Sunday, December 26, 2010

Kenapa guna duit rakyat tarik sokongan PSSLM

Kenapa guna duit rakyat tarik sokongan PSSLM

Ini adalah satu artikel yang keluar di harakahdaily.net pada 20 Disember 2010.

Sebagai seorang ahli SCH, aku ingin komen tentang artikel ini sebab ia membawa banyak implikasi terhadap perjuangan SCH.

Setahu aku sehingga kini, masih belum ada respon daripada empat pemimpin yang mengajar silat cekak sekarang. Mungkin mereka sibuk. Mungkin mereka belum kebar daripada demam panas yang melanda silat cekak.

Apa respon daripada Tok Ak? Mungkin beliau tidak boleh respon sebab beliau sedang sakit. Lagipun tak kan lah nak respon sebab beliau sendiri ada dapat anugerah daripada pertubuhan itu.

Ada respon daripada Datuk Maideen? Mungkin beliau sibuk dengan masalah dalaman PSSCM dengan isu syahadahnya.

Ada respon daripada MRH? Mungkin beliau belum ada masa untuk fikirkan isu ini lagi sebab beliau telah kehilangan PSSCUHM.

Ada respon daripada PSSCUHM?. Mungkin guru utama atau presiden sewajarnya memberikan perhatian.

Aku setuju dengan beberapa pandangan daripada penulis ini. Memang tidak wajar memberikan wang rakyat untuk tujuan ini. Persatuan-persatuan silat lain macam mana pula? Aku juga melihat PESAKA dipergunakan untuk tujuan ini kerana umum sedia maklum siapa Setiausaha Agung PESAKA sekarang.

Kalau dari sudut percaturan politik mungkin ada rasionalnya. Namun apakah ia wajar diberikan?

Pertubuhan ini mempunyai seorang guru yang pernah di buang daerah satu ketika dulu disebabkan gangsterisme. Guru ini juga pernah masuk pembangkang dalam satu pilihanraya umum.

Yang ini aku tidak mahu komen betul atau salahnya. Yang aku ingin komen adalah silat cekak tidak atau belum lagi berikan respon. Jika diberikan respon sekali pun, aku rasa kurang kesannya sebab silat cekak tidak kuat akibat krisis dalaman. Semuanya tercedera.

Berbanding dengan zaman Almarhum, silat cekak ketika itu kuat. Pernah terjadi beberapa insiden antara kedua-dua pertubuhan silat ini tetapi silat cekak pimpinan Almarhum tetap utuh. Bolehlah perjuangan silat cekak untuk membasmi ilmu tahyul dan khurafat ditegakkan.

Tapi bila lemah sekarang, perjuangan ini terbengkalai.

Friday, December 24, 2010

Amannya Sekarang

Aku bersyukur kerana blog aku ini sudah aman. Tiada lagi kutukan dan kata nesta.

Sungguh rasa aman dan tenang.

Kepada seorang hamba Allah yang mempersoalkan gaya blog aku dahulu, dengan rasa ikhlas, aku ucapkan terima kasih kepada insan tersebut.

Alhamdullillah, aku sudah kuatkan azam aku untuk berubah. Aku bertindak untuk berubah. Dan aku sudah berubah.

Kepada setiap individu yang hatinya terguris di blog ini, aku minta maaf. Bukan itu niat aku. Bukan itu tujuan aku.

Pada aku, masing-masing ada hak untuk mempertahankan pandangan dan pilihan masing-masing. Jika ada perbezaan, ia cuma disebabkan terkeliru, kurang maklumat dan salah faham.

Kebenaran adalah milikNya sahaja.

Pada masa sekarang ini, Silat Cekak telah berpecah kepada empat kumpulan dengan guru masing-masing. Semuanya bergurukan Almarhum dahulu.

Jadi kepada para pemimpin keempat-empat gulungan ini, bawalah anak murid masing-masing ke jalan Allah kerana ia adalah tanggungjawab yang telah dipikul. Ia berat.

Sayang seribu kali sayang, benda baik yang Almarhum tinggalkan tidak dijaga dengan baik. Yang bathil kini bersuara kembali.

Satu pengajaran yang patut dipelajari daripada zaman Almarhum ialah yang dipentingkan adalah mutu bukan bilangan ahli yang ramai.

Tidakkah ini disedari?

