Sunday, May 31, 2009
MMK Tiada Peluang Beri Penerangan
Sebelum aku jawab persoalan ini, ingin aku beritau aku ini adalah seorang bekas pelajar IPT. Masih muda. Masih menganggur.
Sebenarnya dalam posting aku yang kedua, aku telah emelkan 21 persoalan itu kepada pej_urusan@cekakhanafi.com dan info@silatcekakhanafi.org
Tapi tiada jawapan hingga kini.
Ya aku ahli kerdil. Ya aku dulu ahli muda tapi tidak ada pengesahan samada aku diterima menjadi ahli. Sekarang aku begini ler.
Aku berkelana tiga tahun mencari persoalan dan jawapan. Sana dan sini. Aku dipandang sinis oleh kedua-dua belah pihak.
Sedih.
Aku belajar silat aje. Jurulatih aku pun bukan ada ajar yang lain. Aku jumpa guru aku pun tiga kali saja. Ada gak persoalan pada ketika itu tapi aku pendamkan. Dia semacam aje.
Jadi jangan salahkan aku jika aku tempang. Jika aku tidak faham apa itu SCH selain silat?
Soalan cepu mas bila bertanya di kelas adalah jangan tanya. Bila tamat nanti boleh tanya. Tapi dah tamat macam ini pun, masih tiada jawapan.
Aku mencari dan mencari persoalan dan jawapan.
Kalau aku salah, ia salah aku sendiri.
Berbalik pada soalan diatas, sebahagian jawapan telah diterangkan dalam posting terdahulu . No.15.
Setahu aku, MMK 2006-2009 tidak dapat memberikan penerangan di cawangan-cawangan atas dua sebab utama. Yang pertama adalah kesan roadshow yang dilakukan oleh guru aku dengan strategi 2 dalam 1 itu. Sebahagian besar YDP/MMN dan penyelia kelas telah termakan strategi guru aku. Lebih malang lagi mereka sendiri telah berpihak dan menentang MMK 2006-2009 sejak dari awal lagi.
Sebagai contoh, kes Omar ahli dari melaka. Dia adalah setiausaha MMN Melaka. Dan dia menyaman MMK. Cuba lihat dokumen mahkamah itu. Adakah tidak benar dia (sebagai plaintif)menyaman MMK 2006-2009 (sebagai defendan) yang mana guru aku sebagai presiden dan juga ada ahli MMK yang berpihak dengannya.
Aku ingin bertanya, bukankah ini satu kerja yang tidak bertanggung jawab? Omar menyaman guru aku! Dan guru aku diam saja. Malah dia yang suruh. Bukankah ini satu pakatan jahat terhadap MMK?
Mereka berniat jahat.
Maaf bukan aku cakap tapi hakim yang tulis gitu. Sila baca dokumen keputusan mahkamah itu.
Rumusannya adalah tidak mungkin MMK 2006-2009 dapat memberikan penerangan kepada YDP/MMN dan penyelia kelas kerana mereka telah berpakat menyorokkan info sebenar.
Ahli-ahli SCH dibawah mereka terus tertipu.
Dengan keadaan begini, apakah salah sepuluh cawangan itu dibubarkan?
*sama-sama berpesan dengan kebenaran.
Mesyuarat Susulan Terbantut
Mengikut kata penyelia kelas Aku, MMK 2006-2009 telah mengadakan satu mesyuarat khas mengenai kes salahlaku guru Aku beberapa minggu selepas peristiwa cabul itu berlaku. Telah diberitahu tentang aduan seorang ahli terhadap guru Aku. Dikatakan macam-macam perkara telah ditimbulkan dalam surat itu. Penerangan dalam mesyuarat itu telah diberikan oleh exco kanan MMK khususnya tentang siasatan dalaman yang akan dilakukan. Semuanya telah diterangkan. Pada bila-bila masa cawangan-cawangan yang inginkan penerangan selanjutnya, mereka boleh merujuk kepada SUA.
Dikatakan mesyuarat susulan akan dipanggil dalam tempoh dua bulan. Diminta semua pihak tidak melakukan apa-apa tindakan didalam tempoh tersebut. Juga diminta jangan memberitahu ahli-ahli dibawah kerana ia kes berat dan memalukan persatuan.
Apa yang berlaku adalah maklumat telah bocor. Guru Aku telah membocorkannya. Di kelas-kelas dan kepada YDP/MMN dan tenaga pengajar diberitahu tentang maklumat tersebut. Pelbagai cerita dan versi telah ditimbulkan.
Inilah strategi yang digunakan oleh guru Aku. Strategi 2 dalam 1. Strategi yang menafikan perbuatan cabul itu dan tohmahan yang menyatakan para pendukung SCH ingin menjatuhkan beliau sebagai presiden dan guru utama. Roadshow telah dilakukan macam sure heboh.
Akibatnya tugas jawatankuasa siasatan diganggu. Tugas jawatankuasa penghakiman juga diganggu.
Siapa yang ganggu? Mereka-mereka di luar jawatankuasa siasatan dan jawatankuasa penghakiman.
Aku dapat bayangkan betapa kalutnya keadaan ini.
Aku tabik spring kepada jawatankuasa siasatan dan jawatankuasa penghakiman kerana mereka berani buat keputusan.
Kepada siapa yang mempertikaikan credilibity mereka, Aku rasa mereka harus cermin diri mereka dulu.
Ada seorang member tanya Aku, apa hak MMK 2006-2009 untuk jalankan siasatan dan penghakiman guru Aku. Kan dia presiden dan guru utama?
Geleng kepala aku. Itu sebab Aku nyatakan ramai ahli yang tidak tahu cara-cara berpersatuan.
Kalau Aku dalam MMK, Aku lapor saja kepada pihak polis. Kan elok? Polis lagi wibawa. Mahkamah lagi wibawa.
Namun yang berlaku tetap berlaku. Itulah takdirnya.
Kesimpulannya, MMK 2006-2009 tidak dapat menunaikan janjinya kerana keadaan telah jadi kelam kabut dan bercelaru dan diluar kawalan. Puak keluarga telah mengganggu keseluruhan proses ini khususnya guru Aku.
*sama-sama berpesan dengan kebenaran.
Friday, May 29, 2009
Jawapan Kepada Komentar 2
Menarik sungguh komentar ini. Aku teruja untuk beri pandangan sebab persoalan ini gak yang Aku tanya dulu. Jenuh gak nak cari jawapan-jawapan. Bukan mudah untuk ke sana dan ke sini sebab masing-masing pandang satu macam aje.
Jawapan Aku dalam [ ]:
Anonymous said...
NO. 14 - NAK TANYA LANJUT, SAH KE PERISYTIHARAN MMT YG EN MARWI DITETAPKAN SBG GU SEDANGKAN DIA TAK DAPAT MANDAT GURU DRPD GURU SEDIA ADA MELALUI IJAZAH 4 BIJI MATA SEPERTI YG ABG AMRUDIN SEBUT DLM CD MENEGAK KEBENARAN?
[Ya Aku ada lihat CD ini dan ada Aku tanyakan pd tenaga pengajar Aku. Manalah aku berani nak tanya dengan para pendukung yang berusia lebih daripada bapak Aku. Aku diberitahu begini.
Semasa Al-Marhum Ustaz Hanafi dengan Tok Ya dulu, adakah ijazah empat biji mata untuk jadi guru utama SC? Puak keluarga ada beritahu Aku semasa itu Al-Marhum Ustaz dan Tok Ya ada buat janji. Apakah janji itu? Janjinya adalah Al-Marhum Ustaz Hanafi tidak boleh ambil anak murid Tok Ya dan sebaliknya.
Bolehkah kita rumuskan pada ketika itu, SC ada dua guru???
Pada Aku ia jelas. Ada dua guru. Persoalan yang kata mesti ada satu guru sahaja boleh dipersoalkan.
Aku juga bertanya, apakah ada ijazah empat biji mata antara keduanya sebagai guru utama SC? Jawapannya tiada.
Berikutnya; semasa Al-Marhum Ustaz Hanafi meninggal dunia, apakah beliau menamakan penggantinya? Jawapannya juga tiada.
Tok Ak dilantik oleh siapa? Untuk menjadi guru utama SC, adakah Tok Ak mengatakan ada ijazah empat biji mata antara beliau dengan Al-Marhum Ustaz Hanafi? Jawapannya juga tiada.
Jadi siapa yang melantik beliau sebagai GU? Jawapannya adalah majlis pendukung SC.
Bila berlaku krisis yang melibatkan Tok Ak, siapa lantik guru Aku sebagai guru utama? Jawapannya adalah majlis pendukung juga. Majlis pendukung inilah yang dinamakan sebagai MMT.
Ikut info Aku, sebenarnya ada majlis angkat sumpah jawatan guru utama sejak Tok Ak dulu.
Bezanya antara Tok Ak dan guru Aku adalah adanya surat akuan sumpah jawatan guru utama SC.
Di dokumen inilah adanya tandatangan guru Aku yang perlu patuh kepada peraturan-peraturan tertentu sebab untuk menjaga kewibawaan sebagai guru utama untuk memimpin persilatan SC.
Berkaitan dengan apa yang dinyatakan oleh Pak Cik Amruddin dalam CD Menegak Kebenaran itu mengenai ijazah empat biji mata, Aku tidak pasti dari sumber mana beliau dapat.
Namun Aku boleh agak sebab Aku juga ada tengok video Tok Ak itu. Ada tenaga pengajar Aku beritahu cerita pasal ijazah empat biji mata ini datangnya dari mulut Tok Ak sendiri. Ada kemungkinan Pak Cik Amruddin gunakan sumber ini.
Pada Aku, Pak Cik Amruddin tersilap gunakan sumber itu.
Jika benar ijazah empat biji mata itu penting, mengapa Tok Ak masih lagi jadi guru utama SCM. Sudah banyak tahun pun. Apa "power" guru Aku tidak sekuat "power" Tok Ak?
