Sunday, December 12, 2010

Teknikal Perundangan

Banyak komen yang telah aku terima yang mahu aku perjelaskan secara terperinci apa yang aku maksudkan dengan kemungkinan penolakan kes itu atas sebab-sebab teknikal. Maksud teknikal disini adalah teknikal perundangan.

Dalam kes jenayah, beban untuk membuktikan di pihak pendakwaraya adalah satu perkara yang sukar untuk dilakukan berbanding kes sivil. Dan proses yang dilalui juga adalah berbeza. Dalam mahkamah jenayah, prosesnya melibatkan proses mewujudkan satu kes prima facie terhadap Orang Kena Tuduh (OKT) terlebih dahulu. Dan untuk berbuat demikian, bahan-bahan bukti yang kukuh perlu dikemukakan kepada Yang Arif Hakim oleh pihak pendakwa. Saksi-saksi juga boleh disoalbalas oleh peguam OKT.

Ini adalah satu artikel yang menarik
http://portal.imateradigital.com/myhealth/bm/template.jsp?showMe=6&storyid=1242122186823


yang boleh membantu kita memahami apa yang dimaksudkan dengan masalah teknikal perundangan. Cuba kita semak perkara-perkara dalam ruang info artikel ini. Komen aku dalam [ ]

INFO: Jenayah seksual dan penderaan terhadap wanita dan kanak-kanak

•Laporan jenayah seksual dan penderaan boleh dibuat mana-mana balai polis dan sebaik-baiknya selepas saja kejadian.
[Kes ini menjadi lemah sebab dilaporkan 6 bulan selepas kejadian berlaku.]

•Laporan adalah lebih baik dibuat oleh mangsa sendiri, tetapi jika keadaan mangsa tidak membenarkan, sesiapa pun boleh buat laporan bagi pihaknya untuk tempoh sementara. Apabila keadaan sudah membenarkan, mangsa seharusnya membuat laporan lain.
[Aku difahamkan laporan dibuat oleh keluarga mangsa sebab mangsa masih lagi bawah umur.]

•Laporan bagi kes rogol perlu dibuat secepat mungkin selepas kejadian kerana kebanyakan bukti yang diperlukan polis ada pada badan mangsa. Mangsa juga dinasihatkan tidak mandi selepas dirogol dan sebaik-baiknya datang dengan baju yang dipakai ketika kejadian.
[Walaupun kes ini adalah kes cabul tapi prosesnya sama sahaja. Dalam kes ini, bukti-bukti yang diperlukan polis yang ada badan mangsa tidak dapat diambil sebab kes ini dilaporkan 6 bulan kemudian. Dengan sendiri bahan bukti mungkin tidak ada di pihak polis menjadikan hujah-hujah pendakwaan kes ini menjadi lemah.]

•Ketika membuat laporan mangsa perlu ceritakan kejadian sebenar dan jangan berasa takut. Jika ada barang lain, bawa bersama kerana ia mungkin ada kesan DNA seperti air mani, rambut yang boleh dikesan.
[Mungkin mangsa tidak ada bawa bersama barang-barang lain untuk mendapatkan kesan DNA. Jadi kes ini menjadi lemah.]

•Biasanya bagi kes rogol ketika siasatan polis, mangsa akan dibawa ke dalam bilik atau bukan tempat yang terbuka. Lazimnya, polis wanita digalakkan mengambil laporan. Tetapi jika tiada polis wanita dan polis lelaki bertugas dalam keadaan tidak segan, mangsa boleh membuat laporan.
[Aku rasa laporan mangsa ini ada dan digunakan sebagai satu bahan pendakwaan.]

•Ketika laporan dibuat, polis tidak akan bertanya lagi bagaimana mangsa dirogol maka itu polis wanita atau lelaki boleh mengambil laporan yang hendak dibuat.
[Polis juga telah mengambil laporan polis ini bagi tujuan pendakwaan]

•Apabila laporan itu diterima, polis akan klasifikasi kes itu. Inilah antara sebab laporan perlu dibuat supaya pihak polis mendapat kuasa untuk menyiasat termasuk menangkap, menggeledah dan menyoal individu yang terbabit.
[Yang ini telah berlaku kerana MRH telah ditangkap, digeledah dan disoal oleh pihak polis]

