenaan ialah Saidina Ali, Khalid Ibnu Walid, Amru b. As-As, Abu Ubaidah b. Al-Jarrah, Saad b. Abi Waqas dan lain-lain lagi. Di dalam Al-Quran didapati banyak ayat-ayat yang menunjukkan bahawa perlunya umat Islam mempersiapkan diri dan kelengkapan senjata serta kemudahan-kemudahan yang perlu untuk mempertahankan agama, diri dan negara. Antaranya ayat 61 surah Al-Anfaal:

وان جنحوا للسلم فاجنح لها وتوكل على الله انه هو السميع العليم

(الانفال : 61)

Bermaksud:

“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.

2.3. Di dalam ilmu persilatan terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sama ada ketika hendak masuk silat, setelah masuk atau selepas tamat dan diijazahkan. Di antara syarat-syarat tersebut:

(a)menyediakan pengeras seperti pulut kuning, limau purut, kain putih, bayaran pengeras dan sebagainya.

(b)mandi dengan air mandian tertentu sebagai lambang membersihkan segala kekotoran zahir dan batin.

(c)tidak boleh meninggalkan sembahyang.

(d)Tidak boleh banyak bertanya ketika guru sedang mengajar atau mempersoalkan sebarang tindakan guru.

(e)Melakukan gerak silat membuka atau menutup gelanggang setiap kali memula atau menamatkan latihan silat.

2.4. Guru memainkan peranan penting di dalam menyampaikan sesuatu ilmu bagi menjamin kesahihan dan kesempurnaan ilmu tersebut. Di dalam ilmu persilatan, guru adalah lambang kesempurnaan.

2.5. Sesuatu seni mempertahankan diri tradisional (silat) itu perlulah didasarkan kepada garis panduan berikut bagi mengenalpasti ianya terhindar dari perkara-perkara yang bercanggah dengan syariat Islam:

(a)Asal Usul Silat
(b)Syarat-Syarat Silat
(c)Guru Silat
(d)Ikrar Sumpah dan Taat Setia
(e)Pantang Larang
(f)Adab
(g)Gerak Langkah
(h)Amalan Dalam Silat
(i)Pengijazahkan
(j)Matlamat Silat

3. GARIS PANDUAN SILAT DAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI

3.1.Asal-Usul Silat

3.1.1. Demi menjaga kesucian akidah Islam, beberapa perkara perlu diambil perhatian iaitu setiap individu atau kumpulan tidak boleh mendakwa bahawa:

(a) Silat mereka bersumber dari Nabi Muhammad s.a.w. para anbia atau diambil dari Al-Quran dan Hadis atau berasal dari amalan para sahabat Nabi s.a.w.

(b) Teknik atau pergerakan persilatannya berasal dari ibadat-ibadat tertentu seperti rukun-rukun sembahyang.

(c) Seni silat mereka bersumberkan mimpi bertemu Rasulullah s.a.w. atau para anbia yang lain atau para sahabat serta ulama.

3.2. Syarat-syarat Silat

3.2.1. Bagi mempastikan syarat-syarat di dalam ilmu persilatan tidak bercanggah dengan ajaran Islam maka:

(a) Semua perkara yang wajib dilakukan atau ditinggalkan oleh seorang Islam, yang mukallaf tidak boleh dijadikan syarat di dalam silat seperti sembahyang, puasa, jangan durhaka kepada ibubapa, sehingga mendatangkan anggapan bahawa perkara wajib tersebut menjadi wajib hanya apabila dijadikan syarat.

(b) Tidak boleh mengaitkan sesuatu pengeras dengan suatu akibat yang dipercayai boleh merosakkan pegangan akidah.

(c) Tidak boleh percaya kepada sial seperti mandi membuang sial atau mandi-mandi tertentu yang dikaitkan dengan persilatan.

(d) Tidak boleh melakukan gerak silat atau bacaan tertentu yang mengandungi unsur-unsur meminta izin atau bantuan dari kuasa-kuasa makhluk “ghaib” dalam acara “gerak membuka atau menutup gelanggang”, “’ayat kebal” atau “pukulan angin maut” atau sembelih ayam dalam gelanggang.

(e) Tidak boleh mentaati guru atau seseorang pada perkara-perkara yang jelas bercanggah dengan akidah dan syariat Islam.

(f) Sebarang syarat yang bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak Islam.

3.3. Guru Silat

3.3.1. Guru silat yang beragama Islam hendaklah bukan terdiri daripada:

(a) mereka yang melakukan perkara-perkara syirik, sama ada melalui perkataan, perbuatan atau iktikad.

(b) mereka yang melakukan maksiat/jenayah dan yang bertentangan dengan moral.

(c) pemecah belah masyarakat.

(d) Mereka yang mentafsir ajaran agama Islam mengikut hawa nafsu.

3.3.2. Jika seseorang guru silat hendak melibatkan diri dalam hal agama hendaklah mengetahui asas-asas agama Islam sama ada fardhu ain atau fardhu kifayah seperti rukun Islam, rukun Iman, cara mengerjakan sembahyang dan sebagainya.

3.3.3. Guru silat dilarang memasukkan atau menggunakan unsur-unsur yang bercanggah dengan Islam seperti sihir dan ilmu kebal di dalam ilmu persilatan.

3.4. Ikrar Sumpah Dan Taat Setia


3.4.1. Sumpah tidak dibolehkan sebaliknya hanya ikrar.

3.4.2. Murid-murid tidak boleh taat secara membuat tuli kepada guru. Mereka hendaklah mengikut perintah guru selama tidak bercanggah dengan perintah Allah.

3.4.3. Sumpah tidak boleh digunakan kepada perkara-perkara yang telahpun diwajibkan di dalam Islam seperti bersumpah akan taat kepada ibubapa, bersumpah akan taat kepada Allah dan Rasul dan sebagainya.

