1 comments:
Anonymous said...
Hahaha... mana mungkin "Rampasan Kuasa" dilakukan "senyap-senyap" oleh ratusan dan ribuan ahli. ini bukan kes satu dua perwakilan. Sampai bila mantan MMK mahu menindas dengan cuba memecat ribuan ahli demi segelintir yang masih mahu membolot kuasa? Dahlah cubaan "pemecatan" dan "pembubaran" dilakukan ala diktator dan bercanggah dengan perlembagaan persatuan.Persatuan adalah milik ahli. Bukan segelintir yang hanya mahu mendabik dada dengan "kuasa" kononnya. Persatuan milik ahli! Perjuangkan hak ahli! Perjuangkan hak majoriti! Takbir!!!
May 19, 2009 8:02 PM
Tidak dapat Aku pastikan siapa sebenarnya si komentar ini. Pastinya si komentar ini adalah pengikut atau penyokong atau pendukung Puak Keluarga.
Yang menarik tentang komentar ini adalah perkataan "rampasan kuasa". Aku tidaklah tahu apa yang si komentar ini fikir, bagi aku "rampasan kuasa" adalah mengambil kuasa dengan tidak mengikut perlembagaan PSSCUHM. Bila kuasa diambil di luar peraturan PSSCUHM, ia dianggap satu rampasan kuasa. Dan inilah yang berlaku kerana dengan jelas Puak Keluarga telah melakukan "rampasan kuasa".
Bukan Aku kata tapi perlembagaan PSSCUHM yang kata.
Kalau si komentar adalah seorang pengikut PK, jelaslah beliau ikut-ikut saja. Kalau tersesat jalan, dia pun tersesat sama. Kalau si komentar seorang penyokong PK maka sudah tentu dia dapat info daripada orang lain. Kira dia aktiflah. Sama juga tarafnya, kalau tersesat, dia sesat sama. Kalau si komentar seorang pendukung PK maka eloklah dia baca balik peraturan dalam perlembagaan PSSCUHM itu.
Satu lagi dikatakan MMK 2006-2009 menindas ahli-ahli yang ratusan ribu. Persoalan yang Aku nyatakan, betulkah semua ahli silat adalah ahli PSSCUHM. Aku telah terangkan dalam posting terdahulu. Ramai ahli silat tidak menjadi ahli PSSCUHM sebab mereka ahli muda atau nama-nama mereka tidak diberikan oleh para penyelia kelas kepada SUA atau mereka tidak membayar yuran tahunan. Kemelut ini telah berlaku tiga tahun. Jika yuran tahunan tidak dibayar, keahliannya akan tergugur.
Jadi tidak pasti Aku berapa sebenarnya jumlah ahli PSSCUHM yang sah.
Bila tidak jadi ahli PSSCUHM mana ada hak?
Bila Aku teliti senario sejak tiga tahun yang lalu, Aku tidak melihat MMK 2006-2009 menyalahgunakan kuasa atau bersifat "ala diktator". SUA dan MMK semestinya kena ikut perlembagaan persatuan. Bila ahli-ahli ingkar arahan MMK maka selayaknya mereka dipecat. Jika sebuah cawangan ingkar keputusan MMK, cawangan itu juga layak dibubarkan. Dalam kes PSSCUHM sekarang sepuluh cawangan yang ingkar. Tindakan MMK 20006-2009 adalah tepat.
Bukan Aku kata tetapi perlembagaan PSSCUHM yang kata.
Tidak perlu Aku katakan lagi. Bila seorang ahli membuat laporan tentang kes salah laku guru Aku kepada MMK, MMK mesti mengambil tindakan dan itulah yang berlaku selama tiga tahun ini.
"Suara majoriti" yang dikatakan ini tidak tepat kerana bukan semua ahli silat adalah ahli PSSCUHM yang sah.
Yang menarik tentang si komentar ini adalah komentarnya diakhiri dengan perkataan "takbir" yang bermaksud Allah Maha Besar.
Mungkin si komentar harus bertanya betulkah guru Aku itu mencabul kehormatan gadis bawah umur. Tidakkah Allah tahu? Elok si komentar tengok video siasatan di mana guru Aku beri keterangan. Jawapannya ada di situ. Ia pun telah menjadi bahan kes mahkamah.
Anonymous said...
hek eleh.. ini lah yang dinamakan streategi... dalam senyap pihak GU telah bergerak dan berjaya mengambil kembali persatuan dari para pengkhianat... kuasa sekarang di dalam tangan kami... suka tak suka.. majoriti ahli telah bersuara dan mereka tak mahu korang.... selamat tinggal romeo
May 20, 2009 12:58 AM
Aku tidak pasti samada si komentar ini sama dengan si komentar diatas. Yang menarik perhatian Aku adalah perkataan "strategi".
