Tuesday, June 2, 2009

MMT Masih Lagi Tunai Janji

17. Apakah MMK masih lagi memberi sumbangan kepada balu Allahyarham Puan Maimunah (Mak Teh)?

18. Jika tidak, apakah alasan dan sebabnya?

Berat sungguh persoalan-persoalan ini kerana ia melibatkan perasaan para pendukung SCH. Aku tidak tahu bagaimana untuk bermula. Orang-orang yang terlibat ini semuanya sangat berjasa kepada Al Marhum Ustaz Hanafi.

Semasa aku berkelana tiga tahun ini, aku cuba dapatkan info tentang hal ini.

Ada ahli lama beritahu aku, setelah Nek Teh (pangkat nenek bagi aku ler) kehilangan suaminya yakni Al-Marhum Ustaz Hanafi, para pendukung SC telah berjanji untuk menjaga dan membela nasib Nek Teh dan keluarganya.

Diberitau pada aku, para pendukung telah menubuhkan satu tabung yang bernama tabung amanah. Melalui tabung amanah inilah bantuan diberikan kepada Nek Teh dan keluarga. Guru utama yang pertama menyetujui hal ini adalah Tok Ak - guru utama SCM.

Bila krisis berlaku yang melibatkan Tok Ak, tabung ini masih lagi diteruskan oleh para pendukung.

Tok Ak telah mungkir janji. Tok Ak tidak amanah.

Begitu juga bila berlaku krisis yang libatkan guru aku. Para pendukung masih lagi meneruskan sumbangan sepertimana yang dijanjikan.

Diberitau pada aku, sumbangan pada tabung ini datangnya daripada wang pengkeras.

Penyelia kelas diminta memasukkan sebahagian wang pengkeras ini ke dalam tabung amanah.

Cuba bayangkan setelah tiga tahun krisis ini berlalu, apakah penyelia kelas-penyelia kelas di pihak puak keluarga memasukkan wang dalam tabung amanah ini?

Jawapannya tidak.

Namun para pendukung masih lagi memberikan sumbangan pada Nek Teh hingga sekarang.

Jadi persoalan 18 tidak timbul.

Aku tidak pasti sama ada jumlah yang diberikan sekarang adalah sama dengan jumlah sebelum krisis.

Kalau kurangpun patutlah sebab guru aku dan penyelia-penyelia kelas PK tidak masukkan sebahagian wang pengkeras itu dalam tabung amanah tersebut.

Aku juga diberitau, tabung amanah ini ditadbir oleh MMT.

Aku tabik spring pada ahli-ahli MMT yang masih lagi tunaikan janji-janji mereka terhadap Nek Teh.

Dan ahli MMT ini termasuklah "orang gila" yang bergelar doktor itu. Dan doktor ini jugalah yang telah merawat Al-Marhum Ustaz Hanafi /dan Nek Teh sejak dulu hingga sekarang tanpa kenakan caj bayaran.

Malang bagi beliau, dia dihina sedemikian oleh PK.

Inilah rupabentuk ahli yang guru aku canai.

Fikir-fikirkanlah.

Sangat sedih kalbu aku bila kenangkan perkara ini.

Waulahu'alam.

*sama-sama berpesan dengan kebenaran.

14 comments:

  1. Neraca itu sifatnya adil. Ada terang ada gelap. Sungguhpun cahaya menerangi kegelapan. Neraca tetap dengan sifatnya.

    ReplyDelete
  2. Syukran

    Sungguh dalam maksudnya. Terasa terlalu kerdil diri aku. Takut aku pada neraca Allah nanti.

    *sama-sama berpesan dengan kebenaran.

    ReplyDelete
  3. siapa ya dr tu. bagi tau le supaya tahu krn saya ni baru tak kenal ramai org lama melainkan OTAI yg urus persatuan. Tahniah DR, teruskan usaha walau pd tanggapan kita org tak kenang krn tu tanda khidmat kita Tuhan dah angkat ke langit.

    pasai tabung amanah tu, kita wujudkan utk bantu mak teh,so, kalu PK tak masukkan dana ke tabung itu, biarkan saja krn memang tabung tu pun duwujudkan utk dia orang. TAPI saya harap persatuan tak mungkir janji dgn arwah ustaz, so pastikan wang terkumpul dalam Tabung Amanah yang masih diterima disalurkan seperti biasa.IHKLAS tak harapkan GANJARAN dan ORANG PANDANG.BUKTIKAN KITA DI PIHAK YANG BENAR.