3.4.4. Bacaan-bacaan, amalan dan ikrar yang terdapat di dalam sumpah hendaklah mengandungi perkara-perkara yang tidak bercanggah dengan akidah dan syariat Islam seperti memuja dewa, atau nama berhala.

3.4.5. Di dalam upacara sumpah dan bai’ah sama ada dari segi fizikal atau mental hendaklah tidak mempunyai unsur-unsur yang mensyirikkan Allah dan menjatuhkan maruah seseorang sebagai umat Islam.

3.5. Pantang Larang

3.5.1. Suatu pantang larang hendaklah bukan daripada perkara-perkara yang jelas diwajibkan di dalam Islam seperti tidak meninggalkan sembahyang, jangan berkelahi sesama ahli dan sebagainya.

3.5.2. Suatu pantang larang tidak boleh dikaitkan dengan unsur-unsur pemujaan, meminta izin, perlindungan atau bantuan daripada makhluk-makhluk ghaib seperti larangan berludah kerana ditakuti tidak menjadi.

3.5.3. Tidak boleh memenuhi kehendak pantang larang sehingga melakukan perkara-perkara yang ditegah di dalam Islam seperti meninggalkan tanggungjawab sebagai suami atau isteri dan sebagainya.

3.5.4. Perkara-perkara yang harus dan halal tidak boleh dihukumkan haram.

3.6. Adab

3.6.1. Adab Murid Dengan Guru:

(a) Guru tidak boleh menganggap dirinya yang paling mulia dan tidak pernah bersalah.

(b) Guru hendaklah mengelakkan diri dari dianggap orang yang perlu ditaati secara mutlak.

(c) Guru tidak boleh menganggap orang lain lemah dan lekeh.

(d) Guru hendaklah melarang murid-muridnya memuja, mengagung dan taksub kepadanya.

3.6.2. Adab Sesama Murid Seperguruan:

(a) Seseorang murid tidak boleh memberikan hak secara khusus kepada murid seperguruannya sahaja, seperti memberi ucapan salam, tidak boleh bergaduh sesama ahli dan sebagainya.

(b) Seseorang murid tidak boleh menanam atau mengapi-apikan perasaan bangga diri dan taksub kepada kumpulannya sehingga memandang hina dan negatif kepada orang lain.

3.6.3. Adab Murid Dengan Orang Lain

(a) Seseorang murid tidak boleh mengutamakan guru silat dan murid-murid seperguruannya sehingga mengabaikan hak dan kewajipannya kepada ibubapa, suami, isteri, anak dan ahli keluarga.

(b) Seseorang murid tidak boleh memandang rendah dan hina terhadap orang bukan dari kalangan ahli silatnya.

(c) Seseorang murid yang beragama mesti menjalinkan ikatan persahabatan sama ada sesama ahli atau orang lain.

3.7. Gerak Langkah

(a) Gerak langkah silat tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah dan sifat-sifat-Nya atau merupakan maksud di sebalik kalimah atau nama-nama Allah atau sifat-sifatNya.

(b) Gerak langkah silat tidak boleh diertikan sebagai maksud yang tersirat daripada ahli atau jasad Rasulullah s.a.w., para malaikat, nabi-nabi dan orang soleh.

(c) Gerak langkah silat tidak boleh dimaksudkan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam atau perlakuan-perlakuan ibadat yang tertentu seperti dua kalimah syahadah dan sembahyang.

3.8. Amalan Dalam Silat

(a) Tidak boleh memuja dan memperhambakan diri kepada sesuatu kuasa atau peribadi yang boleh mendatangkan nasib baik atau buruk kepada seseorang seperti hantu, dewa, keramat, kubur, keris, busut dan sebagainya.

(b) Tidak boleh menggunakan tangkal dan azimat yang mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami, objek-objek tertentu dan bercampuraduk dengan ayat Al-Quran.

(c) Tidak boleh mengamalkan bacaan-bacaan tertentu yang tidak difahami maknanya dikhuatiri mengandungi kata-kata pemujaan kepada berhala, iblis, syaitan atau nama berhala orang kafir serta bercampur aduk dengan ayat al-Quran.

(d) Tidak boleh meninggalkan ibadat-ibadat wajib yang dituntut di dalam Islam seperti sembahyang lima waktu dan puasa di bulan Ramadan ketika melakukan amalan silat.

3.9. Pengijazahan

(a) Tidak boleh melakukan isyarat sembah atau gerak tubuh yang melambangkan ketundukan yang menyamai atau melebihi ketundukan yang hanya layak kepada Allah sahaja seperti tidak sembah kepada guru.

(b) Tidak boleh melakukan upacara-upacara yang mengandungi unsur-unsur penyembahan, pemujaan, memohon bantuan atau memperhambakan diri kepada kuasa-kuasa atau tenaga-tenaga ghaib seperti mempersembahkan sedulang makanan, menyembelih ayam dan sebagainya.

3.10. Matlamat Silat

(a) Matlamat silat hendaklah matlamat yang baik seperti untuk kesihatan tubuh badan, mendisiplinkan diri, hidup bermasyarakat, untuk mempertahankan diri dari bahaya dan sebagainya.

(b) Matlamat silat tidak boleh:

(i) Untuk membalas dendam, menuntut bela, membuat aniaya, menakut-nakutkan dan mengugut orang lain.

(ii) Untuk menanam sifat berani yang keterlaluan sehingga hilang hormat kepada ibubapa, guru, ahli keluarga dan lain-lain.

(iii) Untuk memupuk sentimen perkauman atau taksub golongan/kumpulan ekstrim agama yang melampau di kalangan ahli.


4. PENUTUP

Dengan mengikut garis panduan ini diharapkan para pengamal silat dan seni mempertahankan diri supaya dapat menghindarkan diri menyimpang daripada ajaran Islam yang benar, agar hidup sentiasa dirahmati Allah S.W.T.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,

Kuala Lumpur.

My documents/bib/JA/Garis Panduan Silat

Sunday, December 26, 2010

Kenapa guna duit rakyat tarik sokongan PSSLM

Kenapa guna duit rakyat tarik sokongan PSSLM

Ini adalah satu artikel yang keluar di harakahdaily.net pada 20 Disember 2010.

