21. Apakah pertelingkahan ini akan berakhir sebagai satu perpecahan hingga ke generasi kedua dan ketiga?
Perpecahan telah pun berlaku. Sebabnya guru aku telah melakukan satu perbuatan mungkar. Inilah puncanya.
Jika dia tidak lakukan tidaklah pecah SCH ini.
Dengan strategi 2 dalam 1, guru aku telah memecahkan SCH keseluruhannya.
Apa yang telah berlaku hingga ke hari ini merupakan sejarah pahit yang terpaksa ditelan.
PK masih lagi mengaku mereka telah menguasai PSSCUHM sedangkan semua peraturan telah dilanggarnya ketika "mesyuarat agung perwakilan luar biasa" diadakan pada 28 Mac 2009.
Seperti yang aku kata, hanya Pendaftar Pertubuhan saja akan tentukan.
Tidak perlulah aku hurai panjang sebab aku bukan Pendaftar.
Kini kita melihat gelagat PK yang cuba menipu ahli-ahli PSSCUHM.
Aku cadangkan PSSCUHM ini dibubarkan.
Sekarang PK telah menjadikan "PSSCUHM"nya satu hak keluarga... tengoklah "presidennya","setiausaha agungnya" dan "ketua perhubungan dan serantanya"
Apakah seluruh ahli SCH mahukan keadaan ini?
Jika beginilah hala tujunya..... ia telah lari jauh daripada hasrat Al-Marhum Ustaz Hanafi. Dulu Al-Marhum tidak masukkan adik beradiknya dalam comittee persatuan. Tidak masukkan anak-anaknya dalam committee persatuan.
Jika ini satu trend maka jadilah ia PK Sdn Bhd untuk generasi-generasi akan datang.
Waulahu'alam
*sama-sama berpesan dengan kebenaran
Sunday, June 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar. (Yusuf:28)
ReplyDeleteSyukran
ReplyDeleteAku setuju dengan ayat suci ini.
Cuma nak tambah, sekiranya kes guru aku ini mahu dikaitkan dengan Nabi Yusuf dengan Zulaikha, aku tidak setuju.
Ia bohong.
Kes ini kes mencabul kehormatan seorang anak gadis dibawah umur.
Boleh faham?
*sama-sama berpesan dengan kebenaran.
Salam..
ReplyDeleteKenapa nak samakan dengan diri sendiri dengan Nabi.. Dan yang mengikut pulak percaya bulat bulat.. Fikir fikirkanlah..
Tidak malukah kita, mengaku sebegitu.. Dosa banyak.. Kita kena ingat kita bukan maksum dan tidak lari dari dosa...
Sembahyang pun x cukup, nak samakan diri dengan Nabi Yusuf..
Ingatlah semua ahli silat cekak.. Belenggu keTAKSUBan semakin menjadi-jadi, walaupun kes cabul telah berlaku.. Ingatlah kita semua diduga.. Jangan bicara tentang benda-benda mistik ataupun ilmu yang tinggi..
Mana mungkin kita dikurniakan ilmu maarifat dan hakikat jika syariat pun tunggang langgang...
Kalau ada pun (Hakikat tanpa syariat), umpama najis...
Ada isi tiada kulit.. tidak berguna..
Fikir fikir dan fikirkanlah dengan akal yang waras..
Dari : Anti Keliru 2009
salam,
ReplyDeletemengikut penulisan sdra,sdra mengambil masa 3 tahun untuk menyiasat krisis yang berlaku ini tetapi nampaknya sdra hanya menyiasat sebelah pihak sahaja.
Bukankah kes cabul masih dalam proses mahkamah,jadi konsep 'innocent till proven guilty masih terpakai,lagi pun puak penyokong (kononnya)yang mendapati Tn Guru bersalah bedasarkan budak 16 tahun tidak berbohong,apa komen anda?
Salam.. Gugat
ReplyDeleteSaya advice buka satu discussion tetang kes cabul sahaja.. banyak kes cabul dibincangkan dalam topik2 lain..
Tajuknya : Peristiwa cabul
Kita bongkarkan biar semua tahu..
Dari : Anti Keliru 2009
Salam
ReplyDeleteSubhanAllah. Anti Keliru, sesungguhnya kamu nie menuduh secara melulu. Tidak pernah kami samakan guru kami dengan Nabi, lihatlah komen2 kami yang terdahulu, berkali2 kami tegaskan bahawa kami tidak pernah membuat persamaan seperti itu. Kami hanya mengambil contoh dan iktibar dari kisah Nabi Yusuf itu. Janganlah kamu memutarbelitkan perkara2 seperti ini.
Bukalah aspek pemikiran kamu, sesungguhnya agama Islam itu luas
-rima
Contoh dan iktibar bilamana ada kena mengena..
ReplyDeleteAbis semua orang jahat atau dituduh jahat ada kena mengena atau persamaan dengan Nabi Yusuf ker..? jawab tgk
Jangan terlampau sempit..