Thursday, December 23, 2010

Berita Terkini

Terkini diberitahu ada dua keputusan berkaitan krisis yang melanda PSSCUHM sekarang. Pertama adalah keputusan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mana PSSCUHM telah menang dalam kes injunksinya terhadap MRH. Dengan kata lain MRH tidak boleh merepresentasikan dirinya sebagai Guru Utama dan Presiden PSSCUHM mulai tarikh keputusan Yang Arif Hakim.

Dengan kata lain MRH tidak boleh menggunakan apa juga pengenalan yang bersabit dengan PSSCUHM. Gelaran Guru Utama SCH tidak boleh digunakan. Gelaran Presiden PSSCUHM pun tidak boleh digunakan. Nama PSSCUHM tidak boleh digunakan. Nama Silat Cekak Ustaz Hanafi juga tidak boleh digunakan. Logo persatuan PSSCUHM tidak boleh digunakan. Logo persilatan pun tidak boleh digunakan. Unifom tidak boleh digunakan. Semua yang bersabit dengan PSSCUHM semuanya tidak boleh digunakan.

Dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ini, Yang Arif Hakim telah mendengar hujah-hujah bagi kedua-dua belah pihak. Masing-masing peguam boleh melakukan sesi soalbalas. Ini termasuk keterangan daripada MRH sendiri. Tentu MRH telah menggunakan segala ilmu yang ada miliknya untuk mempertahankan diri beliau. Peluang telah diberikan. Natural justice juga telah diberikan. Akhirnya MRH tetap kalah juga.

Jadi semua kes mahkamah yang melibatkan PSSCUHM, semuanya PSSCUHM menang. Dalam semua kes sivil ini, hujah-hujah kedua-dua belah pihak didengari. Ini adalah Mahkamah Tinggi bukan Mahkamah Seksyen atau Mahkamah Magistret. Lagi tinggi kuasanya. Lagi tinggi wibawanya.

Jadi mengapa PSSCUHM boleh menang semua kes sivil ini?

Dari segi bilangan cawangan-cawangan, majoriti memang menyokong MRH tetapi mengapa tetap kalah juga?

PSSCUHM menang sebab mereka ikut undang-undang negara khususnya Akta Pertubuhan 1966 dan juga perlembagaan PSSCUHM. Puak MRH kalah sebab tidak ikut undang-undang. Itu sahaja.

Nasib malang terus melanda cawangan-cawangan ini yang tidak mengikut keputusan-keputusan PSSCUHM. 10 cawangan telah dibubarkan. Ini disahkan oleh ROS. Ini berita yang sampai kepada aku.

Apa yang akan dilakukan oleh MRH dan puaknya, sama-samalah kita nantikan bersama.

Atas ketentuanNya dan atas kehendakNya, ini semua berlaku.

Waulahu'alam.

Monday, December 20, 2010

Isu Sumpah

Tempoh hari ada disebut dan diungkit tentang isu MRH bersumpah. Isu ini adalah salah satu isu yang mencengkam pegangan dan pendirian ahli-ahli silat.

Setahu aku, MRH telah bersumpah lebih daripada sekali. Dalam mesyuarat MMT pada bulan September 2006, MRH telah bersumpah sebanyak dua kali. Dikatakan beliau juga telah bersumpah beberapa kali semasa roadshownya di dalam dan luar kawasan Lembah Kelang pada bulan April hingga September tahun 2006.

Tujuan utama MRH bersumpah adalah satu usaha untuk membersihkan namanya di kalangan para penyokong beliau. Namun apa yang berlaku ia telah menghasilkan suasana yang lebih kelam kabut di kalangan ahli-ahli dan masyarakat.

Ada persoalan timbul mengapa krisis ini tidak diselesaikan secara Islam?

Apakah perkara ini telah diusahakan atau tidak oleh pihak-pihak yang tertentu dalam persatuan?

Seperti yang termaklum, maklumat yang sampai ke akar umbi adalah maklumat sekerat-sekerat mengikut selera si penyampai. Si penyampai ada agendanya tersendiri.

Setahu aku, usaha untuk menyelesaikan isu ini secara adik beradik telah pun dilakukan. Bila ia dilakukan? Ia dilakukan pada peringkat awal krisis ini. Pada waktu itu, tiada ramai orang yang tahu. Cuma dua tiga orang sahaja yang tahu.