Sebagai seorang ahli SCH, aku ingin komen tentang artikel ini sebab ia membawa banyak implikasi terhadap perjuangan SCH.

Setahu aku sehingga kini, masih belum ada respon daripada empat pemimpin yang mengajar silat cekak sekarang. Mungkin mereka sibuk. Mungkin mereka belum kebar daripada demam panas yang melanda silat cekak.

Apa respon daripada Tok Ak? Mungkin beliau tidak boleh respon sebab beliau sedang sakit. Lagipun tak kan lah nak respon sebab beliau sendiri ada dapat anugerah daripada pertubuhan itu.

Ada respon daripada Datuk Maideen? Mungkin beliau sibuk dengan masalah dalaman PSSCM dengan isu syahadahnya.

Ada respon daripada MRH? Mungkin beliau belum ada masa untuk fikirkan isu ini lagi sebab beliau telah kehilangan PSSCUHM.

Ada respon daripada PSSCUHM?. Mungkin guru utama atau presiden sewajarnya memberikan perhatian.

Aku setuju dengan beberapa pandangan daripada penulis ini. Memang tidak wajar memberikan wang rakyat untuk tujuan ini. Persatuan-persatuan silat lain macam mana pula? Aku juga melihat PESAKA dipergunakan untuk tujuan ini kerana umum sedia maklum siapa Setiausaha Agung PESAKA sekarang.

Kalau dari sudut percaturan politik mungkin ada rasionalnya. Namun apakah ia wajar diberikan?

Pertubuhan ini mempunyai seorang guru yang pernah di buang daerah satu ketika dulu disebabkan gangsterisme. Guru ini juga pernah masuk pembangkang dalam satu pilihanraya umum.

Yang ini aku tidak mahu komen betul atau salahnya. Yang aku ingin komen adalah silat cekak tidak atau belum lagi berikan respon. Jika diberikan respon sekali pun, aku rasa kurang kesannya sebab silat cekak tidak kuat akibat krisis dalaman. Semuanya tercedera.

Berbanding dengan zaman Almarhum, silat cekak ketika itu kuat. Pernah terjadi beberapa insiden antara kedua-dua pertubuhan silat ini tetapi silat cekak pimpinan Almarhum tetap utuh. Bolehlah perjuangan silat cekak untuk membasmi ilmu tahyul dan khurafat ditegakkan.

Tapi bila lemah sekarang, perjuangan ini terbengkalai.

Friday, December 24, 2010

Amannya Sekarang

Aku bersyukur kerana blog aku ini sudah aman. Tiada lagi kutukan dan kata nesta.

Sungguh rasa aman dan tenang.

Kepada seorang hamba Allah yang mempersoalkan gaya blog aku dahulu, dengan rasa ikhlas, aku ucapkan terima kasih kepada insan tersebut.

Alhamdullillah, aku sudah kuatkan azam aku untuk berubah. Aku bertindak untuk berubah. Dan aku sudah berubah.

Kepada setiap individu yang hatinya terguris di blog ini, aku minta maaf. Bukan itu niat aku. Bukan itu tujuan aku.

Pada aku, masing-masing ada hak untuk mempertahankan pandangan dan pilihan masing-masing. Jika ada perbezaan, ia cuma disebabkan terkeliru, kurang maklumat dan salah faham.

Kebenaran adalah milikNya sahaja.

Pada masa sekarang ini, Silat Cekak telah berpecah kepada empat kumpulan dengan guru masing-masing. Semuanya bergurukan Almarhum dahulu.

Jadi kepada para pemimpin keempat-empat gulungan ini, bawalah anak murid masing-masing ke jalan Allah kerana ia adalah tanggungjawab yang telah dipikul. Ia berat.

Sayang seribu kali sayang, benda baik yang Almarhum tinggalkan tidak dijaga dengan baik. Yang bathil kini bersuara kembali.

Satu pengajaran yang patut dipelajari daripada zaman Almarhum ialah yang dipentingkan adalah mutu bukan bilangan ahli yang ramai.

Tidakkah ini disedari?

Thursday, December 23, 2010

Berita Terkini

Terkini diberitahu ada dua keputusan berkaitan krisis yang melanda PSSCUHM sekarang. Pertama adalah keputusan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mana PSSCUHM telah menang dalam kes injunksinya terhadap MRH. Dengan kata lain MRH tidak boleh merepresentasikan dirinya sebagai Guru Utama dan Presiden PSSCUHM mulai tarikh keputusan Yang Arif Hakim.

Dengan kata lain MRH tidak boleh menggunakan apa juga pengenalan yang bersabit dengan PSSCUHM. Gelaran Guru Utama SCH tidak boleh digunakan. Gelaran Presiden PSSCUHM pun tidak boleh digunakan. Nama PSSCUHM tidak boleh digunakan. Nama Silat Cekak Ustaz Hanafi juga tidak boleh digunakan. Logo persatuan PSSCUHM tidak boleh digunakan. Logo persilatan pun tidak boleh digunakan. Unifom tidak boleh digunakan. Semua yang bersabit dengan PSSCUHM semuanya tidak boleh digunakan.

Dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ini, Yang Arif Hakim telah mendengar hujah-hujah bagi kedua-dua belah pihak. Masing-masing peguam boleh melakukan sesi soalbalas. Ini termasuk keterangan daripada MRH sendiri. Tentu MRH telah menggunakan segala ilmu yang ada miliknya untuk mempertahankan diri beliau. Peluang telah diberikan. Natural justice juga telah diberikan. Akhirnya MRH tetap kalah juga.

Jadi semua kes mahkamah yang melibatkan PSSCUHM, semuanya PSSCUHM menang. Dalam semua kes sivil ini, hujah-hujah kedua-dua belah pihak didengari. Ini adalah Mahkamah Tinggi bukan Mahkamah Seksyen atau Mahkamah Magistret. Lagi tinggi kuasanya. Lagi tinggi wibawanya.