Aku akui guru Aku memang seorang pakar "strategi' sebab bila dia pergi ke rumah mangsa cabul itu, dia pergi jam 3.00 petang. Dia juga pilih hari Jumaat. Dia juga pilih sehari sebelum mesyuarat agung perwakilan tahun 2006. Dia juga beli goreng pisang. Dia juga masuk rumah. Dia juga cabul mangsa.
Ini bukan Aku kata tetapi kata-kata laporan Jawatankuasa Siasatan dan juga video rakaman guru Aku.
Ya benar guru Aku seorang pakar strategi dalam perbuatan mungkar.
Perkataan kedua yang menarik perhatian Aku adalah perkataan "pengkianat" yang dilabelkan kepada Puak Pendukung.
Aku tidaklah berani untuk melabelkan PP sebagai pengkianat sebab perkataan itu kurang sesuai. Guru Aku telah mencabul. Guru Aku telah membuat satu perbuatan mungkar. Jadi tidak sesuai perkataan pengkianat ini dilabelkan kepada PP kerana mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai SUA dan MMK PSSCUHM. Wajarkah PSSCUHM dikaitkan dengan perbuatan yang mungkar seperti ini?
Si komentar juga menulis "kuasa sekarang di dalam tangan kami". Betulkah kuasa ada pada PK sekarang? Setahu Aku pihak Pendaftar Pertubuhan akan menentukannya. Kes-kes mahkamah yang masih tertunggak juga akan menentukannya.
Kesimpulannya, masing-masing boleh mendakwa kebenaran masing-masing tetapi sedarlah kebenaran yang sejati hanya terungkai di hadapan Allah nanti.
Allah Hu Akhbar
Allah Hu Akhbar
Allah Hu Akhbar
"Mungkin si komentar harus bertanya betulkah guru Aku itu mencabul kehormatan gadis bawah umur. Tidakkah Allah tahu? Elok si komentar tengok video siasatan di mana guru Aku beri keterangan. Jawapannya ada di situ. Ia pun telah menjadi bahan kes mahkamah."
ReplyDeleteSalam
Saya agak tertarik dengan tulisan sedara yang saya quotekan ni. Boleh saya taw mana saya boleh tengok video siasatan ini? bukan apa, sebab saya hanya tahu perkembangan kes ini berdasarkan cerita2 orang. ingin juga saya kaji kes ini berdasarkan pandangan saya sendiri.
satu lagi, mana saya boleh baca perlembagaan psscuhm yang lengkap? tq
-rima
Syukur Alhamdulillah, terima kaseh diatas komen yang diberikan. Ada juga seorang hamba Allah yang ingin tahu.
ReplyDeleteMaklumat-maklumat ini boleh diminta daripada SUA kita. Saya cuma ada emel persatuan
pej_urusan@cekakhanafi.com
salam,, persoalan..
ReplyDelete1.Awak dah siasat perkara tersebut,
2.Kenapa mengaku guru awak lagi if awak hilang rasa hormat dan kepercayaan
3. Tulisan awak ni hanya memecah belahkan pelbagai pihak..
4. rujuk dulu perlantikan Guru Utaman di buat
Jawapan kepada persoalan.
ReplyDelete1. Ya. Aku telah siasat selama tiga tahun ini. Aku ikut daripada jauh.
2. Ya. Dia adalah guru Aku. Guru silat Aku. Aku tetap kenang jasa dia. Tapi yang salah tetap salah. Dia manusia biasa. Tidak begitu?
3. Aku tidak berfikiran begitu sebab emak dan bapak Aku ajar aku cari yang benar. Yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Kita cari punca masalah. Aku takde kepentingan dalam SCH.
4. Ya. Aku tahu tentang perlantikan Guru Utama dalam Silat Cekak seperti yang Aku terangkan dalam posting-posting terdahulu. Apa lagi yang tidak jelas?
Tuan Gugat,
ReplyDeletediambil secara keseluruhan, kamu yakin ke yg Abg Mat tu bersalah?
yg saya nampak, peristiwa tu terjadi di antara 2 orang shj, maka tiada saksi melainkan Allah SWT..
