Wednesday, June 3, 2009

Jawapan Kepada Komentar 3

Syukran

Jawapan aku dalam [ ]

Sedapnye kamu menuduh kami. Macam mana kamu nak jawab kata2 kesat yg dilemparkn oleh pp di blog-blog yg lain?

[Ya. Aku ada lihat blog-blog itu dan aku tidak tahu siapa yang mulakan dahulu. Yang aku pasti semua ini tidak akan berlaku jika guru aku itu tidak buat hal itu.]

Saya lihat lebih banyak blog yang didirikan bagi menyerang pk. Terdapat satu blog yg guna approach melukis karikatur yg memburukkan En Mad, apa kamu nak jawab? Sampai gunakan cara yg sama untuk memburukkan Rasulullah seperti seorang pelukis dari Denmark, dan saya ingin katakan di sini saya tidak menyamakan guru saya dengan Rasulullah sebelum kamu menuduh pihak kami lagi. Kamu mengatakan kami begini kerana ajaran guru kami.

[Itu pandangan kamu tetapi tidak semestinya aku setuju sebab bila berlaku perbalahan, macam-macam cara digunakan. Salah satunya karakatur. Karakatur mesti dilawan dengan karakatur. Tentang hal karakatur Denmark itu, kamu sendiri telah jawab. Itulah pesepsi yang kamu reka sendiri.]

Apa, kamu tidak pernah berguru dengan En Mad?

[Kan aku dah kata, dia guru silat aku saja. Aku tetap ucap terima kasih pada dia. Aku jumpa dia tiga kali semasa ijazah. So?]

Seingat saya tak pernah En Mad mengajar benda2 begini, ataupun dia pernah mengajar kamu perkara buruk?

[Ikut pengalaman dan siasatan aku, macam-macam perkara yang aku dapat tentang hal ini. Tapi aku tidak mahu tuduh dia.]

Selama saya menyertai cekak tidak pernah saya diajar dan mengajar untuk memburukkan orang lain, dan saya adalah seorang tenaga pengajar. Adakah ini kebenaran kamu?

[Itu hal kamu. Pengalaman orang lain beza. Aku tahu apa yang penyelia kelas aku sampaikan pada aku tentang guru aku. Biarlah ia menjadi kenangan aje.]

Melihat posting2 kamu terdahulu, kamu mengatakan telah menyiasat melalui maklumat dari kedua2 belah pihak, tapi saya rasa tidak begitu. Info kamu hanyalah dari pihak pp, bukan pk. Jika ada pun kamu tak selidik betul2. Nampak sangat siasatan kamu berat sebelah. Bukti? Saya nampak satu teguran tentang cara penulisan kamu, tapi pada mulanya kamu kata kamu selesa dengan menggunakan perkataan "Aku" tanpa menyelidik kenapa orang itu menegur kamu. Setelah diberitahu sekali lagi oleh orang lain secara terperinci baru kamu betulkan.

[Kamu dah tanya dan kamu dah jawab. Kan aku dah kata, tidak semestinya aku betul. Itu sebab bila ada orang tegur aku, aku terima. Kamu?

Pada aku kamu bias sebab kamu tidak balas hujah aku. Sebagai contoh, apa penyebab utama krisis kita? Aku katakan adalah hal guru aku tu. Pada aku ia bukan satu fitnah. Ia betul berlaku. Apa jawapan kamu?]

Nasihat saya, kalau kamu betul2 mahukan kebenaran maka kamu harus tidak memihak kepada siapa2 semase siasatan. Awal2 lagi kamu yakin En Mad bersalah. Apabila mindset kamu menetapkn En Mad memang bersalah, maka siasatan kamu akan menjadi berat sebelah. Selidik dulu kedua2 maklumat dengan betul2, jangan kamu abaikan info walau sekecil mana. Kalau kamu tidak boleh berbuat begitu, maka biarkanlah makhamah yang menentukannya.

[Maaf. Aku sendiri telah lakukan siasatan selama tiga tahun. Apa yang kamu telah buat selama ini? Adakah kamu sendiri telah siasat kedua-dua belah pihak? Mindset aku terbina selepas tiga tahun siasat. Aku tidak tahu ler apa yang kamu buat. Kan aku dah kata hal mahkamah itu hal peribadi. Dan aku boleh beritahu kamu bahawa jika guru aku didapati bersalah dan dipenjarapun, PK tetap akan ikut dia gak kerana skrip yang direka adalah nasib guru aku itu macam nasib Nabi Yusuf. Betul? Itu sebab aku kata satu ke kiri dan satu ke kanan.]

Jika kamu inginkan pendamaian, maka adalah lebih eloknya kamu tidak membincangkan isu SCH secara terbuka. Apa tujuan kamu buka blog ini? Kamu kata kamu terima alasan MMK tidak ingin membuka aib, tapi di sini kamu membuka aib SCH kepada mereka yang tidak mengetahui dan orang luar. Kamu mahu sebarkan info MMK? Biarkan mereka sendiri yang melakukannya, itu kerja mereka.

[Pada aku, tujuan aku buka blog ini adalah untuk beritahu pengalaman aku. Hasil siasatan aku. Siapa yang setuju atau tidak setuju, itu hak masing-masing. Maaf, sebenarnya yang sebarkan aib ini pada awal dulu adalah guru aku bukan MMK. Dia buka pekung didada sendiri dan menjadi punca krisis ini. Ya aku sedar aku hanya ahli silat SCH bukan MMK atau apa-apa. Kalau pendapat aku pro MMK atau PP, ia satu kebetulan saja.

Hak aku adalah untuk melawan kemungkaran dan mencari kebenaran dan tegakkan kebenaran. Aku tahu ramai ahli-ahli SCH hanya ikut-ikut saja. Apa guru cakap telan bulat-bulat. Apa jurulatih cakap telan bulat-bulat. Hukum Allah tolak tepi.]

Takbir
Takbir
Takbir

*sama-sama berpesan dengan kebenaran.

2 comments:

  1. Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu ke arah kebinasaan.

    ReplyDelete
  2. Syukran

    Alhamdullillah. Satu peringatan yang baik untuk aku. Aku jelas apa yang aku buat berkaitan blog ini.

    *sama-sama berpesan dengan kebenaran

    ReplyDelete