•Hanya ketika mangsa membuat kenyataan diambil barulah dia akan ditanya dan biasanya polis wanita yang akan mengendalikannya.
[Mungkin kenyataan mangsa ini ada dalam kes ini sebagai bukti pendakwaan]

•Timbalan pendakwa raya akan tengok atau teliti sama ada cukup atau tidak, bukti dan keterangan mangsa untuk mendakwa mangsa (silap taip sepatutnya individu). Walaupun mangsa tahu individu yang melakukannya tanpa bukti dan keterangan betul, ia mungkin sukar untuk didakwa.
[Dalam kes ini, individu telah dikenalpasti dan ditangkap dan didakwa setelah timbalan pendakwaraya menengok dan melihat bahan-bahan yang ada. Dan seksyen 354 Kanun Keseksaan digunakan.]

Dan jika kita melihat pengendalian kes ini berlaku adalah sungguh lama yakni lebih daripada tiga tahun dan pegawai polis yang terlibat telah bertukar tempat dan terpaksa menengok fail-fail lama. Adalah sukar bagi anggota polis ini untuk mengingat fakta-fakta kes. Dengan itu, pendakwaan menjadi lemah.

Mungkin juga ada pertukaran magistret yang berlaku yang juga akan mempengaruhi perjalanan kes tersebut.

Apapun keluarga mangsa masih ada peluang untuk merayu dan mana tahu keputusan akan memihak kepada mangsa seperti yang telah berlaku dalam kes yang tersebut di bawah ini.

http://mediakini.com/berita-jenayah/cabul-pelajar-guru-dipenjara-15-tahun-2-sebatan.html

Waulahu'alam

22 comments:

  1. tahniah, anda semakin kebuntuan idea untuk mengkona-kona..haha

    ReplyDelete
  2. #BBA

    Berikan lah hujah-hujah kamu jika kamu kata kamu benar dan apa yang aku tulis ini salah.

    ReplyDelete
  3. hua3..gelak guling2...dh xde idea ek??kui3..skarang md radzi dh bersumpah dgn nama ALLAH..tau xape nasib kalau nama ALLAH digunakan dlm sumpah??dh 2 guna al-quran plak...aku cabar korg...kalau korg pihak yg benar...bersumpah la juga atas nama ALLAH n sumpah menggunakan al-quran...

    ReplyDelete
  4. #Muslimah

    Pada aku tidak perlu kamu gelak-gelak dan guling-guling. Aku mengharapkan kamu berhujah tentang artikel ini. Aku juga mahu tahu apa pandangan kamu.

    Juga kamu tidak lagi berhujah balik dalam topik yang lain. Tidak mengapa aku boleh tunggu.

    Kamu telah timbulkan isu sumpah MRH.Boleh terangkan kepada aku berapa kali MRH bersumpah, di mana dia bersumpah dan cara dia bersumpah?

    ReplyDelete
  5. bukan xnk hujah tp ko keluarkan hujah sampah...so malas le nk layan sampah2 ko ni....

    ReplyDelete
  6. #Muslimah

    Usah malukan diri sendiri. Usah malukan pengikut-pengikut PK. Usah malukan MRH.

    Aku masih lagi menunggu jawapan tentang isu sumpah yang kamu telah timbulkan.

    ReplyDelete
  7. xpayah la 2nggu..nk berdebat sgt jom jumpa...huhuhuhuhuhu....

    ReplyDelete
  8. #Muslimah

    Mesej sampai. Kamu tidak mahu berdebat di sini. Aku tidak ada masalah pun.

    ReplyDelete
  9. udah2 le tu muslimah...

    makhamah sudah pun buat keputusan..

    xusah la nak diprovoke lagi..

    teruskanlah berbakti pada guru kamu..

    ReplyDelete
  10. Hmmhh...korang nih...kata nak tegakkan kebenaran..tapi korang sendiri dah yakin sangat yg Tuan Sheikh tu bersalah...Bila Hakim buat keputusan korang reject bulat2..better korang buat sistem perundangan sendiri la yang dihakimkan oleh Mr.Gugat..Harap2 guna nama sebenar la yer kalau jadik hakim...Bawak2 bertobatla..tulis bende yang korang yakin dan nampak jer..nak lagi cantik bawak bukti yg x berat sebelah...

    Ini pon klu komen aku kene approve la...