Aku berpendapat perlantikan guru utama oleh MMT adalah baik dan teratur. Lantik Sultan pun ada majlis. Lantik Agung pun gitu.]
SAYA BOLEH IKUT MANA2 GURU TAPI SAYA PEGANG PRINSIP, GU YG ADA MANDAT SAJA BERHAK TERAJU PERSILATAN 'SILAT CEKAK'.
[Ya. En Marwi ada mandat sah.]
SOALAN KEDUA : KITA BERSENGKETA PADA ASAL FITNAH CABUL GU.
[Maaf, ia bukan satu fitnah. Guru Aku yang mengaku bukan orang lain. Kalau dia tidak masuk dan cabul/khalwat, kita semua tidak jadi begini.]
SEPATUTNYA, KITA FOKUS PERBICARAAN FITNAH TU SAJA. JGN SUKA HUKUM ORANG TANPA MEMBERI KEADILAN.
[Aku telah jawab diatas. MMK telah cuba selesaikan secara dalaman. Mandat diberikan pada jawatankuasa siasatan dan jawatankuasa penghakiman. Mereka telah buat keputusan dan hukuman yang sepatutnya diterima semua pihak. Tapi malang puak guru Aku tidak boleh terima. Dikatakan tiada natural justice dll. Aku sudah ulas dalam posting terdahulu.]
SEPATUTNYA KITA SEMUA BERTENANG DAN MUHASABAH DIRI SEMENTARA MAHKAMAH PUTUSKAN KES TERSEBUT.
[Aku sudah terangkan. Kes mahkamah ini kes individu. Tiada kaitan dengan PSSCUHM.]
KALAU DAH ADA KEPUTUSAN, PIHAK YG MEMENANGI KES MESTI BAGI 2 HARTA PERSATUAN KRN ITU USAha bersama. anggaplah itu harta sepencarian & lepas tu bergerak ikut haluan yg diyakini masing2.yg kalah guna lah dana itu utk mulakan persatuan baru.
[Satu cadangan yang baik tetapi sukar untuk dilaksanakan sebab kita persatuan silat. Rumit sekali. Contohnya semasa pecah dulu dengan PSSCM.]
Tapi aku tetap ikut persatuan yg mempunyai guru utama yg ada mandat sah walau dia ditohmah dan dihina. berburu ke padang sasar,dapat rusa berbelang kaki,berguru KEPALANG AJAR,bagai BUNGA KEMBANG TAK JADI.
[Kamu ada hak untuk ikut siapa yang kamu suka]
*sama-sama berpesan dengan kebenaran.
Thursday, May 28, 2009
MMT Kuasai Akademi Silat Cekak Hanafi
Satu lagi persoalan yang sukar Aku jawab. Aku tidaklah tahu sangat tentang MMT ini. Yang Aku tahu adalah apa yang ada dalam buku perlembagaan PSSCUHM. Mereka ini kira pangkat bapak-bapak Aku ler. Aku pun tak tahu apa depa buat sekarang.
Aku cuma dapat trace satu info seperti link dibawah ini.
http://www.cekakhanafi.com/akademi/index.htmSinopsis
Penubuhan akademi telah diluluskan oleh Majlis Muafakat Tertinggi (MMT) Silat Cekak Hanafi pada 22 Mei 2008.MMT juga telah bersetuju kepada perkara-perkara berikut:
Menubuhkan satu akademi persilatan yang dinamakan Akademi Silat Cekak Hanafi (ASCH).
Melantik enam (6) orang sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat.
Melantik 11 orang ahli LPT sedia ada sebagai Ahli Lembaga Akademi ASCH.
Akademi Silat Cekak Hanafi juga diberi kuasa untuk mengembangkan ilmu Silat Cekak Hanafi berdasarkan peraturan-peraturan yang dipersetujui.
Melantik Tn Hj Amruddin Hj Buang sebagai Ketua Eksekutif ASCH dan beliau akan membuat cadangan perlantikan ke atas jawatan-jawatan lain dalam struktur organisasi ASCH.
Tidaklah Aku perlu jelaskan lebih lanjut kerana ia sudah terang dan nyata.
Apa yang menarik Akademi SCH adalah dibawah kuasa MMT. Jadi tidak timbul ia akan dikomersilkan. Lagupun ahli-ahli LPT dan ahli-ahli Lembaga Akademi SCH adalah orang yang sama.
Aku ada terdengar tohmahan yang kata Akademi SCH ini adalah cubaan untuk komersilkan SCH.
Yang Aku nampak, Akademi SCH ini adalah untuk memartabatkan SCH. Yang Aku nampak di bawah kuasa MMT ini ada PSSCUHM, ASCH dan persatuan SCH di IPT dan sekolah.
Mana yang baik Aku sokong.
*sama-sama berpesan dengan kebenaran
Tuesday, May 26, 2009
MMT Berwajah Baru?
Satu persoalan yang menarik. Aku sendiri sukar nak jawab sebab Aku bukan ahli MMT. Aku juga tunggulah kut-kut ada hamba allah yg beri bahan pada Aku tentang hal ini.
Aku sendiri tertanya-tanya, apa kriteria untuk jadi ahli MMT ini. Seperti yang Aku tahu, MMT terbahagi kepada dua puak - pendukung dan ahli keluarga Al Marhum Ustaz Hanafi.
Berdasarkan kepada info yang Aku ada, mesyuarat MMT telah diadakan pada bulan April/Mei tahun 2007 untuk lantik En Marwi Latif sebagai guru utama. Mesyuarat ini diboikot oleh puak keluarga kerana dikatakan mereka telah "meletakkan jawatan masing-masing pada mesyuarat MMT pada bulan September 2006". Ada ke sesiapa yang ada surat ini. Kalau ada berilah pada Aku.
Ikut info Aku, tugas MMT juga mencadangkan nama-nama untuk isi jawatan utama MMK dan YDP cawangan. Kalau info ini betul, mungkin adalah mesyuarat MMT baru-baru ini. Sama-samalah kita tunggu bila akan diadakan mesyuarat agung perwakilan PSSCUHM yang perlu diadakan pada bulan Jun (30 Jun selewat-lewatnya).
Kesimpulannya, anggota MMT ini akan berubah sebab puak keluarga telah "letak jawatan" mereka dalam majlis ini.
Sama-sama berpesan dengan kebenaran.
Monday, May 25, 2009
PK Putuskan Hubungan
Aku rasa syukur kerana ada seorang hamba allah "rima" sudi berkomunikasi dengan Aku. Sakit hati Aku bila 21 persoalan tidak mendapat jawapan daripada kedua-dua belah pihak. Apa? Aku ini bukan ahli ke? Sekurang-kurangnya Aku cari maklumat sedaya yang Aku dapat.
Terima kaseh ''rima".
Persoalan di atas perlukan jawapan.
Melihat kepada info yang Aku ada, mengikut kronologi krisis ini, Aku dapati tindakan-tindakan yang diambil oleh guru Aku itu ada semata-mata untuk menutup perbuatan mungkar yang telah dilakukannya.
Seperti dalam posting terdahulu, guru Aku memang seorang pakar strategi dalam perbuatan mungkar.
Selepas mesyuarat agung perwakilan 2006 iaitu 11 Mac berlangsung, sehari selepas peristiwa cabul itu berlaku, kedudukan PSSCUHM khususnya MMK 2006-2009 adalah goyah. Surat aduan ahli mengenai kes salah laku guru Aku telah diterima. Tindakan perlu diambil. Kes ini sangat memalukan SCH. Sangat memalukan semua orang.
Tindakan guru Aku dan para pendukung setianya adalah pergi ke setiap kelas silat di seluruh negara. Ada sesetengah tempat Nek Teh pun turut sama. Lain-lain tempat melibatkan adik-beradik guru Aku.
Strategi PK adalah menafikan perbuatan cabul itu dan kedua memburuk-burukkan para pendukung. Dan para pendukung itu berada dalam MMT. Strategi 2 dalam 1 inilah yang telah memecahbelah SCH. Timbullah dua kemungkaran. Pertama, perbuatan cabul yang dilakukan oleh guru Aku. Kedua, menabur fitnah kononnya para pendukung ingin menjatuhkan kedudukan guru Aku sebagai Guru Utama.
Kedua-dua ini adalah dosa.
Mengikut kronologi itu lagi setelah MMK 2006-2009 menggantung guru Aku sebagai ahli dan Presiden, jawatan Guru Utama dirujuk kepada MMT.
Dalam posting yang terdahulu ada Aku nyatakan keputusan MMT pada bulan September 2006 yang mengekalkan guru Aku sebagai Guru Utama. Seterusnya, mesyuarat MMT pada bulan April 2007 telah menetapkan En Marwi Latif sebagai Guru Utama.
Diberitakan seluruh keluarga telah meletakkan jawatan di dalam mesyuarat MMT pada bulan September. Mungkin ia mungkin tidak. Kita tanyakan kepada PK.
Satu berita yang sangat menggemparkan adalah keputusan keluarga memutuskan ikatan silatulrahim dengan para pendukung.
Fikir-fikirkanlah.
Kesimpulannya, keluarga telah memutuskan hubungan silatulrahim dengan para pendukung.
Thursday, May 21, 2009
Adakah MMT lagi?
Aku telah buka buku perlembagaan PSSCUHM dan di sana ada satu peraturan mengenai Majlis Muafakat Tertinggi (MMT).
Dari senarai nama-nama itu bolehlah disimpulkan terdapat dua gulungan. Yang pertama adalah gulungan para pendukung Silat Cekak dan kedua ahli keluarga Al Marhum Ustaz Hanafi.
Satu ketika dulu bila Aku tanya kepada senior Aku tentang majlis ini, beliau sendiri pun tidak dapat memberikan jawapan. Bayangkan tenaga pengajar tidak tahu tentang perkara ini. Inilah salah satu kelemahan dalam SCH. Bila tenaga pengajar tidak tahu, ahli-ahli lagi tidak tahu.
