Saturday, July 11, 2009

Jawapan Kepada Komentar RIMA

Seperti yg aku pernah janji, aku tunai skrg.

Buat rima:

Pertama sekali, saya meminta maaf atas kekasaran bahasa si komentar sebelum ini.
[Naper perlu minta maaf, kamu kenal ke si komentar tu?]

Even so, saya faham apa yg cube dtekankn olehnya. Jika sedara tidak mahu menjawab atas dasar kekasaran bahasa, saya tanyakn kembali soalan itu kepada sedare dgn bahasa yg baik.Secara ringkasnya, kenapa gadis yg kononnya dicabul itu tidak perlu bersumpah dengan kitab Allah sedangkn GU disuruh bersumpah?

[Aku telah jelaskan. Kaedah sumpah ngan kitab Al Quran mmg xde. Aku gak ada bg tau masa awal dulu, otai-otai ada syorkan agar dua-dua pihak sumpah cara Islam (bukan guna kitab Al-Quran tp ngan sebutan-sebutan waulahi dll) dihadapan saksi-saksi kedua-dua belah pihak. Ini diperingkat awal tp guru aku xberani. Gadis tu bukan yg kononnya dicabul tp ia mmg dicabul. Tu sebab guru aku kena caj kes cabul di mahkamah tu.]

Saya tidak akn menerima jawapan sedara jika sedara menyatakn tidak ada cara tersebut di dalam al-Quran. Jika itu alasn sedara, mengapa pihak sebelah sana menyuruh GU bersumpah seperti itu? Takkan mereka tak tahu hukum tersebut tiada dalam al-Quran? Saya bukan hendak mempersoalkn hukum di dalam al-Quran, tetapi tindakn yg diambil oleh pihak sebelah sana.
[Sekali lg aku tegaskan xde kaedah sumpah guna kitab Al-Quran. xcaya tanye ler mane-mane ustaz.]

Mengikut apa yg saya tahu, keperibadian dan akhlak gadis itu boleh dipersoalkn. Nak tahu kenapa bolehlah sedara soal jiran2 keluarga gadis itu. Tanyalah mereka mereka macam mana keadaan gadis itu selepas kes tersebut. Kononnya trauma, tetapi tidak yg seperti dilihat oleh jiran2 yg lain. Sedara siasatlh perkara ini.

[Kamu tau dr sape? aku dah terangkan jika anak gadis ni seperti yg kamu gambarkan maka lg ler guru aku xleh masuk ruma dan sentuh tubuh budak tu. Ni aku telah terangkan dlm posting merungkai kes cabul. Kamu sendiri suruh aku siasat tp kamu sendiri dah buat ke? aku dah buat.]

Saya mmg tahu, kitab-kitab Allah yg sebelum al-Quran dimansuhkan apabila turunnya al-Quran. Memang, kita harus mengikut Syari'at Nabi Muhammad SAW. Walaupun saya ni kurang arif dalam bidang agama, tetapi saya rasa kita boleh gunakn hujah Nabi Yusuf A.S tersebut.

[Dlm kes cabul ni, ia bukan same seperti kisah Nabi Yusuf A.S. Ini kes cabul bukan kes goda sebab guru aku yg pi ruma tu bukan gadis tu yg pegi rumah guru aku. Atau jika guru aku dijemput oleh gadis tu skali pun, guru aku xleh dtg pada waktu tu.]

Jika ianya tidak boleh digunakn, apakh motifnya Allah S.W.T menurunkn ayat berkaitan dengan kisah Nabi Yusuf ini? Setiap ayat al-Quran boleh digunakn sebagai hujah. Jika ianya tidak boleh digunakn, maka tidak ada gunanya ia diturunkn. Setiap ayat yg diturunkn adalah sebagai panduan dan iktibar. Wallahualam, saya tidak sepandai sedara dalam bidang agama, hanya pandangan saya.-rima
June 1, 2009 12:54 AM

[Setau aku kisah ni disebut-sebut kununnya kes cabul guru aku ni same ngan kisah Nabi Yusuf A,S sdgkan ia bukan gitu.]

2 comments:

  1. kalau x silap saya, teladan dr kisah nabi yusuf tu bukannya berkisar samada kes cabul atau kes goda, tapi teladannya adalah kita mestilah menyiasat sesuatu perkara dgn sedalam2nya sblm membuat apa2 keputusan

    ReplyDelete
  2. Syukran

    Ada betulnya ckp kamu. Aku setuju. Ya Allah, maafkan aku krn aku terlalai.

    *sama-sama berpesan dengan kebenaran.

    ReplyDelete