Tuesday, January 5, 2010

Lipatan Sejarah

Ini 1 dokumen yg masuk dlm mailbox aku. Aku saja nak kongsi. Sejarah tetap sejarah. Kite jgn bohong sejarah. Ia jd 1 lipatan.


Ringkasan Kronologi kes Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia


10 Mac 2006: Peristiwa mencabul kehormatan wanita didakwa dilakukan oleh En Md Radzi Hj Hanafi, Presiden / Guru Utama Silat Cekak Hanafi.

11 Mac 2006: Mesyuarat Agong Perwakilan kali ke 9 telah diadakan dan pemilihan ahli Majlis Mesyuarat Kebangsaan sesi 2006/2009 diadakan.

8 April 2006 : Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK) bagi sesi 2006/2009 telah dibentuk sepenuhnya.

12 April 2006: Aduan salah laku Encik Md Radzi Hj Hanafi termasuk kes mencabul kehormatan wanita telah dikemukakan secara rasmi oleh seorang ahli.

2 May 2006: Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK) telah membentuk Jawatankuasa Penyiasatan Dalaman dan Jawatankuasa Penghakiman Dalaman untuk menangani kes aduan salah laku yang diterima.

7 May 2006: Encik Md Radzi Hj Hanafi telah mengemukakan surat bercuti dari jawatan Presiden dan meminta Naib Presiden, Tuan Hj Md Nasir Md Arshad untuk menjalankan tugas dan memangku jawatan Presiden.

16 May 2006: Jawatankuasa Penyiasatan Dalaman memulakan siasatan

26 Julai 2006: Jawatankuasa Penyiasatan Dalaman selesai menjalankan siasatan dan mendapati bahawa aduan pencabulan itu ada asas yang kukuh.

6 Ogos 2006: Jawatankuasa Penghakiman yang bersidang dan telah membuat keputusan bahawa Encik Radzi Hj Hanafi bersalah terhadap perbuatan mencabul dan telah mencadangkan kepada Majlis Mesyuarat Kebangsaan supaya mengambil tindakan Tatatertib di bawah Perkara 24 Ceraian 3 Perlembagaan Persatuan.

13 Ogos 2006: Majlis Mesyuarat Kebangsaan menerima keputusan Jawatankuasa Penghakiman dan dengan itu beliau telah dikenakan tindakan digantung keahlian berdasarkan Perkara 24 Ceraian 3 (b) Perlembagaan Persatuan.

25 Ogos 2006: MMK menerima notis Mesyuarat Agong Luar Biasa dari cawangan-cawangan yang mendakwa pemilihan MMK pada Mesyuarat Agong Perwakilan ke 9 tidak sah kerana dihadiri oleh tiga (3) orang ahli cawangan Pulau Pinang yang tidak sah. Pihak cawangan meminta supaya Mesyuarat Agong Luar Biasa diadakan dan pemilihan semula MMK dibuat.

MMK membuat keputusan ianya tidak perlu diadakan kerana permohonan tidak dilakukan secara bersama seperti yang dikehendaki di dalam perlembagaan dan juga Mesyuarat Agong Luar Biasa tidak boleh diadakan untuk memilih ahli MMK.

3 September 2006: Mesyuarat Majlis Muafakat Tertinggi (MMT) telah diadakan atas berikutan permintaan MMK supaya MMT mengkaji semula kedudukan En Md Radzi Hj Hanafi sebagai Guru Utama Silat Cekak Hanafi berikutan beliau didapati bersalah terhadap perbuatan mencabul kehormatan wanita.

MMT memutuskan Encik Md Radzi Hj Hanafi kekal sebagai Guru Utama.

15 September 2006: Setiausaha cawangan Melaka, Omar Abdul Rahman telah mengambil tindakan menyaman MMK dan memohon injuksi supaya menghalang MMK dari menjalankan tugas.

17 September 2006: MMK telah menolak keputusan MMT yang masih mengekalkan Encik Md Radzi Hj Hanafi sebagai Guru Utama kerana keputusan MMT dibuat tidak mengikut peraturan perlembagaan.

