Wednesday, December 15, 2010

Tinggal harapan?

Selepas keputusan Mahkamah Magistret Ampang yang melibatkan MRH, PK telah meletakkan satu pengharapan yang menggunung dikalangan para penyokongnya. Dikatakan keputusan mahkamah jenayah itu akan memberikan kesan kepada keputusan-keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengesahkan autoriti MMK yang sah bagi PSSCUHM.

Apakah keputusan Mahkamah Magistret Ampang (jenayah) itu akan mempengaruhi keputusan-keputusan yang telah dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (sivil)?

Jawapannya tentu tidak kerana kes mahkamah magistret itu adalah kes jenayah yang melibatkan pihak pendakwa raya dan OKT iaitu MRH sahaja. Ia tidak melibatkan PSSCUHM kerana kes-kes yang melibatkan PSSCUHM itu adalah kes-kes sivil.

Dalam kes sivil yang melibatkan Omar vs MMK/PSSCUHM, kes ini tidak boleh lagi dirayu kerana tempoh rayuan nya telah tamat. Ini bermakna kes ini tidak boleh dikendalikan lagi oleh mana-mana mahkamah. Keputusannya terus kekal berwibawa.

Apakah keputusannya? Keputusan nya adalah Omar telah kalah dengan kos.

Dengan keputusan ini, MMK 2006-2009 adalah sah dan semua tindakan yang diambil berkaitan krisis persatuan adalah sah. Ini bermakna penubuhan dan segala syor tindakan dan keputusan jawatankuasa siasatan dan jawatankuasa penghakiman adalah sah. Atas syor-syor inilah, MMK 2006-2009 telah menggantung dan memecat MRH dan para penyokongnya di dalam MMK.

MMK juga telah menggantung dan membubarkan cawangan-cawangan yang tidak akur dengan keputusan-keputusan MMK. Begitu juga nasib ahli-ahli yang mengikut MRH. Mereka juga telah dipecat daripada menjadi ahli PSSCUHM.

Begitu juga dalam kes MRH vs PSSCUM, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak berpihak kepada MRH. Beliau telah kalah dalam usaha untuk mendapatkan kembali jawatan Presiden PSSCUHM. Memang beliau boleh merayu terhadap kes ini tetapi risiko dan kosnya adalah sangat tinggi jika kalah. Kes ini adalah menarik kerana hujah-hujah Yang Arif Hakim adalah jelas dan nyata iaitu MRH telah diberikan natural justice untuk membela dirinya semasa siasatan dalaman diadakan. Juga penubuhan jawatankuasa siasatan dan penghakiman adalah sah didalam konteks perlembagaan PSSCUHM dan Akta Pertubuhan 1966 mengikut hujah-hujah Yang Arif Hakim.

Baru-baru ini PSSCUHM telah berjaya mendapatkan perintah injunksi terhadap MRH. Beliau tidak boleh merepresentasikan dirinya sebagai Presiden dan juga guru utama SCH. Beliau dan PK tidak boleh memakai apa juga pengenalan yang ada kaitan dengan SCH seperti nama, logo, bendera dan sebagainya.


Eloklah dibaca alasan-alasan hakim-hakim ini di www.cekakhanafi.com.

Dengan ini MRH dan para penyokongnya telah dipecat daripada PSSCUHM. Dan cawangan-cawangan yang menyokongnya juga telah dibubarkan oleh ROS.

Oleh itu, aku berpendapat keputusan kes jenayah MRH di Mahkamah Magistret Ampang tidak memberikan apa-apa kesan terhadap kedudukan MMK dan kepimpinan PSSCUHM sekarang.

8 comments:

  1. Maaf..pd pndpt sya, ada kaitan kerana asas PSSCUHM memecat Md. Radzi dahulu adalah atas faktor kes 354 itu juga.Maka apabila kes 354 ini telah dilepaskan dan dibebaskan, maka ini menunjukkan bahawa asasa kepada pemecatan itu sendiri tidak berlaku.

    ReplyDelete
  2. #Yas 38

    Setahu saya MRH dipecat bukan disebabkan oleh kes itu sahaja tetapi atas sebab-sebab yang lain juga. Aduan-aduan yang dikemukakan kepada PSSCUHM oleh seorang ahli meliputi kes-kes salahlaku yang lain. Antaranya tidak amanah terhadap wang persatuan, penganiayaan terhadap ahli dan petua-petua yang meragukan.

