Monday, May 11, 2009

Tidak Yakin Dengan Persatuan Pusaka Hanafi

2. Apakah benar masing-masing telah menubuhkan persatuan sendiri?

Bila Aku bertanya persoalan ini, Aku mahu tahu apakah benar Puak Keluarga telah menubuhkan persatuan sendiri atau tidak.

Ada kawan-kawan Aku memberitahu Aku bahawa beberapa cawangan SCH telah menubuhkan persatuan baru atas nama Pusaka Hanafi.

Jika ini benar, tidaklah salah bagi MMK PSSCUHM untuk membubarkan mereka.

Betul atau tidak?

Aku diberitahu juga sepuluh cawangan PSSCUHM telah mengingkari arahan MMK atas sebab tidak menuruti keputusan MMK mengenai perlantikan En Marwi Latif sebagai Guru Utama Silat Cekak Hanafi.

Kalau Aku menduduki MMK, tindakan yang sama akan Aku ambil.

Tak salahpun.

Ada kawan-kawan Aku di sebelah Puak Keluarga membebel-bebel mengapa ambil balik PSSCUHM sedangkan sudah ada logo baru Pusaka Hanafi. Ada logo persilatan yang baru. Ada unifom baru. Mereka pun jadi pening kepala.

Aku bertanya kepada diri Aku, kalau sudah sampai buat persatuan, unifom dan logo-logo baru, apa perlu lagi dengan PSSCUHM.

Tentunya ada niat yang buruk di sebalik tindakan ini.

Puak Keluarga tidak yakin dengan persatuan mereka itu.

Jika niat buruk, amalan pun jadi buruk dan tidak berfaedah malah berlakulah dosa.

13 comments:

  1. hek eleh.. ini lah yang dinamakan streategi... dalam senyap pihak GU telah bergerak dan berjaya mengambil kembali persatuan dari para pengkhianat... kuasa sekarang di dalam tangan kami... suka tak suka.. majoriti ahli telah bersuara dan mereka tak mahu korang.... selamat tinggal romeo

    ReplyDelete
  2. Carilah guru sebenar guru.. Bukan cari guru kepentingan peribadi.. Ramai pengikutnya yang tahu mantan x betul dan bersalah, tapi masih berdiam dan x nak membangkang atas dasar sentimen dan emosional.. Fikir fikirkanlah.. Jangan kita keliru dalam perjuangan.. Matlamat asal untuk bangsa dan agama.. Dimana perjuangan mereka sekarang.. Fikir fikirkanlah..
    Dari : Anti Keliru 2009

    ReplyDelete
  3. Syukran

    Tahniah Aku ucapkan kerana berani bersuara benar. Aku suspek banyak ahli-ahli SCH yang tahu perangai tak baik guru Aku ini tapi berdiam diri.

    Selain guru Aku yang buat kerja mungkar itu, orang-orang sekelilingnya juga menyambung perbuatan mungkar guru Aku. Inilah mereka dari kalangan YDP/MMN dan jurulatih.

    Ahli-ahli mesti bangun dan tentang mereka ini.

    Merekalah yang sebenarnya merosak perjuangan SCH.

    Bangun..bangun..bangun sahabat sekelian.

    Jika Aku boleh, pasti ramai lagi yang boleh. Allah bersama-sama dengan pihak yang menolak mungkar ini.

    *sama-sama berpesan dengan kebenaran.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...Guru Utama bersama rombongannya pergi menunaikan UMRAH...didoakan agar mendapat UMRAH yang MABRUR.

    mcm mana lah Guru Utama ni boleh pergi ke Mekah 2 kali tahun ni dan menunaikan haji pada tahun 2007 walaupun berkhalwat dan meraba perempuan?

    ReplyDelete
  5. Syukran

    Pergi menunai umrah adalah satu ibadah yang baik. Samada mabrur atau tidak bergantung kepada niat masing-masing. Allah Maha Adil dalam memberikan ganjaran pada amalan yang solih.

    Aku rasa persoalan yang kamu timbulkan ini satu persoalan yang mudah dijawab. Tanyalah mana-mana Ustaz atau Ustazah.

    Walaupun mudah, ada gak yang salah jawab.

    * sama-sama berpesan dengan kebenaran.

    ReplyDelete
  6. aah kan? mcm mana yea? jawab la en.gugat sebab ikut logik, mana mungkin org yg betul2 bersalah berani gi ke sana. maklumlah kat sana, silap2 boleh dapat hukuman secara tunai.

    ReplyDelete
  7. Aku rasa pandangan kamu cukup sempit sekali. Allah ada cara-caraNya tersendiri untuk menghukum hamba-hambanya. Jika tidak didunia, di akhirat kelak.

    Ramai orang yang berulang-kali ke tanah suci masih lagi bersifat kufur.

    ReplyDelete
  8. Hhahahaha... aku macam kenal jer anonymous ni... SOALAN YANG SAMA... SOALAN BUDAK-BUDAK... ayat dia sama mcm dalam friendster... sebelum tu encik anonymous... nak tanya sikit eh.... erm... apa pendapat ko tentang mekah?? or tanah haram?? cuba kupas skett....

    ReplyDelete
  9. Syukran

    Sebenar aku kesian dengan ahli kita jadi macam ini. Fikiran jadi sempit sedangkan Islam itu luas seluas-luasnya. Lambang kebesaran Ilahi.

    *sama-sama berpesan dengan kebenaran.

    ReplyDelete
  10. Salam.

    Satu persoalan, nape artis2 malaysia yg byk melakukan maksiat bole mengerjakan umrah/haji dan pulang ke tanah air dgn selamatnya....
    Renung2kan....

    'Ke arah INSAN sejati'

    Yang Ummi

    ReplyDelete
  11. Syukran

    Sekali lagi "bull's eye".

    Ini yang aku maksudkan bila ahli-ahli SCH (PK) yang kena sindrom "tutupkan mata, pekakkan telinga". Perkara yang mudah menjadi sukar.

    * sama-sama berpesan dengan kebenaran.

    ReplyDelete
  12. Salam.

    sindrom "tutupkan mata, pekakkan telinga" = belenggu keTAKSUBan.

    'Ke arah INSAN sejati'

    -Yg Ummi-

    ReplyDelete
  13. Syukran

    Ikut kata guru ugama aku, sesiapa yang bersifat taksub maka ia bersifat As'syabiah yakni berpuak. Walaupun salah tetap sokong sebab ikut puak.

    Waulahu'alam

    *sama-sama berpesan dengan kebenaran.

    ReplyDelete