19 September 2006: Bapa mangsa cabul telah membuat laporan polis terhadap Encik Md Radzi Hj Hanafi.

26 Januari 2007: Encik Md Radzi Hj Hanafi telah ditahan reman oleh pihak polis.

18 Mac 2007: Majlis Muafakat Tertinggi (MMT) telah membuat keputusan untuk melucutkan jawatan Guru Utama Encik Md Radzi Hj Hanafi dan seterusnya menamakan Encik Marwi Latif sebagai Guru Utama yang baru.

25 Mac 2007: MMK telah menerima keputusan MMT dan seterusnya telah memecat Encik Md Radzi Hj Hanafi dari menjadi ahli persatuan.

31 Mac 2007: Majlis Pengistiharan Encik Marwi Latif sebagai Guru Utama yang baru dilakukan oleh MMT.

April 2007: Pekeliling MMK dihantar kepada cawangan-cawangan meminta cawangan-cawangan menerima perlantikan Encik Marwi Latif sebagai Guru Utama yang baru.

30 April 2007: MMK telah menfailkan tindakan saman dan injuksi terhadap Encik Md Radzi Hj Hanafi.

Encik Md Radzi Hj Hanafi pula menfailkan saman pemula untuk mendapatkan semula jawatan beliau.

17 Julai 2007: Encik Md Radzi Hj Hanafi telah didakwa di Mahkamah Magistrate Ampang Selangor di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan bagi kes mencabul kehormatan.

Sept. – Dis. 2007: Penubuhan Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi di beberapa negeri oleh cawangan-cawangan negeri.

2 November 2008: MMK membuat keputusan untuk membubarkan cawangan-cawangan dan memecat ahli-ahli yang ingkar terhadap arahan MMK supaya menerima Encik Marwi Latif sebagai Guru Utama yang baru.

10 Disember 2008: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan menolak permohonan injuksi oleh Setiausaha Cawangan Melaka, Omar Abdul Rahman.

22 Januari 2009: MMK membuat keputusan sekali lagi untuk membubarkan cawangan dan ahli-ahli yang engkar terhadap arahan MMK.

23 Mac 2009: Setiausaha Agong telah mengeluarkan Notis Pembubaran cawangan kepada cawangan-cawangan yang ingkar arahan MMK.

28 Mac 2009: Dimaklumkan bahawa cawangan-cawangan dan penyokong Encik Md Radzi Hj Hanafi telah membuat Mesyuarat Agong Luar Biasa dan memilih ahli MMK mereka tanpa mengikut peraturan perlembagaan.

24 April 2009: Setiausaha Agong mengeluarkan Perintah Pembubaran cawangan.

6 Jun 2009: Mesyuarat Agong Perwakilan ke 10 diadakan dan pemilihan MMK bagi sesi 2009/2012 telah dibuat.


Tamat

5 comments:

  1. gugat said...
    Syukran
    Komen aku dlm [ ]

    Anonymous said...
    Tn. Gugat macam dah hilang punca?
    [xde aku tetap steady.]

    Tak ada beban digalasnya batu, tak ada pekerjaan inilah aktiviti terbaru.
    [aku xkisah ape ko ckp. ade citer disebalik gambo tu.]


    Gambar itu sebenarnya sajer ditayangkan supaya ahli-ahli dan masyarakat lihat dan camkan muka itu sahaja.
    [mgkin ya mgkin x]

    Siapa yg bersama YM Tuan Guru En.Md Radzi Hj Hanafi itulah pendokong perjuangan yg mulia.
    [Ikut suke ko ler. Bile guru cabul, anak murid???]

    Gambar ini penting agar mereka yg tersesat jalan tidak berhubung dengan yg ada didalam gambar. Ia juga ditujukan khas kepada masyarakat agar memulaukan siapa yg ada dalam gambar itu.
    [Pepasal nak pulau??? silap paham ni.]

    Akan ada orang yg mengenali siapa digambar tersebut agar segala cerita tokok tambah boleh dihasilkan. Ini juga salah satu kategori pekerjaan...

    December 8, 2009 4:54 PM
    [Ni tafsiran ko bukan aku.
    Gambo tu ade ler gambo pusaka. Pakai unifom pusaka tp ngaku masih lg SCH. Kan ni tipu namenye.]

    December 9, 2009 2:22 PM

    Kata-kata orang...*u*a*i*...