Jadi mengapa PSSCUHM boleh menang semua kes sivil ini?

Dari segi bilangan cawangan-cawangan, majoriti memang menyokong MRH tetapi mengapa tetap kalah juga?

PSSCUHM menang sebab mereka ikut undang-undang negara khususnya Akta Pertubuhan 1966 dan juga perlembagaan PSSCUHM. Puak MRH kalah sebab tidak ikut undang-undang. Itu sahaja.

Nasib malang terus melanda cawangan-cawangan ini yang tidak mengikut keputusan-keputusan PSSCUHM. 10 cawangan telah dibubarkan. Ini disahkan oleh ROS. Ini berita yang sampai kepada aku.

Apa yang akan dilakukan oleh MRH dan puaknya, sama-samalah kita nantikan bersama.

Atas ketentuanNya dan atas kehendakNya, ini semua berlaku.

Waulahu'alam.

Monday, December 20, 2010

Isu Sumpah

Tempoh hari ada disebut dan diungkit tentang isu MRH bersumpah. Isu ini adalah salah satu isu yang mencengkam pegangan dan pendirian ahli-ahli silat.

Setahu aku, MRH telah bersumpah lebih daripada sekali. Dalam mesyuarat MMT pada bulan September 2006, MRH telah bersumpah sebanyak dua kali. Dikatakan beliau juga telah bersumpah beberapa kali semasa roadshownya di dalam dan luar kawasan Lembah Kelang pada bulan April hingga September tahun 2006.

Tujuan utama MRH bersumpah adalah satu usaha untuk membersihkan namanya di kalangan para penyokong beliau. Namun apa yang berlaku ia telah menghasilkan suasana yang lebih kelam kabut di kalangan ahli-ahli dan masyarakat.

Ada persoalan timbul mengapa krisis ini tidak diselesaikan secara Islam?

Apakah perkara ini telah diusahakan atau tidak oleh pihak-pihak yang tertentu dalam persatuan?

Seperti yang termaklum, maklumat yang sampai ke akar umbi adalah maklumat sekerat-sekerat mengikut selera si penyampai. Si penyampai ada agendanya tersendiri.

Setahu aku, usaha untuk menyelesaikan isu ini secara adik beradik telah pun dilakukan. Bila ia dilakukan? Ia dilakukan pada peringkat awal krisis ini. Pada waktu itu, tiada ramai orang yang tahu. Cuma dua tiga orang sahaja yang tahu.

Seperti yang telah aku sebutkan, keluarga mangsa ada beberapa pilihan. Mereka boleh memilih untuk membuat laporan polis sebaik sahaja kejadian itu berlaku. Kedua, mereka boleh mengadu kepada persatuan dan ketiga berdiam diri. Jalan yang dipilih pada ketika itu adalah untuk mengadu kepada persatuan untuk tindakan. Namun setahu aku, usaha-usaha untuk menyelesaikan isu ini secara Islam telah pun diusahakan sebelum aduan dibuat kepada persatuan.

Siapakah individu-individu yang terbabit? Individu-individu yang terbabit adalah nama-nama yang disebut sendiri oleh Nek Teh. Mengikut Nek Teh, selepas kes ini berlaku, beliau telah bermimpikan Almarhum. Dalam mimpi itu, Almarhum telah menyatakan persatuan ada masalah dan meminta Nek Teh menghubungi dua individu tersebut untuk menyelesaikannya.

Kedua-dua individu tersebut telah dihubungi. Mereka telah diminta untuk menyelesaikan isu ini. Mereka juga telah mengadakan pertemuan-pertemuan untuk menyelesaikan isu ini secara dalaman agar nama baik persatuan terperlihara.

Antara yang disyorkan adalah kedua-dua pihak bersumpah atas nama Allah - "Wallahi, Wabillahi, Wata'alahi" dalam satu majlis tertutup yang disaksikan anggota kedua keluarga berkenaan. Namun perkara ini tidak terjadi kerana MRH tidak bersetuju berbanding keluarga mangsa yang bersetuju.

Maka tamatlah usaha ini.

Usaha ini dilakukan sebelum kes ini diadukan kepada persatuan. Selepas kes ini dirujuk kepada persatuan, kaedah sumpah cara Islam ini tidak boleh dilakukan.

Mungkin jika ini diadakan tidaklah berlaku haru biru dalam persatuan tetapi itu bukan kehendakNya dan bukan ketentuanNya.

Pada aku, sumpah-sumpah yang dilakukan oleh MRH selepas kes ini dirujuk kepada persatuan adalah tidak bertepatan kerana kes sedang disiasat pada ketika itu. Roadshow-roadshow yang diadakan pada ketika itu telah banyak menganggu tugas-tugas persatuan dalam menyelesaikan isu tersebut. Malah ia telah mengharu-birukan persatuan hingga tidak terkawal dan PSSCUHM berpecah.

Waulahu’alam.

Wednesday, December 15, 2010

Tinggal harapan?

Selepas keputusan Mahkamah Magistret Ampang yang melibatkan MRH, PK telah meletakkan satu pengharapan yang menggunung dikalangan para penyokongnya. Dikatakan keputusan mahkamah jenayah itu akan memberikan kesan kepada keputusan-keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengesahkan autoriti MMK yang sah bagi PSSCUHM.

Apakah keputusan Mahkamah Magistret Ampang (jenayah) itu akan mempengaruhi keputusan-keputusan yang telah dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (sivil)?

Jawapannya tentu tidak kerana kes mahkamah magistret itu adalah kes jenayah yang melibatkan pihak pendakwa raya dan OKT iaitu MRH sahaja. Ia tidak melibatkan PSSCUHM kerana kes-kes yang melibatkan PSSCUHM itu adalah kes-kes sivil.