Abg Mat berani sumpah menjunjung Al-Quran depan majlis mesyuarat (2 kali pulak tu), manakala sorg lagi tu sumpah depan persuruhjaya sumpah je...jadi yg mana saya patut pilih?
fikir-fikirkanlah...
eh, bukan ke tempoh sah MMK dah luput ke (Mac 2009)? AGM x buat pun, tapi masih boleh keluarkan memo & pecat2 ahli?!?! perghh...hebat betoi!!
kamu ada tak CD 'Menegak Kebenaran'? kalau ada, tonton la balik, dlm CD tu ada la beberapa org yg kamu dok dewa2kan, cakap x serupa bikin...masa dulu kata MMK xde kuasa nk lantik guru, la ni kata kot lain pulak!! org2 mcm ni ke yg kamu nk ikut??
Jawapan Aku dalam [ ]
ReplyDeleteTuan Gugat,
diambil secara keseluruhan, kamu yakin ke yg Abg Mat tu bersalah?
[Ya atas sebab-sebab berikut: 1. Dalam video guru Aku kata ada pegang dan raba. 2. Siasatan peringkat persatuan telah dilakukan. 3. Penghakiman peringkat persatuan telah dilakukan. 4. Ada keterangan saksi dan bahan bukti.]
=================================================
yg saya nampak, peristiwa tu terjadi di antara 2 orang shj, maka tiada saksi melainkan Allah SWT..
Abg Mat berani sumpah menjunjung Al-Quran depan majlis mesyuarat (2 kali pulak tu), manakala sorg lagi tu sumpah depan persuruhjaya sumpah je...jadi yg mana saya patut pilih?
fikir-fikirkanlah...
[Jika guru Aku ingat tuhan tidaklah dia sanggup buat, dia lupa tu.
Tidak perlu sumpah Al Quran dalam majlis itu sebab tiada nas yang kata begitu. Cara sebenar ada dalam Al Quran. Kamu cari dulu. Jika tidak jumpa, tanya balik. Budak itu juga tidak perlu bersumpah.]
=================================================
eh, bukan ke tempoh sah MMK dah luput ke (Mac 2009)? AGM x buat pun, tapi masih boleh keluarkan memo & pecat2 ahli?!?! perghh...hebat betoi!!
[Salah fahaman kamu itu. Tempoh masa AGM dan MMK 2006-2009 adalah pada bulan Jun (30 Jun). Bukan Aku kata tapi perlembagaan PSSCUHM kata. Seperti dalam posting terdahulu cara pembubaran cawangan dan pemecatan ahli adalah sah. Kamu baca betul-betul perlembagaan itu. Kena bubar dan pecat sebab sepuluh cawangan dan ahli-ahli itu tidak ikut arahan MMK.]
=================================================
kamu ada tak CD 'Menegak Kebenaran'? kalau ada, tonton la balik, dlm CD tu ada la beberapa org yg kamu dok dewa2kan, cakap x serupa bikin...masa dulu kata MMK xde kuasa nk lantik guru, la ni kata kot lain pulak!! org2 mcm ni ke yg kamu nk ikut??
[ Ya. Dan Aku telah tengok dan teliti berkali-kali. Memang benar MMK yakni badan eksekutif persatuan tidak kuasa untuk melantik guru utama. Kuasa menetapkan ada pada MMT. Bukan Aku kata tapi perlembagaan PSSCUHM yang kata.
Aku ikut yang benar sebab emak bapak Aku yang suruh. Bukankah itu yang dipesan oleh ibu bapa kamu?
Sama-sama kita berpesan dengan kebenaran.
Saya nk reply kpd yg atas:
ReplyDelete1. Saya dok dengar psl video tu, tp sampai sekarang ni xde sebarang usaha pun oleh pihak kamu utk menyebarkannya kpd ahli2...kenapa? kalau perkara itu benar, saya rasa xde salahnya utk disebarkan agar kebenaran itu dpt ditunjukkan!
2. Walaupun penghakiman peringkat persatuan telah dijalankan, tetapi kamu setuju ke dgn cara penghakiman tersebut? saya tanya tuan, kalau tuan berada di posisi Abg Mat dan tuan diadili spt mana yg Abg Mat lalui, adakah tuan berpuas hati dgn penyiasatan & penghakiman yg dilakukan terhadap tuan? kalau saya la kan, minta maaf laa, saya juga akan melenting kerana ianya tidak adil dan berat sebelah!!
3. Saya ni idak le pandai nk cari nas dlm Al-Quran, tapi pada hakikatnya masih begini: Abg Mat BERANI sumpah junjung Al-Quran, dan budak tu x berani (TAKUT)... "BERANI kerana BENAR...TAKUT kerana SALAH"...kalau tuan kata budak tu x perlu bersumpah, awat dia pi sumpah depan persuruhjaya sumpah?? 'fight fire with fire' laa beb! kalau kata budak tu buat sumpah sbb nk challenge sumpah Abg Mat, maka dia pun kena la sumpah junjung Al-Quran!! baru fair!!
kalau tuan kata cara sebenar tu ada dlm Al-Quran, KENAPA PIHAK PENENTANG ABG MAT TIDAK MENGGUNAPAKAI CARA ITU??!?