Dari : Anti Gila Dengan Orang Keliru 2009
Syukran
ReplyDeleteJawapan aku dalam [ ]
Anonymous said...
salam,
mengikut penulisan sdra,sdra mengambil masa 3 tahun untuk menyiasat krisis yang berlaku ini tetapi nampaknya sdra hanya menyiasat sebelah pihak sahaja.
Bukankah kes cabul masih dalam proses mahkamah,jadi konsep 'innocent till proven guilty masih terpakai,lagi pun puak penyokong (kononnya)yang mendapati Tn Guru bersalah bedasarkan budak 16 tahun tidak berbohong,apa komen anda?
June 7, 2009 11:30 PM
[Aku dituduh berat sebelah. Ini satu pesepsi saja. Kan aku dah kata aku telah siasat dari kedua-dua pihak. Hormati pandangan aku. Tentang kes mahkamah itu aku telah nyatakan ia adalah kes individu antara keluarga mangsa dengan guru aku. Persatuan telah melakukan apa yang telah diputuskan bersama termasuk guru aku. Tapi tugas-tugas kedua-dua j/kuasa itu diganggu oleh individu dan faktor luaran. Dari segi proses, aku kata ia betul.]
Apa yang berlaku pada aku sekarang di blog ni menunjukkan betapa kompleksnya seorang manusia. Aku dituduh bermacam-macam sedangkan bila aku buka blog ini tujuannya adalah untuk kongsi pengalaman aku. Tidak aku suruh sesiapa ikut cakap aku atau pandangan aku.
Inilah yang juga berlaku dalam kes yang libatkan guru aku itu.
Bermacam-macam ragam manusia. Bermacam-macam pendapat. Bermacam-macam gaya. Bermacam-macam kepentingan.
Masing-masing mempertahankan pendapat masing-masing berdasarkan info, input dan pesepsi masing-masing.
Aku hormat semua pendapat kamu.
Apapun persoalan pokoknya adalah mengapa guru aku pergi ke rumah itu.
Jika inipun tak selesai bagaimana nak sambung dengan peristiwa-peristiwa berikutnya.
Fikir-fikirkan.
*sama-sama berpesan dengan kebenaran
salam,
ReplyDelete(aku dituduh berat sebelah.Ini persepsi sahaja.Kan aku dah kata aku dah siasat dari kedua dua pihak.hormati pandangan aku)
saya menghormati pandangan sdra tetapi ada juga pandangan sdra yang bersifat persepsi juga ,tak salah kalau nak berkonsi pengalaman .
Apapun yang menjadi tandatanya kenapa tiga orang budak lelaki ada didalam perkarangan rumah.
Syukran
ReplyDeleteAstaghfirullah. Tak faham-faham lagi ke? Jawab persoalan utama itu dulu. Aku ulang lagi, mengapa guru aku pergi ke rumah itu pada hari,jam,minit dan saat itu?
Selepas persoalan ini barulah kita pergi persoalan seterusnya.
*sama-sama berpesan dengan kebenaran
Apakah sesuatu yang diciptakan olehNya yang dianggap perkara besar?
ReplyDeleteSalam buat semua..
ReplyDeleteSatu persoalan yang aku ingin tanya semua
Adakah MD RADZI nie MAKSUM ?
Maknanya tak berdosa, terpelihara dari dosa & tak pernah melakukan perkara salah...
Sekadar ingin tahu
Syukran
ReplyDeleteIkut info aku. Ada di kalangan keluarga menyatakan guru aku maksum.
Info aku sohih.
*sama-sama berpesan dengan kebenaran
Jazilan...
ReplyDeleteAku pernah mendengar komen kononnya Mantan Maksum (kononnya terpelirhara dari dosa) dari mulutnya abang mantan sendiri.. Yang mana satu.. Biarlah diaorang sama sama fikir balik..
AK 2009
Salam...
ReplyDeleteSesiapa penah dengar tentang cerita mantan di USM.. Kononnya menag 3x try mcm cerita dalam seni beladiri.. Betulkah semua itu atau satu lagi pembohongan yang nyata...
Inginkan kepastian
AK 2009
Syukran
ReplyDeleteIkut info sohih aku, nama ahli keluarga yang mengatakan guru aku itu seolah-olah maksum (tak buat dosa)adalah Md Aminuddin bin Dahlan.
*sama-sama berpesan dengan kebenaran.
Salam.
ReplyDeleteEn Md Radhi tidak maksum. Ini pendirian saya.
Kepada yg mengaku En Md Radhi maksum, bertaubatlah...
'Ke arah INSAN sejati'
Yg Ummi
Hari ini Dewan Pemuda PAS Negeri Johor telah membuat satu laporan Polis di Balai Polis Skudai, Batu Sepuluh Johor Bahru berkaitan dengan penemuan 14 keping kad pengenalan bersama beberapa keping kad perwakilan UMNO oleh Sdr Za’aba Bin Haji Ibrahim, Ketua Pemuda PAS Kawasan Pulai pada 6 Jun 2009 lebih kurang pukul 6.15 petang di tempat pembuangan sampah berdekatan Taman Dahlia, Tampoi.
ReplyDeleteBaca selanjutnya...
>> http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=1790#43319
Syukran
ReplyDeleteAlhamdullillah. Alhamdullillah