Tuesday, June 2, 2009

Satu Ke Kiri Satu Ke Kanan

19. Apakah tiada peluang untuk berdamai selaras dengan semangat Silat Cekak Hanafi?

Aku ditanya naper buka blog ini. Apa faedahnya? Apa yang aku dapat?

Selepas tiga tahun berkelana, aku dapati majoriti ahli-ahli SCH tidak dapat info daripada pihak MMK 2006-2009 berbanding PK. Ia disebabkan oleh approach MMK 2006-2009 yang berbeza.

Ada aku tanyakan kontak aku naper MMK buat gitu. Jawapan yang aku dapat krisis ini melibatkan satu perkara aib. Aib untuk guru aku. Aib untuk keluarga. Aib untuk persatuan. Kontak aku tanya aku, apa Islam kata tentang hal aib ini. Apa yang patut dilakukan ikut Islam? Katanya hal aib mesti ditutup. Benda busuk mesti ditutup. Usah buka aib. Usah panjangkan aib.

Jika itulah niatnya maka aku boleh terima.

Krisis yang aib ini telah mengecewakan semua pihak yang terlibat dengan SCH. Ye ler guru aku buat hal yang mengaibkan.

Pokok permasalahan adalah perbuatan dia. Kalau dia tak buat tak jadi semua ini. Kita jadi kalut. Satu masa kita bersatu. Selepas itu kita berpecah. Puncanya adalah hal guru aku ini.

Approach yang digunakan oleh puak pendukung adalah membendung aib ini. Tapi sebaliknya dipihak PK, aib ini dicanang merata negeri.

Cuba kita perhatikan di antara kedua pihak ini, mana satu yang agresif.

Info aku menunjukkan PK ini lebih agresif. Apa buktinya?

Buktinya adalah:

1. Kes langgar di Kuantan yang melibatkan YDP terhadap ahli yang menyokong PP.

2. Kes pukul yang dilakukan oleh guru aku terhadap penolong SUA.

3. Kata-kata kesat yang dilemparkan kepada PP oleh PK.

4. Kes ala-gangster yang libatkan PK diwaktu mesyuarat MMT yang berlangsung di Hotel De Palma pada bulan September 2006.

5. Posting-posting kasar dari PK termasuk di blog aku ini.

Yang peliknya perangai buruk ini dilakukan oleh YDP/MMN dan jurulatih-jurulatih.

Aku bertanya pada diri aku sendiri, apakah ini kualiti sebenar ahli-ahli SCH yang dididik oleh guru aku? Oleh jurulatih?

Betulke SCH camni?

Tapi bila aku semak buku Silat Cekak Hanafi, nampak gah. Ada visi. Ada misi.

Dalam keadaan sekarang, peluang berdamai memang tipis. Sebabnya itu kehendak PK.

Kalau satu ke kiri dan satu ke kanan, mana ada titik pertemuan.

Aku ikut yang benar.

Waulahu'alam.

*sama-sama berpesan dengan kebenaran.

18 comments:

  1. Binasa api bukanlah kerana air tetapi oleh kerana sifatnya sendiri.

    ReplyDelete
  2. Sedapnye kamu menuduh kami. Macam mana kamu nak jawab kata2 kesat yg dilemparkn oleh pp di blog-blog yg lain? Saya lihat lebih banyak blog yang didirikan bagi menyerang pk. Terdapat satu blog yg guna approach melukis karikatur yg memburukkan En Mad, apa kamu nak jawab? Sampai gunakan cara yg sama untuk memburukkan Rasulullah seperti seorang pelukis dari Denmark, dan saya ingin katakan di sini saya tidak menyamakan guru saya dengan Rasulullah sebelum kamu menuduh pihak kami lagi. Kamu mengatakan kami begini kerana ajaran guru kami. Apa, kamu tidak pernah berguru dengan En Mad? Seingat saya tak pernah En Mad mengajar benda2 begini, ataupun dia pernah mengajar kamu perkara buruk? Selama saya menyertai cekak tidak pernah saya diajar dan mengajar untuk memburukkan orang lain, dan saya adalah seorang tenaga pengajar. Adakah ini kebenaran kamu?

    Melihat posting2 kamu terdahulu, kamu mengatakan telah menyiasat melalui maklumat dari kedua2 belah pihak, tapi saya rasa tidak begitu. Info kamu hanyalah dari pihak pp, bukan pk. Jika ada pun kamu tak selidik betul2. Nampak sangat siasatan kamu berat sebelah. Bukti? Saya nampak satu teguran tentang cara penulisan kamu, tapi pada mulanya kamu kata kamu selesa dengan menggunakan perkataan "Aku" tanpa menyelidik kenapa orang itu menegur kamu. Setelah diberitahu sekali lagi oleh orang lain secara terperinci baru kamu betulkan.