Dalam kes sivil yang melibatkan Omar vs MMK/PSSCUHM, kes ini tidak boleh lagi dirayu kerana tempoh rayuan nya telah tamat. Ini bermakna kes ini tidak boleh dikendalikan lagi oleh mana-mana mahkamah. Keputusannya terus kekal berwibawa.

Apakah keputusannya? Keputusan nya adalah Omar telah kalah dengan kos.

Dengan keputusan ini, MMK 2006-2009 adalah sah dan semua tindakan yang diambil berkaitan krisis persatuan adalah sah. Ini bermakna penubuhan dan segala syor tindakan dan keputusan jawatankuasa siasatan dan jawatankuasa penghakiman adalah sah. Atas syor-syor inilah, MMK 2006-2009 telah menggantung dan memecat MRH dan para penyokongnya di dalam MMK.

MMK juga telah menggantung dan membubarkan cawangan-cawangan yang tidak akur dengan keputusan-keputusan MMK. Begitu juga nasib ahli-ahli yang mengikut MRH. Mereka juga telah dipecat daripada menjadi ahli PSSCUHM.

Begitu juga dalam kes MRH vs PSSCUM, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak berpihak kepada MRH. Beliau telah kalah dalam usaha untuk mendapatkan kembali jawatan Presiden PSSCUHM. Memang beliau boleh merayu terhadap kes ini tetapi risiko dan kosnya adalah sangat tinggi jika kalah. Kes ini adalah menarik kerana hujah-hujah Yang Arif Hakim adalah jelas dan nyata iaitu MRH telah diberikan natural justice untuk membela dirinya semasa siasatan dalaman diadakan. Juga penubuhan jawatankuasa siasatan dan penghakiman adalah sah didalam konteks perlembagaan PSSCUHM dan Akta Pertubuhan 1966 mengikut hujah-hujah Yang Arif Hakim.

Baru-baru ini PSSCUHM telah berjaya mendapatkan perintah injunksi terhadap MRH. Beliau tidak boleh merepresentasikan dirinya sebagai Presiden dan juga guru utama SCH. Beliau dan PK tidak boleh memakai apa juga pengenalan yang ada kaitan dengan SCH seperti nama, logo, bendera dan sebagainya.


Eloklah dibaca alasan-alasan hakim-hakim ini di www.cekakhanafi.com.

Dengan ini MRH dan para penyokongnya telah dipecat daripada PSSCUHM. Dan cawangan-cawangan yang menyokongnya juga telah dibubarkan oleh ROS.

Oleh itu, aku berpendapat keputusan kes jenayah MRH di Mahkamah Magistret Ampang tidak memberikan apa-apa kesan terhadap kedudukan MMK dan kepimpinan PSSCUHM sekarang.

Sunday, December 12, 2010

Teknikal Perundangan

Banyak komen yang telah aku terima yang mahu aku perjelaskan secara terperinci apa yang aku maksudkan dengan kemungkinan penolakan kes itu atas sebab-sebab teknikal. Maksud teknikal disini adalah teknikal perundangan.

Dalam kes jenayah, beban untuk membuktikan di pihak pendakwaraya adalah satu perkara yang sukar untuk dilakukan berbanding kes sivil. Dan proses yang dilalui juga adalah berbeza. Dalam mahkamah jenayah, prosesnya melibatkan proses mewujudkan satu kes prima facie terhadap Orang Kena Tuduh (OKT) terlebih dahulu. Dan untuk berbuat demikian, bahan-bahan bukti yang kukuh perlu dikemukakan kepada Yang Arif Hakim oleh pihak pendakwa. Saksi-saksi juga boleh disoalbalas oleh peguam OKT.

Ini adalah satu artikel yang menarik
http://portal.imateradigital.com/myhealth/bm/template.jsp?showMe=6&storyid=1242122186823


yang boleh membantu kita memahami apa yang dimaksudkan dengan masalah teknikal perundangan. Cuba kita semak perkara-perkara dalam ruang info artikel ini. Komen aku dalam [ ]

INFO: Jenayah seksual dan penderaan terhadap wanita dan kanak-kanak

•Laporan jenayah seksual dan penderaan boleh dibuat mana-mana balai polis dan sebaik-baiknya selepas saja kejadian.
[Kes ini menjadi lemah sebab dilaporkan 6 bulan selepas kejadian berlaku.]

•Laporan adalah lebih baik dibuat oleh mangsa sendiri, tetapi jika keadaan mangsa tidak membenarkan, sesiapa pun boleh buat laporan bagi pihaknya untuk tempoh sementara. Apabila keadaan sudah membenarkan, mangsa seharusnya membuat laporan lain.
[Aku difahamkan laporan dibuat oleh keluarga mangsa sebab mangsa masih lagi bawah umur.]

•Laporan bagi kes rogol perlu dibuat secepat mungkin selepas kejadian kerana kebanyakan bukti yang diperlukan polis ada pada badan mangsa. Mangsa juga dinasihatkan tidak mandi selepas dirogol dan sebaik-baiknya datang dengan baju yang dipakai ketika kejadian.
[Walaupun kes ini adalah kes cabul tapi prosesnya sama sahaja. Dalam kes ini, bukti-bukti yang diperlukan polis yang ada badan mangsa tidak dapat diambil sebab kes ini dilaporkan 6 bulan kemudian. Dengan sendiri bahan bukti mungkin tidak ada di pihak polis menjadikan hujah-hujah pendakwaan kes ini menjadi lemah.]

•Ketika membuat laporan mangsa perlu ceritakan kejadian sebenar dan jangan berasa takut. Jika ada barang lain, bawa bersama kerana ia mungkin ada kesan DNA seperti air mani, rambut yang boleh dikesan.
[Mungkin mangsa tidak ada bawa bersama barang-barang lain untuk mendapatkan kesan DNA. Jadi kes ini menjadi lemah.]

•Biasanya bagi kes rogol ketika siasatan polis, mangsa akan dibawa ke dalam bilik atau bukan tempat yang terbuka. Lazimnya, polis wanita digalakkan mengambil laporan. Tetapi jika tiada polis wanita dan polis lelaki bertugas dalam keadaan tidak segan, mangsa boleh membuat laporan.
[Aku rasa laporan mangsa ini ada dan digunakan sebagai satu bahan pendakwaan.]