    ReplyDelete
  4. Syukran

    Ikut maklumat di buku perlembagaan PSSCUHM, nama doktor ini adalah Dr Ahmad Yusof bin Nizam Mohd. Klinik dia berhampiran dengan Masjid Jamek Kg Baru, Kuala Lumpur.

    Apa maksud "TAPI saya harap persatuan tak mungkir janji dgn arwah ustaz, so pastikan wang terkumpul dalam Tabung Amanah yang masih diterima disalurkan seperti biasa?"

    Ikut info aku, Tabung Amanah ini diwujudkan selepas Al-Marhum Ustaz Hanafi meninggal dunia. Ia diwujudkan oleh PP. Ia dibawah bidang kuasa MMT.

    Waulahu'alam

    *sama-sama berpesan dengan kebenaran.

    ReplyDelete
  5. alahai doktor... cukup mudah tuan gugat memutar belitkan kenyataan. sekiranya tgk balik persoalan yang ditimbulkan. ada 1 soalan yang ditimbulkan, kalo dia tak GILA, knape dia lidah bercabang?

    Jasa adalah jasa. memang tak dinafikan dia memang banyak berjasa kepada persatuan sama mcm Guru Utama jugak...

    dan terima kasih tak terhingga kepada beliau kerana pengorbanan beliau masih merawat ahli keluarga Almarhum ustaz.(kalo betul la sehingga sekarang sebab saya tak tahu).

    Dalam kes sumpah tu, dia doktor buat la cara doktor. pandai2 nak suruh sumpah dan menuduh mcm2 masa tu knape? walaupun beliau tak faham @ tak tahu isi kandungan Al-Quran xde kaedah bersumpah Al-Quran, knpe desak Guru Utama sebegitu rupa?

    walaupun kita ummat nabi Muhammad dan mengikut syariat Baginda, sejarah Nabi Yusuf boleh dijadikan iktibar sebab terkandung dalam Surah Yusuf ayat 25-29. adakah Tuan Gugat nak kata ikut Syariat Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasalam dah memadai tanpa perlu amik iktibar pengajaran drpd kisah2 Nabi yg terdahulu walaupun terkandung dalam Al-Quran?

    bila persoalan banyak tak dijawab pada pandangan saya tuan gugat buat siasatan berat sebelah. bila berat sebelah jangan isytihar siasatan sendiri Tuan Gugat adalah betul. Sepatutnya semua persoalan Tuan Gugat timbulkan dan telah bertanya kedua2 belah pihak. akan tetapi kedu2 belah pihak tidak menjawab. Pasai apa? mestilah ada reason masing2.
    Apabila Tuan Gugat menjawab persoalan tersebut dengan gaya penyiasatan tersendiri, maka telah menunjukkan tiada ketelusan dan hanya memburukkan lagi keadaan dengan menyebarkannya di blog ini...

    Betul ke pihak persatuan masih salurkan Tabung Amanah seperti biasa? -carilah jawapannya sejujurnya.

    Akhir kata saya minta maaf kerana menggunakan bahasa yg agak kasar dlm penulisan yg terdahulu...kerana Geram sangat dengan doktor tu yg berlagak mcm tahu mcm mana nak tentukan seseorg tu salah atau tidak, sampaikan tak sedar cara tersebut tiada dalam Al-Quran sepertimana kata Tuan Gugat. doktor buat mcm doktor.

    Sekali saya tegaskankan salah tetap salah.

    ReplyDelete
  6. Bagus la kalau ada pikir mcm tuu.. pakai nama ustaz hanafi mesti ada amanah..tabung amanah.. royalti.. Gunapakai ilmu ustaz hanafi mesti ada berkat dan kebenaran..cuba la try dgn sapa2, test tgk ilmu menjadi ke tak??

    ReplyDelete
  7. Syukran

    Aku hormat pandangan kamu. Itu hak kamu. Kalau kamu nak tahu pi cari doktor tu dan tanyakan seribu soalan.