    Nasihat saya, kalau kamu betul2 mahukan kebenaran maka kamu harus tidak memihak kepada siapa2 semase siasatan. Awal2 lagi kamu yakin En Mad bersalah. Apabila mindset kamu menetapkn En Mad memang bersalah, maka siasatan kamu akan menjadi berat sebelah. Selidik dulu kedua2 maklumat dengan betul2, jangan kamu abaikan info walau sekecil mana. Kalau kamu tidak boleh berbuat begitu, maka biarkanlah makhamah yang menentukannya.

    Jika kamu inginkan pendamaian, maka adalah lebih eloknya kamu tidak membincangkan isu SCH secara terbuka. Apa tujuan kamu buka blog ini? Kamu kata kamu terima alasan MMK tidak ingin membuka aib, tapi di sini kamu membuka aib SCH kepada mereka yang tidak mengetahui dan orang luar. Kamu mahu sebarkan info MMK? Biarkan mereka sendiri yang melakukannya, itu kerja mereka.

    ReplyDelete
  3. Syukran

    "Binasa api bukanlah kerana air tetapi oleh kerana sifatnya sendiri."

    Satu ungkapan yang cukup bermakna. Aku harap jika ada huraian yang lebih panjang.

    *sama-sama berpesan dengan kebenaran.

    ReplyDelete
  4. Hehe menarik..menarik profile pemilik blog ni. semuga teruskan lagi usaha2 membetulkan atau merosakkan lagi keadaan..bak kata ustaz hanafi berusahalah bersungguh2 dan bergantung hati pd Allah

    ReplyDelete
  5. Salam...
    Aku terpanggil untuk memberi komen lagi..
    Cuba teliti ayat ini semasaknya.. ada betulnya.. terutama di cawangan yang kebanyakannya Pak Turut dalam hal ini
    "Bila Guru Cakap Bulat Bulat, Ahli Telan Bulat Bulat"....
    Kalau pihak PP nak burukkan mantan, better kita printkan CTOS untuk paparan semua, biar semua tahu hal kewangan dier.. tapi pihak PP x buat, kerana x mahu memalukan beliau...
    Saya pernah dengar serita, mantan nie pernah tengok tarian bo*** semasa di Turki, (masih ingat lagi ker mantan, dengar cerita mulut terbuka luas) gambar mantan pun masih ada oleh orang tertentu sebagai bukti... Ada kawan rapat aku dah tengok.. aku aje yang belum...
    Kalau gambar tu terkeluar dalam website, tak tahulah...
    Appaun fikir fikirkanlah..
    Dari : Anti Keliru 2009

    ReplyDelete
  6. Syukran

    Cantik pesanan Al-Marhum Ustaz Hanafi tu.

    *sama-sama berpesan dengan kebenaran

    ReplyDelete
  7. Syukran

    Aku sendiri dengar banyak citer ttg guru aku. Ramai ahli termasuk orang-orang keliling dan jurulatih pun tau siapa sebenarnya guru aku ni. Bila masa sampai, ia akan terbongkar gak.

    *sama-sama berpesan dengan kebenaran.

    ReplyDelete
  8. Berbalik kepada persoalan ;
    Apakah tiada peluang untuk berdamai selaras dengan semangat Silat Cekak Hanafi?

    Aku rasa dah tipis sekarang...
    Masakan hendak berdamai, di PK sendiri buat EGM yang belum tentu sah.. Aku harap semua ahli fokus kepada perjuangan asal SCH... Jangan kerana krisis ini, kita lupa akan perjuangan asal.. Dua teras perjuangan SCH jangan kita lupakan.. Jangan asyik dengan permasalahan ini sehingga kita terlupa matlamat kita... Sekadar nasihat untuk diri sendiri dan sahabat semua.. Apapun fikir fikirkanlah...
    Dari : Anti Keliru 2009

    ReplyDelete
  9. Syukran

    Aku ada tinjau website-website SC - yakni CM,SCH,SCPH dan aku lihat semuanya kata nak teruskan perjuangan Al-Marhum Ustaz Hanafi. Tapi...

    Aku sendiri tak diberitahu oleh penyelia kelas aku dan tenaga pengajar aku. Guru aku lagi ler..

    Usah marahkan aku. Aku tidak tahu.

    *sama-sama berpesan dengan kebenaran.

    ReplyDelete
  10. Untuk pengetahuan semua...
    Kenali YDP-YDP Cawangan PSSCUHM sblm krisis ini berlaku, Kalau x percaya siasat :-
    i) YDP Johor : Business partner ngan Mantan
    Didikan Mantan lagi
    ii) YDP Kelantan : Business partner ngan Mantan
    iii)YDP Pahang : Business partner ngan Mantan
    iv) YDP Terengganu : Hubungan Keluarga yg rapat
    v) YDP Kedah : Isteri anak angkat Mak Teh
    vi) YDP Perlis: Terlalu muda dan menurut ajer
    vii) YDP Pulau Pinang: Abang mantan ler...