•Ketika laporan dibuat, polis tidak akan bertanya lagi bagaimana mangsa dirogol maka itu polis wanita atau lelaki boleh mengambil laporan yang hendak dibuat.
[Polis juga telah mengambil laporan polis ini bagi tujuan pendakwaan]

•Apabila laporan itu diterima, polis akan klasifikasi kes itu. Inilah antara sebab laporan perlu dibuat supaya pihak polis mendapat kuasa untuk menyiasat termasuk menangkap, menggeledah dan menyoal individu yang terbabit.
[Yang ini telah berlaku kerana MRH telah ditangkap, digeledah dan disoal oleh pihak polis]

•Hanya ketika mangsa membuat kenyataan diambil barulah dia akan ditanya dan biasanya polis wanita yang akan mengendalikannya.
[Mungkin kenyataan mangsa ini ada dalam kes ini sebagai bukti pendakwaan]

•Timbalan pendakwa raya akan tengok atau teliti sama ada cukup atau tidak, bukti dan keterangan mangsa untuk mendakwa mangsa (silap taip sepatutnya individu). Walaupun mangsa tahu individu yang melakukannya tanpa bukti dan keterangan betul, ia mungkin sukar untuk didakwa.
[Dalam kes ini, individu telah dikenalpasti dan ditangkap dan didakwa setelah timbalan pendakwaraya menengok dan melihat bahan-bahan yang ada. Dan seksyen 354 Kanun Keseksaan digunakan.]

Dan jika kita melihat pengendalian kes ini berlaku adalah sungguh lama yakni lebih daripada tiga tahun dan pegawai polis yang terlibat telah bertukar tempat dan terpaksa menengok fail-fail lama. Adalah sukar bagi anggota polis ini untuk mengingat fakta-fakta kes. Dengan itu, pendakwaan menjadi lemah.

Mungkin juga ada pertukaran magistret yang berlaku yang juga akan mempengaruhi perjalanan kes tersebut.

Apapun keluarga mangsa masih ada peluang untuk merayu dan mana tahu keputusan akan memihak kepada mangsa seperti yang telah berlaku dalam kes yang tersebut di bawah ini.

http://mediakini.com/berita-jenayah/cabul-pelajar-guru-dipenjara-15-tahun-2-sebatan.html

Waulahu'alam

Kalau bukan disini, diakhirat

Aku masih lagi menerima kutukan-kutukan daripada PK hingga ke hari ini tetapi aku ingin memperingatkan mereka bahawa apa yang telah berlaku adalah satu episod sahaja.

Sekarang bermulanya satu episod yang baru.

Sepertimana yang berlaku dalam artikel ini, keluarga mangsa perlu sedar bahawa satu masa nanti keadilan akan tertegak juga.

Kisah benar ini http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1025&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_05.htm boleh terjadi kepada sesiapa pun.

Kes ini lebih ekstrem daripada kes mangsa. Terlepas daripada hukuman tidak semestinya si penjenayah itu benar. Penjenayah hanya tidak dihukum lagi. Tidak dipenjarakan lagi. Tidak dirotan lagi.

Waulahu'alam

Saturday, December 11, 2010

Mengapa 6 bulan?

Nampaknya tohmahan-tohmahan yang melanda blog ini telah pun berkurangan. Aku rasa gembira sebab dapat mengawal keharmonian blog aku ini. Inilah azam aku sekarang.

Juga mulai sekarang, komen-komen yang anonymous tidak lagi dibenarkan. Mesti ada id.

Banyak persoalan telah ditimbulkan. Antaranya adalah mengapa hanya selepas 6 bulan kes itu berlaku, baru keluarga mangsa membuat laporan polis. Dan ada tuduhan konon nya persatuan lepas tangan sekarang.

Bila kejadian sumbang ini berlaku pada 10 Mac 2006, seorang ahli keluarga mangsa dan ahli serta tenaga pengajar telah mengadu kepada MMK 2006-2009 PSSCUHM. Persatuan terpaksa mengambil tindakan atas aduan-aduan ini.

PSSCUHM telah mengambil tindakan ke atas aduan-aduan tersebut dengan mengadakan satu siasatan dalaman dan akhirnya MMK itu telah menggantung keahlian dan jawatan MRH sebagai Presiden.

Selepas itu, persatuan telah menyerahkan kedudukan guru utama kepada MMT. Ini berlaku pada bulan Ogos 2006. Dan pada bulan September 2006,MMT telah membuat keputusan mengekalkan MRH sebagai guru utama.

Disituasi inilah dilihat usaha persatuan untuk menyelesaikan kes ini berdepan dengan jalan buntu. Tiada apa lagi yang boleh dibuat oleh persatuan.

Oleh kerana ada hasrat untuk menyaman keluarga mangsa oleh MRH, mereka terpaksa membuat laporan kepada polis dan MRH ditangkap dan ditahan. Dan MRH dipecat oleh persatuan.

Keluarga mangsa tahu kes yang akan dibawa adalah lemah tapi mereka terpaksa lakukan juga.

Jadi semua ini adalah pilihan keluarga. Risiko diambil dan keputusannya adalah 50:50

Akhirnya pihak polis dan pihak pendakwa raya telah mendakwa MRH dimahkamah atas kes jenayah cabul.

Itu sebab dikatakan kes ini bukan kes antara persatuan dengan MRH tetapi diantara keluarga mangsa dengan MRH. Keputusan kes ini tidak terkesan kepada persatuan.

Juga tidak timbul persoalan persatuan mengabaikan keluarga mangsa sekarang. Keluarga mangsa terpaksa menerima keputusan ini dan pihak pendakwa mungkin akan merayu.