Seorang ahli lama menerangkan majlis ini ditubuhkan setelah Al-Marhum Ustaz Hanafi kembali ke rahmatullah.
Tujuan diadakan majlis ini adalah untuk menjaga balu Al-Marhum Maimunah aka Mak Teh. Mak Teh ini kira pangkat nenek Akulah.
Salah satu tujuan adalah untuk menetapkan Guru Utama Silat Cekak.
Kata orang lama itu lagi, selepas Al-Marhum Ustaz Hanafi meninggal dunia, para pendukung Silat Cekak yakni orang-orang lama Silat Cekak telah menunggu 40 hari. Selepas itu, majlis ini menetapkan Tok Ishak bin Itam untuk jadi Guru Utama.
Siapa Tok Ishak bin Itam ini? Adakah beliau masih hidup lagi? Jawapannya adalah beliau masih hidup lagi dan sedang memimpin Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.
Lalu berlakulah krisis dalaman dalam Silat Cekak pada awal tahun 90an. Berpecahlah Silat Cekak menjadi dua puak. Satu puak di sebelah Tok Ishak dan satu lagi sebelah para pendukung dan keluarga Al Marhum Ustaz Hanafi.
Dari sinilah wujudnya Silat Cekak Hanafi.
Aku bertanya kepada orang lama itu, siapakah yang bertanggungjawab dalam menubuhkan PSSCUHM ini. Apakah ahli keluarga Al-Marhum Ustaz Hanafi atau para pendukung?
Jawapannya ada dalam senarai ahli MMT di dalam buku perlembagaan PSSCUHM.
Jadi Puak Keluarga boleh tanya keluarga dan Puak Pendukung boleh tanya para pendukung.
Bila Aku teliti info mengenai krisis dalaman PSSCUHM ini, aku melihat MMT ini masih lagi ada pada tahun 2006.
Dari info itu, Aku dapati selepas MMK 2006-2009 melucutkan jawatan guru Aku sebagai Presiden PSSCUHM pada tahun 2006, MMK ini telah merujuk kepada MMT mengenai kedudukan guru Aku sebagai Guru Utama.
Mengapa begini? Sebab tugas menetapkan Guru Utama adalah tugas MMT bukan MMK. Jadi tidak timbullah soal Guru Utama persatuan. Ada Aku baca satu blog yang mengatakan En Marwi Latif adalah Guru Utama Persatuan. Ternyata dakwaan ini tidak benar.
Berbalik kepada tahun 2006, apabila MMK 2006-2009 merujuk kepada MMT berkaitan jawatan guru Aku sebagai Guru Utama, keputusan MMT sangat memeranjatkan kerana MMT telah memutuskan guru Aku sebagai Guru Utama.
Selanjutnya pada tahun 2007, MMT telah bersidang lagi apabila guru Aku ditangkap polis. Di mesyuarat inilah MMT telah menetapkan En Marwi Latif sebagai Guru Utama.
Mengikut info itu, sudah dua tahun perkara ini berlaku.
Kesimpulannya, MMT ini masih lagi wujud sehingga sekarang ini. Akibat krisis dalaman, tidak dapat dipastikan samada Puak Keluarga masih lagi menduduki MMT ini atau tidak.
Entah betul atau tidak, diberitahu sebenarnya Puak Keluarga telah meletakkan jawatan dalam MMT ini semasa mesyuarat MMT pada tahun 2006.
Entahlah. Kalau sesiapa ada info ini berikan kepada Aku.
Komen Kepada Komentar 1
1 comments:
Anonymous said...
Hahaha... mana mungkin "Rampasan Kuasa" dilakukan "senyap-senyap" oleh ratusan dan ribuan ahli. ini bukan kes satu dua perwakilan. Sampai bila mantan MMK mahu menindas dengan cuba memecat ribuan ahli demi segelintir yang masih mahu membolot kuasa? Dahlah cubaan "pemecatan" dan "pembubaran" dilakukan ala diktator dan bercanggah dengan perlembagaan persatuan.Persatuan adalah milik ahli. Bukan segelintir yang hanya mahu mendabik dada dengan "kuasa" kononnya. Persatuan milik ahli! Perjuangkan hak ahli! Perjuangkan hak majoriti! Takbir!!!
May 19, 2009 8:02 PM
Tidak dapat Aku pastikan siapa sebenarnya si komentar ini. Pastinya si komentar ini adalah pengikut atau penyokong atau pendukung Puak Keluarga.
Yang menarik tentang komentar ini adalah perkataan "rampasan kuasa". Aku tidaklah tahu apa yang si komentar ini fikir, bagi aku "rampasan kuasa" adalah mengambil kuasa dengan tidak mengikut perlembagaan PSSCUHM. Bila kuasa diambil di luar peraturan PSSCUHM, ia dianggap satu rampasan kuasa. Dan inilah yang berlaku kerana dengan jelas Puak Keluarga telah melakukan "rampasan kuasa".
Bukan Aku kata tapi perlembagaan PSSCUHM yang kata.
Kalau si komentar adalah seorang pengikut PK, jelaslah beliau ikut-ikut saja. Kalau tersesat jalan, dia pun tersesat sama. Kalau si komentar seorang penyokong PK maka sudah tentu dia dapat info daripada orang lain. Kira dia aktiflah. Sama juga tarafnya, kalau tersesat, dia sesat sama. Kalau si komentar seorang pendukung PK maka eloklah dia baca balik peraturan dalam perlembagaan PSSCUHM itu.
Satu lagi dikatakan MMK 2006-2009 menindas ahli-ahli yang ratusan ribu. Persoalan yang Aku nyatakan, betulkah semua ahli silat adalah ahli PSSCUHM. Aku telah terangkan dalam posting terdahulu. Ramai ahli silat tidak menjadi ahli PSSCUHM sebab mereka ahli muda atau nama-nama mereka tidak diberikan oleh para penyelia kelas kepada SUA atau mereka tidak membayar yuran tahunan. Kemelut ini telah berlaku tiga tahun. Jika yuran tahunan tidak dibayar, keahliannya akan tergugur.
Jadi tidak pasti Aku berapa sebenarnya jumlah ahli PSSCUHM yang sah.
Bila tidak jadi ahli PSSCUHM mana ada hak?
Bila Aku teliti senario sejak tiga tahun yang lalu, Aku tidak melihat MMK 2006-2009 menyalahgunakan kuasa atau bersifat "ala diktator". SUA dan MMK semestinya kena ikut perlembagaan persatuan. Bila ahli-ahli ingkar arahan MMK maka selayaknya mereka dipecat. Jika sebuah cawangan ingkar keputusan MMK, cawangan itu juga layak dibubarkan. Dalam kes PSSCUHM sekarang sepuluh cawangan yang ingkar. Tindakan MMK 20006-2009 adalah tepat.
Bukan Aku kata tetapi perlembagaan PSSCUHM yang kata.
Tidak perlu Aku katakan lagi. Bila seorang ahli membuat laporan tentang kes salah laku guru Aku kepada MMK, MMK mesti mengambil tindakan dan itulah yang berlaku selama tiga tahun ini.
"Suara majoriti" yang dikatakan ini tidak tepat kerana bukan semua ahli silat adalah ahli PSSCUHM yang sah.
Yang menarik tentang si komentar ini adalah komentarnya diakhiri dengan perkataan "takbir" yang bermaksud Allah Maha Besar.
Mungkin si komentar harus bertanya betulkah guru Aku itu mencabul kehormatan gadis bawah umur. Tidakkah Allah tahu? Elok si komentar tengok video siasatan di mana guru Aku beri keterangan. Jawapannya ada di situ. Ia pun telah menjadi bahan kes mahkamah.
Anonymous said...
hek eleh.. ini lah yang dinamakan streategi... dalam senyap pihak GU telah bergerak dan berjaya mengambil kembali persatuan dari para pengkhianat... kuasa sekarang di dalam tangan kami... suka tak suka.. majoriti ahli telah bersuara dan mereka tak mahu korang.... selamat tinggal romeo
May 20, 2009 12:58 AM
Aku tidak pasti samada si komentar ini sama dengan si komentar diatas. Yang menarik perhatian Aku adalah perkataan "strategi".
Aku akui guru Aku memang seorang pakar "strategi' sebab bila dia pergi ke rumah mangsa cabul itu, dia pergi jam 3.00 petang. Dia juga pilih hari Jumaat. Dia juga pilih sehari sebelum mesyuarat agung perwakilan tahun 2006. Dia juga beli goreng pisang. Dia juga masuk rumah. Dia juga cabul mangsa.
Ini bukan Aku kata tetapi kata-kata laporan Jawatankuasa Siasatan dan juga video rakaman guru Aku.
Ya benar guru Aku seorang pakar strategi dalam perbuatan mungkar.
Perkataan kedua yang menarik perhatian Aku adalah perkataan "pengkianat" yang dilabelkan kepada Puak Pendukung.
Aku tidaklah berani untuk melabelkan PP sebagai pengkianat sebab perkataan itu kurang sesuai. Guru Aku telah mencabul. Guru Aku telah membuat satu perbuatan mungkar. Jadi tidak sesuai perkataan pengkianat ini dilabelkan kepada PP kerana mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai SUA dan MMK PSSCUHM. Wajarkah PSSCUHM dikaitkan dengan perbuatan yang mungkar seperti ini?
Si komentar juga menulis "kuasa sekarang di dalam tangan kami". Betulkah kuasa ada pada PK sekarang? Setahu Aku pihak Pendaftar Pertubuhan akan menentukannya. Kes-kes mahkamah yang masih tertunggak juga akan menentukannya.
Kesimpulannya, masing-masing boleh mendakwa kebenaran masing-masing tetapi sedarlah kebenaran yang sejati hanya terungkai di hadapan Allah nanti.