    ReplyDelete
  11. #Gsp3rm

    Keyakinan berdasarkan hujah. MRH sendiri mengaku yang dia pergi ke rumah mangsa selepas menelefon mangsa terlebih dahulu, kemudian masuk ke rumah mangsa dan berlaku sentuhan antara kedua-duanya termasuk di tempat larangan. Apa pendapat kamu tentang perkara ini?

    Bila aku berhujah, aku berhujah secara detail. Bukan aku suruh kamu setuju. Kalau hujah-hujah aku tidak betul, berilah hujah-hujah lain.

    Aku rasa tidak perlulah sebut aku nak jadi hakim atau buat sistem perundangan sendiri, guna nama sebenar, bertaubat dll.

    Ada aku kata keputusan Yang Arif Hakim itu salah? Aku cuma berikan contoh kes yang benar-benar berlaku sebagai memperkuatkan hujah aku. Aku fikir ini tidak salah.

    ReplyDelete
  12. Memang ko xde cakap secara terus bahawa Keputusan hakim itu salah, tapi penulisan ko terus2 memburuk2kan Tuan Sheikh, seolah2 dia betul2 bersalah atas tuduan yang ditujukan kepada beliau.

    Ingatlah, hanya Allah yang Maha Tahu tentang apa yg ko, aku dan manusia2 lain lakukan. Even Nabi S.A.W jugak ajar kita untuk tidak melakukan apa yg ko tgh lakukan ni.

    Kalau ko rasa atau yakin apa yg ko tulis kat sini adalah benar benar belaka tunjukkan bukti2 kukuh ko, bukan sekadar hujah kosong yg hanya ko dan puak PP sokong. Bak mai dokumen2 (tanpa edit), video2 (tanpa edit), dan segala bukti tanpa di make up...Baru betul cara menegak keadilan...

    Just my 2 cent...

    Anak Murid Tuan Sheikh

    ReplyDelete
  13. #Gsp3rm

    Komen aku dalam [ ]
    [Betul kah kamu sudah tukar gambar untuk nick ini? Aku perasan gambar yang lalu gambar seorang perempuan. Mungkin aku silap. Pada aku, aku tidak kisah sebab yang penting ada isu untuk dihujah.]
    Memang ko xde cakap secara terus bahawa Keputusan hakim itu salah,
    [Alhamdulillah, tiada kesamaran. Aku tidak pertikaikan keputusan Yang Arif Hakim mahkamah magistret Ampang itu. Maka aku juga berharap agar kamu tidak pertikaikan tiga keputusan Yang Arif Hakim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.]

    tapi penulisan ko terus2 memburuk2kan Tuan Sheikh, seolah2 dia betul2 bersalah atas tuduan yang ditujukan kepada beliau.
    [Kalau kamu menganggap penulisan-penulisan itu memburuk-burukkan MRH, itu pendapat kamu. Aku hormat. Tapi kamu bacalah hujah-hujah aku dulu. Adakah hujah-hujah itu memburuk-burukkan MRH atau tidak? Aku cuma menerangkan kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku dalam episod yang seterusnya selepas episod keputusan yang diberikan oleh Yang Arif Hakim itu.]

    Ingatlah, hanya Allah yang Maha Tahu tentang apa yg ko, aku dan manusia2 lain lakukan. Even Nabi S.A.W jugak ajar kita untuk tidak melakukan apa yg ko tgh lakukan ni.
    [Yang ini aku sedar dan aku harap kamu pun sedar sama. Apa alasan kamu yang mengatakan apa yang aku buat ini tidak betul dari sudut ajaran Rasullullah? Aku ada berhujah yang MRH telah melakukan beberapa kesalahan dari sudut ajaran ugama Islam iaitu:

    a. Pergi ke rumah mangsa dan masuk ke dalam rumah mangsa.
    b. Menyentuh, memicit dan memegang anggota mangsa termasuk yang terlarang.

    Yang dibingitkan adalah perbuatan cabul tetapi MRH tidak menafikan perkara a dan b itu. Apakah sebagai seorang guru, MRH patut melakukan perbuatan yang sumbang itu.]

    Kalau ko rasa atau yakin apa yg ko tulis kat sini adalah benar benar belaka tunjukkan bukti2 kukuh ko, bukan sekadar hujah kosong yg hanya ko dan puak PP sokong. Bak mai dokumen2 (tanpa edit), video2 (tanpa edit), dan segala bukti tanpa di make up...Baru betul cara menegak keadilan...

    Just my 2 cent...