    Aku telah beri pandangan dan rela dikritik. Kalau aku salah jangan ikut. Ttg hal Nabi Yusuf itu juga aku telah terangkan. Aku tak mahu ulang.

    Jawapan soalan pokok itu. Apa tujuan guru aku pergi ke rumah itu pada jam 3.00 ptg, hari Jumaat 10 Mac 2009?

    Masih lagi tiada pihak PK yang jawab.

    *sama-sama berpesan dengan kebenaran

    ReplyDelete
  8. Syukran

    Aku ada bagi tau apa "power" guru aku bila serah mandat empat biji mata ngan Tok Ak dan Tok Ak masih ijazah silat hingga sekarang. Apa hebatnya?

    ReplyDelete
  9. Salam

    Nampaknya sedara sangat menantikan jawapan saya kepada soalan sedara. Saya balas balik dengan soalan kerana di dalamnya mengandungi jawapan.

    Sedara ada baca kronologi kejadian seperti yg pernah dikeluarkan oleh silatcekakhanafi.org dulu?

    Kronologi tersebut dikeluarkan pada September 2007, siap boleh download lagi. Kalau pernah, xperlu saya jawab soalan sedara, kerana sendiri sudah tahu. Ye la, sedara kan siasat berdasarkn maklumat kedua2 belah pihak dalam 3 tahun nie. Tak tau la kalau sedara tertinggal maklumat yg satu ni. Apa kata sedara kongsi apa yg ditulis? Biar terang sikit

    Sekarang saya dah bagi jawapan, apa kata sedara jawab soalan si komentar yg berbahasa kesat sebelum ni? Saya lambat jawab satu soalan, sedara banyak soalan yg terlupa nak jawab atau memang tak nak jawab. Nak jugak saya tahu jawapan sedara

    -rima

    ReplyDelete
  10. Syukran

    Bila berlaku krisis sebegini dan ia berlaku tiga tahun yg lalu, jadilah ia satu kronologi. Kronologi yang dikeluarkan oleh PK itu setelah MMK 2006-2009 mengeluarkan ia terdahulu. Seperti biasa, ditokoktambah sana sini utk kelirukan pembaca dan ahli-ahli SCH.

    Aku nak tanya, mengapa semua ini berlaku? Aku katakan ia berlaku disebabkan oleh perbuatan guru aku yang pergi ke rumah itu pada hari,jam,minit dan saat itu. Kamu cuba jawab, apa sebab dia pergi?

    Sila jawab persoalan ini sebab kita nak cari kebenaran. Inilah persoalan paling pokok. Tidak gitu?

    *sama-sama berpesan dengan kebenaran.

    ReplyDelete
  11. Salam

    Saya nie rasa macam nak mengeluh panjang pun ada, nak tergelak pun ada. Kenapalah sedara nie tak nak mendengar nasihat saya dan tak menjawab banyak pertanyaan dari kami. Sedara, sedara.

    Itulah sebabnya saya suruh sedara siasat keperibadian gadis tersebut. Ianya sangat bersangkut paut dengan kes ini. Sedara tak habis2 bertanyakan soalan pokok, dan bila saya jawab secara halus, sedara tak faham atau buat2 tak faham. Kan saya dah kata, dalam persoalan yang saya timbulkan ada jawapan, tapi nampaknya sedara tak kaji persoalan saya itu sebab sedara masih bertanyakan tentang persoalan pokok. Sedangkan dah jelas dan nyata saya menjawab persoalan paling pokok sedara dalam persoalan yang saya timbulkan.

    Saya nie memang suka menjawab secara halus, biar sedara sendiri yang mencari jawapannya. Saya dah malas nak berdebat dengan sedara sebab sedara asyik2 mengelak persoalan yang ditimbulkan pihak kami. Banyak tanya tapi tak ada jawapan, apa guna kami bertanya? Bila menjawab pun macam tak ikhlas, sebab kebanyakkan jawapan sedara tak menjawab soalan kami.

    -rima

    ReplyDelete
  12. Salam semua...