Seperti yang telah aku sebutkan, keluarga mangsa ada beberapa pilihan. Mereka boleh memilih untuk membuat laporan polis sebaik sahaja kejadian itu berlaku. Kedua, mereka boleh mengadu kepada persatuan dan ketiga berdiam diri. Jalan yang dipilih pada ketika itu adalah untuk mengadu kepada persatuan untuk tindakan. Namun setahu aku, usaha-usaha untuk menyelesaikan isu ini secara Islam telah pun diusahakan sebelum aduan dibuat kepada persatuan.

Siapakah individu-individu yang terbabit? Individu-individu yang terbabit adalah nama-nama yang disebut sendiri oleh Nek Teh. Mengikut Nek Teh, selepas kes ini berlaku, beliau telah bermimpikan Almarhum. Dalam mimpi itu, Almarhum telah menyatakan persatuan ada masalah dan meminta Nek Teh menghubungi dua individu tersebut untuk menyelesaikannya.

Kedua-dua individu tersebut telah dihubungi. Mereka telah diminta untuk menyelesaikan isu ini. Mereka juga telah mengadakan pertemuan-pertemuan untuk menyelesaikan isu ini secara dalaman agar nama baik persatuan terperlihara.

Antara yang disyorkan adalah kedua-dua pihak bersumpah atas nama Allah - "Wallahi, Wabillahi, Wata'alahi" dalam satu majlis tertutup yang disaksikan anggota kedua keluarga berkenaan. Namun perkara ini tidak terjadi kerana MRH tidak bersetuju berbanding keluarga mangsa yang bersetuju.

Maka tamatlah usaha ini.

Usaha ini dilakukan sebelum kes ini diadukan kepada persatuan. Selepas kes ini dirujuk kepada persatuan, kaedah sumpah cara Islam ini tidak boleh dilakukan.

Mungkin jika ini diadakan tidaklah berlaku haru biru dalam persatuan tetapi itu bukan kehendakNya dan bukan ketentuanNya.

Pada aku, sumpah-sumpah yang dilakukan oleh MRH selepas kes ini dirujuk kepada persatuan adalah tidak bertepatan kerana kes sedang disiasat pada ketika itu. Roadshow-roadshow yang diadakan pada ketika itu telah banyak menganggu tugas-tugas persatuan dalam menyelesaikan isu tersebut. Malah ia telah mengharu-birukan persatuan hingga tidak terkawal dan PSSCUHM berpecah.

Waulahu’alam.

Wednesday, December 15, 2010

Tinggal harapan?

Selepas keputusan Mahkamah Magistret Ampang yang melibatkan MRH, PK telah meletakkan satu pengharapan yang menggunung dikalangan para penyokongnya. Dikatakan keputusan mahkamah jenayah itu akan memberikan kesan kepada keputusan-keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengesahkan autoriti MMK yang sah bagi PSSCUHM.

Apakah keputusan Mahkamah Magistret Ampang (jenayah) itu akan mempengaruhi keputusan-keputusan yang telah dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (sivil)?

Jawapannya tentu tidak kerana kes mahkamah magistret itu adalah kes jenayah yang melibatkan pihak pendakwa raya dan OKT iaitu MRH sahaja. Ia tidak melibatkan PSSCUHM kerana kes-kes yang melibatkan PSSCUHM itu adalah kes-kes sivil.

Dalam kes sivil yang melibatkan Omar vs MMK/PSSCUHM, kes ini tidak boleh lagi dirayu kerana tempoh rayuan nya telah tamat. Ini bermakna kes ini tidak boleh dikendalikan lagi oleh mana-mana mahkamah. Keputusannya terus kekal berwibawa.

Apakah keputusannya? Keputusan nya adalah Omar telah kalah dengan kos.

Dengan keputusan ini, MMK 2006-2009 adalah sah dan semua tindakan yang diambil berkaitan krisis persatuan adalah sah. Ini bermakna penubuhan dan segala syor tindakan dan keputusan jawatankuasa siasatan dan jawatankuasa penghakiman adalah sah. Atas syor-syor inilah, MMK 2006-2009 telah menggantung dan memecat MRH dan para penyokongnya di dalam MMK.