4. ok la saya tersasul tulis MMK, yg saya maksudkan adalah MMT..saya pun ada baca gak perlembagaan PSSCUHM, tp xde jumpe pun mana2 klausa yg mengatakan GU boleh dilantik? yg saya ada baca adalah MMT hanya berkuasa MENGISYTIHAR GU, dan bukannya melantik...dlm CD Menegak Kebenaran tu puak2 kamu dok menegaskan bahawa MMT hanya berkuasa MENGISYTIHAR GU DAN BUKANNYA MELANTIK GU! saya x tau la camna tuan interpret CD tu, walhal saya pun dok tengok berulangkali, tapi xde pulak saya dengar depa kata MMT berkuasa melantik GU!
nasihat saya, kalau pihak tuan betul2 benar dan ada video tu, sebar2kan la cepat...dah 3 tahun lebih perkara ni berlaku dan pihak tuan xde pulak nk buat roadshow ke hape ke utk 'menegakkan kebenaran' tuan...yg hgpa tau nk pecat ahli...yg syok tu pecat ahli2 YG MELANTIK DEPA JADIK MMK!! saya rasa spt dibelot tau!! aku yg lantik hang, tapi hang pi pecat aku?!?!? ini mcm ke mau kenang jasa?? kami dok mintak SUA utk buat mesy.agung luarbiasa, tapi hgpa x endahkan...3 tahun hgpa dok buat bodo je...lepas tu bila kami ambil tindakan sendiri dan buat mesyuarat tu hgpa kata kami ingkar MMK pulak & pecat kami...syabas tuan Gugat, saya harap tuan berpuas hati dgn kebenaran ini dan ibubapa tuan pasti 'berbangga' dgn tuan...
ini komen yg terakhir drp saya...lps ni saya akan nantikan video yg pihak tuan dok gembar-gemburkan tu...saya cabar pihak tuan, SEBARKANLAH VIDEO TU KALAU PIHAK TUAN BERANI DAN BERADA DI PIHAK YG BENAR!! walaupun dah 3 tahun saya tunggu dan haprak pun tarak, tp xpe, saya kasi lagi tempoh HINGGA AKHIR HAYAT SAYA utk pihak tuan berbuat demikian...dan sementara itu, kesetiaan saya tetap pada YM Abg Mat...
Syukran.
ReplyDeleteMohon baca profil saya. Saya ahli kerdil. Tiada jawatan dan tiada kepentingan. Tiga tahun saya mencari info. Aku hormati pandangan dan pendirian kamu. Dan kamu juga harus hormati pandangan dan pendirian Aku. "We agree to disagree"
Jawapan balasan Aku dalam [ ]
1.[Aku dapat lihat video itu sebab Aku mencari info dari sumbernya. Bukan bidang kuasa Aku nak sebar video tersebut. Mungkin di mahkamah kut. Aku tiada jawapan.]
2.[Ikut info Aku, guru Aku yang setuju dengan kaedah siasatan dalaman itu. Lagipun guru Aku yang terakhir dipanggil untuk membela diri selepas beberapa bulan berlalu. Guru Aku ada advantage sebab dia last sekali. Guru Aku mempertikaikan keputusan apabila jawatankuasa siasatan dan penghakiman buat keputusan. Itulah yang berlaku.]
3. [Pandangan kamu ini menunjukkan kedangkalan kamu dalam subjek ini. Pergilah tanya kepada orang yang berilmu. Aku sendiri tak mengaku pandai tapi Aku tanya kepada yang berilmu. Sekali lagi Aku katakan tiada kaedah sumpah Al Quran dalam Islam. Bila kes ini disiasat persatuan, kaedah bersumpah mengikut Al Quran tidak boleh digunapakai. Waulahualam.]
kalau tuan kata cara sebenar tu ada dlm Al-Quran, KENAPA PIHAK PENENTANG ABG MAT TIDAK MENGGUNAPAKAI CARA ITU??!?
[Ikut info Aku, ia telah disyorkan diperingkat awal tapi guru Aku tidak mahu. Tidak percaya? .. tanya beliau.]
4.[Kaedah ini sama saja semasa Al Marhum meninggal dunia dulu. Tok Ak pun kata Al Marhum tidak serahkan mandat guru utama kepadanya. Semasa ini tiada dokumen.
Tapi bagi guru Aku, ada dokumennya. MMT yang melantiknya. Aku ada lihat dokumen ini.]