    Aduan-aduan ini disiasat secara dalaman oleh sebuah jawatankuasa siasatan. Hasil siasatan dikemukakan kepada sebuah jawatankuasa penghakiman yang mana syor-syor dibawa balik ke MMK yang menilai secara keseluruhan.

    Selepas itu barulah MRH digantung keahliannya dan kemudiannya dipecat daripada PSSCUHM.

    Kuasa terletak kepada MMK.

    ReplyDelete
  3. Maknanya tuan secara indirectly telah mengesahkan apa yang nyatakan sebelum ini iaitu kes itu ada kaitan dgn keputusan persatuan kerana tuan sendiri kata pemecatan En. Md Radzi bukan atas alasan itu sahaja...bermakna... salah satu sebab pemecatan adalah kerana perbuatan 354 itu. Maka, adala tu kaitannya kes 354 KK tersebut dgn keputusan persatuan.Setahu saya, pertuduhan tidak amanah itu telahpun diputuskan oleh Jawatankuasa Penghakiman bahawa En. Md Radzi tidak bersalah utk pertuduhan itu.

    Tambahan lagi, saya percaya di dalam jawatankuasa penyiasatan dan juga jawatankuasa penghakiman, hanya DUA pertuduhan sahaja dihadapkan kepada En. Md Radzi iaitu pecah amanah (berkaitan RM10,000) dan juga pertuduhan s.354 KK tersebut.Berkenaan dengan petua-petua yang dikatakan meragukan, memandangkan tiada pertuduhan, maka tidak timbul isu itu dijadikan asas utk memecat En. Md Radzi.

    ReplyDelete
  4. maafkan saya..

    rasanya dikalangan ahli, info yg didapati ialah En Md dipecat sebab kes cabul dan BUKANNYA kes lain.. maafkan saya kalau salah..

    tapi, walau apa pun yg berlaku, BANYAK ahli dibawah menyokong En Md dan TIDAK MENYOKONG MMK.

    dan saya masih lagi menganggap ianya sebenarnya satu rampasan kuasa dari pihak tertentu yg inginkan mendapatkan kuasa dalam persatuan dengan cara tidak betul.

    bagi saya, mudah sahaja.. biarlah dibuat kembali EGM untuk memilih kembali persatuan.. kerana persatuan adalah hak milik ahli dan bukannya hak milik MMK. :)

    -ahli-

    ReplyDelete
  5. #Yas38

    Pada saya, para pengikut telah diberikan maklumat-mklumat yang sekerat-sekerat ikut selera sipenyampai sebab ada agenda sendiri. Setahu saya, semua pihak termasuk MRH telah bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa siasatan dan jawatankuasa penghakiman. Setahu saya, semua wakil MMN dan ahli-ahli telah dipanggil untuk diberikan penerangan. Pada ketika itu, semua pihak setuju untuk memberikan MMK peluang untuk menjalankan tanggungjawabnya. Semua pihak diminta menunggu hasilnya. Malangnya janji tinggal janji. Perkara sampai ke akar umbi dan jadi tidak terkawal. Tugas jawatankuasa-jawatankuasa ini terganggu disebabkan gangguan-gangguan. Itu sebab tempoh masa sebanyak 40 hari untuk jawatankuasa-jawatankuasa ini menjalankan tugas telah meleret hingga berbulan-bulan.PSSCUHM pecah.

    ReplyDelete
  6. #OLID

    Ahli silat tidak semestinya ahli PSSCUHM.

    Kita telah pun berpecah.

    Bawalah diri masing-masing sebab tidak akan ada penyatuan.

    Sekarang ada empat kumpulan yang berpecah daripada zaman Almarhum.

    Pusaka buatlah. Tidak ada siapa yang nak kacau.

    ReplyDelete
  7. You didn't reply to the issue that I've asked. And then you try to avoid in answering my question.Mmg benar isu yang disampaikan kepada ahli PADA PERINGKAT AWAL KES IN BERLAKU, disampaikan sekerat2 mengikut selera si penyampai.Yang mana akan menyebelahi si penyampai, dia akan sampaikan.Yang mana tidak, sama ada dia tak sampaikan terus atau dia pusing.Itu saya tidak nafikan berlaku kerana saya mengalami situasi tu sendiri...and you'll be surprise who's the one that told me this sekerat2 stories.