Allah Hu Akhbar
Allah Hu Akhbar
Allah Hu Akhbar
Wednesday, May 20, 2009
PSSCUHM Jadi Bermasalah Angkara Ahli-ahli Yang Tidak Tahu Tatacara Berpersatuan
Aku tidaklah mengaku Aku ini pandai tentang hal ehwal pentadbiran persatuan. Adalah sedikit pengalaman aktif dalam NGO yang lain.
Setahu Aku, mengikut Akta Pertubuhan 1966, semua persatuan perlu didaftarkan di Malaysia. Bila ia didaftarkan ia tertakluk kepada Akta tersebut.
Setiap persatuan ada perlembagaan masing-masing dan bila seseorang menjadi ahli kepada persatuan itu, ia hendaklah patuh kepada perlembagaan tersebut. Perlembagaan inilah yang menentukan kuasa dan hak kepada ahli dan pentadbirnya.
Pertubuhan silat pula mempunyai struktur yang unik kerana dalam silat ada guru.
Bukan mudah untuk mentadbir sebuah persatuan silat. Dan orang-orang silat berbagai-bagai perangainya.
Dalam posting-posting terdahulu, Aku ada mengatakan majoriti ahli-ahli PSSCUHM tidak tahu tentang perlembagaan PSSCUHM.
Majoriti mereka belajar silat tetapi tidak ambil peduli tentang PSSCUHM.
Ramai penyelia kelas yang tidak menghantar nama ahli-ahli kepada SUA.
Ramai ahli-ahli telah hilang keahlian PSSCUHM kerana tidak membayar yuran tahunan.
Banyak cawangan-cawangan yang tidak menghantar senarai keahlian kepada SUA.
Senarai keahlian yang sah berada pada SUA.
Ramai ahli-ahli yang belajar di sekolah dan IPT yang tidak menjadi ahli PSSCUHM sebab para penyelia kelas tidak memberikannya kepada SUA.
Mengikut info yang Aku ada, PSSCUHM disenaraikan sebagai persatuan yang bermasalah. Ini kerana Omar ahli dari Melaka telah mengheret PSSCUHM ke mahkamah. Dan MMK 2006-2009 tidak boleh mengadakan mesyuarat agung perwakilan pada tahun 2007 dan tahun 2008 kerana keputusan mahkamah hanya diputuskan pada bulan Disember 2008.
Mengikut info tersebut, semua maklumat terkini tentang PSSCUHM telah sampai ke pengetahuan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
Itu sebab mereka akan menentukan MMK mana yang sah dari segi perlembagaan PSSCUHM.
Kesimpulannya, PSSCUHM telah menjadi sebuah persatuan yang bermasalah akibat krisis dalaman yang dicetuskan oleh Puak Keluarga. Tindakan "rampasan kuasa" itu salah dari segi perlembagaan PSSCUHM.
Aku dapat rasakan betapa sukarnya SUA menjalankan tugasnya kerana setiap tindakan beliau akan dianggap sebagai "diktator" sedangkan SUA semestinya mentadbir PSSCUHM mengikut peraturan-peraturan yang termaktub dalam PSSCUHM.
Tuesday, May 19, 2009
Pendaftar Pertubuhan Akan Tentukan Kesahihan MMK
Hati Aku gusar sekali kerana 21 persoalan yang Aku kemukakan kepada kedua-dua belah pihak masih lagi tidak mendapat maklumbalas. Ya. Aku sedari Aku hanya ahli biasa. Tiada jawatan dan kedudukan dalam PSSCUHM.
Tapi persoalan mesti ada jawapan.
Dalam posting yang terdahulu, Aku tahu sebab-sebab mengapa mesyuarat agung perwakilan tidak diadakan pada tahun 2007 dan 2008.
Dipihak Puak Keluarga, mereka menuduh MMK 2006-2009 sengaja melengah-lengah perkara ini. Dan jawapan yang diberikan oleh MMK 2006-2009 adalah kerana bila mana PSSCUHM diheret ke mahkamah dengan itu ia tidak dapat dilakukan kerana ia dianggap sebagai menghina mahkamah yang sedang bersidang ketika itu.
Keputusan mahkamah pula hanya dibuat pada bulan Disember 2008. Jadi jawapan kepada persoalan mengapa mesyuarat agung perwakilan tidak diadakan pada tahun 2007 dan 2008 dengan sendirinya terjawab.
Selepas keputusan ini dibuat oleh mahkamah, kedua-dua puak telah mengambil tindakan masing-masing.
Puak Keluarga yang kalah dalam keputusan mahkamah ini mengambil tindakan-tindakan untuk mengawal sokongan di kalangan ahli-ahli mereka. Dan MMK 2006-2009 juga mengambil tindakan untuk membubarkan cawangan-cawangan dan memecat ahli-ahli yang ingkar terhadap keputusan-keputusan MMK 2006-2009 khususnya berkaitan perlantikan En Marwi b Latif sebagai Guru Utama.
Berlakulah mesyuarat agung "rampasan kuasa" oleh Puak Keluarga pada 28 Mac 2009 yang lalu. Dengan jelas mereka tidak mengikut peraturan-peraturan dan Perlembagaan PSSCUHM dikesampingkan.
Di pihak MMK 2006-2009, mereka ada sehingga 30 Jun 2009 untuk mengadakan mesyuarat agung perwakilan pada tahun ini.
Kesimpulannya, setelah berlaku mesyuarat agung "rampasan kuasa" dan mesyuarat agung perwakilan tahun 2009 yang akan diadakan selewat-lewatnya pada 30 Jun 2009, terpulanglah kepada Pendaftar Pertubuhan untuk menentukan kesahihan masing-masing.
Sunday, May 17, 2009
Mesyuarat Agung Perwakilan PSSCUHM Selewat-lewatnya Diadakan Pada 30 Jun
Mengikut kata SUA, satu mesyuarat agung perwakilan tahunan perlu diadakan selewat-lewatnya pada bulan Jun setiap tahun. Paling lewat 30 Jun 2009.
Ada member Aku di Puak Keluarga mengatakan info ini tidak betul sebab katanya tempoh MMK 2006-2009 berakhir pada 9 Mac 2009 yang lalu.
Mana satu betul?
Aku pun semaklah perlembagaan PSSCUHM.
Apa peraturannya?
Ia mengatakan satu mesyuarat agung perwakilan tahunan perlu diadakan selewat-lewatnya pada bulan Jun yakni 30 Jun setiap tahun.
Apa yang SUA kata itu benar.
Ada member Aku daripada Puak Pendukung memberitahu SUA ada terima surat daripada cawangan Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang mempertikaikan tindakan MMK 2006-2009. Alasan yang diberikan adalah tempoh masa SUA telah tamat dengan sendirinya pada 9 Mac 2009.
Dikatakan SUA dengan sengaja tidak memanggil mesyuarat agung perwakilan 2007 , 2008 dan 2009. Maka sebab itu PK adakan mesyuarat agung perwakilan luarbiasa pada 28 Mac 2009.
Mengapa SUA tidak memanggil mesyuarat agung perwakilan pada tahun 2007 dan 2008? Jawapannya adalah kerana kes mahkamah yang melibatkan Omar ahli dari Melaka. Kes ini telah mengganggu urusan pentadbiran PSSCUHM sehingga mahkamah membuat keputusannya pada bulan Disember 2008. PSSCUHM hanya boleh mengadakan mesyuarat agung perwakilan tahunan selepas kes ini diputuskan mahkamah. Dan mahkamah telah membuat keputusan yang mana Omar ahli dari Melaka ini didapati salah. Kes ini ditolak dengan kos.
Kesimpulannya, tindakan-tindakan yang diambil PK ternyata gopoh dan menipu para pengikutnya.
Mesyuarat Agung Perwakilan Luarbiasa Pada 28 Mac 2009 Tidak Sah
Dikatakan Puak Keluarga telah mengadakan satu mesyuarat agung perwakilan luarbiasa pada 28 Mac 2009.
Ada diberitakan mesyuarat itu diadakan secara tergesa-gesa.
Setahu aku jika ingin mengadakan satu mesyuarat agung perwakilan mesti ada tatacaranya mengikut perlembagaan PSSCUHM.
Seperti yang aku nyatakan dalam posting terdahulu, PK tidak tahu atau sengaja menipu para penyokong mereka.
Jika tidak tahu sila rujuk perlembagaan. Disana ada jawapannya.
Mengapa diadakan mesyuarat itu pada 28 Mac 2009?
Bukankah surat notis pembubaran sepuluh cawangan oleh SUA bertarikh 23 Mac 2009?
Diberitakan PK memanggil mesyuarat itu melalui SMS.
Perbuatan PK tidak mematuhi perlembagaan PSSCUHM.
Walaupun PK mahu tindakan diambil terhadap MMK 2006-2009, ada tatacaranya dalam perlembagaan PSSCUHM. Kena melalui SUA.
Kesimpulannya, PK gopoh dalam tindakan mereka. Mereka melatah dengan surat notis SUA bertarikh 23 Mac 2009.
Berlakulah mesyuarat agung perwakilan luar biasa yang tidak sah dari sudut perlembagaan PSSCUHM.
Thursday, May 14, 2009
Kes Guru Aku Di Mahkamah Ampang
Aku tahu kes ini masih lagi dibicarakan di Mahkamah Ampang.
Sudah tiga tahun kes ini berlaku dan kes dimahkamah masih lagi berjalan.
Aku bertanya, mengapa guru Aku yang ditangkap? Mengapa di digari? Mengapa dia ditahan reman? Mengapa dia didakwa?
Kalau guru Aku tidak terlibat, mengapa dia ditangkap? Polis tidak boleh menangkap sekiranya tiada laporan polis. Lalu guru Aku ditangkap, digari dan ditahan reman untuk membantu siasatan.
Ikut pengetahuan Aku, guru Aku diberikan "natural justice" untuk membela diri semasa dia ditahan reman. Keterangan-keterangannya diambil.