Waulahulam

Friday, December 10, 2010

Sempena Hari Hak Asasi Manusia

Aku tidak terkejut dengan kata-kata nista yang dilemparkan kepada aku. PK & para penyokong mereka telah mengambil kesempatan untuk mengeluarkan kata-kata kesat di dalam komen-komen mereka sehingga aku tidak tergamak untuk mempublishnya. Begitu buruk sekali perkataan-perkataan yang digunakan.

Mungkin itu yang mereka dapat daripada guru mereka.

Hari ini adalah hari hak asasi manusia. Antara hak-hak yang diuar-uarkan adalah hak untuk bercakap atau memberikan pandangan. Juga ada hak untuk memilih.

Dalam hal ini, PK ada hak untuk memilih dan ada hak untuk memberikan pandangan.

Siapa yang ingin mendengar pandangan-pandangan PK, bolehlah pergi ke blog itu. Usah ke mari. Tiada faedah pun datang ke mari jika tujuannya hanya untuk menghentam dan menggodam. Lebih-lebih lagi bila telah ada "kejayaan", meriah lagi lah keraiannya.

Begitu juga dengan hak aku. Aku juga ada hak untuk memilih. Aku juga ada hak untuk memberikan pandangan aku.

Mungkin cara aku selama ini tidak betul. Jadi aku mesti betulkan cara aku.

Aku harus berhijrah kepada yang lebih baik.

Aku perlu tukar cara aku berblog.

Apa yang menarik daripada puluhah-puluhan komen yang aku terima aku dapati komen-komen yang diberikan tidak melambangkan kematangan. Mungkin yang menulis itu masih budak-budak hingusan. Mungkin mereka baru belajar. Biarkan mereka. Tapi kalau tok guru melihat penulisan-penulisan anak-anak muridnya itu tentu dia akan terkejut. Macam mana si guru mendidik anak-anak murid nya hingga jadi begitu?

Bila ada perbalahan antara dua pihak tentu ada timbal balik. Ini yang berlaku dalam blog aku selama ini. Jadilah blog ini satu medan pertelingkahan yang memalukan bangsa dan ugama.

Aku bukan tidak boleh ditegur tetapi apabila orang menyerang aku, aku ada dua pilihan samada menepis atau menepis dan makan. Kalau boleh memotong, bolehlah 6-6. Baguslah.

Jadi apabila mereka mengatakan aku memfitnah MRH, itu tidak betul. Sama sekali tidak betul.

Aku mengatakan bahawa peristiwa itu berlaku. Ia bukan dongeng. Ia bukan wayang. Ia bukan cerekarama. Ia berlaku. MRH mengaku dia yang pergi ke rumah mangsa itu. Jadi mana ada fitnah?

Begitu juga dengan tuduhan cabul. Bukan aku yang kata tapi pendawaraya yang kata. Bukan aku yang kata tapi jawatankuasa dalaman dan MMK yang kata.

Jika telah berlaku kejadian pergi ke rumah mangsa dan masuk ke dalam rumah mangsa. Dan berlaku sentuhan antara keduanya, jadilah ia satu perbuatan sumbang.

Bolehkah kita terima perbuatan atau perlakuan seorang guru yang sebegini?

Yang ia menjadi tuduhan cabul adalah apabila si mangsa mengatakan bahawa dia di cabul kehormatan apabila tempat terlarangnya disentuh-sentuh.

Pada aku, tuduhan cabul itu sendiri tidak salah. Polis yang menyiasat kes ini atas dasar kes cabul. Seksyen kanun keseksaan yang digunakan pun seksyen kes cabul. Begitu juga pendakwaraya dan Yang Arif Hakim.

Jadi apabila Yang Arif Hakim menolak kes ini, tuduhan itu tidak lekat. Mangsa dan pihak pendakwaraya akan merayu. Itu hak mereka. Usah diketepikan hak mereka. Kes ini masih boleh lagi dirayu di Mahkamah Tinggi. Kes ini masih lagi belum selesai.

Jadi bila sudah ada pengakuan daripada MRH yang dia pergi ke rumah mangsa dan masuk ke rumah mangsa, adakah ini satu fitnah? Tentu tidak. Jika MRH sendiri mengaku yang dia memicit dan menyentuh tubuh mangsa, adakah ini satu fitnah? Tentu tidak.

Jadi kes ini bukan satu kes cabul seperti yang diputuskan Hakim magistret?

Jadi peristiwa yang berlaku ini kes apa pula kalau bukan kes cabul? Peristiwa sudah berlaku. MRH sudah mengaku. Jadi kes ini jadi kes apa?

Kes khalwat?

Bolehkah kes ini dilaporkan ke Mahkamah Syariah sebagai satu kes khalwat? Tentu boleh.

Jadilah kes ini satu kes khalwat yang dilakukan oleh MRH. Ini bukan satu fitnah.

Bukti dan keterangan tetap ada.

Waulahualam

Thursday, December 9, 2010

Ia Bukan Rekaan Mahupun Fitnah

Sepanjang hari ini, blog aku ni ditibai bagai tsunami. Kutukan2 melampau dan terlampau telah aku terima dan aku memilih untuk tak publish dulu untuk menjaga keharmonian blog.

MRH & PK telah meraikan "kejayaan" mereka di mahkamah magistret ampang setelah Yang Arif Hakim membebaskan dan melepaskan MRH daripada kes cabul terhadap mangsa.

Kemungkinan besar kes ini ditolak atas sebab teknikal di pihak pendakwa. Ada terdapat kecacatan di sana. Itu sebab prima facie tidak dapat ditimbulkan.

Adakah dengan keputusan ini, kebenaran tertegak?

Aku boleh terima keputusan Hakim menolak kes ini atas sebab2 teknikal tetapi kejadian itu memang berlaku dan pengakuan MRH pun mengesahkan perkara itu.

Diberitahu pihak pendakwa raya telah memutuskan untuk merayu kes ini di mahkamah tinggi. Jadi pada pandangan aku, kita perlu tunggu sama ada langkah ini diambil atau tidak oleh pihak pendakwa raya. Kes ini belum selesai lagi.