    Berkenaan ulasan tuan di atas, saya tak nafikan semua pihak bersetuju utk tubuhkan jawatankuasa siasatan dan juga kehakiman...saya tidak persoalkan isu itu....yang saya soalkan ialah berkenaan pernyataan tuan yang menyatakan tiada kaitan antara pertuduhan 354 dengan persatuan. Ianya adalah antara individu dengan individu. Which with all due respect to you, I beg to differ kerana ianya mmg ada kaitan.Dan melalui pernyataan tuan sendiri juga mengesahkan bahawa ianya ada kaitan kerana SALAH SATU sebab En. Md Radzi dipecat ialah kerana s.354 tu.

    ReplyDelete
  8. Komen saya dalam [ ]
    You didn't reply to the issue that I've asked. And then you try to avoid in answering my question.
    [Saya telah memberikan jawapannya. Mungkin kurang jelas agaknya. Bila kejadian ini berlaku, keluarga mangsa ada beberapa pilihan samada untuk membuat laporan polis atau merujuk kepada PSSCUHM atau berdiam diri sahaja. Pilihan yang dibuat mereka adalah merujuk kepada PSSCUHM. Bila ia dirujuk kepada PSSCUHM, jadilah ia kes persatuan. MRH memegang dua jawatan. Satu jawatan Presiden dan satu lagi adalah Guru Utama. Di dalam siasatan dalaman ini, MMK telah memutuskan MRH bersalah.
    Keputusan telah dibuat dan kes persatuan ini telah selesai.
    Untuk jawatan Guru Utama, ianya dirujuk kepada MMT yang membuat keputusan mengekalkan jawatan Guru Utama.
    Disinilah berlakunya stalemate.
    Dari mulut MRH sendiri yang mencabar untuk menyaman keluarga mangsa. Inilah yang mendorong keluarga mangsa membuat laporan polis itu walaupun selepas 6 bulan kes ini berlaku.
    Jadilah ia kes antara dua individu. PSSCUHM tidak terlibat lagi. Harap-harap puan boleh faham.]

    Mmg benar isu yang disampaikan kepada ahli PADA PERINGKAT AWAL KES IN BERLAKU, disampaikan sekerat2 mengikut selera si penyampai.Yang mana akan menyebelahi si penyampai, dia akan sampaikan.Yang mana tidak, sama ada dia tak sampaikan terus atau dia pusing.Itu saya tidak nafikan berlaku kerana saya mengalami situasi tu sendiri...and you'll be surprise who's the one that told me this sekerat2 stories.
    [Perkara ini juga telah berlaku kepada saya. Dan saya telah membuat siasatan sendiri untuk menetapkan pendirian saya. Saya seorang ahli silat sahaja. Saya telah tamat belajar. Dan sekarang, saya tidak aktif dengan PSSCUHM.]

    Berkenaan ulasan tuan di atas, saya tak nafikan semua pihak bersetuju utk tubuhkan jawatankuasa siasatan dan juga kehakiman...saya tidak persoalkan isu itu....yang saya soalkan ialah berkenaan pernyataan tuan yang menyatakan tiada kaitan antara pertuduhan 354 dengan persatuan. Ianya adalah antara individu dengan individu. Which with all due respect to you, I beg to differ kerana ianya mmg ada kaitan.Dan melalui pernyataan tuan sendiri juga mengesahkan bahawa ianya ada kaitan kerana SALAH SATU sebab En. Md Radzi dipecat ialah kerana s.354 tu.
    [Saya boleh terima hujah-hujah puan. Saya respect pendapat puan itu. Tentang isu ini, saya telah jelaskan seperti di atas tadi. Itulah penjelasan saya. Mahu terima atau tidak terpulanglah kepada diri puan sendiri.
    Sebab utama kita berpecah adalah berlakunya kejadian sumbang itu. Maksud saya, MRH sebagai Presiden dan Guru Utama ketika itu tidak wajar melakukan perbuatan sumbang itu. Sumbang dari segi adap bangsa Melayu kita dan sumbang juga dari segi ajaran ugama Islam kita.
    Waulahu’alam.]

    December 19, 2010 7:47 AM

    ReplyDelete