Namun, mengapa pihak polis dakwa dia? Mengapa pihak pendakwaraya dakwa dia? Jawapannya adalah tidak lain dan tidak bukan, pihak polis dan pendakwa berpendapat ada kes terhadap guru Aku.
Lalu di Mahkamah Ampang lah kes ini dibicarakan.
Mengikut info terkini, pihak guru Aku cuba untuk melengah-lengahkan kes kerana mempertikaikan hakim baru.
Hakim baru ini adalah hakim wanita bukan hakim lelaki.
Guru Aku takut hukuman lebih berat akan diberikan jika beliau disabitkan kesalahan.
Kesimpulannya, kes ini masih lagi di Mahkamah Ampang.
Boleh tanya guru Aku, bila kes ini akan bersambung.
Wednesday, May 13, 2009
Kes-Kes Injunksi Masih Lagi Berjalan
5. Apakah yang terkini tentang kes injunksi persatuan terhadap En Md Radzi?
Dikatakan kedua-dua kes ini disatukan dan prosiding masih lagi berlangsung. Keputusan kes-kes ini adalah penting kerana guru Aku dan Puak Keluarga masih lagi memakai nama persatuan, masih lagi mengaku sebagai guru utama yang sah, masih lagi mengaku sebagai presiden yang sah, masih lagi memakai lambang-lambang dan unifom Silat Cekak Hanafi.
Oleh kerana kes Omar ahli dari Melaka telah berkeputusan yang memihak kepada MMK 2006-2009, peluang MMK untuk memenangi kes-kes ini adalah sangat cerah.
Dikatakan kes-kes ini akan berakhir dalam tempoh tiga bulan lagi.
Peluang Puak Keluarga nampak tipis kerana mereka telah mengadakan mesyuarat agung perwakilan luarbiasa pada 28 Mac 2009 dengan tidak mengikut prosedur seperti yang ditetapkan oleh perlembagaan PSSCUHM.
Aku rasa ramai di kalangan ahli-ahli SCH tidak baca atau menengok buku perlembagaan PSSCUHM ini.
Ramai yang mendakwa menjadi ahli PSSCUHM tetapi tidak dapat membuktikan keahlian mereka kecuali ahli seumur hidup.
Ada yang hilang kelayakan sebagai ahli PSSCUHM kerana tidak membayar yuran ahli dan yuran tahunan.
Ada cawangan-cawangan dan penyelia kelas yang tidak menghantar butir-butir ahli kepada MMK.
Tuesday, May 12, 2009
Omar Kena Bayar RM 100,000?
Maklumat daripada www.cekakhanafi.com iaitu:
Oleh itu, mahkamah menolak permohonan injunksi interim ini dengan kos ditaksir.
Mengikut siasatan Aku, keputusannya adalah Omar ahli dari Melaka ini telah kalah dan kena bayar kos.
Dikatakan PSSCUHM telah meminta RM 100,000 dan mahkamah akan bersidang sedikit masa lagi untuk mengesahkan jumlahnya.
Ini bermakna tindakan Omar ahli dari Melaka ini adalah salah dan kedudukan MMK 2006-2009 adalah kekal dan masih berkuasa. Oleh itu segala tindakan MMK untuk membubarkan cawangan-cawangan yang tidak mengikuti perintah-perintahnya adalah benar dan tepat kerana dalam kes mahkamah ini, hakim telah mengatakan ada niat yang tidak baik disebalik permintaan Omar ahli dari Melaka ini.
Omar ahli dari Melaka harus membayar kos mahkamah ini.
Apakah Puak Keluarga dan para penyokongnya ingin membantu Omar ahli dari Melaka ini atau beliau ditinggalkan terkapai-kapai?
Jika Omar ahli dari Melaka ini tidak bayar maka ia dianggap menghina keputusan mahkamah.
Duit ini adalah hak PSSCUHM.
Monday, May 11, 2009
Tidak Yakin Dengan Persatuan Pusaka Hanafi
Bila Aku bertanya persoalan ini, Aku mahu tahu apakah benar Puak Keluarga telah menubuhkan persatuan sendiri atau tidak.
Ada kawan-kawan Aku memberitahu Aku bahawa beberapa cawangan SCH telah menubuhkan persatuan baru atas nama Pusaka Hanafi.
Jika ini benar, tidaklah salah bagi MMK PSSCUHM untuk membubarkan mereka.
Betul atau tidak?
Aku diberitahu juga sepuluh cawangan PSSCUHM telah mengingkari arahan MMK atas sebab tidak menuruti keputusan MMK mengenai perlantikan En Marwi Latif sebagai Guru Utama Silat Cekak Hanafi.
Kalau Aku menduduki MMK, tindakan yang sama akan Aku ambil.
Tak salahpun.
Ada kawan-kawan Aku di sebelah Puak Keluarga membebel-bebel mengapa ambil balik PSSCUHM sedangkan sudah ada logo baru Pusaka Hanafi. Ada logo persilatan yang baru. Ada unifom baru. Mereka pun jadi pening kepala.
Aku bertanya kepada diri Aku, kalau sudah sampai buat persatuan, unifom dan logo-logo baru, apa perlu lagi dengan PSSCUHM.
Tentunya ada niat yang buruk di sebalik tindakan ini.
Puak Keluarga tidak yakin dengan persatuan mereka itu.
Jika niat buruk, amalan pun jadi buruk dan tidak berfaedah malah berlakulah dosa.
Sunday, May 10, 2009
Keluarga Memutuskan Hubungan Silatulrahim Dengan Puak Pendukung
Persoalan di atas adalah satu persoalan yang pokok.
Aku bertanya kepada diri aku apakah ada lagi perhubungan di antara kedua pihak ini.
Di dalam posting yang lalu, aku dapati punca masalah dalam krisis sekarang adalah kes cabul guru Aku.
Apa reaksi keluarga dalam hal ini?
Memanglah ia sesuatu yang memalukan keluarga tetapi salah siapa? Kalau guru Aku tidak mencabul, tiadalah berlaku krisis yang parah ini.
Pendek kata, keluarga telah menyebelahi guru Aku. Sebabnya tidak perlu dihuraikan. Semuanya pasti maklum.
Jawapan kepada persoalan di atas tadi adalah sememangnya telah putus hubungan antara kedua belah pihak.
Jika diteliti posting yang lalu, pihak keluarga telah memutuskan hubungan sejak krisis ini bermula.
Apa tidaknya, semua ahli keluarga telah berkempen ke seluruh negara dengan dua objektif utama. Yang pertama untuk menyatakan perbuatan cabul itu tidak berlaku dan yang kedua ada konspirasi untuk menjatuhkan guru Aku.
Ada cerita yang mengatakan pihak keluarga telahpun meletakkan jawatan mereka dalam MMT.
Kesimpulannya, pihak keluarga telahpun memutuskan perhubungan dengan para pendukung SCH.
Masing-masing telah membawa hala tuju masing-masing.
Apakah ini yang dimahukan Al-Marhum Ustaz Hanafi?
Friday, May 8, 2009
Tiada Natural Justice?
Sudah seminggu Aku menunggu jawapan kepada 21 persoalan itu tetapi masih lagi tiada jawapan daripada kedua-dua belah pihak.
Bak kata orang putih; life has to go on.
Aku masih lagi teringat di awal-awal krisis ini, guru Aku ada mengatakan beliau tidak diberikan keadilan oleh MMK semasa siasatan dilakukan.
Betulkah guru Aku tidak diberikan keadilan - natural justice?
Betulkah?
Jika diteliti tindakan-tindakan yang diambil oleh MMK ketika itu, dimanakah terletak ketidakadilan yang dimaksudkan itu?
Hasil siasatan Aku, aku dapati tindakan-tindakan yang dilakukan tidak menafikan hak guru Aku untuk mempertahankan diri terhadap tuduhan yang berat itu.
1. Guru Aku dengan rela hati telah mengosongkan jawatan sebagai Presiden. Ia bertujuan untuk tidak mempengaruhi siasatan yang akan dijalankan oleh MMK. Lagipun beliau menyetujui pembentukan kedua-dua jawatankuasa iaitu jawatankuasa siasatan dan jawatankuasa penghakiman oleh MMK.
2. Guru Aku adalah individu yang terakhir dipanggil oleh jawatankuasa siasatan MMK. Ini bermakna beliau berpeluang untuk mengetahui butir-butir yang dibincangkan terhadap kes ini oleh individu-individu terdahulu yang dipanggil oleh jawatankuasa siasatan ini. Salah satu ahli jawatankuasa siasatan ini adalah abang kandungnya sendiri.
3. Siasatan terhadap beliau dirakamvideokan. Butir-butirnya semua direkodkan. Beliau telah memberikan keterangan dan penjelasan terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh jawatankuasa siasatan.
4. Guru Aku juga telah diberikan peluang semasa mesyuarat Majlis Muafakat Tertinggi Silat Cekak Hanafi pada bulan September 2006. Apakah keputusan MMT ketika itu? Bukankah keputusan MMT ketika itu adalah mengekalkan beliau sebagai guru utama?
5. Selepas beliau ditangkap, MMT telah bersidang semula dan Puak Keluarga telah memulaukan mesyuarat MMT ini. Di mesyuarat inilah MMT mengambil keputusan untuk melantik En Marwi bin Latif sebagai Guru Utama.
Kesimpulannya, tuduhan yang mengatakan tiada natural justice kepada guru Aku itu adalah satu tuduhan yang liar.
Sememangnya natural justice ini akan tercapai akhirnya bilamana mahkamah meneruskan kes cabulnya itu.
Wednesday, May 6, 2009
Kes Cabul Punca Utama Masalah Silat Cekak Hanafi
Puncanya adalah kes cabul guru Aku. Kes ini telah mengakibatkan Silat Cekak Hanafi berpecah dua.
Kes guru Aku ini belum selesai lagi di mahkamah. Yang Aku tidak faham mengapa para pengikut guru Aku ini boleh tertipu. Cuba lihat gelagat mereka di www.silatcekakhanafi.org. Ada majlis sana dan sini.