    Rima menulis :

    "Itulah sebabnya saya suruh sedara siasat keperibadian gadis tersebut. Ianya sangat bersangkut paut dengan kes ini. Sedara tak habis2 bertanyakan soalan pokok, dan bila saya jawab secara halus, sedara tak faham atau buat2 tak faham. Kan saya dah kata, dalam persoalan yang saya timbulkan ada jawapan, tapi nampaknya sedara tak kaji persoalan saya itu sebab sedara masih bertanyakan tentang persoalan pokok. Sedangkan dah jelas dan nyata saya menjawab persoalan paling pokok sedara dalam persoalan yang saya timbulkan"

    Jawapan aku : Ihklas tak bertapis

    Nak suruh siasat si budak bawah umur nie? Wahai Rima/Amir, Siapa yang ceroboh @ masuk rumah siapa. Mantan yang datang rumah budak nie. Kenapa pulak nak disiasat mangsa nie. Patutnya kena siasat mantan nie habis2.. Dah la datang x dijemput. buat hal.. Alih2 suruh orang siasat budak nie pulak.. Logik akal ada tak nie?

    Cth :

    Pencuri mencuri kat kedai, siasat tuan kedai.. Perumpamaan erk.. Apa benda nie.. Siasat pencuri dulu abis2... baru tgk perkara2 lain...

    Bg aku mangsa xder kepentingan utk menipu, melainkan mantan..
    i)Dah la masuk tanpa izin tuan rumah
    ii) Berada dgn mangsa yg bukan muhrim
    iii) Melakukan perkara sumbang...
    iv) Mengaku masuk rumah dan raba mangsa dalam video penyiasatan tapi dpn anak murid satu malaya tetap x ngaku salah...

    Apa benda nie md radzi... Cerita sikit

    Dari : Anti Keliru 2009

    ReplyDelete
  13. anti keliru ni, nmpak sgt putar belit cerita.hadoi....

    Cth :

    Pencuri mencuri kat kedai, siasat tuan kedai Perumpamaan erk.. Apa benda nie.. Siasat pencuri dulu abis2... baru tgk perkara2 lain...
    (mestilah kena siasat tuan kedai abis2, sbg cth apa yg hilang? pkul brape? dan lain2. nape nak siasat pencuri plak? dah nama pun pencuri mestilah lari drpd serah diri buat apa? )

    Bg aku mangsa xder kepentingan utk menipu, melainkan mantan..
    i)Dah la masuk tanpa izin tuan rumah
    ii) Berada dgn mangsa yg bukan muhrim
    iii) Melakukan perkara sumbang...
    iv) Mengaku masuk rumah dan raba mangsa dalam video penyiasatan tapi dpn anak murid satu malaya tetap x ngaku salah...

    (jgn jd prejudis la sedara, common la, citer ni 1 Malaya tahu Tapi Guru Utama takpernah pun sekali dia cakap dia xngaku salah? yang buat andaian salah @ tak hanya persepsi individu sendiri. sekurang2nya Guru Utama ckp apa yg berlaku. kalau xpuas hati @ Guru Utama ni bohong, tolong bawak budak prempuan tu meh sini kita sama2 tanya dia plak. tapi kebanyakan drpd korg semua ni dgr drpd video/org2 laen. tanya sendiri yg terlibat br puas hati. Guru aku tu ada je kt KL tu, gi jumpa n tanya dia naper leh jd mcm ni? pastu jumpa plak bdk prempuan tu. bukan susah pn. bile citer tak betul kiter dgr drpd org namanya fitnah dan kalau betul plak namanya mengumpat.)

    sama2 lah kita insaf dan sedar. hentikanlah perbincangan ni kalo setakat dapat info drpd org tu @ org ni. nak betul2 info tanya org yg berkaitan. nak takut apa?

    ReplyDelete
  14. Salam..

    Pokok pangkalnya :
    i) Siapa yang gatal pergi ke rumah siapa?
    ii) Siapa yang gatal masuk ke rumah siapa?
    iii) Siapa yang gatal sentuh siapa?
    iv) Siapa yang memicit siapa? Katanya Guru Utama Silat, takkan tak pandai menepis kot... Dah lupa buah potong bila jumpa buah lain....

    Hmmm... Amir/Mira.. Ko pun same mcm Garu Utama ko... Garu ke Guru nie... Confius aku

    AK 2009..

    ReplyDelete