Satu episod telah berlalu. Dan bermulalah satu episod yang baru.

Sepertimana yang aku pernah hujah dahulu,kejadian itu memang berlaku. Ia bukan satu khayalan atau fitnah yang diada2kan.

Banyak kesalahan2 yg telah dilakukan oleh MRH dan dia tidak menafikan nya.

1. MRH mengaku dia pergi ke rumah mangsa.
2. MRH telah menelefon mangsa terlebih dahulu sebelum pergi ke rumah mangsa untuk memastikan ibu bapa mangsa dan orang lain tidak ada di dalam rumah pada ketika itu.
3. MRH telah pergi ke rumah mangsa pada jam 3.00 petang, hari Jumaat, 10 Mac 2006.
4. MRH telah masuk ke dalam rumah mangsa tanpa izin tuan rumah iaitu ibu bapa mangsa. Walaupun mangsa telah membenarkan MRH masuk, ia tetap satu kesalahan dari segi adap dan ajaran ugama.
5. MRH dan mangsa telah mengaku berlakunya sentuhan di antara beliau dan mangsa. Ada perbuatan memicit2 dan ada sentuhan di tempat terlarang.
6. Mangsa adalah seorang anak gadis dibawah umur pada masa kejadian. Ada undang-undang khusus berkaitan dengan perkara ini.
7. Di atas sebab untuk menjaga nama baik PSSCUHM, kes ini dan 16 kes yang lain telah dilaporkan kepada MMK 2006-2009.
8. MMK 2006-2009 telah mengadakan siasatan dalaman dan mendapati MRH bersalah. MRH digantung dan kemudiannya dipecat. Ini berkaitan jawatan presiden dan keahlian MRH dalam PSSCUHM.
9. Untuk jawatan guru utama, MMT telah mengekalkan MRH sebagai guru utama pada bulan september 2006.
10. Pada ketika inilah keluarga mangsa membuat keputusan untuk melaporkan kejadian itu kepada pihak polis yakni selepas 6 bulan kejadian berlaku. Urusan diperingkat persatuan telah selesai. Ia menjadi satu kes individu.

10. Namun apabila MRH ditangkap dan ditahan, MMT telah memecat MRH sebagai guru utama pada bulan Mac 2007.

Apakah dengan keputusan kes jenayah ini akan terkesan terhadap kes-kes PSSCUHM di mahkamah?

Jawapan nya tentu tidak sebab ia kes peribadi antara keluarga mangsa dan MRH. Kes-kes PSSCUHM adalah kes-kes sivil dan telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kesemua kes ini MRH kalah. Bagi kes Omar lwn PSSCUHM, kes ini tidak boleh dirayu lagi. Maka MMK 2006-2009 adalah sah dan setiap tindakannya adalah sah. Kes MRH lwn PSSCUHM (dwihala)juga pihak MRH kalah. Kes ini boleh dirayu. Dan kes terbaru adalah PSSCUHM telah berjaya mendapatkan injunksi terhadap MRH dengan kos mahkamah RM 5,000. Dan kes ini juga boleh dirayu.

Kesemua kes-kes sivil ini melalui full trial dimana kedua2 pihak telah mengemukakan hujah2. Dan Hakim telah pun membuat keputusannya.

Tapi dalam kes jenayah ini, ia tersangkut diperingkat untuk menimbulkan prima facie. Tidak ada full trial dijalankan. Oleh itu, tiada hujah2, bukti dan keterangan lanjut dapat diberikan. Disebelah MRH, jawapan2 diberikan melalui afidavit sahaja. Tp disebelah mangsa (pendakwaan) mereka terpaksa berdepan dengan Hakim dan peguam MRH. Saksi2 mangsa dipanggil untuk beri keterangan. Hakim MRH boleh menyoal saksi2. Tetapi disebelah MRH tidak berlaku sebab ia bukan full trial.

Apapun Hakim telah memberikan hukuman dan kes ini akan dirayu.

Aku tabik spring kepada mangsa dan keluarganya kerana mereka berani kehadapan. Mereka berani membawa kes ini ke mahkamah walaupun menghadapi dengan tekanan2 yg besar di luar dan dalam mahkamah. Mereka terpaksa turun naik mahkamah untuk mempertahankan maruah keluarga. Ini satu perbuatan yang terpuji. Mereka ada hak untuk berbuat demikian.

Aku berharap agar keluarga mangsa akan membuat rayuan ke mahkamah tinggi. Perjalanan perlu diteruskan. Itu jalan yang telah dipilih mereka.

Percayalah sekiranya kebenaran tidak tertegak di muka bumi ini, pasti ia dapat ditegakkan dihadapan Allah satu masa nanti. Tidak perlu bimbang dan gusar kerana disebalik apa yang berlaku tentu ada hikmah yang Allah sahaja yang tahu.

Seperti yang tersebut diatas perkara-perkara itu adalah peristiwa-peristiwa yang telah berlaku. Ia bukan rekaan mahupun fitnah.

Waulahualam.

Wednesday, December 8, 2010

Kebenaran Yang Tertegak 2

Pada hari Jumaat 3 Disember 2010 yang lalu Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memberikan injunksi terhadap MRH supaya tidak boleh merepresentasikan dirinya sebagai guru utama dan presiden PSSCUHM.

MRH kena denda RM 5,000.

Akhirnya kebenaran tertegak juga walaupun cuba ditekan oleh MRH & PK.

Tuesday, December 7, 2010

Jangan Melatah PP & Penyokong2

Ni aku de trime 1 emel yg beri nasihat kpd para penyokong PP agar xmelatah dengan gelagat PK & para penyokong mereka.

Oleh itu, aku xkan releasekan mana2 posting atau komen PP yang melatah.

Saturday, December 4, 2010

Kebenaran Yang Tertegak 1

1. Presiden PSSCUHM yg sah sekarang de ler Pak Nasir.
2. Amin Yang bukan SUA PSSCUHM yang sah.