Apakah mereka tidak mahu berfikir? Apakah mereka tidak mendapatkan info yang sebenarnya? Apakah mereka ikut membuta tuli? Atau mereka menjadi puak yang taksub?
Aku melihat bila kes ini berlaku ada dua pendekatan yang diambil oleh puak-puak yang bertelagah.
Puak Keluarga (PK) terutamanya guru Aku mengambil tindakan berjumpa dengan ahli-ahli untuk menerangkan bahawa kes cabul ini tidak berlaku. Ia satu rekaan semata-mata. Ia bertujuan untuk merampas jawatan guru utama. PK kata silat ini silat keluarga. Silat ini milik pusaka keluarga.
Pada Aku, perkara ini adalah satu fitnah belaka. Aku berkata demikian kerana punca segala masalah adalah kes cabul itu.
Ia berlaku. Kalau ia tidak berlaku, mengapa polis menangkap guru Aku? Jika tidak ada kes, mengapa pihak berkuasa mendakwanya di mahkamah?
Satu pendekatan lagi adalah di puak pendukung. Mereka mengikut saluran pentadbiran dan undang-undang.
Bila krisis berlaku, kita mesti ikut peraturan-peraturan yang ada dalam perlembagaan PSSCUHM. Sebagai ahli, kita mesti patuh.
Memang benar perlembagaan PSSCUHM adalah buatan manusia. Ia bukan Quran atau hadis. Namun selagi pentadbiran negara kita berlandaskan demokrasi maka kita harus akur kepada undang-undang. PSSCUHM adalah sebahagian dari undang-undang.
Aku melihat persatuan silat memang unik sebab ia ada silat dan ia ada persatuan.
Punca masalah boleh datang daripada kedua-dua perkara ini.
Jika tidak berhati-hati, akan berlakulah krisis demi krisis sehingga ke akhir zaman.
Itulah yang berlaku dalam Silat Cekak Hanafi apabila guru yang juga presiden mencabul
gadis bawah umur.
Memang benar dia guru Aku tetapi Aku tidak mahu bersamanya dalam perbuatan mungkar.
Lebih malang lagi, dia adalah anak Al-Marhum Ustaz Hanafi.
Semoga Allah akan memberikan petunjuk dan hidayah kepada kedua-dua puak ini agar kembali ke jalan yang diredhai.
Tuesday, May 5, 2009
Antara Dua Laporan Polis
Betulkah ada? Atau acah-acah ajer.
Boleh siapa beri saya imbasan laporan polis ini untuk membuktikan tindakan itu benar-benar diambil atau acah-acah ajer.
Kalau setakat mengaku ajer, semua orang boleh buat.
Aku masih lagu menunggu jawapan kepada 21 persoalan yang Aku kemukakan kepada kedua-dua belah pihak.
Ye ler.... Aku orang kerdil.
Monday, May 4, 2009
Rampasan Kuasa Dalam Silat Cekak Hanafi Tidak Sah
Kes cabul adalah satu kes jenayah yang sangat memalukan semua yang terlibat dengan Silat Cekak Hanafi. Semuanya terkesan. Aku pun rasa bahangnya sebab aku ahli Silat Cekak Hanafi dan dia guru Aku.
Jurulatih-jurulatih juga bercakap-cakap. Masing-masing ada stand sendiri. Ada yang ikut guru Aku dan ada yang tidak.
Pentadbir-pentadbir juga senyap. Mungkin mereka ada cara tersendiri sebab kes cabul ini satu kes yang sangat memalukan.
Kawan-kawan Aku di merata negeri juga terkesan.
Guru Aku cabul anak dara sahabat karibnya?
Betulkah? Betulkah?
Biar betul.
Aku ambil keputusan berdiam diri sehinggalah baru-baru ini berlakunya "rampasan kuasa" apabila Puak Keluarga (PK) bertindak "merampas kuasa" PSSCUHM pada 28 mac 2009.
Biar betul.
Para pentadbir PSSCUHM telah pun ambil tindakan dengan membubar sepuluh cawangan PSSCUHM yang ingkar perintah MMK 2006-2009 yang masih sah berkuasa sehingga satu mesyuarat agung perwakilan yang perlu diadakan setiap tahun selewat-lewatnya pada bulan Jun (yakni 30 Jun).
Ini bermakna PSSCUHM pasti mengadakan satu mesyuarat agung perwakilan selewat-lewatnya pada 30 Jun 2009 kerana tamat tempoh kuasa.
Yang pasti mesyuarat agung perwakilan ini tidak boleh dihadiri sepuluh cawangan yang dibubarkan itu.
Mengikut perlembagaan PSSCUHM, semua ahli PSSCUHM di cawangan-cawangan akan hilang kelayakan sebagai ahli jika cawangannya dibubarkan.
Begitu juga dengan ahli seumur hidup. Mereka yang dipecat kerana mengingkari arahan MMK juga hilang kelayakan sebagai ahli dan tidak boleh menghadiri mesyuarat agung perwakilan.
Isunya sekarang apakah "rampasan kuasa" yang dilakukan oleh PK itu sah?
Mengikut pandangan aku, tindakan "rampasan kuasa" ini tidak sah.
Sila lihat posting-posting Aku yang terdahulu.
Kesimpulanya, "rampasan kuasa" oleh PK pada 28 Mac 2009 adalah tidak sah mengikut peruntukan-peruntukan perlembagaan PSSCUHM.
Ahli-ahli Silat Cekak Hanafi perlulah baca perlembagaan PSSCUHM ini.
Kata ahli kan.....
Sunday, May 3, 2009
Kes Jenayah Guru Aku Belum Selesai
Mungkin Aku ini orang kecil. Aku tiada jawatan dalam persatuan.
Semasa Aku belajar, Aku belajar silat saja. Jurulatih tidak terangkan tentang perjuangan yang terdapat dalam Silat Cekak Hanafi.
Yang diberitahu usah banyak soal, ikut saja.
Guru Aku pun begitu juga. Ijazah pertama, ijazah kedua dan ijazah ketiga, semuanya sama saja. Tidak pula diterangkan perjuangan sebenar dalam Silat Cekak Hanafi.
Jangan marahkan Aku jika Aku tidak faham tentang Silat Cekak Hanafi.
Aku akan terus mencari.
Aku akui Silat Cekak Hanafi memang hebat dari segi silat. Yang lain, Aku tidak tahu sebab tidak diberitahu.
Bila melihat keadaan sekarang Aku sedih sebab di antara kedua belah pihak ada yang berbohong. Bila berbohong, ahli-ahli turut berbohong.
Aku akan terus mencari.
Yang Aku tahu punca masalah sebenar kita adalah kes cabul guru Aku.
Aku tahu kes ini masih lagi berada di Mahkamah Ampang. Guru Aku mahukan hakim yang lalu meneruskan kesnya. Aku pun tidak tahu apa sebabnya. Mungkin.... ???
Di tempat Aku bekerja sekiranya ada kakitangan yang terlibat dengan kes jenayah maka dia akan dirihatkan daripada bertugas sehingga kes jenayahnya selesai. Dia tidak boleh pegang jawatan sedia ada.
Jadi dalam kes guru Aku ini, dia juga tidak boleh pegang jawatan dalam persatuan selagi kes mahkamahnya belum selesai.
Jadi tidak timbul guru Aku ini dilantik menjadi Presiden PSSCUHM.
Ia bersalahan dengan etika dan undang-undang.
Apa ahli-ahli PSSCUHM tidak faham kah?
Ini kes jenayah bukan kes sivil.
Kesimpulannya kes guru Aku di Mahkamah Ampang belum lagi selesai.
Jumpa di sana.
Friday, May 1, 2009
Pernyataan Mohamad Amin Zainal Abidin (MAZA) - 27 April 2009
http://www.silatcekakhanafi.org/
Pekeliling MMK
Perutusan Persatuan - Dari Meja Setiausaha Agung
Isnin, 27 April 2009 03:02
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Pekeliling MMK 09/12
27 April 2009
Semua Ahli,
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia.
Tuan / Puan,
MAKLUMAN SITUASI SEMASA PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA
Sukacitanya perkara diatas adalah dirujuk.
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (PSSCUHM) telah mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa berdasarkan Perlembagaan Persatuan, Peraturan 7, Ceraian 23 (b), pada 28 Mac 2009 (Sabtu), pada jam 10.00 pagi, bertempat di Dewan Tertutup, Kompleks Rakan Muda, Sementa, Kelang, Selangor Darul Ehsan dengan dihadiri seramai 318 orang Perwakilan diseluruh Malaysia iaitu sekitar 77.6% peratus kehadiran daripada jumlah maksima Perwakilan sebanyak 410 orang.
Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa ini di adakan atas desakan 10 buah Cawangan Negeri di Malaysia yang menuntut Presiden memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa tersebut kerana hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap Majlis Mesyuarat Kebangsaan Bagi Sessi 2006/2009 yang telah gagal melaksanakan amanahnya berdasarkan Perlembagaan Persatuan dan ketetapan Mesyuarat Agung Perwakilan serta enggan memanggil Mesyuarat Agung Tahunan Bagi Tahun 2006, 2007 dan 2008 dan Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kebangsaan Bagi Sessi 2009/2012 telah difailkan dengan sempurna di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 31 Mac 2009.
Satu laporan polis telah dibuat terhadap En.Ramlee Bin Abd.Rahman (Mantan Setiausaha Agung), En.Amrahi Bin Buang (Mantan Bendahari Agung), En.Abd Azman Bin Johan dan En.Kamarul Baharaini Bin Abd.Latiff (Mantan Juruaudit Dalaman) kerana telah enggan dan engkar untuk menyerahkan Penyata Aktiviti dan Kewangan PSSCUHM pada 26hb April 2009.