5.[Sekali lagi ia menunjukkan kedangkalan kamu. Kamu terlalu emosional. Bawa bertenang.
Insyaallah emak dan bapak Aku selalu mendoakan kesejahteraan Aku. Aku patuh kepada mereka seperti yang diajar dalam SCH. Aku juga patuh kepada guru Aku selagi beliau taat kepada Allah dan taat kepada RasulNya. Perbuatan cabul atau mungkin "khalwat" adalah perbuatan yang mungkar. Tidak begitu? "khalwat" berlaku jika si mangsa turut sentuh dan meraba guru Aku. Adakah kamu boleh menerima guru yang melakukan khalwat?]
[Aku hormati pandangan dan pendirian kamu. Kita berpesan-pesan kepada kebenaran.]
1. video tu perlu disebarkan sekiranya mmg kebenaran ada di dalamnya. kalo tak, korg semua diharamkan menuduh Guru aku mcm2. sebab ada bukti, tapi tak ditunjukkan dan apabila 1 pihak lg melenting korg tetap nak pertahankan jgk.(mcm keling).sepatutnya korg tak boleh nak counter balik kenyataan pihak 1 lg tu sebab diorg tak tengok lagi.
ReplyDelete2.mengikut info aku plak, ada 3 org dh letak jawatan pada thn 2006 tetapi ada makhluk yg sibuk2 panggil 3org ni balik supaya penyiasatan semula dilakukan sebab pada ketika itu Guru Utama didapati tidak bersalah dengan undian majoriti.(3 org tu dah malu besar).
3. Pandangan Tuan Gugat menunjukkan kedangkalan kamu dalam subjek ini. ko katakan tiada kaedah sumpah Al Quran dalam Islam. TAPI kenapa ko taknak tanya ORG GILA mana yg sibuk2 menyuruh Guru Utama aku SUMPAH pakai Al-Quran??? pada ketika itu, Guru Utama aku berkeras TAKNAK BERSUMPAH menggunakan Kitab Suci tersebut. akan tetapi ORG GILA tersebut dan pihak persatuan mengatakan "Berani kerana benar dan takut kerana salah". aku ingat lg kata2 ORG GILA ni, lebih kurg dia kata, "kalo en.mad benar, buat apa nak takut?" kalo ko berada dlm keadaan tu, apa ko nak buat? yang haramjadahnya ORG GILA ni dan pihak persatuan ni, selepas dah bersumpah mereka ckp mcm ni," kita siasat semula". dan sesetengahnya pulak ckp,"tiada kaedah sumpah Al Quran dalam Islam." hish3...aku harap ko pergilah tanya kat org gila yg bergelar doktor tu...
4. aku pun ada melihat dlm dokumen tersebut, dan dlm dokumen tu tak ada plak tulis melantik guru? dalam perlembagaan pun sama jugak ko gi tengok Peraturan 21.
5. Sekali lagi ia menunjukkan kedangkalan kamu. Kamu terlalu emosional. Bawa bertenang.
Sedangkan org Yahudi yang kita perangi pun boleh jadi guru kita... yang penting ilmu yg dibawa dan disampaikan.
korg menuduh Guru Utama berkhalwat seolah2 mmg hobinya berkhalwat. yang salah tetap salah, bg aku memang salah berdua2an antara lelaki dan perempuan ditempat yang boleh timbulkan fitnah. tapi kalo ko tengok balik kes ni, seolah2 ada org yg mmg tertunggu2 akan ada perkara spt kes ni berlaku mcm ni sebab bila kes ni berlaku, org2 dalam pentadbiran persatuan khususnya seperti dirasuk syaitan kerana sebelum kes itu berlaku mereka2 ini jugak yang men'agung2'kan Guru Utama, mereka2 ni jgk yg menceritakan kehebatan2 Guru Utama dan mereka2 ni jgk yg kata mereka dah bersama Guru Utama ni sejak kecik dan mereka2 ni jgk yg kata "cangkuk kuat2"... TAPI selepas 1 peristiwa, seolah2 Guru Utama ni, xpernah buat apa2 dan seolah2 takder jasa langsung kt diorg. Org mcm ni yg korg ikut dalam persatuan? org2 mcm ni bg aku lg TERUK dan BAHLUL kalo nak dibandingkan dengan Guru Utama yg dituduh berkhalwat.
aku harap tuan gugat pergi baca balik sejarah Nabi Yusuf a.s dan Zulaikha. ataupun tuan gugat pergi tanya kat pihak persatuan kenapa Al-marhum Ustaz Hj.Hanafi dulu, pernah ditahan polis jugak .