    Anak Murid Tuan Sheikh

    [Aku dan kamu adalah ahli-ahli SCH. Sama-sama kita mencari kebenaran.

    Perbuatan MRH ini adalah salah. Salah dari segi adap melayu kita. Salah dari segi adap ugama Islam kita. Bukti-bukti itu semuanya ada pada MMK. Boleh dirujuk kepada mereka. Aku sendiri tidak ada. Cuba gunakan akal fikiran yang sihat. Apakah perbuatan MRH itu satu fitnah/sesuatu yang direka-reka atau tidak? Sebenarnya aku perlu meyakinkan diri aku sendiri sebelum berhujah dan memilih. Bila aku telah memilih atas daya usaha aku sendiri, mengapa pula aku dituduh bukan-bukan dengan perkataan yang sangat kesat?

    Itu sebab aku berubah cara aku berblog.

    Aku berpuas hati dengan keadaan harmoni di dalam blog aku ini berbanding yang lalu. Yang lalu itu telah menjadi satu sejarah.]

    ReplyDelete
  14. Sejak bila plak aku letak gambar pompuan kat profile aku...mata kna elok gugat..Xkan mata kat kepala dah gelap macam mata hati...ni gambar aku yg sebenar2nya menunjukkan aku bersyukur dengan nama dan rupa yg aku ada..xperlulah aku berselindung di balik nickname yg xtaw sapa2...Nak cabar ko buat camtu pon komfom ko x brani..xpela..nak wat camna...

    Aku mengatakan yg ko tetap memburuk2kan Tuan Sheikh samada ko sedar atau ko xmaw sedar. caranya senang sahaja..untuk bersikap adil, ambil orang yg xtahu apa2, cuba suruh baca blog aminzainul.blogspot.com dan blog ko ni..pastu suruh dia nilai before baca komen2 pembaca...mana satu hujah yang disediakan dengan penuh bukti..dan mana satu hujah yg seolah2 berbunyi seperti dendam atau amarah semata2...

    Ko kata ko tidak memburuk2kan Tuan Sheikh dan anak murid beliau...Tapi xkan sampai ejaan bagi jom silat kat video yg ko post tu jadi bahan blog jugak kot...Mungkin ya..pada masa tu mebi ko dah xda idea..so amikla video apa pun...pastu ko komenla semahu ko...

    Pastu hujah2 ko suma dengar2 sahaja..ko xda pada waktu itu, pada ketika itu...Tapi ko cukup yakin dengan apa yang ko dengar...Sebab tu aku cakap mana bukti dia? Maksud dia kalau org yg citer kat ko tu kencing kat ko...maknanya blog ko pun dah hancing la..xgtu?..Sebagai information blogger pon ko dah gagal..ni kan lagi la sebagai 'kononnya' penegak kebenaran.

    Cerita pasal blogger, ko pon dah fail dah..Bila ko blogging pasal maklumat, ko amalkan freedom of speech..tp ko x beri freedom of speech kepada pembaca..Awat? Xdapat trima kenyataan dari komen2 pembaca? Kalau betul penuh dengan caci maki, tapis jerla kata cacian, xperlulah sampai x approve..xgtu?...

    Hmmhh..aku rasa dah ble buat 1 posting dah panjang komen aku nih..hmmmh...

    ReplyDelete
  15. aku rase blog amin xpernah keluarkan bukti yang kukuh.setakat bukti dalam bentuk penulisan.sapa2 pon bleh tulis!

    ReplyDelete
  16. #Gsp3rm

    Komen aku dalam [ ]

    Sejak bila plak aku letak gambar pompuan kat profile aku...mata kna elok gugat..Xkan mata kat kepala dah gelap macam mata hati...ni gambar aku yg sebenar2nya menunjukkan aku bersyukur dengan nama dan rupa yg aku ada..xperlulah aku berselindung di balik nickname yg xtaw sapa2...Nak cabar ko buat camtu pon komfom ko x brani..xpela..nak wat camna...
    [Tiada isu. Aku kata mungkin. Kamu ada cara kamu dan aku ada cara aku. Tiada masalah.]

