Thursday, January 13, 2011

Ahli PSSCUHM

Tempoh hari telah disebut tentang ahli silat yang mempunyai niat yang berbeza-beza semasa menyertai sesuatu jenis silat.

Hari ini perkara yang ingin disentuh adalah keahlian bagi seorang ahli silat bagi sesuatu pertubuhan.

Mengikut undang-undang negara, satu kegiatan silat mestilah dinaungi oleh sebuah pertubuhan yang sah. Sah dari segi Akta Pertubuhan 1966. Oleh kerana mempelajari silat melibatkan penglibatan orang ramai maka Akta Polis juga terpakai dalam hal ini agar tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini kerana ilmu silat adalah satu ilmu yang berbahaya. Ia melibatkan penggunaan pelbagai jenis senjata tajam dan tumpul.

Perkara yang disebutkan diatas melibatkan kegiatan silat di luar sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Bagi sekolah, ia tertakluk kepada persatuan atau kelab dalaman yang sah. Ahli-ahli silat perlu menjadi ahli persatuan atau kelab tersebut. Persatuan atau kelab silat perlu juga seorang guru penasihat. Ini kedudukan di peringkat sekolah.

Begitu juga keadaan di pusat-pusat pengajian tinggi. Satu persatuan atau kelab silat yang sah perlu ditubuhkan. Kebiasaannya ia dikawal oleh bahagian hal ehwal pelajar. Di peringkat institusi pengajian tinggi awam, ianya tertakluk kepada Akta Unversiti & Kolej Universiti.

Begitulah struktur organisasi yang ada bagi pertubuhan-pertubuhan silat di negara-negara ini.

Di peringkat nasional pula, satu pertubuhan peringkat kebangsaan perlu mematuhi Akta Pertubuhan berkaitan perkara tersebut. Ia ditubuhkan oleh ROS. Ia juga boleh dibubarkan oleh ROS. Di sinilah kedudukan PSSCUHM.

Jadi, apa kaitan persatuan-persatuan atau kelab-kelab silat cekak hanafi diperingkat sekolah dan institusi pengajian tinggi dengan PSSCUHM?

Jawapannya adalah ia adalah berasingan. Dua entiti yang berbeza.

Jadi siapakah yang menjadi ahli-ahli PSSCUHM?

Mereka yang menjadi ahli PSSCUHM adalah ahli-ahli silat yang belajar di ibu pejabat, cawangan-cawangan dan pusat-pusat latihan sahaja. Bukan yang di sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi. Mereka ini sememangnya boleh menjadi ahli muda tetapi dengan kelulusan daripada pengetua atau TNC institusi pengajian tinggi masing-masing.

Siapakah yang bertanggungjawab dari segi keahlian PSSCUHM?

Ia adalah dibawah tanggung jawab Setiausaha Agung PSSCUHM. Penerimaan ahli-ahli PSSCUHM perlu disahkan didalam mesyuarat MMK.

Semua MMN peringkat negeri perlu mengemaskinikan keahlian masing-masing dan perlu juga diserahkan dan disahkan di peringkat pusat.

Tahukah kita berapa ramaikah ahli-ahli PSSCUHM yang sebenar? Jawapannya ia ada di Ibu Pejabat.

Tahukah kita betapa ramai yang tidak membayar yuran tahunan untuk mengekalkan keahlian setiap tahun?

Tahukah kita betapa banyak MMN cawangan-cawangan yang tidak menghantarkan borang-borang keahlian kepada ibu pejabat?

Tahukah kita betapa banyak MMN cawangan-cawangan yang tidak menyerahkan yuran-yuran tahunan kepada ibu pejabat?

Tahukah kita betapa ramaikah ahli-ahli seumur hidup PSSCUHM? Mereka ini memilih untuk membayar yuran sekali gus.

Namun samada ahli biasa atau ahli seumur hidup, hak mereka di dalam PSSCUHM tetap sama. Dan sekiranya mereka tidak mematuhi arahan-arahan MMK dan mesyuarat agung perwakilan, mereka akan terkeluar daripada PSSCUHM.

Jadi fahamilah status keahlian kita dalam PSSCUHM.

2 comments:

  1. apa sahajalah gugat...

    hahahaha..

    lucu juga.. :)

    ReplyDelete
  2. #OLID:

    Apa yang lucu? Di mana yang lucu? Jika kamu benar-benar ahli PSSCUHM, apa buktinya? Entah-entah buku perlembagaan PSSCUHM pun tidak pernah kamu tengok.

    ReplyDelete