    Cuma tiga yang dibawah aje aku x siasat lagi..

    viii)YDP Sabah :
    ix) YDP Sarawak :
    x) YDP Negeri Sembilan :

    So.. apa penilaian anda..

    Tak keterlaluan jika saya katakan kebanyakan pendirian cawangan (dah dibubarkan pun) sebelah PK. kerana ada sentimen dan emosi dalam pendirian masing2...

    Penilaian yang berat sebelah, kalau salah pun telan ajer.. alamklumla.. ada something else behind...

    Ada otak pakai, jangan letak pajak gadai..

    Wassalam...

    ReplyDelete
  11. dude, utk penang, YDP dia dh lama tukar daaa, bukannye Abg G lagi...

    hang kata dh siasat? mcm poyo jerrr...

    ReplyDelete
  12. wahai si dude
    "dude, utk penang, YDP dia dh lama tukar daaa, bukannye Abg G lagi...

    hang kata dh siasat? mcm poyo jerrr..."

    Aku ckp sblm krisis... sblm krisis..
    CNI : Cekak N I
    Apela yg ko merepek nie...
    Walaupun selepas tu Abg G ko tu letak jawatan, tp caw penang masih refer kat dier...

    AK 2009
    Siapa yg poyo..
    mereka dan keluarga mereka...

    ReplyDelete
  13. Syukran

    Siapa yang poyo???

    Hang yg poyo sebab thread ini:

    Untuk pengetahuan semua...
    Kenali YDP-YDP Cawangan PSSCUHM sblm krisis ini berlaku, Kalau x percaya siasat :-


    "sblm" itu ape??

    "sblm" = Sebelum

    Jadi betullah info ni. Hang yg poyo..

    *sama-sama berpesan dengan kebenaran

    ReplyDelete
  14. Salam..

    Nampaknya PK tak berani komen tentang YDP2 yang aku bongkarkan...

    Diam tanda setuju.. Alhamdu lillah..
    Moga dibukakan hati semua ahli seluruh malaysia..
    Cegah yang mungkar..

    AK 2009

    ReplyDelete
  15. Syukran

    Siapa yg sygkan perjuangan Al-Marhum Ustaz Hanafi mesti bangun dan tentang kemungkaran yg dilakukan oleh guru aku.

    *sama-sama berpesan dengan kebenaran.

    ReplyDelete
  16. mmg hang yang poyo la gugat, YDP pahang kan dh jd master joe korg? siasat mcm tahi. setakat tahu ada hubungan bisnes tapi tak tahu bisnez apa. boleh dikategorikan sebagai bersangka buruk dengan org lain. sebenarnya 3amru ni yg pening, dan ko telan je bulat2 dia suap. dia suap tahi pun kau telan. nape ko xciter hubungan bisnez 3 amru ni dgn en.mad sblm PSSCUHM ni berkrisis? siap promote 1 Malaysia lagi. nasib baik aku tak terpengaruh time tu... kalau tak melayang lagi. dah la duit uniform tempat aku seramai 22 org pun diorg kebas pada tahun 2006. uniform tak dapat duit pun melayang. tak halal duit aku kalau diorg tibai. tanggung la bila mati nnti.

    ReplyDelete
  17. Salam

    Komen Anonymous

    "mmg hang yang poyo la gugat, YDP pahang kan dh jd master joe korg? siasat mcm tahi. setakat tahu ada hubungan bisnes tapi tak tahu bisnez apa"

    Jawapan aku ikhlas x bertapis :

    Siapa yang poyo saudara?.. YDP Pahang sebelum krisis ini berlaku adalah En Alam Shah @ Putar Alam.. YM En Marwi Latif dah serah jawatan YDP sebelum tu ler.. Siasat ler betul2.. Jangan ikut hawa nafsu seperti guru yang kau sanjung tu... Al Maksum Ummi Arif Billah : Md Radhi Al Qadhi..

    Siapa cakap aku tidak tahu business dia orang nie.. Aku tahu, cuma aku tidak dedahkan untuk pengetahuan kau orang semua... Lebih manis jika kamu semua siasat sendiri.. Aku menceritakan supaya kamu sedar, Apapun taufik dan hidayah itu semua dari ALLAH, bukan dari aku, bukan dari Guru Kamu Md Radzi Al Qadhi yang Maksum lagi Arif Billah..

    AK2009

    ReplyDelete
  18. ""Ada otak pakai, jangan letak pajak gadai..""

    aku suka ayat ni bro gugat !! Mantappp !!!

    GURU SEBENAR GURU ni bukan MANUSIA daaaaaaa....

    ReplyDelete