    Aku mengatakan yg ko tetap memburuk2kan Tuan Sheikh samada ko sedar atau ko xmaw sedar. caranya senang sahaja..untuk bersikap adil, ambil orang yg xtahu apa2, cuba suruh baca blog aminzainul.blogspot.com dan blog ko ni..pastu suruh dia nilai before baca komen2 pembaca...mana satu hujah yang disediakan dengan penuh bukti..dan mana satu hujah yg seolah2 berbunyi seperti dendam atau amarah semata2...
    [Ini satu permintaan yang luar daripada kawalan aku sebab para pengunjung boleh menilai bahan-bahan yang ada didalam blog ini dan blog itu. Terpulanglah kepada mereka. Yang penting isu dan hujah.]

    Ko kata ko tidak memburuk2kan Tuan Sheikh dan anak murid beliau...Tapi xkan sampai ejaan bagi jom silat kat video yg ko post tu jadi bahan blog jugak kot...Mungkin ya..pada masa tu mebi ko dah xda idea..so amikla video apa pun...pastu ko komenla semahu ko...
    [Ada sebab yang aku letak video itu untuk dikomen. Video itu jelas menunjukkan yang program itu dikatakan dianjurkan oleh PSSCUHM pada asalnya. Namun bila program itu berlaku, ia diubah menjadi anjuran pusaka pula.]

    Pastu hujah2 ko suma dengar2 sahaja..ko xda pada waktu itu, pada ketika itu...Tapi ko cukup yakin dengan apa yang ko dengar...Sebab tu aku cakap mana bukti dia? Maksud dia kalau org yg citer kat ko tu kencing kat ko...maknanya blog ko pun dah hancing la..xgtu?..Sebagai information blogger pon ko dah gagal..ni kan lagi la sebagai 'kononnya' penegak kebenaran.
    [Guna akal yang waras yang Allah berikan itu. Kalau kamu dan aku atau sesiapa orang lain berada ditempat kejadian itu, tidaklah berlaku perkara itu. MRH tentulah tidak berani buat.]

    Cerita pasal blogger, ko pon dah fail dah..Bila ko blogging pasal maklumat, ko amalkan freedom of speech..tp ko x beri freedom of speech kepada pembaca..Awat? Xdapat trima kenyataan dari komen2 pembaca? Kalau betul penuh dengan caci maki, tapis jerla kata cacian, xperlulah sampai x approve..xgtu?...

    [Dari segi kebebasan, dulu aku buat begitu tetapi sekarang aku sudah ubah supaya tidak ada lagi komen anonymous. Mudah untuk fokus. Samada blog ini berjaya atau gagal, terpulanglah kepada masing-masing individu untuk membuat penilaian.]

    Hmmhh..aku rasa dah ble buat 1 posting dah panjang komen aku nih..hmmmh...

    December 17, 2010 1:11 AM

    ReplyDelete
  17. Quoted from Gugat:"Guna akal yang waras yang Allah berikan itu. Kalau kamu dan aku atau sesiapa orang lain berada ditempat kejadian itu, tidaklah berlaku perkara itu. MRH tentulah tidak berani buat."

    Then ko la kena guna akal yg waras bila aku tidak menyatakan pada waktu kejadian itu..tapi apabila ko mengulas isu mahkamah, JK penyiasat dan macam2 lagi..Xkan TerGUGAT dgn kenyataan kot sampai gelabah camni....Lek Gugat...

    Dalam video tu, xkan ejaan pun jadi isu kot..Jom Silat, jom silat..JOM SILAT...hmmhhh...Pastu ko dah komfom xdak kat situ, tp cakap Tuan Sheikh syok sendiri?Iye ke?Ke, ko yang syok sendiri dgn Hujah ko tu?


    Quoted from Gugat:"Ini satu permintaan yang luar daripada kawalan aku sebab para pengunjung boleh menilai bahan-bahan yang ada didalam blog ini dan blog itu. Terpulanglah kepada mereka. Yang penting isu dan hujah."

    Ini bukan permintaan..Ini sebagai satu perbezaan. Ingat, apabila fakta2 ko x benar, and orang luar yg xtaw apa2 percaya biar sedikit, Ia fitnah, even xdak org pecaya pon Ia tetap fitnah. Fitnah di mana hanya untuk membunuh Kredibiliti Tuan Sheikh. Hmmmhhh...Tulisan gugat adalah sangat tidak adil, jika ianya sebagai komen maka itu adalah hak individu, tapi bila ianya dijadikan seolah2 fakta, maka ia fitnah...