MMK juga telah menggantung dan membubarkan cawangan-cawangan yang tidak akur dengan keputusan-keputusan MMK. Begitu juga nasib ahli-ahli yang mengikut MRH. Mereka juga telah dipecat daripada menjadi ahli PSSCUHM.

Begitu juga dalam kes MRH vs PSSCUM, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak berpihak kepada MRH. Beliau telah kalah dalam usaha untuk mendapatkan kembali jawatan Presiden PSSCUHM. Memang beliau boleh merayu terhadap kes ini tetapi risiko dan kosnya adalah sangat tinggi jika kalah. Kes ini adalah menarik kerana hujah-hujah Yang Arif Hakim adalah jelas dan nyata iaitu MRH telah diberikan natural justice untuk membela dirinya semasa siasatan dalaman diadakan. Juga penubuhan jawatankuasa siasatan dan penghakiman adalah sah didalam konteks perlembagaan PSSCUHM dan Akta Pertubuhan 1966 mengikut hujah-hujah Yang Arif Hakim.

Baru-baru ini PSSCUHM telah berjaya mendapatkan perintah injunksi terhadap MRH. Beliau tidak boleh merepresentasikan dirinya sebagai Presiden dan juga guru utama SCH. Beliau dan PK tidak boleh memakai apa juga pengenalan yang ada kaitan dengan SCH seperti nama, logo, bendera dan sebagainya.


Eloklah dibaca alasan-alasan hakim-hakim ini di www.cekakhanafi.com.

Dengan ini MRH dan para penyokongnya telah dipecat daripada PSSCUHM. Dan cawangan-cawangan yang menyokongnya juga telah dibubarkan oleh ROS.

Oleh itu, aku berpendapat keputusan kes jenayah MRH di Mahkamah Magistret Ampang tidak memberikan apa-apa kesan terhadap kedudukan MMK dan kepimpinan PSSCUHM sekarang.

Sunday, December 12, 2010

Teknikal Perundangan

Banyak komen yang telah aku terima yang mahu aku perjelaskan secara terperinci apa yang aku maksudkan dengan kemungkinan penolakan kes itu atas sebab-sebab teknikal. Maksud teknikal disini adalah teknikal perundangan.

Dalam kes jenayah, beban untuk membuktikan di pihak pendakwaraya adalah satu perkara yang sukar untuk dilakukan berbanding kes sivil. Dan proses yang dilalui juga adalah berbeza. Dalam mahkamah jenayah, prosesnya melibatkan proses mewujudkan satu kes prima facie terhadap Orang Kena Tuduh (OKT) terlebih dahulu. Dan untuk berbuat demikian, bahan-bahan bukti yang kukuh perlu dikemukakan kepada Yang Arif Hakim oleh pihak pendakwa. Saksi-saksi juga boleh disoalbalas oleh peguam OKT.

Ini adalah satu artikel yang menarik
http://portal.imateradigital.com/myhealth/bm/template.jsp?showMe=6&storyid=1242122186823


yang boleh membantu kita memahami apa yang dimaksudkan dengan masalah teknikal perundangan. Cuba kita semak perkara-perkara dalam ruang info artikel ini. Komen aku dalam [ ]

INFO: Jenayah seksual dan penderaan terhadap wanita dan kanak-kanak

•Laporan jenayah seksual dan penderaan boleh dibuat mana-mana balai polis dan sebaik-baiknya selepas saja kejadian.
[Kes ini menjadi lemah sebab dilaporkan 6 bulan selepas kejadian berlaku.]

•Laporan adalah lebih baik dibuat oleh mangsa sendiri, tetapi jika keadaan mangsa tidak membenarkan, sesiapa pun boleh buat laporan bagi pihaknya untuk tempoh sementara. Apabila keadaan sudah membenarkan, mangsa seharusnya membuat laporan lain.
[Aku difahamkan laporan dibuat oleh keluarga mangsa sebab mangsa masih lagi bawah umur.]

•Laporan bagi kes rogol perlu dibuat secepat mungkin selepas kejadian kerana kebanyakan bukti yang diperlukan polis ada pada badan mangsa. Mangsa juga dinasihatkan tidak mandi selepas dirogol dan sebaik-baiknya datang dengan baju yang dipakai ketika kejadian.
[Walaupun kes ini adalah kes cabul tapi prosesnya sama sahaja. Dalam kes ini, bukti-bukti yang diperlukan polis yang ada badan mangsa tidak dapat diambil sebab kes ini dilaporkan 6 bulan kemudian. Dengan sendiri bahan bukti mungkin tidak ada di pihak polis menjadikan hujah-hujah pendakwaan kes ini menjadi lemah.]