Aku hormati pandangan dan pendirian kamu. Kita berpesan-pesan kepada kebenaran.
Syukran
ReplyDeleteSebelum Aku membalas hujah kamu, daripada gaya penulisan kamu, Aku boleh agak kamu adalah seorang yang rapat dengan puak keluarga. Malah mungkin ahli keluarga sendiri.
1. Aku sudah jawab persoalan ini. Aku tiada video itu. Seperti Aku maklumkan boleh tanya abang guru Aku. Dia ada ketika itu.
2. Siapa mereka yang letak jawatan itu? Jawatan apa yang mereka letak? Mungkin mereka sudah tidak mahu lagi terlibat dalam persatuan sebab problem dalam persatuan.
3. Ikut apa yang Aku tahu dan apa yang Aku belajar memang tidak ada kaedah itu. Jangan kamu panggil dia orang gila. Segila-gila dia, dia seorang doktor. Kamu kerja apa?
4. Dokumen yang Aku maksudkan adalah surat angkat sumpah jawatan guru utama. Aku sudah baca tentang peraturan 21(a) itu. Kalau kamu tidak faham apa Aku boleh buat?
5. Aku tidak tuduh guru Aku itu. Aku kata guru Aku yang kata dia masuk rumah itu. Ada sentuh dan raba-raba. Jadi kalau ia bukan cabul, ia jadi khalwat. Kes ini timbul sebab perbuatan guru Aku. Kalau dia tidak buat, tak jadilah krisis dan pecah belah. Betul?
Ya Aku sudah baca kisah Nabi Yusuf A.S dan Zulaikha. Jadi? Apakah kamu ingin samakan taraf guruAku dengan Nabi Yusuf A.S?
Apa kes Al Marhum Ustaz Hanafi ditangkap?
*sama-sama berpesan dengan kebenaran.
1. isunya sekarang sepatutnya korg tak boleh nak counter balik kenyataan pihak 1 lg tu sebab diorg tak tengok lagi. so xbleh nak salahkan. dah 3tahun citer ada video. tapi smpai skrg habuk pun takdak. menuduh org tanpa bukti yg sahih namanya fitnah.kalo xde tu, buat cara takde so, jgn nk pandai2 tuduh-menuduh.aku nak tgk video dh malas nak tanya sape2. nak tgk bukti yg sahih.
ReplyDelete2. untuk yg ni aku pun boleh jawab pergi lah tanya dgn pihak persatuan. mana mungkin diorg tak tahu.mereka semua terlibat secara langsung dan ada pada ketika itu.
3. isunya di sini, kenapa ko taknak tanya ORG GILA mana yg sibuk2 menyuruh Guru Utama aku SUMPAH pakai Al-Quran???pada ketika itu, Guru Utama aku berkeras TAKNAK BERSUMPAH menggunakan Kitab Suci tersebut. akan tetapi ORG GILA tersebut dan pihak persatuan mengatakan "Berani kerana benar dan takut kerana salah". aku ingat lg kata2 ORG GILA ni, lebih kurg dia kata, "kalo en.mad benar, buat apa nak takut?" kalo ko berada dlm keadaan tu, apa ko nak buat? yang haramjadahnya ORG GILA ni dan pihak persatuan ni, selepas dah bersumpah mereka ckp mcm ni," kita siasat semula". why? kalo dia tak GILA nape dia cakap mcm lidah bercabang?
4. surat angkat sumpah tersebut pun aku dah tengok... dan tetap tak seperti yang kamu dakwa. that's my opinion.
5. ISUNYA SEKARANG NI bila kes ni berlaku, org2 dalam pentadbiran persatuan khususnya seperti dirasuk syaitan kerana sebelum kes itu berlaku mereka2 ini jugak yang men'agung2'kan Guru Utama, mereka2 ni jgk yg menceritakan kehebatan2 Guru Utama dan mereka2 ni jgk yg kata mereka dah bersama Guru Utama ni sejak kecik dan mereka2 ni jgk yg kata "cangkuk kuat2"... TAPI selepas 1 peristiwa, seolah2 Guru Utama ni, xpernah buat apa2 dan seolah2 takder jasa langsung kt diorg. Org mcm ni yg korg ikut dalam persatuan? org2 mcm ni bg aku lg TERUK dan BAHLUL kalo nak dibandingkan dengan Guru Utama yg dituduh berkhalwat. Sekurang2nya, Guru Utama bercakap perkara yang benar apa yang sedang berlaku sebenarnya apabila ditanya oleh ahli.