    ReplyDelete
  2. Syukran

    Ko ckp ape aku kisah. Guru aku guru cabul. Ko pengikut guru cabul. xmalu ke???

    *sama-sama berpesan dengan kebenaran

    ReplyDelete
  3. Ya aku hrp akan dpt info lg sejak bulan Jun 2009 hingga skrg. Sape ade?

    ReplyDelete
  4. BODOHNYA ORG YG EMAIL KO TU, SEBAB BANYAK FAKTA YANG HILANG... NI LAH KATEGORI ORANG YANG MEMFITNAH... KALAU BETUL NAK TUNJUK BODOH PUN, JANGANLAH SAMPAI BODOH SANGAT... KENAPA DALAM KRONOLOGI NI TAK DIMASUKKAN SEKALI PERLETAKAN JAWATAN OLEH AMRUDIN DAN KUNCU2NYA? NAPE XLETAK SEKALI SEBAB APA PERLETAKKAN JAWATAN TU TAK DITERIMA? DAN KNAPE TAK LETAK SEKALI PERISTIWA DOKTOR YANG BODOH BAB AGAMA TAPI BUAT2 PANDAI DAN TIDAK DIHALANG PUN OLEH SESIAPA DIKALANGAN LAHANAT2 YG BANGANG TU SURUH SUMPAH GUNA AL-QURAN? NAPE TAK LETAK SEKALI PERISTIWA ABU HUZAIFA YG KECUT TELOQ BILA DITAMPAQ MULUTNYA?

    AUTA JE BANYAK KORG NI

    ReplyDelete
  5. Syukran

    Komen aku dlm [ ]


    Anonymous said...
    BODOHNYA ORG YG EMAIL KO TU,
    [Bodoh bg ko sbb ko PK. Pandai bg aku.]


    SEBAB BANYAK FAKTA YANG HILANG...
    [Kite amik yg besar2 ajer. Yg kecik2 xmain.]


    NI LAH KATEGORI ORANG YANG MEMFITNAH...
    [PK lg byk fitnah. Aku tgk skrg lg teruk. Nampak tension sbb x betul.]


    KALAU BETUL NAK TUNJUK BODOH PUN, JANGANLAH SAMPAI BODOH SANGAT...
    [X bodoh pun. Xsgt pun.]

    KENAPA DALAM KRONOLOGI NI TAK DIMASUKKAN SEKALI PERLETAKAN JAWATAN OLEH AMRUDIN DAN KUNCU2NYA?
    [Aku sendiri boleh jwb. Mmg ade. Mereka letak jawatan atas prinsip sbb dlm mesy MMT pada 3 Sept 2006 itu, MMT kekalkan kedudukan guru aku sebagai guru utama. Ko xmau tanye naper si penulis blog tu xhadir. Apepun MMK tolak perletakan jawatan mereka. So ape isunye?]

    NAPE XLETAK SEKALI SEBAB APA PERLETAKKAN JAWATAN TU TAK DITERIMA?
    [MMK xterima sbb keputusan MMT tu xikut peraturan perlembagaan. Jd xperlu mereka ni letak jawatan.]


    DAN KNAPE TAK LETAK SEKALI PERISTIWA DOKTOR YANG BODOH BAB AGAMA TAPI BUAT2 PANDAI DAN TIDAK DIHALANG PUN OLEH SESIAPA DIKALANGAN LAHANAT2 YG BANGANG TU SURUH SUMPAH GUNA AL-QURAN?
    [Ko lg bodoh dpd tuan doktor tu. Ko sape berbanding die? Yg bangang ade ler pengerusi semase tu. xtau jd pengerusi. Ko pi tanye die.]

    NAPE TAK LETAK SEKALI PERISTIWA ABU HUZAIFA YG KECUT TELOQ BILA DITAMPAQ MULUTNYA?
    [Info ni xpenting dr segi persatuan. Tp ia jd kes polis. Kecut teloq??? Maaf sape yg tarik balik kes polis ni? Sape yg xde teloq? Bukan guru aku?




    AUTA JE BANYAK KORG NI

    January 29, 2010 6:05 PM

    [Auta???..ko pi tobat dulu ler.]

    *sama-sama berpesan dengan kebenaran.

    ReplyDelete