Sunday, December 26, 2010

Kenapa guna duit rakyat tarik sokongan PSSLM

Kenapa guna duit rakyat tarik sokongan PSSLM

Ini adalah satu artikel yang keluar di harakahdaily.net pada 20 Disember 2010.

Sebagai seorang ahli SCH, aku ingin komen tentang artikel ini sebab ia membawa banyak implikasi terhadap perjuangan SCH.

Setahu aku sehingga kini, masih belum ada respon daripada empat pemimpin yang mengajar silat cekak sekarang. Mungkin mereka sibuk. Mungkin mereka belum kebar daripada demam panas yang melanda silat cekak.

Apa respon daripada Tok Ak? Mungkin beliau tidak boleh respon sebab beliau sedang sakit. Lagipun tak kan lah nak respon sebab beliau sendiri ada dapat anugerah daripada pertubuhan itu.

Ada respon daripada Datuk Maideen? Mungkin beliau sibuk dengan masalah dalaman PSSCM dengan isu syahadahnya.

Ada respon daripada MRH? Mungkin beliau belum ada masa untuk fikirkan isu ini lagi sebab beliau telah kehilangan PSSCUHM.

Ada respon daripada PSSCUHM?. Mungkin guru utama atau presiden sewajarnya memberikan perhatian.

Aku setuju dengan beberapa pandangan daripada penulis ini. Memang tidak wajar memberikan wang rakyat untuk tujuan ini. Persatuan-persatuan silat lain macam mana pula? Aku juga melihat PESAKA dipergunakan untuk tujuan ini kerana umum sedia maklum siapa Setiausaha Agung PESAKA sekarang.

Kalau dari sudut percaturan politik mungkin ada rasionalnya. Namun apakah ia wajar diberikan?

Pertubuhan ini mempunyai seorang guru yang pernah di buang daerah satu ketika dulu disebabkan gangsterisme. Guru ini juga pernah masuk pembangkang dalam satu pilihanraya umum.

Yang ini aku tidak mahu komen betul atau salahnya. Yang aku ingin komen adalah silat cekak tidak atau belum lagi berikan respon. Jika diberikan respon sekali pun, aku rasa kurang kesannya sebab silat cekak tidak kuat akibat krisis dalaman. Semuanya tercedera.

Berbanding dengan zaman Almarhum, silat cekak ketika itu kuat. Pernah terjadi beberapa insiden antara kedua-dua pertubuhan silat ini tetapi silat cekak pimpinan Almarhum tetap utuh. Bolehlah perjuangan silat cekak untuk membasmi ilmu tahyul dan khurafat ditegakkan.

Tapi bila lemah sekarang, perjuangan ini terbengkalai.

2 comments:

  1. cekak malaysia kalau diperhatikan banyak ahli nya terdiri dari ahli politik berbanding ahli PSSCUHM.

    rase2nya kalau PSSCUHM beri respon..kurang dapat perhatian kot..

    ReplyDelete
  2. Kalau tidak silap aku sejak zaman Almarhum lagi, dasar persatuan adalah tidak memihak kepada mana-mana aliran politik kepartian. Orang-orang politik mesti tamat belajar SC sebelum boleh aktif dalam persatuan. Jika kamu kata CM ada ramai orang-orang politik mungkin itu yang "menyekat" mereka daripada bersuara jika sesuatu isu itu tidak selari dengan ideologi mereka.

    Aku rasa kita perlu bebas untuk beri respon tapi sejak krisis dalaman berlaku pada zaman Tok Ak dan sekali lagi pada zaman MRH, aku kira kita lemah.

    SCH hilang taring.

    ReplyDelete