Tetapi mcm yg aku ckp sblm ni pihak persatuan yg seolah2 dirasuk syaitan ni pasai apa? takper la, kita sama2 tunggu perbicaraan di mahkamah. nak gak aku bersemuka dgn budak prempuan tu dan nak gak aku dgr penghujahan peguam kedua2 belah pihak.
bukan nak samakan tarafnya, tapi kesnya sama, tiada saksi dan berduaan di tempat yg mencurigakan. bezanya baginda adalah nabi maka Allah permudahkan urusannya on the spot. kalau Tuan hidup pada zaman tersebut, adakah tuan nak kata nabi Yusuf tetap berkhalwat? sebab takder saksi?
Apa kes Al Marhum Ustaz Hanafi ditangkap? pi tanya la kt MMT ka @ En. Marwi Latif. dia kan guru hang pa sekarang ni, xkan tak tau citer kot...?
*sama-sama berpesan dengan kebenaran.
Jawapan aku:
ReplyDelete1. Aku telah berikan jawapan terdahulu. Tiada komen selanjutnya.
2. Kalau kamu tidak mahu beri, tidak mengapa. Aku tidak aktif sekarang.
3. Aku tidak mahu komen penulisan kamu yang gunakan bahasa kesat. Ini bukan pertama kali kamu lakukan. Aku telah berikan komen aku sebelum ini.
4. It's your right. You are entitled to your comments.
5. Aku tidak mahu komen kata-kata kesat yang kamu tulis.
Maaf. Aku tidak boleh terima hujah kamu sebab kita harus ikut syari'at Nabi Muhammad SAW bukan syari'at Nabi Yusuf A.S.
Dalam Al-Quran cukup jelas perkara ini.
6. Tiada komen sebab aku tidak aktif ketika ini.
*sama-sama berpesan dengan kebenaran.
Assalamualaikum.
ReplyDeleteHarap Tn Gugat bersabar dgn corak penulisan PK. Bg saya kata2 kesat yg dilemparkan adalah lambang keperibadian si penulis itu sendiri. Cuma saya musykil adakah ini didikan yg diberikan samada oleh guru atau ibu bapa si penulis...
Teruskan usaha Tn Gugat di dalam mencari kebenaran..
Syukran
ReplyDeleteAku sendiri lemah dan banyak tidak tahu. Tapi aku mencari jawapan kepada persoalan-persoalan berkaitan dengan krisis SCH ini.
Aku yakin ramai ahli SCH yang macam aku ini tapi duk diam, buat tak reti dan tak peduli Ikut membabi buta.
*sama-sama berpesan dengan kebenaran.
Salam
ReplyDeleteMembalas kembali hujah2 sedara :-
"Ikut apa yang Aku tahu dan apa yang Aku belajar memang tidak ada kaedah itu. Jangan kamu panggil dia orang gila. Segila-gila dia, dia seorang doktor. Kamu kerja apa?"
"Maaf. Aku tidak boleh terima hujah kamu sebab kita harus ikut syari'at Nabi Muhammad SAW bukan syari'at Nabi Yusuf A.S.
Dalam Al-Quran cukup jelas perkara ini."
Pertama sekali, saya meminta maaf atas kekasaran bahasa si komentar sebelum ini. Even so, saya faham apa yg cube dtekankn olehnya. Jika sedara tidak mahu menjawab atas dasar kekasaran bahasa, saya tanyakn kembali soalan itu kepada sedare dgn bahasa yg baik.
Secara ringkasnya, kenapa gadis yg kononnya dicabul itu tidak perlu bersumpah dengan kitab Allah sedangkn GU disuruh bersumpah? Saya tidak akn menerima jawapan sedara jika sedara menyatakn tidak ada cara tersebut di dalam al-Quran. Jika itu alasn sedara, mengapa pihak sebelah sana menyuruh GU bersumpah seperti itu? Takkan mereka tak tahu hukum tersebut tiada dalam al-Quran? Saya bukan hendak mempersoalkn hukum di dalam al-Quran, tetapi tindakn yg diambil oleh pihak sebelah sana.
Mengikut apa yg saya tahu, keperibadian dan akhlak gadis itu boleh dipersoalkn. Nak tahu kenapa bolehlah sedara soal jiran2 keluarga gadis itu. Tanyalah mereka mereka macam mana keadaan gadis itu selepas kes tersebut. Kononnya trauma, tetapi tidak yg seperti dilihat oleh jiran2 yg lain. Sedara siasatlh perkara ini.