Adalah dimaklumkan juga bahawa pembubaran 10 Buah Cawangan Negeri oleh MMK 2006/2009 adalah tidak sah kerana Mesyuarat Agung Luar Biasa Cawangan Negeri yang hilang kepercayaan dan keyakinan kepada En.Ramlee Bin Abd.Rahman (mantan Setiausaha Agung) telah diadakan pada bulan Februari 2009 dan MMK 2006/2009 telah tamat tempohnya selama 3 tahun pada 11hb Mac 2009.
Turut dimaklumkan bahawa pengguguran keahlian beberapa orang ahli Seumur Hidup persatuan ini adalah tidak sah kerana pemakluman tersebut hanya diterima selepas tarikh 21hb April 2009, iaitu selepas Majlis Mesyuarat Kebangsaan 2009/2012 terbentuk pada 28hb Mac 2009.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan kepada pihak-pihak tertentu yang mempertikaikan kesahihan Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa mahupun Majlis Mesyuarat Kebangsaan Bagi Sessi 2009/2012 tersebut, bolehlah mencabarnya dimana-mana mahkamah di Malaysia yang merupakan badan yang berwibawa untuk menentukan samada sesuatu Mesyuarat Agung tersebut sah ataupun tidak.
Suka saya tegaskan disini bahawa berkuatkuasa selama 3 tahun, bermula daripada 28hb Mac 2009, Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia ditadbir oleh Majlis Mesyuarat Kebangsaan 2009/2012 (rujuk laman web rasmi persatuan www.silatcekakhanafi.org) yang telah dipilih pada Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa yang telah diadakan pada 28hb Mac 2009 dan akan berakhir tempohnya pada 27hb Mac 2012. Ahli-ahli juga dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pejabat pengurusan jika memerlukan penjelasan dan keterangan terperinci.
Sekian, wassalam.
MOHAMAD AMIN BIN ZAINUL ABIDIN
Setiausaha Agung
=====================================================================
Setelah Aku meneliti maklumat ini dan mencerakinnya bersama-sama dengan maklumat yang dikeluarkan oleh SUA PSSCUHM maka Aku dapati bahawa tindakan-tindakan yang dilakukan oleh MAZA adalah tersasar dengan fakta dan keadaan sebenar.
Aku melihat "pekeliling" ini dikeluarkan hanya untuk menjawab pekeliling SUA yang bertarikh 24 April 2009.
Aku meneliti secara halus dan mendapati bahawa:
1. MAZA masih lagi mengaku sebagai setiausaha agung sedangkan ia adalah tidak betul, mengapa?
Mengikut pernyataan MAZA
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (PSSCUHM) telah mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa berdasarkan Perlembagaan Persatuan, Peraturan 7, Ceraian 23 (b), pada 28 Mac 2009 (Sabtu), pada jam 10.00 pagi, bertempat di Dewan Tertutup, Kompleks Rakan Muda, Sementa, Kelang, Selangor Darul Ehsan dengan dihadiri seramai 318 orang Perwakilan diseluruh Malaysia iaitu sekitar 77.6% peratus kehadiran daripada jumlah maksima Perwakilan sebanyak 410 orang.
Mesyuarat ini tidak sah kerana ia dilakukan tidak melalui SUA yang sah iaitu En Ramli Abdul Rahman. Sila lihat posting terdahulu. Bila mesyuarat ini tidak sah, semua keputusannya tidak sah termasuk pemilihan MMK 2009-2012.
Mengikut pernyataan MAZA lagi:
Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa ini di adakan atas desakan 10 buah Cawangan Negeri di Malaysia yang menuntut Presiden memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa tersebut kerana hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap Majlis Mesyuarat Kebangsaan Bagi Sessi 2006/2009 yang telah gagal melaksanakan amanahnya berdasarkan Perlembagaan Persatuan dan ketetapan Mesyuarat Agung Perwakilan serta enggan memanggil Mesyuarat Agung Tahunan Bagi Tahun 2006, 2007 dan 2008
Seperti yang telah disebutkan dalam posting yang terdahulu, desakan ini dibuat setelah Puak Keluarga (PK) mendapat surat pembubaran sepuluh cawangan yang enggan mengikut arahan MMK 2006-2009 yang sah.
Ini adalah satu tindakan "knee jerk" atau melatah atau sesak.
Namun persoalannya mengapa MMK 2006-20009 tidak dapat mengadakan mesyuarat agung perwakilan pada tahun 2007 dan 2008? Jawapannya adalah bagaimana MMK dapat melaksanakan mesyuarat agung perwakilan kerana kes di mahkamah masih berjalan. Aku masih ingat lagi bahawa Omar ahli dari Melaka telah mengheret PSSCUHM ke mahkamah kerana mempertikaikan perjalanan mesyuarat agung perwakilan PSSCUHM bagi tahun 2006.
Dan seperti yang Aku sebut di dalam posting terdahulu, hanya pada Disember 2008 sahaja mahkamah telah membuat keputusan terhadap kes ini dan menolak permintaan Omar ahli dari Melaka ini dengan kos.
Sila lihat dan baca dokumen ini:
http://www.cekakhanafi.com/doc/HUJAH_PENGHAKIMAN.pdf
Oleh itu, tidak timbul persoalan kengganan MMK 2006-2009 untuk mengadakan mesyuarat agung perwakilan bagi tahun 2007 dan 2008. Jika MMK mengadakan mesyuarat agung perwakilan maka ia dianggap sebagai satu tindakan menghina mahkamah.
Jadi PK bolehlah menyalahkan Omar ahli dari Melaka dalam hal ini.
Seterusnya MAZA mendakwa:
dan Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kebangsaan Bagi Sessi 2009/2012 telah difailkan dengan sempurna di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 31 Mac 2009.
Tindakan yang diambil oleh PK ini tidak terpakai dan sia-sia kerana pemanggilan mesyuarat agung perwakilan luarbiasa yang diadakan pada 28 Mac 2009 itu adalah tidak sah.
Mengikut surat SUA PSSCUHM bertarikh 24 April 2009 laporan terperinci telah diberikan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan. Mengikut Akta Pertubuhan 1966, Jabatan Pendaftar Pertubuhan boleh memutuskan kedudukan PSSCUHM sekarang.
Mengikut pernyataan MAZA lagi:
Satu laporan polis telah dibuat terhadap En.Ramlee Bin Abd.Rahman (Mantan Setiausaha Agung), En.Amrahi Bin Buang (Mantan Bendahari Agung), En.Abd Azman Bin Johan dan En.Kamarul Baharaini Bin Abd.Latiff (Mantan Juruaudit Dalaman) kerana telah enggan dan engkar untuk menyerahkan Penyata Aktiviti dan Kewangan PSSCUHM pada 26hb April 2009.
Pada Aku, tindakan MAZA ini juga satu tindakan "knee jerk" atau melatah atau sesak kerana pihak SUA PSSCUHM telahpun membuat laporan polis terhadap beliau pada 21 April 2009.
Pada Aku, jika MMK 2009-2012 itu tidak sah, Aku sendiri pun tidak akan patuh kepada arahan MMK yang tidak sah ini.
Seterusnya MAZA mendakwa:
Adalah dimaklumkan juga bahawa pembubaran 10 Buah Cawangan Negeri oleh MMK 2006/2009 adalah tidak sah kerana Mesyuarat Agung Luar Biasa Cawangan Negeri yang hilang kepercayaan dan keyakinan kepada En.Ramlee Bin Abd.Rahman (mantan Setiausaha Agung) telah diadakan pada bulan Februari 2009 dan MMK 2006/2009 telah tamat tempohnya selama 3 tahun pada 11hb Mac 2009.
Aku telah meneliti perlembagaan PSSCUHM mengenai perkara ini iaitu peraturan 15 para 4 dan aku dapati bahawa apa jua tindakan yang diambil oleh cawangan tanpa pengetahuan MMK 2006-2009 adalah tidak betul. Jika pun mesyuarat itu mengusulkan ketidakpercayaan kepada MMK sedia ada, notis dan pemakluman perlu diberikan kepada MMK yang sah sepertimana yang diputuskan oleh mahkamah dalam kes Omar ahli dari Melaka.
Aku telah siasat perkara ini dan diberitahu bahawa notis kepada MMK tidak dilakukan.
Oleh itu, jika benar, tindakan cawangan-cawangan telah mengadakan mesyuarat agung luar biasa untuk tujuan itu, ia adalah tidah sah dan tidak terpakai.
Bagi Aku, ini menjadi satu lagi sebab yang membolehkan MMK 2006-2009 membubarkan sepuluh cawangan tersebut mengikut peraturan 14 para 2(b) dan peraturan 14 para 3.
Pernyataan MAZA yang mengatakan " dan MMK 2006-2009 telah tamat tempohnya pada selama 3 tahun pada 11 Mac 2009" adalah tidak betul kerana mengikut perlembagaan PSSCUHM peraturan 7 para 18, mesyuarat agung perwakilan tahunan boleh diadakan selewat-lewatnya pada bulan Jun (yang bermaksud 30 Jun) setiap tahun.
Mengikut pernyataan MAZA seterusnya:
Turut dimaklumkan bahawa pengguguran keahlian beberapa orang ahli Seumur Hidup persatuan ini adalah tidak sah kerana pemakluman tersebut hanya diterima selepas tarikh 21hb April 2009, iaitu selepas Majlis Mesyuarat Kebangsaan 2009/2012 terbentuk pada 28hb Mac 2009.
Mengikut maklumat yang Aku ada, MMK telah membuat keputusan membubar cawangan-cawangan serta ahli-ahli seumur hidup yang mengingkari arahan MMK pada bulan Januari 2009 yakni selepas keputusan mahkamah pada bulan Disember 2008. Soal tarikh pemakluman tidak penting kerana setahu Aku keputusan yang dibuat MMK pada bulan Januari 2009 perlu disahkan pada mesyuarat berikutnya. Isu pemakluman keputusan MMK adalah satu isu teknikal sahaja.