    Quoted: "Dari segi kebebasan, dulu aku buat begitu tetapi sekarang aku sudah ubah supaya tidak ada lagi komen anonymous. Mudah untuk fokus"

    Aik, skali alasan caci maki, skrg alasan anonymous...Most of us komen letak nama la Enchek Gugat...Lainlah enchek Gugat, cakap x supa bikin..Maih la letak gambao n Nama menurut IC skali..Bangga la sikit ngan kurnia mak bapak Enchek Gugat...Klau kes Nama Penipu Bin Pemfitnah, Maybe la Gugat ble malu ngan nama tu kot...or kepala ada 6 titik itam, logik la Gugat Malu..Ker takut nih kene santau?Xrisau, kita x men santau2 nih...Kita men doa supaya dapat hidayah jer...


    Quoted from bobostrobos:
    "aku rase blog amin xpernah keluarkan bukti yang kukuh.setakat bukti dalam bentuk penulisan.sapa2 pon bleh tulis! "

    Itu apa yg ko rasa, tp bukan apa yg fakta...Owh..betullah Laporan JK penyiasat tu Fitnah..Alaa..sapa2 boleh tulis ya x Bobo-San..Sbb Laporan tu dipetik direct dari Laporan JK penyiasat...

    ReplyDelete
  18. #Gsp3rm
    Komen aku dalam [ ]

    Then ko la kena guna akal yg waras bila aku tidak menyatakan pada waktu kejadian itu..tapi apabila ko mengulas isu mahkamah, JK penyiasat dan macam2 lagi..Xkan TerGUGAT dgn kenyataan kot sampai gelabah camni....Lek Gugat...
    [Soalannya mudah tapi jawapannya nampak susah. Ya kah, aku rasa tergugat dan gelabah?]

    Dalam video tu, xkan ejaan pun jadi isu kot..Jom Silat, jom silat..JOM SILAT...hmmhhh...Pastu ko dah komfom xdak kat situ, tp cakap Tuan Sheikh syok sendiri?Iye ke?Ke, ko yang syok sendiri dgn Hujah ko tu?
    [Teliti sikit. Bukankah ada lambang PSSCUHM digunakan?]

    ReplyDelete
  19. Komen aku dalam [ ].

    Ini bukan permintaan..Ini sebagai satu perbezaan. Ingat, apabila fakta2 ko x benar, and orang luar yg xtaw apa2 percaya biar sedikit, Ia fitnah, even xdak org pecaya pon Ia tetap fitnah. Fitnah di mana hanya untuk membunuh Kredibiliti Tuan Sheikh. Hmmmhhh...Tulisan gugat adalah sangat tidak adil, jika ianya sebagai komen maka itu adalah hak individu, tapi bila ianya dijadikan seolah2 fakta, maka ia fitnah...
    [Fakta-fakta tidak benar? Dimana dalam hujah aku, aku timbulkan fitnah? Kamu cuma rasa saja. Orang lain mungkin tidak lihat begitu.]

    ReplyDelete
  20. Komen aku dalam [ ]

    Aik, skali alasan caci maki, skrg alasan anonymous...Most of us komen letak nama la Enchek Gugat...Lainlah enchek Gugat, cakap x supa bikin..Maih la letak gambao n Nama menurut IC skali..Bangga la sikit ngan kurnia mak bapak Enchek Gugat...Klau kes Nama Penipu Bin Pemfitnah, Maybe la Gugat ble malu ngan nama tu kot...or kepala ada 6 titik itam, logik la Gugat Malu..Ker takut nih kene santau?Xrisau, kita x men santau2 nih...Kita men doa supaya dapat hidayah jer...
    [Cara sekarang ini adalah lebih baik dan teratur berbanding dahulu. Kamu tidak perlu provoke aku.]

    ReplyDelete
  21. Wooo..Ni langkah provoke ker?...xpelah enchek Gugat...daripada ko layan "provokasi" aku ni yg mengGUGAT "cara" ko berblog..Better ko carik idea nak post bende baru,xkan xdak idea dah kot..tp better datang dgn bukti yer..Xde bukti pon xpe..dah blog ko yer x...

    RENUNG2kan dan Selamat BerAMAL...

    ReplyDelete
  22. #Gsp3rm

    Kita berlainan pendapat tidak mengapa. Kalau kamu tidak mahu berfikir, aku tidak boleh buat apa-apa. Bukankah dokumen-dokumen mahkamah itu bahan-bahan bukti yang kukuh?

    ReplyDelete