Saya mmg tahu, kitab-kitab Allah yg sebelum al-Quran dimansuhkan apabila turunnya al-Quran. Memang, kita harus mengikut Syari'at Nabi Muhammad SAW. Walaupun saya ni kurang arif dalam bidang agama, tetapi saya rasa kita boleh gunakn hujah Nabi Yusuf A.S tersebut. Jika ianya tidak boleh digunakn, apakh motifnya Allah S.W.T menurunkn ayat berkaitan dengan kisah Nabi Yusuf ini? Setiap ayat al-Quran boleh digunakn sebagai hujah. Jika ianya tidak boleh digunakn, maka tidak ada gunanya ia diturunkn. Setiap ayat yg diturunkn adalah sebagai panduan dan iktibar. Wallahualam, saya tidak sepandai sedara dalam bidang agama, hanya pandangan saya.
-rima
Syukran
ReplyDeleteAku tidak mahu cerita panjang sebab ramai yang guna anonymous.
Ye ler, rima pun boleh jadi amir. Tidak gitu?
Aku boleh bincang ngan sapa pun asalkan asasnya betul. Klu tidak kira buang masa.
Boleh tak kita bincang tentang punca permasalahan kita?
Apa pendapat rima? Apa puncanya?
*sama-sama berpesan dengan kebenaran.
Salam.
ReplyDelete"Boleh tak kita bincang tentang punca permasalahan kita?"
Izinkan saya yang tidak berapa arif ini untuk berkongsi pendapat...
Bagi sy persoalan tentang JK penyiasatan. penghakiman, soal keperibadian mangsa dan yg seangkatan dgnnya adalah perkara-perkara ranting dlm permasalahan ni.. Perkara pokoknya, adakah En Md Radhi buat atau tidak???
Spt En Gugat, sy juga telah melihat video rakaman soal siasat En Md Radhi dan yg sy masih ingat, En Md Radhi mengaku dia masuk ke dalam rumah mangsa ketika ketiadaan ibu bapa mangsa. Bagi sy inilah perkara POKOKnya...
Sy bertanya di dalam hati, sebagai seorang guru yg di war2kan hebat ilmu persilatannya ditambah pula mantap ilmu agamanya tak terfikir akan implikasi tindakannya masuk ke dalam rumah seorang GADIS BAWAH UMUR yang BUKAN MUHRIM ketika KETIADAAN ibu bapanya...
Pelik kan??? Fikir2 kan..
Berkaitan video rakaman soal siasat, sy tidak pasti mengapa pihak MMK tidak menghebahkan video tersebut kepada umum. Tp sy ada dgr desas desus mengatakan bahawa video tersebut telah dijadikan bahan bukti untuk kes yg berkaitan. Barangkali itu sbb nya video itu tidak dpt disiarkan.. Sekadar pendapat sy yg tidak arif.. Jika ada ahli MMK yg membaca blog ini, mohon beri penjelasan..
'Ke arah INSAN sejati'
-Yg Ummi-
Syukran
ReplyDeleteDalam bahasa koboi dipanggil "bull's eye". Tepat sekali.
Aku nak tambah.
Kepada ahli-ahli SCH (PK) yang berlatar belakangkan sekolah ugama, ipt Islam atau pendidikan Islam termasuk dari kelas Darul Quran, apa hukumannya jika guru aku mengaku masuk dan bersentuh dengan gadis itu? Tempat kejadian di rumah mangsa. Tarikh 10 Mac 2006. Hari Jumaat.
Sila jawab.
*sama-sama berpesan dengan kebenaran.
Salam.
ReplyDeleteHehe.. Rasa2 nyer En Gugat, kalo org tak gi skolah agama pun tau kalo masuk umah pompuan bukan muhrim dan berdua2an tu salah...
'Ke arah INSAN sejati'
-Yg Ummi-
Syukran
ReplyDeleteTu yang aku tak faham tu. Apakah mereka kini di dalam sebuah perigi buta?
*sama-sama berpesan dengan kebenaran.
Nabi Adam a.s pun pernah buat kesilapan bukan sekali untuk dijadikan iktibar... so, Guru Utama bukannya nabi maka yang salah tetap salah, cumanya... betul la sepertimana si komentar yang berbahasa kasar tersebut katakan. saya melihat persoalan yang beliau timbulkan, saya tak pasti samada en.gugat memang taknak jawab ataupun masih lagi takder jawapan...
ReplyDelete"Biar kita duduk dalam racun tapi jangan kita minum racun"
Syukran
ReplyDeleteAku sedang tunggu jawapan kpd persoalan pokok tu. Apa tujuan guru aku pergi ke rumah itu pada hari,jam,minit dan saat itu?
Apa pendapat kamu lak?
"Biar kita duduk dalam racun tapi jangan kita minum racun".. yg ni bagusss.
*sama-sama berpesan dengan kebenaran.