•Ketika membuat laporan mangsa perlu ceritakan kejadian sebenar dan jangan berasa takut. Jika ada barang lain, bawa bersama kerana ia mungkin ada kesan DNA seperti air mani, rambut yang boleh dikesan.
[Mungkin mangsa tidak ada bawa bersama barang-barang lain untuk mendapatkan kesan DNA. Jadi kes ini menjadi lemah.]

•Biasanya bagi kes rogol ketika siasatan polis, mangsa akan dibawa ke dalam bilik atau bukan tempat yang terbuka. Lazimnya, polis wanita digalakkan mengambil laporan. Tetapi jika tiada polis wanita dan polis lelaki bertugas dalam keadaan tidak segan, mangsa boleh membuat laporan.
[Aku rasa laporan mangsa ini ada dan digunakan sebagai satu bahan pendakwaan.]

•Ketika laporan dibuat, polis tidak akan bertanya lagi bagaimana mangsa dirogol maka itu polis wanita atau lelaki boleh mengambil laporan yang hendak dibuat.
[Polis juga telah mengambil laporan polis ini bagi tujuan pendakwaan]

•Apabila laporan itu diterima, polis akan klasifikasi kes itu. Inilah antara sebab laporan perlu dibuat supaya pihak polis mendapat kuasa untuk menyiasat termasuk menangkap, menggeledah dan menyoal individu yang terbabit.
[Yang ini telah berlaku kerana MRH telah ditangkap, digeledah dan disoal oleh pihak polis]

•Hanya ketika mangsa membuat kenyataan diambil barulah dia akan ditanya dan biasanya polis wanita yang akan mengendalikannya.
[Mungkin kenyataan mangsa ini ada dalam kes ini sebagai bukti pendakwaan]

•Timbalan pendakwa raya akan tengok atau teliti sama ada cukup atau tidak, bukti dan keterangan mangsa untuk mendakwa mangsa (silap taip sepatutnya individu). Walaupun mangsa tahu individu yang melakukannya tanpa bukti dan keterangan betul, ia mungkin sukar untuk didakwa.
[Dalam kes ini, individu telah dikenalpasti dan ditangkap dan didakwa setelah timbalan pendakwaraya menengok dan melihat bahan-bahan yang ada. Dan seksyen 354 Kanun Keseksaan digunakan.]

Dan jika kita melihat pengendalian kes ini berlaku adalah sungguh lama yakni lebih daripada tiga tahun dan pegawai polis yang terlibat telah bertukar tempat dan terpaksa menengok fail-fail lama. Adalah sukar bagi anggota polis ini untuk mengingat fakta-fakta kes. Dengan itu, pendakwaan menjadi lemah.

Mungkin juga ada pertukaran magistret yang berlaku yang juga akan mempengaruhi perjalanan kes tersebut.

Apapun keluarga mangsa masih ada peluang untuk merayu dan mana tahu keputusan akan memihak kepada mangsa seperti yang telah berlaku dalam kes yang tersebut di bawah ini.

http://mediakini.com/berita-jenayah/cabul-pelajar-guru-dipenjara-15-tahun-2-sebatan.html

Waulahu'alam

Kalau bukan disini, diakhirat

Aku masih lagi menerima kutukan-kutukan daripada PK hingga ke hari ini tetapi aku ingin memperingatkan mereka bahawa apa yang telah berlaku adalah satu episod sahaja.

Sekarang bermulanya satu episod yang baru.

Sepertimana yang berlaku dalam artikel ini, keluarga mangsa perlu sedar bahawa satu masa nanti keadilan akan tertegak juga.

Kisah benar ini http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1025&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_05.htm boleh terjadi kepada sesiapa pun.

Kes ini lebih ekstrem daripada kes mangsa. Terlepas daripada hukuman tidak semestinya si penjenayah itu benar. Penjenayah hanya tidak dihukum lagi. Tidak dipenjarakan lagi. Tidak dirotan lagi.

Waulahu'alam