Mengikut pernyataan MAZA lagi:
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan kepada pihak-pihak tertentu yang mempertikaikan kesahihan Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa mahupun Majlis Mesyuarat Kebangsaan Bagi Sessi 2009/2012 tersebut, bolehlah mencabarnya dimana-mana mahkamah di Malaysia yang merupakan badan yang berwibawa untuk menentukan samada sesuatu Mesyuarat Agung tersebut sah ataupun tidak.
Suka saya tegaskan disini bahawa berkuatkuasa selama 3 tahun, bermula daripada 28hb Mac 2009, Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia ditadbir oleh Majlis Mesyuarat Kebangsaan 2009/2012 (rujuk laman web rasmi persatuan www.silatcekakhanafi.org) yang telah dipilih pada Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa yang telah diadakan pada 28hb Mac 2009 dan akan berakhir tempohnya pada 27hb Mac 2012. Ahli-ahli juga dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pejabat pengurusan jika memerlukan penjelasan dan keterangan terperinci.
Sekian, wassalam.
MOHAMAD AMIN BIN ZAINUL ABIDIN
Setiausaha Agung
Aku melihat perbuatan MAZA ini sebagai satu tindakan yang sombong dan angkuh kerana setiap tindakan yang telah diambil beliau dalam kes sekarang ini jelas bertentangan dengan perlembagaan PSSCUHM.
MAZA boleh menipu para pengikutnya tetapi tidak Aku.
Mengapa PK tidak mahu belajar daripada keputusan mahkamah mengenai kes Omar ahli dari Melaka adalah satu persoalan yang besar.
Pada Aku, semua ini hanya tindakan-tindakan untuk menegakkan benang yang basah.
Pernyataan Setiausaha Agung PSSCUHM - 24 April 2009
http://www.cekakhanafi.com/ seperti berikut:
Perkeliling MMK
24 April 2009
Kepada semua ahli,
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia
Saudara/i,
Assalamu Alaikum wbt.
MAKLUMAN TENTANG KEDUDUKAN SEMASA PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA
Perkara di atas dengan sukacitanya dirujuk.
•Saya dimaklumkan kononnya satu Mesyuarat Agung Luarbiasa telah diadakan pada 28 Mac 2009 dimana diberitakan juga satu pemilihan ahli Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK) yang baru bagi sesi 2009/2012 diadakan.
3. Kesahihan Mesyuarat Agong Luarbiasa dan perlantikan MMK yang baru ini sesungguhnya tidak sah dan tidak terkesan berdasarkan penyataan berikut:
•Peraturan 7 Ceraian 25 Perlembagan Persatuan menyatakan bahawa notis Mesyuarat Agong Luarbiasa hendaklah dihantar oleh Setiausaha Agong yang menjalankan tugas atas persetujuan Majlis Mesyuarat Kebangsaan. Walaubagaimanapun, dalam kes mesyuarat yang di adakan pada 28 Mac 2009 itu, saya sebagai Setiausaha Agong yang sah tidak pernah mengeluarkan notis memanggil Mesyuarat Agong Luarbiasa tersebut. Majlis Mesyuarat Kebangsaan juga tidak pernah bersetuju untuk mengadakan atau menerima apa-apa notis mengadakan Mesyuarat Agong Luarbiasa. Oleh itu Mesyuarat Agong Luarbiasa yang dikatakan diadakan pada 28 Mac 2009 itu tidak membawa apa-apa implikasi kepada persatuan kerana dilakukan tidak mengikut prosedur dan peruntukan Perlembagaan Persatuan.
•Pemilihan ahli Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK) hanya boleh dilakukan pada Mesyuarat Agong Perwakilan seperti yang diperuntukan pada Peraturan 7 Ceraian 18(c) Perlembagaan Persatuan. TIDAK ADA peruntukan di dalam Perlembagaan Persatuan yang menyatakan bahawa pemilihan ahli Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK) boleh dilakukan pada Mesyuarat Agong Luarbiasa . Oleh itu, tindakan memilihan MMK baru yang dilakukan pada 28 Mac 2009 adalah tidak terpakai dan terbatal dengan sendirinya.
•En Md Radzi Hj Hanafi atau sesiapapun wakil beliau tidak berkuasa untuk memanggil Mesyuarat Agong Luarbiasa kerana beliau bukan lagi menjawat jawatan Presiden. Malah keahlian beliau juga telah digugurkan sejak 25 Mac 2007 . Jika pun Encik Md Radzi Hj Hanafi masih mengaku beliau sebagai Presiden berdasarkan semakan beliau di Pejabat Pendaftar Pertubuhan yang masih mencatitkan beliau sebagai Presiden, tetapi siasatan lanjut mendapati bahawa rekod di Pejabat Pendaftar Pertubuhan telah tidak dikemaskini apabila tidak memasukan rekod baru berdasarkan surat persatuan kepada Pendaftar Pertubuhan bertarikh 18 September 2008. Surat tersebut telah memaklumkan tentang pemecatan keahlian En. Md Radzi Hj Hanafi dan Jawatan Presiden telah dipangku oleh Naib Presiden iaitu Tn Hj Md Nasir Md Arshad.
4. Satu laporan polis telah dibuat terhadap En Mohamad Amin Zainul Abidin kerana melakukan tindakan menipu dan mengelirukan ahli persatuan serta orang ramai. Ini kerana beliau dengan secara terang-terangan mengaku sebagai Setiausaha Agong di dalam surat yang dihantar kepada beberapa individu tertentu menggunakan kepala surat persatuan walaupun diketahui bahawa beliau bukanlah Setiausaha Agong persatuan yang sah dan tidak ada kuasa untuk berbuat demikian. Selanjutnya juga dimaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kebangsaan telah memecat keahlian En Mohd Amin Zainul Abidin berkuatkuasa 22 Januari 2009 . Oleh itu, bermula dari tarikh tersebut, beliau sudah tidak ada kena-mengena dengan persatuan ini.
5. Adalah dimaklumkan juga, berkuatkuasa 24 April 2009 , MMK telah membubarkan 10 cawangan negeri kerana mengingkari arahan MMK. Pembubaran ini dibuat berdasarkan peruntukan Peraturan 14 Ceraian 2(b) Perlembagaan Persatuan. Cawangan-cawangan yang dibubarkan itu adalah seperti senarai berikut:
-Cawangan Perlis
-Cawangan Kedah
-Cawangan Pulau Pinang
-Cawangan Negeri Sembilan
-Cawangan Melaka
-Cawangan Johor
-Cawangan Pahang
-Cawangan Kelantan
-Cawangan Sabah
-Cawangan Sarawak
6. Suka saya tegaskan di sini bahawa persatuan ini dan kedudukan MMK adalah tidak terkesan oleh percubaan untuk menggugat keharmonian dan keutuhan persatuan. Semua aktiviti persatuan tidak terganggu dan tetap berjalan seperti biasa. Ahli-ahli juga dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pejabat pengurusan jika memerlukan perjelasan lanjut.
Sekian, wassalam.
RAMLEE ABDUL RAHMAN
Setiausaha Agong
====================================================================
Aku tidak berhajat untuk menghuraikan pernyataan ini kerana ia adalah jelas.
SUA telah menyatakan para-para di dalam perlembagaan PSSCUHM.
Sebagai ahli, Aku telah menyemak pernyataan ini dan menyemak para-para yang dimaksudkan itu dan didapati adalah bertepatan dengan maksud dan tujuannya.
Aku tahu apabila berlaku satu konflik dalam sesuatu pertubuhan maka semua pihak khususnya MMK, MMN dan ahli-ahli mesti merujuk kepada perlembagaan PSSCUHM.
Persoalannya, berapa ramai yang ada buku perlembagaan? Mengapa buku perlembagaan ini tidak diberikan kepada ahli-ahli selepas keahlian diterima oleh MMK dan SUA. Ini satu kelemahan yang sepatutnya diperbaiki.
Alhamdulillah Aku ada buku perlembagaan PSSCUHM ini. Oleh kerana PSSCUHM sedang dilanda masalah maka rekod yang sahih yang akan dirujuk oleh semua pihak adalah rekod di pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
Berdasarkan maklumat yang Aku dapat, rupa-rupanya Puak Keluarga (PK) bergesa-gesa bertindak mengadakan mesyuarat agung perwakilan luarbiasa disebabkan tindakan SUA yang memaklumkan tindakan pembubaran sepuluh cawangan yang terbabit. Surat pembubaran ini bertarikh 23 Mac 2009 telah melibatkan sepuluh cawangan itu diberikan tempoh sebulan untuk merayu. Dan tarikh pembubaran tersebut berkuatkuasa pada 24 April 2009. Tindakan pembubaran ini terpaksa dibuat kerana sepuluh cawangan ini enggan menerima keputusan MMK dalam hal Guru Utama sepertimana yang telah dibuat oleh Majlis Muafakat Tertinggi - MMT.
Lebih parah lagi ada MMN cawangan-cawangan telah menubuhkan persatuan lain iaitu persatuan silat cekak pusaka hanafi di peringkat negeri-negeri seperti di Kedah dll.
Mengikut perlembagaan, tindakan SUA ini bagi pihak MMK adalah sah dan terpakai.
Juga diperhatikan tindakan PK mengadakan mesyuarat agung perwakilan luarbiasa itu pada 28 Mac 2008 cuma melibatkan tempoh lima hari sahaja selepas surat pembubaran cawangan oleh SUA bertarikh 23 Mac 2009.
Tentunya tindakan yang diambil ini adalah tidak betul kerana bukan sahaja guru Aku itu telah dilucutkan keahliannya dan jawatannya sebagai Presiden tetapi juga pemanggilan mesyuarat itu tidak mengikut perlembagaan PSSCUHM iaitu ia mesti dilakukan melalui SUA yang sah. Juga mesyuarat itu tidak mematuhi jumlah hari notis pemanggilan sebagaimana yang ditetapkan dalam perlembagaan.
Kesimpulannya, tindakan SUA iaitu E. Ramlee bin Abdul Rahman adalah sah dan benar.